Sambutan majlis ulang tahun kelahiran ke-5 anak kepada pengasas produk kosmetik, Farhana Zahra tular di laman TikTok.
Mana tidaknya, hadiah yang diterima oleh kanak-kanak perempuan yang dikenali Nur Fatima Az Zahra sangatlah membuatkan ramai terkesima kerana tidak seperti budak seusia dengannya.
Menerusi hantaran dikongsikan usahawan Kelantan sebelum ini, anak perempuannya meluahkan ‘hajat’ untuk mendapatkan kereta mewah seperti G Wagon dan BMW sebagai hadiah ulang tahun kelahirannya.
Apabila disoal ‘kenapa’ mahu hadiah berkenaan, kanak-kanak tersebut menyatakan dia mahu pergi ke sekolah menaiki kenderaan tersebut meskipun usianya belum cukup dewasa.
“Hari itu alasan dia tak nak pergi sekolah sebab belum birthday dia, jadi tak cukup lagi 5 tahun.
Ads
“Sekarang dia minta Cikna BMW dengan G Wagon pula baru nak pergi sekolah. BMW Cikna tahulah, G Wagon tu apa?”tulisnya.
Ads
Terbaharu, hajat kanak-kanak perempuan itu ditunaikan oleh ibu bapanya apabila kelihatan sebuah kereta mewah Mercedes-Benz G Class atau turut popular dengan panggilan G-Wagon.
“Untungnya kau dik, G Wagon yang ini limited edtion. ! je dalam Malaysia,”tulis salah seorang tetamu yang hadir memeriahkan majlis sambutan ulang tahun kelahiran Nur Fatima.
Seiring dengan peredaran zaman, penggunaan gajet lebih menjadi pilihan kanak-kanak berbanding permainan atau sesuatu aktiviti yang melibatkan fizikal. Kadang tu, ada dalam kalangan anak-anak yang sanggup tak makan.
Malah ada juga anak-anak boleh duduk diam berjam-jam menghadap skrin gajet semata-mata untuk menonton rancangan kartun yang pelbagai di saluran Youtube. Disebabkan anak yang duduk diam, kebanyakan ibu bapa rasa selesa dan bagus lagi-lagi bila bawa anak keluar ke mana-mana. Tak perlu nak berkejar ke sana sini.
Namun pernah tak kita terfikir anak yang melihat gajet tanpa pemantauan ibu bapa ada kesan negatif yang tak dijangka sama sekali. Contohnya sekarang banyak kandungan dalam program Youtube turut menyelitkan unsur ‘lucah’.
Mungkin kita tak perasan kerana kartun yang diselitkan unsur sebegini adalah kartun yang banyak memberi pengajaran yang baik sebelum ini. Melalui perkongsian di Facebook Siti Fatimah Mohd Hadhari , ibu bapa kena lebih berhati-hati.
Disarankan untuk sentiasa pantau dan jangan terlalu percayakan pada anak-anak walaupun kita anggap anak hanya menonton kartun sahaja.
CHANNEL YOUTUBE ANAK ADA UNSUR LUCAH?
Ya Allah, apa semuaa ni? Berderau darah. Keluar ultraman tu masa saya nak buka youtube tadi. Terus saya explore upin ipin sebab anak-anak suka tengok upin ipin.
Berikut merupakan antara beberapa laman Youtube yang memaparkan kandungan yang negatif untuk kanak-kanak. Menggunakan karakter kartun kegemaran kanak-kanak masa kini, perkara ini mungkin akan menyebabkan mak ayah terlepas pandang. Mana tidaknya, anda mungkin akan ingat anak-anak tengah menonton rancangan kartun yang betul!
Jadi, salah caranya adalah mak ayah perlu menggunakan Youtube Kids supaya kandungan tontonan anak-anak dapat dikawal dan lebih selamat.
Lagi bagus jika ibu bapa dapat ‘lupakan’ anak-anak dengan gajet dan lakukan aktiviti lain yang sememangnya boleh memberi manfaat untuk perkembangan anak. Sayangilah anak kita sebelum otak mereka diracuni dengan kandungan yang tak sepatutnya mereka tonton secara dalam diam.
**Sambil anak bermain, boleh belajar. Dapatkan permainan ini pada harga promosi di sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejak bergelar ibu, Anzalna Nasir akui dia cepat tersentuh bila melihat keluarga yang ada anak kecil terpaksa ikat perut untuk makan dan keperluan anak pun tak dapat disediakan dengan sempurna.
Tambah lagi dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mungkin ia agak susah kerana semua aktiviti terpaksa dihadkan dan bagi ketua keluarga yang bekerja dan dibayar gaji hari mereka akan merasainya.
Namun melalui perkongsian di instagram Anzalna, dia ada menyatakan kesediaannya untuk membantu golongan yang benar-benar memerlukan terutama yang ada anak kecil untuk bantuan susu dan lampin pakai buang.
“Sangat bersyukur dengan bantuan yang diberikan oleh kerajaan dan tak salah sekiranya kalau kita juga membantu mereka yang memerlukan.
“Anzalna dan keluarga ingin berkongsi rezeki nak belanja susu dan diapers untuk keluarga yang dalam kesempitan. Please DM atau comment di bawah. Tolong jangan private kan page. Thank you!” tulis Anzalna pada satu entri di Instagram miliknya.
Jadi, jika anda memerlukan bantuan atau jika anda tahu ada sesiapa yang memerlukan bantuan susu serta lampin pakai buang untuk anak-anak mereka, segeralah hubungi Anzalna.
Mungkin bantuan ini tak seberapa tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban keluarga yang memerlukan.
Melalui hashtag di kapsyennya, Anzalna turut menulis ‘Kita Memahami Susu Dan Diapers Sangat Penting Sejak Ada Anak’.
Semoga Anzalna dan keluarga terus dimurahkan rezeki dan dapat lagi membantu orang lain pada masa akan datang.
Sebelum ini pun, Anzalna dah beberapa kali membantu keluarga yang memerlukan terutama yang ada anak kecil dengan membelanjakan barangan keperluan selain mendermakan pakaian anaknya, Eidrees.
Sumber: Ig Anzalna Nasir
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rezeki setiap orang tak sama. Namun ujian yang diberikan ini tandanya Allah tahu kita mampu. Di sebalik kesusahan kita, ada lagi yang lebih susah. Sebab itu, usaha yang tak putus dan tawakal kunci segalanya.
Kisah suami isteri ini dan anaknya yang menaiki motosikal dari Ipoh, Perak ke Kuala Lumpur untuk membawa anak perempuan membuat pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur benar-benar menyentuh hati.
Dalam perkongsian di Facebook Nur Natasya, niatnya bukan untuk meraih simpati tetapi sekadar berkongsi bahawa jika niat kita baik, apa cara sekalipun Allah tetap ada dan permudahkan semuanya.
Apa yang membuatnya terharu, sikap rakyat Malaysia yang sangat-sangat prihatin membantunya sekeluarga walaupun tak pernah kenal dianggap sebagai rezeki yang tak disangka-sangka.
Naik motosikal dari Ipoh ke KL
Alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan kami semalam dari perak ke KL. Syukur ya Allah. Bertolak pukul 3.30pm sampai dalam pukul 9 lebih. Satu-satu pilihan yang tinggal untuk bawa Mardhiah ke HKL. Sebelum ada yang tersasar jauh dengan soalan-soalan maafkan kami jika kami terlihat seperti ibu bapa yang tak cukup baik. Ini la pilihan terakhir kami semalam selepas terjadi beberapa masalah tak dapat dielakkan.
Hujan lebat sebelum sampai RNR Ladang Bikam. Berhenti untuk berteduh dan ganti baju Mardhiah lap-lap badan dia sambil-sambil doa dekat Allah supaya Allah pelihara kesihatan Mardhiah. Selepas Ladang Bikam sehingga ke Behrang mama ganti bawa motor dengan papa supaya papa boleh berehat sekejap setelah perjalanan yang lama.
Masalah genetik hingga menyebabkan kanser mata
Menurut Natasya, anak perempuannya iaitu Mardhiah Shahadah telah disahkan menghidap penyakit genetik iaitu Chromosome 13q Deletion Syndrome. Bukan itu sahaja, penyakit genetik ini juga telah membawa kepada penyakit kanser mata seperti yang dialami oleh adik Mardhiah sehingga mata kirinya terpaksa dibuang.
Difahamkan, mereka perlu membawa anak kesayangannya itu untuk menjalani ‘checkup’ setiap 2 minggu di Hospital Kuala Lumpur. Oleh hal yang demikian, mereka perlu berulang-alik dari Ipoh, Perak ke Kuala Lumpur.
Ada yang baik hati tumpangkan
Menurut Natasya, semasa dalam perjalanan menuju ke HKL, hujan pula turun dengan lebatnya. Jadi mereka yang menunggang motosikal terpaksa berhenti di RNR untuk berteduh.
Alhamdulillah selepas RNR Behrang ada 2 orang abang naik 4×4 tahan suruh berhenti dekat tepi highway. Tanya nak pergi mana, dari mana. Diorang terkejut dan tumpangkan kami sehingga ke HKL.
Walaupun masing-masing tak yakin boleh lepas dekat roadblock Duta atau tak. Sampai di Tol Duta sekali lagi Allah permudahkan. Thank you abang polis mudahkan urusan kami. Dan terima kasih pada yang menaja Hotel Oyo kmi untuk 3 hari dua malam. Pada yang bantu kami untuk service motor sebelum gerak petang semalam. Kepada abang Alza, terima kasih juga sedekahkan dekat Mardhiah duit belanja.
Sambil lalu dekat sebelah kami, Mardhiah duduk sebelah mama, papa pergi beli roti. Tiba-tiba dengar Mardhiah bye2 orang, toleh-toleh ade abang naik Alza bye2 dia. Tengok-tengok dekat tangan Mardhiah ade duit. Abg tu jerit tak pe abang sedekah. Allahu. Doa sungguh-sungguh ni in Shaa Allah, Allah makbulkan. Walaupun ada sekali terpaksa lalu hujan lebat sebelum sampai tempat berteduh tapi Allah ganti dengan orang yang berhati mulia. Tak kenal tapi sudi tolong kami.
Bertemu dengan insan yang baik hati
Kepada abang-abang yang bwk 4×4 yang tumpangkan kami semalam dan kepada abang Alza serta orang-orang yang bantu kami saat kami memang sangat memerlukan dengan keadaan sekarang. Terima kasih sangat-sangat dan kami sekeluarga akan sentiasa doakan supaya Allah lindungi kalian, semoga Allah permudahkan segala urusan dunia akhirat kalian, semoga Allah murahkan rezeki kalian sekeluarga. Aamin ya rabb.
Berkongsi mengenai perkara itu, tiada apa yang mampu Natasya dan suami ucapkan. Hanya ucapan terima kasih yang tak terhingga kerana bagi mereka ini juga rezeki buatnya sekeluarga.
Walaupun tak mengenali, tetapi mereka sanggup menumpangkan sehingga sampai ke HKL dan tidak kurang juga ada yang memberi bantuan dalam bentuk wang ringgit.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Alhamdulillah, Allah pinjamkan satu nyawa kecil dalam rahim isteri saya…”
Hati mana yang tak berbunga bila dapat tahu isteri hamil anak sulung? Itulah perasaan yang...