Di usia anak yang mencecah dua tahun, daya analisis perkembangan mental dan fizikal anak sedang berkembang. Tidak hairanlah ketika ini anak sedang belajar melalui apa yang dia lihat dan mencontohinya.

Jika anak buat sesuatu yang diluar jangkaan, jangan cepat nak marah anak kerana mungkin setiap perbuatannya daripada apa yang dia tiru tanpa disedari ibu bapa.

Selain itu, dalam usia begini juga anak mudah menunjukkan ketidakpuasan hatinya dengan pelbagai cara sehingga boleh menyebabkan ibu bapa hilang kesabaran dan terus menaikkan suara.

Umur 2 Tahun, Anak Mengamuk Dan Merengek Normal. Faham Dulu Sebabnya Baru Mudah

Antara yang biasa anak lakukan dalam menunjukkan perasaannya bahawa ada sesuatu yang perlu dipenuhi oleh ibu bapa dan berharap akan ada yang memahaminya adalah:

MERENGEK

Bagi kanak-kanak,merengek adalah cara untuknya meluahkan kekecewaan. Ibu bapa harus tahu maksud rengekan anak. Jangan tahu marah sahaja tapi sebaiknya cuba peluk dan bertanya elok-elok apa yang dimahukannya.

Contohnya jika sebab dia merengek kerana tidak dapat apa yang dia nak, boleh berikan alasan yang jujur agar anak memahami kenapa kita dia tidaj dapat apa yang dimahukannya.

IKLAN

BERBOHONG

Ada beberapa alasan kenapa anak berbohong. Pertama, kerana ia belum boleh memisahkan antara dunia nyata, imaginasi dan fakta. Contohnya kalau dia merosakkan sesuatu barang mungkin takut dimarahi ibu bapa dengan spontan akan menyalahkan adik beradik lain.

SERING MARAH

Pelbagai perkara boleh mencetuskan kemarahan kanak-kanak sehingga menyebabkan kepada tantrum. Tantrum boleh berlaku dalam pelbagai keadaan seperti menjerit kuat di khalayak ramai atau memukul-mukul. Umumnya terjadi kerana anak merasa kesal dan tidak selesa, dan ini merupakan jalan mudah untuk meluahkan perasaannya.

Cara yang mudah untuk menangani masalah ini adalah ketahui puncanya. Adakah kerana lapar, bosan, atau penat. Dengan mengetahui penyebabnya, senang untuk menanganinya. Bawa anak ke tempat yang lebih tenang supaya mudah untuk mengendalikannya.

IKLAN

Umur 2 Tahun, Anak Mengamuk Dan Merengek Normal. Faham Dulu Sebabnya Baru Mudah

MELANGGAR ATURAN

Apabila kanak-kanak melanggar peraturan yang anda tetapkan, mungkin dia belum faham sepenuhnya. Mungkin juga dia mahu dapatkan perhatian orang sekeliling.

Paling penting jangan terus marah. Terus terang dengan anak apa yang dilakukan sebenarnya salah.Beri masa pada anak untuk memahi peraturan yang anda dah tetapkan.

IKLAN

Contohnya jika dia suka menyepahkan mainan dan tidak mahu kemas, ajar anak kemas dan beritahu padanya selepas bermain letak ditempat asal.Mungkin awalnya dia sukar tapi lama-kelamaan dia akan ikut.

SELALU CAKAP TIDAK

Kanak-kanak yang selalu cakap tidak mungkin dia dah tebiasa dengar arahan yang keluar dari mulut ibu ayah atau orang lain yang. Walau bagaimanapun, berkata tidak sangat normal pada kanak-kanak kecil kerana ia adalah cara untuk mengawal dirinya sendiri.

Sebagai ibu bapa jika anak selalu mengatakan ‘tidak mahu’ ‘tak nak’ anda kena tahu apa sebabnya. Tanya dalam nada gurauan supaya anak mahu bercerita.

Jika dia tetap juga memberi alasan apa salahnya anda sama-sama membantunya buat dan elakkan memberi arahan semata-mata kerana anak akan fikir yang negatif.

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI