Bakal bergelar ibu, tentunya teruja & gembira dengan kehadiran si kecil di dalam rahim. Tidak sabar rasanya ingin memeluk si kecil dalam dakapan!

Dalam kegembiraan ini, ibu pasti akan melakukan apa sahaja untuk si comel dalam kandungan. Pemakanan seimbang, rehat yang cukup dan persekitaran yang positif akan membantu ibu meneruskan kehamilan dengan baik.

Tahukah anda pembentukan organ utama janin seperti otak dan saraf tunjang berlaku dengan pesat pada awal kehamilan dan ini adalah waktu kritikal yang bakal menentukan tahap kesihatan bayi selepas dilahirkan. Semasa pembentukan organ-organ tersebut, janin memerlukan nutrisi terpenting iaitu asid folik.

APA ITU ASID FOLIK?

Asid folik amat penting kepada wanita khususnya yang merancang untuk hamil dan sedang hamil. Ia adalah sejenis vitamin B yang diperlukan oleh setiap sel dalam tubuh ibu bagi menampung tumbesaran dan pembesaran janin yang normal. Tablet asid folik walaupun bersaiz kecil, namun memberikan impak yang besar kepada perkembangan janin.

Menurut Dr Siti Esah Bahari, Pakar Obstetrik & Ginekologi, KPJ Selangor Medical Centre, asid folik ialah vitamin B9 yang amat penting untuk badan terutamanya untuk ibu hamil kerana sel-sel memerlukan vitamin B9 pada ketika ini. Ia terdapat dalam 2 bentuk iaitu folate dalam bentuk makanan misalnya sayur-sayuran hijau, kekacang serta buah-buahan dan juga asid folik dalam bentuk suplemen.

“Semasa mengandung, akan terbentuk satu sel atau neural tube yang akan kemudiannya menjadi otak dan saraf tunjang. Yang inilah sebab mengapa wanita memerlukan asid folik. Tanpanya, bayi boleh mengalami kecacatan pada otak dan saraf tunjang.” kata Dr Siti.

JENIS-JENIS KECACATAN OTAK DAN SARAF TUNJANG BAYI

Kecacatan otak dan saraf tunjang yang biasa dijumpai  ialah;

IKLAN

SPINA BIFIDA – Penutupan saraf tunjang dan tulang belakang yang tidak sempurna.

ANENSEFALI – Keadaan yang berlaku di mana pembentukan otak yang tidak sempurna semasa peringkat fetal.

ENSEPHALOKEL – Kecacatan tabung saraf yang ditandai dengan adanya penonjolan selaput otak melalui satu lubang pada tulang tengkorak.

Untuk Mengelak Kecacatan Otak & Saraf Tunjang Bayi, Buat Perkara Ini Seawal 3 Bulan Sebelum Hamil

KEPENTINGAN PENGAMBILAN ASID FOLIK DALAM JUMLAH DAN MASA YANG SESUAI

IKLAN

Pengambilan kurang daripada saranan mungkin menyebabkan badan anda tidak memperolehi asid folik yang mencukupi manakala pengambilan yang melebihi saranan akan menyembunyi tanda-tanda kekurangan nutrisi yang lain.

Dos asid folik yang perlu diambil hanyalah 400mikrogram (mcg) sekali sehari dan pengambilan asid folik sebagaimana yang disyorkan boleh mengurangkan risiko kecacatan tiub neural sehingga 70%.

Oleh kerana anda tidak tahu bila persenyawaan akan berlaku, maka bersiap sedialah dari awal apabila anda merancang untuk hamil seawal 3 bulan sebelum hamil atau jika tidak menggunakan sebarang alat pencegah kehamilan. Apabila sudah hamil, teruskan pengambilan tablet ini untuk 12 minggu yang pertama kehamilan.

Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub neural (NTD) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, preskripsi dos asid folik yang lebih tinggi diperlukan.

Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik.

IKLAN

SUSU & MINUMAN BERKAFEIN GANGGU PENYERAPAN

Cara pengambilan yang betul menggalakkan penyerapan asid folik yang berkesan.

Ibu-ibu disyorkan mengambil asid folik setiap hari selepas sarapan pagi untuk mengelakkan anda daripada terlupa mengambilnya.

Elakkan pengambilan tablet asid folik bersama dengan minuman berkafein atau susu kerana ia juga menimbulkan gangguan kepada proses penyerapan. Atau anda boleh menjarakkan 3 jam sebelum atau selepas mengambil susu & minuman berkafein.

Untuk Mengelak Kecacatan Otak & Saraf Tunjang Bayi, Buat Perkara Ini Seawal 3 Bulan Sebelum Hamil

PENTING UNTUK MEMILIH SUPLEMEN ASID FOLIK YANG SESUAI

Appeton Essentials Folic Acid adalah makanan tambahan diet bagi wanita yang sedang merancang kehamilan. Setiap tablet mengandungi 400mcg untuk diambil sekali sehari dan mudah ditelan.

Untuk Mengelak Kecacatan Otak & Saraf Tunjang Bayi, Buat Perkara Ini Seawal 3 Bulan Sebelum Hamil

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI