Terapi alam adalah salah satu terapi terbaik untuk diri dan emosi berada dalam keadaan baik. Tak kisahlah apa aktiviti sekalipun, ia mampu memberi ketenangan kepada setiap individu sama ada orang dewasa atau anak-anak.

Jika ada kesempatan, ambillah peluang untuk menikmati alam ciptaan Allah ini dengan menjadikan aktiviti riadah santai sebagai proses untuk emosi dan fizikal kekal berada dalam keadaan sihat.

Namun kekangan hari ini, orang ramai terhad untuk melakukan riadah. Mungkin selepas ini boleh cuba dekatkan diri dengan pantai dan bawalah anak ke sana kerana manfaatnya sangat-sangat baik.

Seperti yang dikongsikan oleh Hajar Ngah ini antara kebaikan bila diri kita dekat dengan alam.

Ubat Terbaik Ibu Ayah & Anak Yang Mood Tak Ok, Terapinya Alam. Lihatlah Kesannya!

1. Bila badan rasa penat. Pergi lah ke pantai. Tanggalkan selipar dan berjalan di atas pasir dengan berkaki ayam. Rasakan kaki memijak pasir pantai. Sekali sekala biarkan kaki terkena ombak pantai. Tenang rasanya.

2. Bila baru lepas bergaduh dengan pasangan. Bawalah pasangan ke pantai supaya mereka boleh menenangkan hati, reflect diri melihat apa hikmah pergaduhan sebentar tadi.

IKLAN

Ubat Terbaik Ibu Ayah & Anak Yang Mood Tak Ok, Terapinya Alam. Lihatlah Kesannya!

3. Bila lepas balik kerja, ada sesuatu di luar jangkaan berlaku di pejabat dan tempat kerja. Pergi la ke pantai. Tenangkan diri sebentar sebelum pulang ke rumah. Bawa pulang positif vibe ke rumah.

4. Mental burnout sebab terlalu banyak berfikir. Banyak kerja tak siap yang masih bertangguh. Pergi lah ke pantai. Bagi otak hirup udara pantai, organ badan bersentuhan dengan alam semula jadi untuk merangsang saraf-saraf yang tertekan.

5. Bila anak semakin pasif, tak aktif. Asyik main telefon je. Kurang bercakap. Bawalah mereka ke pantai. Supaya badan mereka bergerak. Motor skill halus dan kasar di aktifkan.

Ubat Terbaik Ibu Ayah & Anak Yang Mood Tak Ok, Terapinya Alam. Lihatlah Kesannya!

IKLAN

6. Bila anak tantrum, suka menangis menjerit. Suka rosakkan barang rumah, suka usik adik-adik. Bawalah dia ke pantai. Biarkan dia menjerit, berlari, bermain dengan pasir pantai.

Kanak-kanak ada tekanan dia. Tekanan di sekolah, tekanan berkawan, tekanan pelajaran, tekanan expectation parent, dan tekanan keinginan bermain yang terhalang.

Remaja ada tekanan dia. Tekanan dalam pelajaran, tekanan dalam perhubungan, tekanan dalam pemilihan hala tuju kerjaya, tekanan berkawan, tekanan media sosial.

Orang dewasa ada tekanan dia. Tekanan dalam pekerjaan, tekanan dalam perniagaan, tekanan dalam hubungan, tekanan dengan anak-anak, tekanan dengan family, tekanan kewangan, tekanan kesihatan.

IKLAN

Ubat Terbaik Ibu Ayah & Anak Yang Mood Tak Ok, Terapinya Alam. Lihatlah Kesannya!

Orang tua ada tekanan dia. Tekanan kesihatan yang makin merosot, tekanan anak-anak abaikan, tekanan dalam pekerjaan masih perlu bekerja dalam keadaan pelupa dan sakit lutut, tekanan kewangan hutang belum habis.

Tiada siapa yang boleh lari daripada tekanan. Tapi orang yang menang adalah orang tahu cara melepaskan tekanan dengan baik. Tekanan yang tak di lepaskan dengan baik akan di lepaskan dengan cara tak baik. Tekanan yang tak di lepaskan, akan jadi gunung berapi yang tunggu masa untuk meletus. Kasihan badan kita.

Alam semula jadi sentiasa jadi terapi terbaik untuk semua jenis masalah dan penyakit. Manfaatkan.

Kredit: Hajar Ngah

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI