Pa&Ma kini berada di dalam aplikasi   
Pa&Ma kini berada di dalam aplikasi   
Home Keibubapaan UPKK Dapat 8A, Fasih Berbahasa Inggeris, Murid SJKC Buat Ramai Kagum

UPKK Dapat 8A, Fasih Berbahasa Inggeris, Murid SJKC Buat Ramai Kagum

UPKK dapat 8A, fasih berbahasa Inggeris, murid SJKC buat ramai kagum. Bukan hanya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK), seorang murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) petah bertutur dalam bahasa Inggeris buat ramai kagum.

Menerusi rakaman-rakaman video dikongsikan di TikTok Makjah, ramai terpegun dan terpesona dengan lenggokan percakapan kanak-kanak itu yang dikatakan ala loghat British.

Artikel lain: Fedtri Yahya Syukur Anak Sulung Dapat 8A UPKK Tahniah Kakak. Kakak Kerja Keras

UPKK Dapat 8A, Fasih Berbahasa Inggeris

UPKK Dapat 8A, Fasih Berbahasa Inggeris, Murid SJKC Buat Ramai Kagum
Eka ‘berkongsi’ keputusan UPKK yang diumumkan baru-baru ini.

Ibu kepada kanak-kanak tersebut, Nooraziyan Abd Rahman, 40, berkongsi cerita, anak lelakinya bernama Eka hanya seperti kanak-kanak lain yang sama usia.

“Eka seorang yang cepat belajar. Dia lancar bercakap Inggeris kerana banyak menonton YouTube sejak kecil di bawah kawalan saya dan suami.

“Biasanya Eka menonton video bahasa itu menerusi siaran pendidikan dan ulasan. Bagaimanapun, kami tetap menggunakan bahasa Melayu di rumah bagi memastikan dia fasih dalam kedua-dua bahasa,” katanya.

Baca lagi: UPKK 2020 Batal, Sesi Persekolahan KAFA Ikut Ketetapan KPM

IKLAN

Menurut Nooraziyan, anak sulung daripada empat beradik itu juga telah dihantar ke SJKC sejak enam tahun sekali gus menjadikan Mandarin sebagai bahasa ketiga yang dikuasainya.

Murid SJKC Buat Ramai Kagum

UPKK Dapat 8A, Fasih Berbahasa Inggeris, Murid SJKC Buat Ramai Kagum
Eka bersama keluarganya.

Ujarnya lagi, bagi memastikan anak mendalami ilmu Islam, Eka turut dihantar ke sekolah agama berhampiran rumah.

“Saya pun tidak sangka Eka dapat keputusan cemerlang dalam UPKK baru-baru ini sebab jarang murid SJKC cemerlang di sekolah agama. Bila Eka berjaya, ramai yang kagum dan bertanyakan tip kejayaan.

“Sebagai ibu sudah tentu saya bersyukur kerana Eka seimbang dalam pelajaran di kedua-dua sekolah, tiga lagi adiknya turut melalui perkara sama dalam pendidikan,” katanya.

Setiap video yang mempamerkan gelagat Eka dikongsikan ibu saudaranya dikenali Makjah itu sentiasa meraih perhatian ramai.

IKLAN

Rata-rata netizen memuji kanak-kanak tersebut sangat pandai dan dilihat matang dalam berbicara dan tingkah laku.

Sumber: Sinar Harian

 

 

IKLAN

UPKK Dapat 8A, Fasih Berbahasa Inggeris, Murid SJKC Buat Ramai Kagum

Ayuhhh Sertai Jom Mewarna Oyen Bintang Kecil!

Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.

Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI