Luluh hati ibu bapa bayi lelaki berusia tiga bulan apabila mendapat panggilan daripada pengasuh yang menyatakan bayinya tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang, mangsa didapati tidak sedarkan diri selepas tiga jam diberi susu dan ditidurkan pengasuh di rumah pengasuh di Taman Universiti, Johor Bahru.
Diberi susu sebelum tidur
Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Fariz Ammar Abdullah, berkata bayi lelaki berkenaan dihantar secara harian oleh ibunya ke rumah pengasuh pada hari bekerja.
“Pada hari kejadian, mangsa diberikan susu sebelum ditidurkan pengasuhnya kira-kira jam 12 tengah hari.
Ads
“Pada jam 3 petang, pengasuh berkenaan mendapati mangsa tidak sedarkan diri sebelum menghubungi ibu bayi itu.
“Mangsa kemudian dibawa ke klinik kesihatan berhampiran oleh pengasuh serta ibu bapa bayi berkenaan untuk mendapatkan rawatan segera.
“Namun bayi berkenaan disahkan sudah meninggal dunia oleh pegawai perubatan bertugas,” katanya ketika dihubungi.
Masih dalam siasatan
Mengulas lanjut, Fariz Ammar berkata, siasatan lanjut mendapati tiada sebarang unsur jenayah, termasuk penderaan ditemui pada mangsa setakat ini.
Ads
“Bedah siasat sudah dijalankan hari ini dan polis masih menunggu analisis makmal mengenai punca sebenar kematian bayi berkenaan.
“Hasil bedah siasat awal mendapati tiada kesan susu tersekat di kerongkong atau saluran pernafasan bayi berkenaan, namun kita perlu tunggu hasil analisis lengkap,” katanya.
**Info Tambahan
Tip Elak Bayi Tersedak Susu (Perkongsian Daripada Jururawat, Bel Nawhen)
1. JANGAN beri anak minum susu secara langsung dengan menyendal sebarang objek dibawah botol susu. Saiz puting yang tidak serasi boleh menyebab susu keluar lebih banyak dan bayi tidak dapat menelan sempurna hingga menyebabkan anak tercekik susu.
2. TINGGIKAN kepala bayi sedikit sewaktu menyusukan bayi untuk memberi keselesaan kepada bayi selain memberikan bukaan ruang di dada lebih luas.
3. BELI PUTING mengikut saiz bayi dan pastikan tidak terlalu besar hingga membuatkan susu keluar terlalu cepat.
Memang besar pengorbanan seorang ibu, bukan sahaja perlu melalui tempoh kehamilan selama 9 bulan, proses bersalin yang cukup memeritkan malah penjagaan diri semasa dan selepas proses berpantang juga satu cabaran yang perlu dilalui oleh wanita yang bergelar ibu.
Seperti yang dikongsikan oleh pelakon Nina Iskandar menerusi Instagram story di akaunnya. Jelasnya penjagaan kulit wajah tidak lagi menjadi keutamaan bagi dirinya semenjak bergelar ibu kepada Muhammad Aaryan ar-Rizqin yang lahir pada 23 Disember tahun lalu.
Menurut Nina, perubahan itu ternyata berbeza kerana sebelum ini dia seorang yang menitikberatkan soal kecantikan.
“Yang benar adalah saya tidak menjaga kulit saya. Saya tidak mempunyai masa lagi. Sebelum saya menjadi ibu, ya. Memang saya jaga kulit. Pakai mekap, kemudian kena sepenuhnya bersihkan solekan terutama sebelum tidur.
“Basuh muka seperti biasa dua kali sehari, pakai topeng muka sekali atau dua kali seminggu, buat ‘facial’ setiap bulan.
“Toner, serum, pelembap, semua tu wajib ada. Dan ke mana sahaja saya pergi. Sekarang, nak pakai makeup pun susah sangat. Kadang-kadang, sampai terlupa nak pakai pelembap. Apatah lagi toner, serum.
“Memang dah habis dan tak beli sampai sekarang. Kali terakhir saya bercerita mengenai kulit dan rutin penjagaan kulit adalah semasa trimester terakhir saya dan itu sahaja. Sekarang kalau ada jerawat pun, saya tidak peduli lagi,” tulisnya.
Dalam pada itu, pelakon drama Andainya Takdir 2 itu menyatakan dia juga turut mengalami masalah keguguran rambut yang teruk selepas melahirkan anak.
Namun, bagi pemilik nama Nur Akmalina Iskandar ini, dia tidak berasa malu untuk berkongsi kepada umum kerana ia normal untuk golongan ibu.
“Dan mengenai rambut saya? Tipulah saya katakan rambut saya tak gugur. Saya mengalami keguguran selepas bersalin dan sangat teruk.
“Dulu saya pernah kongsikan kisah saya, betapa teruknya. Memang segenggam tu rambut saya walaupun hanya sentuh rambut atau mahu membetulkan sanggul saya.
“Bayangkan semua rambut itu, setiap kali saya melepaskan rambut, menyikat, mencuci rambut saya. Setiap hari. Sejak bulan ketiga selepas bersalin.
“Tak lama lagi saya masuk set penggambaran memang nak kena pakai rambut palsu sebab dah botak mungkin.
“Saya tidak malu untuk berkongsi ini dengan anda semua. Kerana semua wanita mengalami keguguran selepas bersalin. Antara teruk atau tidak, sekejap atau lama sahaja. Ini adalah proses semula jadi. Jadi tolong bertahan di sana,” tulisnya lagi.
Nina dan penolong pengarah drama, Mohd Azlan Adzanan atau lebih dikenali Lan Lebah berkenalan ketika terbabit dalam penggambaran drama Setelah Cinta Itu Pergi arahan Heykal Hanifah.
Selepas empat bulan bernikah, pasangan itu mengadakan majlis persandingan mereka pada 4 Ogos 2019.
Bagus Nina tak malu untuk kongsikan semua ini dengan peminat di laman instagram miliknya. Memang ia satu proses yang dilalui oleh kebanyakkan ibu, itulah pengorbanan seorang wanita yang bergelar ibu.
Kelahiran anak sulung benar-benar mendewasakan seorang ibu. Bagi Mua Bellaz, kelahiran anak sulungnya lapan tahun lalu benar-benar mengajarnya erti sebuah kehidupan.
Malah kata ibu cantik ini lagi, kelahiran anak sulungnya Nur Airis Alisha menjadi penyeri dan melengkapkan hidupnya bersama suami.
Menerusi Instagramnya, Bellaz turut memuat naik beberapa keping gambar sambutan hari lahir Alisha yang begitu gah malah puteri comel, Alisha mencuri tumpuan ramai. Cantik seperti ibunya!
“Hi semua nampak Bellaz lalu dengan bufday girl tak. Anak sulung saya, Airis Alisha. pewaris mama ni makeup ni hihi.
“Nak more picture tak tau nak upload yang mana semua suka tapi ni gambar antara yang favourite bersama Eica,” tulisnya ringkas sambil berkongsi sekeping gambar bersama Alisha.
Alisha jadi pewaris Mua Bellaz
Melalui entri berlainan pula, Bellaz turut berkongsi beberapa keping gambar Alisha ketika waktu kecil hingga usianya lapan tahun.
Malah kata Bellaz menerusi sesi Live bersama Pa&Ma Julai lalu, anak sulungnya inilah yang paling cenderung menunjukkan minat dalam dunia solekan seperti dirinya. Malah kebolehan Alisha merias wajahnya sendiri diakui ramai. Hebat!
Ibu kepada tiga orang cahaya mata ini juga turut sama membingkiskan ucapan penuh indah buat anak sulungnya bersempena hari lahirnya.
“Anak sulung lah yang mengajar kita erti sebuah kehidupan sebenar. Pewaris muabellaz ni. Hari ni belanja beberapa gambar puteri sulung saya. Gambar tiga akhir yang latest sekarang.
“Harini 13-11-21. Mama dan abah tak lupa harini ulang tahun kelahiran puteri saya, satu satunya NUR AIRIS ALISHA yang ke 8 tahun.
“Mama dan abah doakan semoga kakak Eica menjadi anak yang solehah baik berjaya dalam hidup, berbudi bahasa disenangi oleh orang dan dipermudahkan segala urusan mu wahai anak.
“Terima kasih menjadi penyeri kehidupan abah dan mama dan bagi rezeki buat mama dan abah. Seorang anak yang sangat-sangat lembut tutur bahasanya dan mudah untuk menjaganya alhmdulilah.
Nak dapatkan barangan dan kelengkapan sekolah anak, jom shopping di Hari-Hari.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @muabellaz & @azzimaziz_design
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Untuk menjadi ibu bapa cemerlang mendidik anak bijak, nasihat Datuk Dr Hamid Arshat ini mesti dijadikan panduan paling penting.
Siapa tidak kenal dengan doktor pakar yang berpengalaman luas dalam bidang perbidanan dan sakit puan atau Obstetrik & Ginekologi ini.
Sebagai doktor pakar yang berkecimpung dalam bidang obstetik dan ginekologi sejak 47 tahun lalu, Dr Hamid Arshat yang juga bapa kepada lima orang anak ini berkongsikan tip untuk menjadi ibu bapa cemerlang bagi mendapatkan anak yang bijak.
Berdasarkan pengalaman dan pengetahuannya yang luas dalam bidang perbidanan dan keibubapaan, tip yang dikongsi oleh beliau ini seharusnya dijadikan panduan berguna kepada semua bakal ibu bapa dan yang telah bergelar ibu bapa.
CARA GAYA KEBAPAAN PERLU DIPELAJARI, DIPRAKTIKKAN. AMALKAN TERUS MENERUS. JADI IBU BAPA CEMERLANG.
Kali pertama saya jadi bapa setelah lahir anak sulung saya pada tahun 1971, saya berumur 26 tahun dan telah bertugas sebagai doktor perubatan di hospital Muar.
Kemahiran dan kecekapan saya melaksanakan tanggung jawab sebagai bapa, bergantung kepada naluri sahaja. Banyak perkara tentang cara gaya keibubapaan yang saya tak tahu.
Kalaulah saya berilmu serta mahir dalam perkara tersebut, tentulah kelima-lima anak saya telah jadi genius dan capai kecemerlangan.
Tapi kenyataannya mereka sederhana sahaja tapi Alhamdulillah masing-masing telah menikmati suatu tahap kejayaan hidup dan masih ada ruang untuk mereka capai tahap lebih tinggi.
Dulu tak mampu beli ikan salmon atau mackerel; ikan tuna (tongkol) dan ikan terubuk dia tak suka pula.
Kesemua ikan-ikan tersebut dikategorikan ikan berminyak (oilyfish) yang mengandungi banyak omega-3 dan DHA iaitu bahan-bahan penting bagi pertumbuhan dan fungsi otak bayi.
Zaman itu harga ikan sangat murah, kita makan berbagai jenis ikan, tenggiri, bawal, kembung, ikan parang, ikan lidah dan lain-lain.
Sumber protein lain ialah daging lembu, yang kita makan seminggu sekali.
Bila balik kampung emak akan masak ayam kampung, masak gulai ketumbar dan sup ayam. Memang lazat. Memang selera isteri saya makan ketika hamil.
Dalam zaman mewah sekarang, wanita hamil jarang kekurangan zat protein, malah berlebihan.
Lain-lain sumber protein ialah telur, kacang-kacang (peanuts, badam, gajus, walnut), beans, makanan laut saperti udang, sotong, ketam dan lain-lain.
Kacang soya dalam bentuk air soya, tempe, tahu, miso dan lain-lain adalah baik untuk ibu hamil.
Ada yang mengatakan minum banyak air soya ketika hamil, bayi jadi kulit putih?
Mungkin amalan pemakanan yang seimbang oleh isteri saya, telah menghasilkan bayi sihat, cerdik otaknya sehingga jadi doktor pakar bedah sekarang!
Supplement vitamin sangat penting bagi ibu-ibu hamil untuk meningkatkan tahap kesihatan ibu dan bayi.
Keperluan zat iron meningkat untuk bina darah dan cegah anemia.
Kalsium untuk bina tulang bayi dan untuk kuatkan tulang ibu.
Folic asid untuk cegah kecacatan bayi khususnya pada otak dan saraf.
Vitamin C pun penting untuk meningkatkan immunity dan mencegah dari jangkitan kuman khususnya virus.
Alhamdulillah isteri ambil cukup bekalan supplements tersebut ketika hamil. Dia pun sihat sehingga melahirkan bayi. Bayi pun sempurna dan sihat ketika lahir.
Kebetulan ketika isteri saya hamil, saya bertugas sebagai pegawai perubatan dijabatan obstetrics dan gynecology, hospital Muar tahun 1971 – 72.
Saya pastikan isteri saya pergi Klinik ibu mengadung ikut jadual.
Masa itu tak ada ultrasound scan, bayi dalam rahim diperiksa pakai tangan dan jantungnya didengar dengan corong fetoscope.
Pengedalian ibu-ibu hamil atas asas ‘clinical acumen’. Sekarang teknoloji moden telah banyak membantu. Setiap pemeriksaan akan disertai ultrasound scan, dan kita dah ketahui tentang bayi termasuk jantinanya sebelum lahir.
Dalam satu sesi klinik antenatal, di Muar dulu saya sering periksa 80 orang ibu hamil. Ibu-ibu yang hamil sebanyak 8, 10, dan 12 kali biasa saya temui. Mereka masih nak beranak di rumah dan disambut oleh bidan kampung. Komplikasi sering timbul khususnya perdarahan lepas bersalin.
Setelah selesai pembentukkan jasad bayi dalam 3 bulan pertama. Allah tiupkan ruh pada bulan keempat, dan pada bulan kelima tendangan bayi dapat dirasai ibu.
Bulan keenam, Allah kurniakan pendengaran kepada bayi, dan bulan kelapan deria penglihatan.
Kalau lah saya tahu fakta-fakta ini pada tahun1971, tentulah saya ajar bayi dalam rahim membaca al-Quran, matematik, sains dan cakap bahasa Jawa dan Inggeris.
Saya sudah terlepas peluang pada semua 5 orang anak-anak saya.
Saya lihat anak bongsu saya sering mainkan tape bacaan al-Quran ketika dia hamil dan ketika anak tidur selepas lahir. Semoga jadi anak-anak yang soleh.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.