Ubat Cair Darah Selepas Bersalin Wajib Ambil, Risiko Senyap Yang Ramai Ibu Abaikan!

Share

Lepas bersalin, ramai ibu fikir cabaran melahirkan anak telah pun tamat padahal tubuh masih dalam fasa pemulihan.

Salah satu risiko kesihatan yang jarang dibincangkan tapi boleh jadi bahaya adalah darah beku atau deep vein thrombosis (DVT). Dalam tempoh ini, pemahaman tentang ubat cair darah selepas bersalin sangat penting untuk melindungi kesihatan ibu.

Apa Sebenarnya Ubat Cair Darah Selepas Bersalin?

Apa sebenarnya ubat cair darah? Perlukah makan atau ada bahayakah jika tidak diambil? Ikuti perkongsian ini untuk semua.

Ubat cair darah atau anticoagulant adalah ubat yang bantu kurangkan risiko darah beku terbentuk dalam salur darah. Ia biasa diberi pada:

  • Ibu yang bersalin secara Caesarean
  • Ibu yang ada masalah darah tinggi, obesiti, atau diabetes
  • Ada sejarah darah beku dalam keluarga
  • Kurang bergerak lepas bersalin (contohnya berpantang terlantar lama)

Ubat ini sebenarnya tidak dapat mencairkan darah sepenuhnya, tapi bantu lancarkan peredaran darah dan elak pembentukan bekuan yang boleh bawa maut. Sebab itu, penggunaan ubat cair darah selepas bersalin perlu difahami dengan betul dan diambil mengikut nasihat doktor.

Risiko Kalau Tak Ambil Ubat Cair Darah

Jika doktor telah memberikan preskripsi ubat cair darah selepas bersalin namun ibu tidak mengambilnya seperti yang diarahkan, beberapa risiko kesihatan serius mungkin berlaku, antaranya:

  • Strok – kalau darah beku sampai ke otak
  • Serangan jantung – bila bekuan ganggu salur darah ke jantung
  • Pulmonary embolism (PE) – darah beku masuk ke paru-paru, boleh sesak nafas teruk dan mengancam nyawa

Kesemua ini boleh jadi senyap tanpa amaran awal, jadi sangat penting untuk ambil langkah pencegahan. Ramai ibu tidak sedar bahawa mengabaikan ubat cair darah selepas bersalin boleh meningkatkan risiko komplikasi yang serius.

Tanda-Tanda Darah Beku Kena Alert

Kalau ada tanda-tanda ini, jangan tunggu, terus sahaja ke hospital untuk mendapatkan rawatan segera. Jangan teragak-agak lagi.

  • Bengkak pada satu bahagian kaki (selalunya betis)
  • Kaki rasa panas, merah, sakit bila berdiri atau berjalan
  • Sesak nafas tiba-tiba
  • Sakit dada atau dada rasa ketat
  • Batuk berdarah

Ada waktunya ibu rasa petanda ini seperti tanda biasa tapi sebenarnya itu tanda bahaya tersembunyi. Dalam situasi ini, kepentingan ubat cair darah selepas bersalin

menjadi semakin jelas sebagai langkah pencegahan awal.

Macam Mana Nak Elak Darah Beku Lepas Bersalin?

Ini antara cara yang boleh membantu:

  • Bergerak awal lepas bersalin, walaupun cuma duduk dan gerakkan kaki
  • Minum air secukupnya – dehidrasi buat darah jadi pekat
  • Elak duduk atau baring terlalu lama – buat senaman kaki ringan
  • Pakai stoking khas (compression socks) kalau doktor sarankan
  • Ambil ubat cair darah selepas bersalin ikut jadual, terutama kalau memang ada risiko

Dan paling penting, jangan ‘skip’ follow up check up dengan doktor, especially kalau bersalin C-sect atau ada sejarah kesihatan tertentu. Pemantauan berterusan membantu memastikan keberkesanan rawatan termasuk penggunaan ubat cair darah selepas bersalin

.

Kesedaran Ibu Tentang Risiko Darah Beku

Ramai ibu selepas bersalin selalu ambil ringan ubat cair darah kerana merasakan ia hal yang biasa dan remeh.

Darah beku ibarat bom jangka yang tidak nampak tetapi boleh meletop pada bila-bila masa. Jadi kalau doktor sarankan pengambilan ubat ini, patuh dan ikut sahaja arahan.

Kesimpulannya, memahami fungsi dan kepentingan ubat cair darah selepas bersalin bukan sahaja membantu mencegah komplikasi, malah boleh menyelamatkan nyawa ibu dalam tempoh berpantang.

Published by
SRM