Anak yang sebelum ini aktif dan sentiasa manja memanggil Umie tiap kali nak apa-apa kini berubah sekelip mata apabila disahkan mengalami Acute Necrotizing Encephalopathy of Childhood (ANEC) kira-kira dua bulan lalu.
Semuanya bermula apabila adik Ammar Irfan bin Zakria, 6 tahun, demam on off pada penghujung tahun lalu.
Berkongsi kisah sedih ini, ibunya Izrinda Roslin berkata, pada 1 Januari lalu memang Irfan demam. Waktu itu suhunya agak tinggi. Walaupun dah bawa ke klinik dan diberikan ubat, suhunya masih turun naik.
“Macam-macam cara saya buat untuk turunkan suhunya seperti jerlum dengan air, mandi dengan kerap. Selepas itu suhunya ok sikit pada pukul 3 pagi.
“Disebabkan kepenatan, saya tertidur selepas mendapati Irfan dah tidur lena. Namun sekitar jam 7 pagi apabila saya tersedar keadaan Irfan seolah-olah tiada respon dengan badannya kejang dan mata terbuka.
Ads
“Terus bawa ke hospital dan apabila doktor buat scan berlaku radang di otaknya. Dari Sungai Petani terus dipindahkan ke Pulau Pinang,” katanya.
Izrinda menjelaskan selepas dipindahkan hospital, Irfan terus dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) selama dua minggu dan doktor turut melakukan ujian MRI.
“Keputusan MRI menunjukkan berlaku pendarahan hingga menjejaskan pendengaran, penglihatan dan pergerakan.
Ads
“Ketika itu semua otot Irfan dah kejang dan doktor terpaksa pakaikan splin untuk sokong kaki dan tangan supaya tak keras,” kongsinya.
Dua bulan di hospital
Selama dua bulan di hospital, kini Irfan dah dibenarkan pulang ke rumah. Cuma keadaannya tak sama seperti sebelum itu. Dia hanya terlantar dan kalau nak bangun atau berjalan perlu dibantu.
Percakapannya juga pelat dan tak petah. Impiannya untuk ke sekolah juga terpaksa ditangguhkan.
Ads
Kini Irfan perlu buat fisioterapi di rumah selain ikut temujanji hospital agar keadaannya kembali pulih.
Nak Irfan Sihat
Kata Izrinda, setakat ini doktor tak jamin bila Irfan boleh kembali sihat dan menasihatkan untuk sentiasa merangsang pergerakan Irfan sepanjang masa.
Memandangkan Irfan adalah anak tunggal, semua harapan terletak padanya. Namun bila Allah bagi ujian ini memang sedih sangat. Sebagai ibu saya harapkan Allah bagi keajaiban agar Irfan dapat membesar seperti kanak-kanak lain. Doa saya dan suami agar Allah mempermudahkan urusan Irfan,” akhirinya.
Pembaca yang ingin membantu Puan Izrinda Roslin boleh hubungi 0174681055.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak semua baju bayi dan kanak-kanak ada label ini. Biasanya hanya pakaian yang diimport dari luar negara mempunyai label ini.
Mungkin juga kalau ternampak pun anda tak tahu apa fungsinya dan boleh jadi ada ibu yang terus menggunting label tersebut kerana beranggapan ia tidak penting.
Namun perkongsian daripada ibu ini sangat penting untuk diketahui oleh semua ibu bapa yang mempunyai anak kecil.
Berdasarkan rasa ingin tahu yang sangat tinggi maka Norhani Mohd Nor melakukan penyelidikan sendiri melalui banyak pembacaan dan berkongsi info bermanfaat ini.
APAKAH MAKSUD “LOW FIRE DANGER” PADA BAJU KANAK-KANAK?
Pernah terfikir tak kenapa baju-baju (kebiasaannya baju tidur bayi/kanak-kanak) yang diimport dari luar negara ada label sebegitu? Penting atau tidak kita untuk ambik tahu?
Selama ni kita ignore aje. Baju-baju Made in Malaysia tak ada pun label macam ni. Tapi kalau di oversea memang hampir semua kita jumpa.
Ini adalah ciri keselamatan pada baju mereka yang ditetapkan dalam garis panduan pembuat baju.
Sebelum baju mereka dipasarkan kepada pengguna, harus melalui ujian-ujian bagi membolehkan “Low fire danger” label dipasangkan.
Tahukah kita bayi dan kanak-kanak adalah golongan yang sukar menyelamatkan diri sendiri jika berlaku kebakaran di rumah?
Terutama ketika mereka tidur, selalunya baju tidur atau pajama mereka disambar api dengan mudah dan risiko untuk kulit melecur adalah tinggi dan boleh mengakibatkan fataliti.
Baju-baju label begini memperlahankan sambaran api dan mengurangkan risiko kulit melecur. Untuk faktor keselamatan anak-anak, carilah baju yang mempunyai label begini.
Eh tapi, bila anak-anak pakai baju ada label macam ni jangan biar je pulak diorang main api ke atau tak evacuatekan diorang cepat-cepat jika terjadi kebakaran. Kang mama tepuk dahi awak!
“Safety starts from home.”
Tulisan: Mama safety concern Norhani Aida Mohd Nor
Berat badan bayi bukan untuk melihat sama ada bayi kurus atau gemuk, ia merujuk ia adalah penanda aras perkembangan dan tumbesaran bayi. Tumbesaran bayi mesti mengikut aliran carta kesihatan yang betul.
“Berapa berat baby ni?” Itulah antara soalan ‘wajib’ yang sering ditanya setiap kali berbual tentang perihal bayi. Isu berat badan bayi juga ada kala menimbulkan kebimbangan pada ibu bapa apabila ia tidak selari dengan perkembangannya.
FAKTOR GENETIK, KESIHATAN & PEMAKANAN IBU TENTUKAN BERAT BADAN BAYI SEMASA LAHIR
Bayi dilahirkan dengan ukuran dan ciri yang berbeza. Berat badan bayi yang baru dilahirkan berbeza antara 2.5 hingga 4.5kg. Ukuran berat bayi boleh ditentukan berdasarkan faktor genetik, kesihatan ibu dan pemakanan ibu sepanjang kehamilan.
Selalunya berat bayi bergantung kepada berat lahir. Menjelang umur lima hingga enam bulan, kebanyakan bayi akan mencapai berat badan dua kali ganda daripada berat badan ketika dilahirkan.
Makanan amat penting untuk pertumbuhan bayi. Bagi enam bulan pertama bayi amat bergantung kepada susu ibu. Ketika ini berat bayi akan meningkat. Namun bagi bayi yang mempunyai masalah kesihatan seperti masalah penghadaman, cirit birit berterusan, muntah akan menjejaskan perkembangan bayi. Bayi perlu mendapatkan pemeriksaan lanjut daripada doktor.
IBU BESAR BERMAKNA BAYI JUGA BESAR?
Ibu yang mempunyai saiz badan yang besar maka bayinya juga besar atau ibu mempunyai saiz badan kecil? Fakta ini tidak benar! Namun, jika berlaku, ia mungkin disebabkan oleh faktor genetik, bayi yang dilahirkan adalah sihat.
Ada juga yang disebabkan oleh masalah kesihatan seperti rahim, uri, pemakanan dan penyakit yang dihidapi oleh ibu semasa hamil. Misalnya kencing manis tidak terkawal semasa hamil akan mengakibatkan bayi dilahirkan bersaiz besar.
BERAT BADAN BAYI DIREKODKAN LEPAS LAHIR
Selepas dilahirkan, bayi akan ditimbang dan berat badannya akan direkodkan dan perkembangannya dicatitkan setiap bulan walaupun ketika anda masih berpantang. Malah ia diteruskan semasa anda mendapatkan suntikan imunisasi anak di klinik.
Maklumat tumbesaran bayi akan dicatatkan dalam rekod kesihatan bermula setelah bayi dilahirkan.
NAIK BERAT TERLALU TINGGI PERLU DIRUJUK KEPADA DOKTOR
Jika bayi anda dilahirkan bersaiz besar, ia tidak perlu dirisaukan asalkan beratnya dalam lingkungan kesihatan. Jika berlaku peningkatan yang tinggi sehingga keluar daripada had paras yang sepatutnya, doktor atau jururawat akan bertanya mengenai jumlah penyusuan bayi, berapa kali bayi kencing dan berapa lama dia tidur.
LEPAS LAHIR 10 HARI, BERAT BAYI BOLEH TURUN HINGG 20% DARI BERAT BADAN ASAL
Apabila anda menyedari bahawa berat bayi menurun, jangan panik! Ia perkara biasa bagi bayi selepas dilahirkan. Biasanya selepas 10 hingga 14 hari, berat bayi akan menurun antara 10% hingga 20% daripada berat badan asal. Dapatkan pemantauan kesihatan bayi untuk mengesan sebarang ciri abnormal jika berat badannya semakin menurun!
BERAT BADAN KURANG, IBU MESTI PASTIKAN PEMBERIAN HINDMILK MENCUKUPI & PELEKAPAN BETUL
Sebelum lahir, bayi mendapat bekalan nutrien melalui plasenta secara tetap, tetapi selepas dilahirkan bayi mendapat sumber makanan melalui penyusuan susu ibunya. Selepas dua minggu berat bayi akan mula bertambah disebabkan oleh penyusuan susu ibu.
Tetapi jika berat bayi masih berkurangan iaitu tidak mengikut carta kesihatan yang betul, ia mungkin disebabkan kesihatan bayi dan tidak mendapat susu ibu yang cukup. Oleh itu, ibu perlu mendapatkan maklumat mengenai penyusuan susu ibu yang betul seperti pelekapan dan tempoh penyusuan sehingga bayi kenyang (pemberian susu foremilk dan hindmilk kepada bayi).
BAYI KURANG BERAT BADAN
Ia tidak menjadi masalah asalkan berat bayi masih lingkungan carta kesihatan. Tetapi jika berat bayi telah turun ke paras yang rendah pihak doktor akan membuat pemeriksaan lanjut.
Bayi pramatang selalunya dilahirkan kurang berat badan dan tidak boleh dibandingkan dengan bayi yang dilahirkan cukup bulan. Bayi pra matang mempunyai carta perkembangan khas sendiri. Selalunya bayi pramatang mempunyai jadual penyusuan untuk menaikkan berat badannya. Ini kerana bayi pra matang ini kerap tidur dan tidak akan bangun untuk menyusu. Oleh itu, bayi pra matang diberi susu khas untuk meningkatkan berat badannya. berbanding permintaan penyusuan bayiz
Kembar selalunya dilahirkan dengan berat badan yang berbeza. Jadi setiap mereka mempunyai carta dan perkembangan masing-masing.
PANTAU PERKEMBANGAN BERAT BADAN BAYI
Biasanya, perkembangan bayi akan dicatat dalam carta kesihatan pertumbuhan bayi. Carta ini dijadikan rujukan dan panduan untuk mengetahui sama ada bayi mengalami pertumbuhan yang normal atau tidak.
Pastikan anda melakukan pemeriksaan rutin perkembangan kesihatan bayi untuk mengetahui perubahan-perubahan yang terjadi setiap bulan.
Carta ini akan dapat membantu jika timbul sebarang masalah kesihatan kepada anak anda. Melalui carta kesihatan bayi akan menunjukkan berat badan idea pada setiap bulan dan pertumbuhan tinggi dan ukuran lilitan kepalannya.
Menurut carta pertumbuhan kesihatan, berat badan bayi yang sihat akan menunjukkan peningkatan pada setiap pertambahan usianya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Punca sebenar bagi penyakit-penyakit yang berkaitan dengan peranakan wanita seperti ketumbuhan fibroid, adenomyosis dalam rahim, endometriosis, ovarian cyst, kanser rahim dan kanser payudara tidaklah diketahui.
Baka memainkan sedikit peranan, tapi punca-punca persekitaran seperti kelemahan immuniti, toksin, dan hormon estrogen yang berlebihan dalam tubuh badan wanita serta ketidak seimbangan antara hormon estrogen dan progesterone lebih berperanan dalam ketumbuhan tersebut.
Mungkin bagi wanita, apabila disahkan mengalami penyakit yang berkait dengan wanita, ia antara yang paling ditakuti. Cuma kekuatan semangat sangat penting untuk seseorang itu lebih positif dan cepat sihat.
Apa yang dikongsikan oleh Hety Ezleen mengenai pengalamannya yang disahkan ovarian cyst boleh memberi kekuatan pada wanita lain yang senasib dengannya.
Ramai yang bertanya pada saya, macam mana mula-mula saya tau yang saya ada cyst.. apa tanda-tanda cyst, dan apa tindakan saya.. Saya rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman saya untuk rakan-rakan yang bertanya.. mana tahu dapat membantu awk-awak, rakan-rakan awak, atau saudara mara awak yang senasib seperti saya sebelum terlambat..
Itu tanda-tanda cyst yang saya alami, period saya regular.. untuk orang lain saya tak pasti, kerana hormon badan kita berbeza.. Doc cakap dengan saya, setiap wanita memang ada cyst, ia bergantung pada aktif atau tidak je..
Apa tindakan saya? Sudah tentu takut dan risau lihat perut sendiri membuncit seperti wanita mengandung okay, Saya tulis ikut turutan beserta kosnya sekali sebab ramai yang bertanya dan nak tahu harga (hospital swasta) ye.. jika hospital kerajaan pastinya murah.. tapi lambat (ikut pengalaman cerita orang-orang)
14.2.2018
Saya pergi ke Klinik sakit puan.. Doc India tu buat ultrasound tengok apa yang ada dlm perut.. doc taknampak pun cyst tu.. dia cakap perut saya banyak air.. then terus dia cakap air dalam perut awak ni mungkin air kanser!! tergamam sebentar dengar kata-katadoc tu.. (dapat gambar scan dalam perut..BAYARAN RM60)
Tak puas hati dengan result klinik pertama, call kakak ipar (doctor) then bgtau masalah saya, dia suruh saya pergi ke Klinik dia. Jauh jugak la dgn rumah.. huhu.. Then buat ultrasound lagi, ok kali ni mmg nampak biji ketulan tu (mass) kat ovari kiri. Ukuran 6cm. Omak tanjat aihh! Blur kejap dan mata terkebil2.. Then kakak ipar buatkan surat ke Hosp Pantai utk buat ujian CT Scan.. (dpt gambar dlm perut.. BAYARAN FREE sbb kakak ipar)
15.2.2018
Pergi Hosp Pantai (Private) buat CT Scan abdomen dan pelvic.. Result dia sangat tepat 100% dan terus dapat result masa tu juga.. (BAYARAN RM1110.45)
Pergi semula klinik kakak ipar bawa result CT Scan, haa.. kakak ipar explain la dari result tu.. dia kata ukuran cyst saya 11.6cm x 11.2cm x 6.7cm.. uargh!! Pucat terus muka yang tak berapa nak cerah ni. Then kakak ipar cakap, Hety.. ini bukan main-main tau, Kak M*** akan buat surat ke Pakar KPJ Johor dan Hety kena bedah segera sebab ketulan (mass) tu besar!! Ia merbahaya!! Ia akan membesar dan terus membesar! Ok seram(BAYARAN free sbb kakak ipar)
20.2.2018
Pergi jumpa doc Pakar Gynaecology di KPJ Johor Bahru, bawa surat yg kakak ipar tulis tu.. doc Lim terus buat ultrasound kat perut.. dan dia sangat terkejut dgn kandungan air yg ada dlm perut.. doc kata banyaknya air!! doc lim kata air dalam perut saya nicancer ok sekali lagi saya dgr perkataan cancer tu. Doc buat pap smear dan buat ujian darah CA 125.. (BAYARAN RM1024.50)
21.2.2018
Appoinment lagi dgn doc lim di KPJ Johor, amik result darah CA 125 yg buat semalam.. ok nak bagitau, kalau darah ada cancer, jumlah dia 125ml.. dan result yg sy dapat.. jumlah dia 721ml.. sangat tinggi okeh!! sekali lagi doc cakap adik, jumlah darah awk ni tinggi, ini cancer.. otomatik air mata mengalir depan doc lim.. Then buat ujian air dalam perut pula.. doc cucuk hidup2 pada perut saya pakai jarum yg besar dan tebal!! uarghhh sakit. Air dalam perut pun dikeluarkan sikit untuk dibawa ke makmal untuk ujian.. air dalam perut warna merah
Lagi doc kata air warna merah tu air cancer saya menangis dan terus menangis (BAYARAN RM951.25)
26.2.2018
Appoinment lagi dgn doc lim.. Perbincangan dengan doc.. doc kata cyst saya ni merbahaya, kena buang kedua-dua ovari kanan kiri dan rahim.. uarghh menangis depan doc.. Doc cakap lagi, kesan-kesan selepas buang rahim.. saya tak boleh melahirkan anak lagi”, saya akan manopous”, tulang saya akan cepat reput”, saya kena makan ubat hormon seumur hidup saya.. uarghhh saya menangis lagi depan doc. Saya sain surat persetujuan bedah buang ovari dan rahim dalam keadaan lemah longlai Saya akur dan redha demi keselamatan diri.
Ya Allah berikanlah kekuatan pada diriku.. Keluar dari bilik doc, call family dan kawan terdekat.. menangis dan terus menangis. Malamnya tidur di Hosp KPJ Johor (minum air yang rasanya payau masin untuk buang najis) doc nak perut kita kosong tiada sebarang najis masa bedah esok pagi (TIADA BAYARAN)
27.2.2018-1.3.2018
Operation saya ni major operation.. 27.2.2018, pukul 8 pagi doc Enjet kat pergelangan tangan, then saya hirup asap apa ntah nama dia, terus tak sedarkan diri.. sedar-sedar, dengar suara sayup-sayupjururawat sambil tepuk-tepukbadan adik, pembedahan dah siap ye.. lepas sedar je terus rasa sakit ya amat!! uarghh sakit!! malam pertama tu 4 kali juga jururawat enjet tahan sakit. 1.3.2018 discharge. (BAYARAN RM17,864)
Ini adalah pengalaman saya sendiri. Proses jumpa doc pd 14.2.2018 sehingga hari pembedahan 27.2.2018 adalah satu jangka masa yang sangat cepat.. Saya bersyukur dan yakin, Allah telah mempermudahkan urusan saya.. Pembedahan pun dah selamat dijalankan.
Sekarang ni saya dalam berpantang dan proses pemulihan seperti wanita yang lepas bersalin ceasor.. batuk dan bersin? Sakit!! menangis okeh!!
Sesungguhnya saya memang tidak menjangka perkara ini akan berlaku pada diri saya..Ovarian Cyst adalah kejadian yang kerap berlaku dikalangan wanita, tidak kira umur.. dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya kerana ia jarang memberikan simptom.. Saya harap, dengan perkongsian saya ini, dapat memberi kesedaran kepada kaum wanita untuk segera berjumpa doktor jika ada simptom seperti saya.. Apa-apa hal, pergi jumpa doktor dahulu, jangan pandai-pandai makan supplement tanpa nasihat doktor.. bukan apa, dikhuatiri anda penghidap kanser.. tup2, kanser tahap 3-4.. haa kan seram tu. Jika tiada kanser, syukurlah. Ke Hospital Kerajaan atau Hospital Swasta terpulang anda.. Yang penting jangan takut berjumpa doktor ok.
Trend squishy toy microwave bahaya kini viral dan menyebabkan kecederaan melecur serius kepada kanak-kanak. Ketahui risiko sebenar dan langkah pencegahan.