Ads

Umur 0-2 Tahun Paling Berharga, Masa Paling Tepat Bina Bonding Dengan Anak!

Kita merasakan anak kita pada usianya di bawah dua tahun masih kecil. Namun hakikatnya di waktu umur inilah waktu paling sesuai untuk merapatkan bonding yang kuat kita dengan anak. Mereka memahaminya.

Di ketika anak sedang membesar inilah, luangkan lebih masa untuk mereka. Walau sibuk macam mana sekalipun, jangan sia-siakan dua tahun pertama ini. Ini tip yang dikongsikan oleh Parenting Influencer, Mohd Fhais Salim.

Umur 0-2 Tahun Paling Berharga, Masa Paling Tepat Bina Bonding Dengan Anak!


Walau sibuk mana pun kerja kita jangan sia-siakan peluang sekali seumur hidup ni.

2 tahun pertama masa paling afdal nak bina bonding kuat dengan anak. Kerana waktu 0- 18 bulan adalah fasa di mana perkembangan psikologi & sosial anak berada pada tahap percaya atau tak percaya ( trust or mistrust)

Ads

Umur 0-2 Tahun Paling Berharga, Masa Paling Tepat Bina Bonding Dengan Anak!

2 tahun yang singkat tapi sangat kritikal. Kerja sampai bila pun tak akan habis, tapi masa 2 tahun ni pejam celik je dah habis.

Kita semua kena manfaatkan betul-betul masa yang singkat ini.
– manjakan anak sepenuhnya
– luangkan masa sebanyaknya
– banyakkan masa berkualiti
– main sepuas-puasnya
– penuhi segala keperluannya
– sentiasa ada di sampingnya
– banyak berlembut padanya
– sabar walau apa pun situasi
– cintai dia tanpa syarat
– peluk & cium sekerapnya

Ads

Umur 0-2 Tahun Paling Berharga, Masa Paling Tepat Bina Bonding Dengan Anak!

Percayalah, sampai ke besar kita akan jadi orang yang paling paling anak percaya & selesa.

Ads

Bila bonding kuat semua benda jadi jernih, sedikit pun tak ada rasa serabut. Serius!

Masa singkat yang penuh makna.

Wallahu A’lam,

~ Mohd Fhais Salim
Parenting Coach

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Makanan Sebelum Bersalin, Penting Untuk Tenaga & Elak Keletihan

Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.