Siapa yang tidak terasa lelah dan penat bila punya anak kecil, apa lagi yang berderet-deret. Kiri dan kanan diaju dengan soalan tanpa henti. Ada yang menangis, ada yang meminta makanan malah tak kurang juga yang bertanya soalan demi soalan. Namun semua ini cuma sementara. Sampai satu saat semua ini pasti jadi kenangan.

Momen indah ini sebaiknya ibu bapa jangan lepaskan peluang untuk merasai setiap detiknya. Inilah momen paling indah dan dirindui apabila mereka membesar kelak.

Perkongsian seorang rakan bergelar bapa, Ropizam San ini amat menyentuh hati. Benar masa tidak boleh diundurkan lagi. Jadi ingat untuk ibu bapa yang masih mempunyai anak kecil, just enjoy the moment! 


Khas buat kita semua Ibu Bapa MM(Masih Muda) yang punyai anak masih kecil-kecil. Bacalah sahabat-sahabatku…….

“Dulu Masa Anak Kecil, Jarang Main Dan Bergurau Dengan Mereka’, Luahan Menyentuh Hati Dari Lelaki Bergelar Bapa!
Kredit Foto: Ropizam San

Baru-baru ini saya dihubungi seorang sahabat lama, yang 10 tahun lebih senior dari saya. Beliau meminta kiranya saya sudi menjadi pendengar untuknya bagi satu ‘ralat kekecewaan’ yang sedang dialaminya.

Umurnya kini sudah masuk 43 tahun. Bernikah di usia yang agak awal, dan kini anak sulungnya sudah berada di Tingkatan 3.

Kata beliau,

“Zam, aku sedih la. Dulu masa anak-anak aku kecil, aku jarang bermain bergurau dengan mereka, aku tiada masa sangat bawa mereka berjalan, aku jarang ‘berkawan’ dengan mereka,” luah beliau.

Sambungnya lagi….

IKLAN

“Kini, bila aku dah ada macam-macam, yang aku kejar dah dapat, duit dah banyak, dan sekarang aku cuba untuk dekati anak-anak aku. Rasa ingin berkawan lebih dengan mereka, ingin bawa mereka banyak bersiar-siar, ingin bergurau bergelak ketawa. Namun, rupa-rupanya tidak boleh. Kalau pun boleh, masa teramat terhad!!!”.

“Dulu Masa Anak Kecil, Jarang Main Dan Bergurau Dengan Mereka’, Luahan Menyentuh Hati Dari Lelaki Bergelar Bapa!

“Sekarang, anak aku pula yang ‘sibuk’. Pulang sekolah, ada pelbagai aktiviti kokurikulum, malam kelas tambahan dan tuisyen, petang bersama kawan-kawannya bermain bola di padang. Aduhhh, aku tak mampu melarang. Cuma aku perasan dan sedar, aku ingatkan aku akan semakin banyak masa dengan mereka. Rupa-rupanya bila mereka sudah besar, kita kehilangan saat indah zaman mereka kecil dulu. Dah tak sama bila mereka sudah besar.Zaman ingin bergurau senda sudah hilang tiada.”.

“Zam, harap sangat kalau kau dapat kongsi dengan kawan-kawan. Hargailah masa zaman anak masih kecil. Masa berlalu begitu pantas. Jangan jadi macam yang aku rasa sekarang. Sedih sendirian dalam hati melihat anak semakin sibuk dengan kawan-kawan di padang dan di ‘court’ permainan. Sukarnya untuk berbual mesra disaat kita ‘baru ada masa’…”.

Peruntukkan Masa Sebaiknya!

IKLAN

Bila terkenangkan nasihatnya untuk kita semua. Saya rasa kita perlu tingkatkan lagi kualiti masa kita bersama anak-anak. Perlu ada perancangan rapi untuk hargai saat-saat indah bersama mereka kan. Saya pun sama, rasa mahu buat lebih dan lebih lagi. Bimbang kalau-kalau nanti kita turut ‘sesal sama’.

“Dulu Masa Anak Kecil, Jarang Main Dan Bergurau Dengan Mereka’, Luahan Menyentuh Hati Dari Lelaki Bergelar Bapa!

Zaman anak-anak kita di zon cilik bagaikan hanya melintas lalu sahaja. Bergurau dengan anak kecil sekarang tidak sama bila mereka sudah besar nanti. Kita mungkin bertuah, sebab ada orang-orang terdahulu yang sayangi kita dan sudi ingat-ingatkan ketika kita masih bergelar ‘ibu bapa muda’.

Jika letih sekalipun, katakanlah kepada jiwa dan minda kita bahawa saat indah bersama mereka(anak-anak kecil) akan berlalu, dan In Sya Allah kita akan ‘lebih kuat’ menyantuni mereka disaat mereka ingin merenget bermanja dan ketawa bersama kita.

Allahuakhbar. Berharga sungguh pesanannya (sahabat saya tadi) untuk kita semua.

Cuma saya hairan, ada sesetengah dan ‘banyak tengah’ juga ibu bapa muda yang suka berulang berulang berulang kali meninggalkan anak-anak kecil pada orang tuanya atau pengasuh ‘dengan sengaja’ atas alasan ingin ‘Me Time’ entah berapa ratus kali ‘me time’ pun saya tak faham.

IKLAN

Bila sudah bernikah, sudah ada anak, isteri/suami memanglah dah tak sama masa menjadi bujang atau si dara. Terimalah realiti hakikatnya kita bila sudah berkeluarga itulah bezanya kita dengan kumpulan yang masih mencari jodoh. ‘Me Time’ kita yang sudah sah di hadapan Tok Imam ialah ‘Me Time With My Family’ lah.

“Dulu Masa Anak Kecil, Jarang Main Dan Bergurau Dengan Mereka’, Luahan Menyentuh Hati Dari Lelaki Bergelar Bapa!

Anak menangis dimana-mana, atau buat hal sekali-sekala itu tandanya Allah nak matangkan kita dan pasangan kitalah lah. Barulah kita belajar cari ilmu dan idea untuk ‘solve the test’.

Paling saya geram dan tak boleh terima ada yang setiap hujung minggu hantar anak ke rumah pengasuh dan mereka berdua(suami isteri) pergi ber shopping sakan.

Bila saya tanya kenapa tak bawa anak? Kata mereka, “alaaa susah la Zam kalau bawa, nanti menangis la, itu ini laaa, banyak hal laaa, malas la aku. Tak bawa lagi senang”.
Ya Allah, pelik sungguh. Kawin nak, dapat anak nak. Tapi telinga tidak mahu dengar anak menangis, minda taknak guna untuk ‘handle’ anak. Allahu rabbi.

Ya, mereka memang tak suka orang macam saya yang asyik-asyik benda-benda kekeluargaan gini je. Ahahahaha.

Ya Allah, pimpinlah kami semua ke jalan yang benar dan yang Engkau redhai. Amiin.

Kredit: Ropizam San

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI