Donut antara makanan kegemaran kanak-kanak dan seisi keluarga. Nak menyediakan adunan donut mudah namun nak jadikan adunan lembut gebu dan mudah terbentuk agak sukar.

Jom ikuti resepi yang dikongsi!

Uli 8-10 Minit, Baru Donut Lembut Gebu! Ibu Ini Kongsi Resepi Donut Ala Kampung Yang Mudah

Donat untuk minum petang. Tunggu anak-anak bangun satgi. Mesti syok dorang tengok donat. Resepi kampung je. 🤗

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar yis
3/4 cawan susu segar suam
2 sudu besar gula
1 sudu besar marjerin
1 sudu kecil baking powder

IKLAN

Cara:

Satukan dulu yis, gula dan susu segar dalam gelas. Kacau rata. Pastu satukan tepung gandum dan baking powder dalam bekas. Tuang sebatian yis dan susu tadi. Takyah tunggu yis kembang.

Kacau rata. Uli. Sis uli gitu2 je. Bila dah rata sikit, boh marjerin. Uli lagi sampai licin sikit dohnya. Pastu perap sejam. Dah perap, tumbuk doh. Bahagikan kepada beberapa bahagian. Sis timbang 50g sebiji.

IKLAN

Uli 8-10 Minit, Baru Donut Lembut Gebu! Ibu Ini Kongsi Resepi Donut Ala Kampung Yang Mudah

Pastu bulat2kan, tepek kat tapak tangan, lubangkan di tengah2 dengan jari. Yang ade acuan donat, boleh pakai acuan. Sis takde sebab dah biasa bentukkan pakai tangan. 😀Pastu perap lagi dalam 30/40 minit. Goreng dengan api perlahan. Siap. 😊

Uli 8-10 Minit, Baru Donut Lembut Gebu! Ibu Ini Kongsi Resepi Donut Ala Kampung Yang Mudah

IKLAN

Nota kaki: Nak gebu kena uli ye. Takdelah beria sangat. At least uli la dalam 8/10 minit gitu. Kalo tak uli, kami tak janji donat lembut. 😂
Dan adunan ni, kalo timbang 50g sebiji, dapat 10 biji.

Kredit: Khairunnisa Mohammad 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI