Punca sebenar bagi penyakit-penyakit yang berkaitan dengan peranakan wanita seperti ketumbuhan fibroid, adenomyosis dalam rahim, endometriosis, ovarian cyst, kanser rahim dan kanser payudara tidaklah diketahui.

Baka memainkan sedikit peranan, tapi punca-punca persekitaran seperti kelemahan immuniti, toksin, dan hormon estrogen yang berlebihan dalam tubuh badan wanita serta ketidak seimbangan antara hormon estrogen dan progesterone lebih berperanan dalam ketumbuhan tersebut.

Mungkin bagi wanita, apabila disahkan mengalami penyakit yang berkait dengan wanita, ia antara yang paling ditakuti. Cuma kekuatan semangat sangat penting untuk seseorang itu lebih positif dan cepat sihat.

Apa yang dikongsikan oleh Hety Ezleen mengenai pengalamannya yang disahkan ovarian cyst boleh memberi kekuatan pada wanita lain yang senasib dengannya.

Ramai yang bertanya pada saya, macam mana mula-mula saya tau yang saya ada cyst.. apa tanda-tanda cyst, dan apa tindakan saya.. Saya rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman saya untuk rakan-rakan yang bertanya.. mana tahu dapat membantu awk-awak, rakan-rakan awak, atau saudara mara awak yang senasib seperti saya sebelum terlambat..

  • Saya kerap mengalami sakit perut di bahagian bawah. Tidak la setiap hari tetapi agak kerap juga.. Kadang kala, perut terasa kejang dan rasa mencucuk. Sakit sangat. Kadang pula, rasa sakitnya seperti senggugut yang berpanjangan.
  • Saya kerap membuang air 10-15 kali sehari walaupun saya tidak minum air. Stress ya amat kalau pergi holiday atau berjalan-jalan. Kalau lepas minum air segelas, dalam masa 5 minit confirm kan pergi toilet.. then 5 minit kemudian akan ke toilet lagi.. Bayangkanlah penderitaan ini..Ini kerana cyst semakin membesar dan kedudukan ovari (cyst) berada di sebelah pundi kencing je.
  • Kadang-kadang sakit semasa hubungan kelamin. Sakit yang teramat sangat di tempat kedudukan cyst. Ini kerana faktor pengembangan dan pengecutan otot dikawasan rahim dan sistem peranakan sewaktu hubungan kelamin.
  • Perut semakin membuncit dari hari ke sehari seperti wanita mengandung.. (perut saya seperti  wanita mengandung 4bulan). Ia tak sakit kerana dalam perut mengandungi air.. doc kata cyst tu yang keluarkan air tersebut.
  • Selepas makan, perut mengeras dan terasa penuh.
  • Kadang-kadang pening kepala.. tak selalu..
  • Semasa baring, bila tiba perut kejang, kadang-kadang ketulan cyst tu timbul pada perut.. saya boleh nampak kedudukan cyst tu dgn mata sendiri.. bila disentuh, tekan tempat ketulan cyst tu memang rasa keras.. seram pulak, tapi tak bagitau dengan sesiapa sebab takut

Itu tanda-tanda cyst yang saya alami, period saya regular.. untuk orang lain saya tak pasti, kerana hormon badan kita berbeza.. Doc cakap dengan saya, setiap wanita memang ada cyst, ia bergantung pada aktif atau tidak je..

Apa tindakan saya? Sudah tentu takut dan risau lihat perut sendiri membuncit seperti wanita mengandung okay, Saya tulis ikut turutan beserta kosnya sekali sebab ramai yang bertanya dan nak tahu harga (hospital swasta) ye.. jika hospital kerajaan pastinya murah.. tapi lambat (ikut pengalaman cerita orang-orang)

14.2.2018
Saya pergi ke Klinik sakit puan.. Doc India tu buat ultrasound tengok apa yang ada dlm perut.. doc taknampak pun cyst tu.. dia cakap perut saya banyak air.. then terus dia cakap air dalam perut awak ni mungkin air kanser!! tergamam sebentar dengar kata-katadoc tu.. (dapat gambar scan dalam perut..BAYARAN RM60)

Tak puas hati dengan result klinik pertama, call kakak ipar (doctor) then bgtau masalah saya, dia suruh saya pergi ke Klinik dia. Jauh jugak la dgn rumah.. huhu.. Then buat ultrasound lagi, ok kali ni mmg nampak biji ketulan tu (mass) kat ovari kiri. Ukuran 6cm. Omak tanjat aihh! Blur kejap dan mata terkebil2.. Then kakak ipar buatkan surat ke Hosp Pantai utk buat ujian CT Scan.. (dpt gambar dlm perut.. BAYARAN FREE sbb kakak ipar)

15.2.2018 
Pergi Hosp Pantai (Private) buat CT Scan abdomen dan pelvic.. Result dia sangat tepat 100% dan terus dapat result masa tu juga.. (BAYARAN RM1110.45)

Pergi semula klinik kakak ipar bawa result CT Scan, haa.. kakak ipar explain la dari result tu.. dia kata ukuran cyst saya 11.6cm x 11.2cm x 6.7cm.. uargh!! Pucat terus muka yang tak berapa nak cerah ni. Then kakak ipar cakap, Hety.. ini bukan main-main tau, Kak M*** akan buat surat ke Pakar KPJ Johor dan Hety kena bedah segera sebab ketulan (mass) tu besar!! Ia merbahaya!! Ia akan membesar dan terus membesar! Ok seram(BAYARAN free sbb kakak ipar)

20.2.2018
Pergi jumpa doc Pakar Gynaecology di KPJ Johor Bahru, bawa surat yg kakak ipar tulis tu.. doc Lim terus buat ultrasound kat perut.. dan dia sangat terkejut dgn kandungan air yg ada dlm perut.. doc kata banyaknya air!! doc lim kata air dalam perut saya nicancer ok sekali lagi saya dgr perkataan cancer tu. Doc buat pap smear dan buat ujian darah CA 125.. (BAYARAN RM1024.50)

21.2.2018
Appoinment lagi dgn doc lim di KPJ Johor, amik result darah CA 125 yg buat semalam.. ok nak bagitau, kalau darah ada cancer, jumlah dia 125ml.. dan result yg sy dapat.. jumlah dia 721ml.. sangat tinggi okeh!! sekali lagi doc cakap adik, jumlah darah awk ni tinggi, ini cancer.. otomatik air mata mengalir depan doc lim.. Then buat ujian air dalam perut pula.. doc cucuk hidup2 pada perut saya pakai jarum yg besar dan tebal!! uarghhh sakit.  Air dalam perut pun dikeluarkan sikit untuk dibawa ke makmal untuk ujian.. air dalam perut warna merah

Lagi doc kata air warna merah tu air cancer saya menangis dan terus menangis (BAYARAN RM951.25)

26.2.2018
Appoinment lagi dgn doc lim.. Perbincangan dengan doc.. doc kata cyst saya ni merbahaya, kena buang kedua-dua ovari kanan kiri dan rahim.. uarghh menangis depan doc.. Doc cakap lagi, kesan-kesan selepas buang rahim.. saya tak boleh melahirkan anak lagi”, saya akan manopous”, tulang saya akan cepat reput”, saya kena makan ubat hormon seumur hidup saya.. uarghhh saya menangis lagi depan doc.  Saya sain surat persetujuan bedah buang ovari dan rahim dalam keadaan lemah longlai  Saya akur dan redha demi keselamatan diri.

Ya Allah berikanlah kekuatan pada diriku.. Keluar dari bilik doc, call family dan kawan terdekat.. menangis dan terus menangis.  Malamnya tidur di Hosp KPJ Johor (minum air yang rasanya payau masin untuk buang najis) doc nak perut kita kosong tiada sebarang najis masa bedah esok pagi (TIADA BAYARAN)

27.2.2018-1.3.2018
Operation saya ni major operation.. 27.2.2018, pukul 8 pagi doc Enjet kat pergelangan tangan, then saya hirup asap apa ntah nama dia, terus tak sedarkan diri.. sedar-sedar, dengar suara sayup-sayupjururawat sambil tepuk-tepukbadan adik, pembedahan dah siap ye.. lepas sedar je terus rasa sakit ya amat!! uarghh sakit!! malam pertama tu 4 kali juga jururawat enjet tahan sakit. 1.3.2018 discharge. (BAYARAN RM17,864)

Ini adalah pengalaman saya sendiri. Proses jumpa doc pd 14.2.2018 sehingga hari pembedahan 27.2.2018 adalah satu jangka masa yang sangat cepat.. Saya bersyukur dan yakin, Allah telah mempermudahkan urusan saya.. Pembedahan pun dah selamat dijalankan.

Sekarang ni saya dalam berpantang dan proses pemulihan seperti wanita yang lepas bersalin ceasor.. batuk dan bersin? Sakit!! menangis okeh!!

Sesungguhnya saya memang tidak menjangka perkara ini akan berlaku pada diri saya..Ovarian Cyst adalah kejadian yang kerap berlaku dikalangan wanita, tidak kira umur.. dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya kerana ia jarang memberikan simptom.. Saya harap, dengan perkongsian saya ini, dapat memberi kesedaran kepada kaum wanita untuk segera berjumpa doktor jika ada simptom seperti saya.. Apa-apa hal, pergi jumpa doktor dahulu, jangan pandai-pandai makan supplement tanpa nasihat doktor.. bukan apa, dikhuatiri anda penghidap kanser.. tup2, kanser tahap 3-4.. haa kan seram tu.  Jika tiada kanser, syukurlah. Ke Hospital Kerajaan atau Hospital Swasta terpulang anda.. Yang penting jangan takut berjumpa doktor ok.

Sumber: Hety Ezleen