Mendidik anak zaman ini sememangnya begitu mencabar minda. Bukan hanya anak perempuan, bahkan anak lelaki pun sama cabarannya. Kunci sebenarnya adalah cara didikan kita.

Biar kita melentur buluh ketika di awal usianya supaya ilmu itu tertanam dalam minda anak-anak. Sekecil-kecil perkara seperti menjaga adab sebaiknya diajar sewaktu anak masih kecil lagi.

Benar kata Penulis Keibubapaan, Wan Nur Syakira, bila mata anak-anak terjaga, pasti hati dan fikiran mereka juga terjaga. Mudah-mudahan.

“Umi Jangan Pandang Sana” Didiklah Anak Jaga Pandangan Mata, Biar Anak Tahu Adab!


DIDIK ANAK JAGA PANDANGAN

Hari ini, saya bawa anak-anak pergi taman. Di tepi taman kami ini, ada kolam renang. Baru saja dibuka selepas ditutup sekian lama selepas COVID. Jadi ramai kanak-kanak dan remaja yang mandi manda.

Ada yang berpakaian lengkap, ada yang tak pakai baju. Biasanya remaja lelaki. Tak berapa selesa lah juga bila terlihat kan. Bimbang juga anak-anak yang terbiasa melihat orang tak berbaju.

Cara kami, kami didik anak mandi di khalayak ramai dengan berbaju meskipun mereka masih kecil. Biarpun berumur 3,4 tahun. Supaya mereka terbiasa rasa segan dan malu dari kecil.

“Umi Jangan Pandang Sana” Didiklah Anak Jaga Pandangan Mata, Biar Anak Tahu Adab!

Anak-anak lelaki saya berumur 3 dan 5 tahun. Tapi yelah, orang lelaki nak mandi tak berbaju pun mengapa, kerana ianya bukan aurat.

IKLAN

Jadi, takkan nak larang mereka yang mandi tu kan, takkan nak suruh diaorang balik pakai baju.

Orang lain kita tak boleh kawal, tapi anak-anak kita, kita boleh kawal dan nasihatkan. Jadi, selalu pesan pada anak-anak.

“Umi Jangan Pandang Sana” Didiklah Anak Jaga Pandangan Mata, Biar Anak Tahu Adab!

” Adam , Yusuf , ada abang tak pakai baju di kolam. Adam , Yusuf tak payah tengok ya, malu “.

” Bila Adam , Yusuf nampak je orang tak pakai baju, terus je tengok kat lain ya “.

” Okay, Adam tengok pokok ya, ” jawab Adam.

Dan tunjukkan juga perbuatan kita yang alihkan pandangan pada anak.

IKLAN

” Adam , Yusuf, ummi pandang sebelah sini sebab ada abang tak berbaju kat kolam “. Supaya apa ? Supaya anak aware ibunya juga buat yang sama.

Yelah, anak cepat belajar bila lihat perkara itu secara visual. Bukan cakap saja. Selain disuruh didik anak tentang aurat dan anggota badan yang perlu ditutup, didik juga mereka tentang menjaga pandangan.

“Umi Jangan Pandang Sana” Didiklah Anak Jaga Pandangan Mata, Biar Anak Tahu Adab!

Kena akui, realitinya, kita tak boleh nak kawal orang pakai apa, tapi kita boleh ingatkan dan biasakan diri dan anak kita tundukkan pandangan. Menjaga mata, menjaga apa yang dilihat.

Bila mata terjaga, InsyaAllah hati dan fikiran juga terjaga. Surprisingly, anak-anak yang memang ada absorbent mind , ingat apa yang kita cakap dan tunjukkan. Mereka boleh ingatkan saya pula.

” Ummi, jangan tengok kat pondok sana, ada orang tak pakai baju. Malu. “,

IKLAN

” Okay, ummi tak tengok”. Itu signal yang baik. Dia faham apa yang kita nasihatkan. Begitulah.

“Umi Jangan Pandang Sana” Didiklah Anak Jaga Pandangan Mata, Biar Anak Tahu Adab!

Mata ini perlu dijaga, banyak mana perkara buruk berlaku kerana tak jaga mata. Boleh jadi hati jadi keras kalau selalu lihat benda yang tak elok.

Menjadi tanggungjawab kita selaku ibu bapa, selain didik mereka akan sifat malu dan menutup aurat, didik juga mereka menjaga pandangan.

Baik ketika di luar, baik ketika menonton televisyen atau apa -apa yang berbentuk visual. Kartun pun ada yang tak sesuai ditonton.

Sama-sama didik diri dan anak-anak ya.

Menarik: Buat Tak Endah Bila Anak Bercakap, Anak Rasa Terpinggir, Mak Ayah Layanlah

Mesti korang teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000. Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI