Ads

Ummi & Dr Izzar Rehat Dulu 3 Tahun Sebelum Bagi Ayra Adik. Tak Tolak Jika Rezeki Awal

Pelakon Ummi Nazeera dan suami, Dr. Mohd. Izzar Anwari merancang untuk menimang cahaya mata kedua dalam tempoh tiga tahun lagi.

Menurut Ummi, buat masa sekarang dia mahu memberi fokus semula dalam bidang lakonan manakala suaminya mahu menyambung pengajian dalam bidang sarjana pengkhususan dalam kesihatan awam.

Ummi & Dr Izzar Rehat Dulu 3 Tahun Sebelum Bagi Ayra Adik. Tak Tolak Jika Rezeki Awal

“Saya dan suami dah rancang untuk tidak memiliki anak kedua dalam tempoh tiga tahun ini.

Ads

“Ini kerana kami mahu fokus dan memberi komitmen terhadap kerjaya masing-masing dulu.

Ummi & Dr Izzar Rehat Dulu 3 Tahun Sebelum Bagi Ayra Adik. Tak Tolak Jika Rezeki Awal

“Saya akui yang saya masih belum lagi boleh menjadi seorang ibu terbaik buat anak sulung kami dan saya mahu memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada dia sebelum dapat adik.

Ads

“Namun kami tidak menolak jika rezeki untuk mendapatkan anak kedua datang awal,” katanya.

Ummi & Dr Izzar Rehat Dulu 3 Tahun Sebelum Bagi Ayra Adik. Tak Tolak Jika Rezeki Awal

Ads

Ummi berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Rocketfuel Entertainment, di The Bee, Publika, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ummi dan Izzar mendirikan rumah tangga pada 23 Julai 2017 dan dikurniakan cahaya mata pada 22 Ogos tahun lalu.

Sumber: Astro Gempak

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Ruang Terapi Sensori Percuma Bantu Perkembangan Anak Istimewa, Legakan Beban Ibu...

Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald membantu ribuan anak istimewa di Malaysia melalui terapi percuma yang selamat, komprehensif dan mesra keluarga.