Ads

Syed Saddiq Janji Jadi Bapa Terbaik Buat Ayden & Ara, “Daddy Janji Akan Sentiasa Jadi Pelindung”

Syed Saddiq Janji Jadi Bapa Terbaik Buat Ayden & Ara, “Daddy Janji Akan Sentiasa Jadi Pelindung”

Bukan sekadar meluahkan rasa cinta dan kasih terhadap isteri tercinta, Bella Astillah, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut menitipkan ucapan penuh makna buat dua anak tirinya, Ayden Adrean dan Ara Adreana, ketika majlis resepsi perkahwinan mereka yang berlangsung malam tadi.

Dalam ucapannya, Syed Saddiq berkongsi mengenai impian Ayden yang baru berusia sembilan tahun, namun sudah mempunyai hasrat besar untuk menjaga dan melindungi ibunya apabila dewasa kelak.

Apa yang lebih menyentuh hati, Syed Saddiq turut berjanji akan sentiasa berada di sisi Ayden dan Ara, bukan sekadar untuk membimbing mereka, tetapi juga menjadi seorang bapa yang terbaik dalam kehidupan kedua-duanya.

Syed Saddiq Janji Jadi Bapa Terbaik Buat Ayden & Ara, “Daddy Janji Akan Sentiasa Jadi Pelindung”

Syed Saddiq Tersentuh, Ayden Pasang Niat Mahu Jaga Ibu Bila Dewasa

Bercerita mengenai Ayden, Syed Saddiq mengakui tersentuh dengan kematangan anak kecil itu apabila ditanya mengenai cita-citanya.

Menurutnya, selain menyimpan impian untuk menjadi seperti bintang bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo, Ayden turut mempunyai satu misi yang cukup bermakna dalam hidupnya, iaitu mahu menjaga ibunya.

“Ayden, saya nak kongsikan sedikit tentang Ayden. Apabila saya bertanya kepadanya apa cita-citanya, selain mahu menjadi seperti Cristiano Ronaldo, dia memberitahu bahawa apabila dewasa nanti, dia mempunyai satu misi, iaitu mahu menjaga ibunya.

“Dia mahu menjaga ibunya kerana dia pernah melihat ibunya menangis. Dia mahu sentiasa berada di sisi ibunya.

Ads

“Bayangkan, seorang anak yang baru berusia sembilan tahun, apabila ditanya mengenai cita-citanya, sudah memasang niat untuk menjaga dan melindungi ibunya apabila dewasa nanti,” luahnya.

Tersentuh dengan hasrat murni Ayden, Syed Saddiq turut menitipkan janji untuk sentiasa berada di sisi anak kecil itu sepanjang prosesnya membesar.

“Ayden, kamu seorang anak yang sangat bijak dan berbakat. Saya berjanji akan sentiasa berada di sisi kamu.

“Saya akan sentiasa ada untuk membimbing kamu, meluangkan masa dan bergembira bersama kamu. Saya juga akan berusaha menjadi bapa yang terbaik buat kamu dan suami yang terbaik buat ibu kamu,” katanya.

Syed Saddiq Janji Jadi Bapa Terbaik Buat Ayden & Ara, “Daddy Janji Akan Sentiasa Jadi Pelindung”

Ads

“Daddy Janji Akan Sentiasa Jadi Pelindung Ara”

Tidak hanya buat Ayden, Syed Saddiq turut menyampaikan ucapan penuh kasih sayang kepada Ara yang disifatkannya sebagai seorang anak perempuan yang sangat manja dan begitu rapat dengan ibunya.

“Ara, daddy sayang Ara. Kalau kamu semua tahu, Ara ini memang puteri kesayangan mommy dan sangat manja.

“Ara, daddy janji Ara tidak perlu hanya bergantung kepada abang untuk menjadi lelaki yang menjaga dan melindungi Ara.

“Daddy akan sentiasa ada untuk menjadi pelindung Ara. Pada masa yang sama, Ara juga tidak perlu hanya bergantung kepada mommy untuk membimbing Ara kerana daddy akan sentiasa ada untuk membimbing Ara.

“Kami sayang Ara, kami sayang Ayden,” luahnya.

Ads

Syed Saddiq Janji Jadi Bapa Terbaik Buat Ayden & Ara, “Daddy Janji Akan Sentiasa Jadi Pelindung”

Ucapan tersebut memperlihatkan kesungguhan Syed Saddiq untuk menerima tanggungjawab sebagai seorang bapa dalam kehidupan Ayden dan Ara, selain membina sebuah keluarga yang penuh kasih sayang bersama Bella Astillah.

Bagi Syed Saddiq, penyatuan bersama Bella bukan sekadar menerima wanita itu sebagai isteri, tetapi turut merangkul kedua-dua anaknya sebagai sebahagian penting dalam kehidupan baharu mereka.

Menarik: Surah Al-Ikhlas & 3 Zikir Ni Jangan Tinggal Masa Anak Jawab Peperiksaan! 

Zikir Ibu Ayah Ketika Anak Hadapi Peperiksaan, Amalan Mohon Permudahkan Urusan!

Disiplinkan Anak Tanpa Jerit & Ugut Rotan, Ikut Langkah Ni Guna Time Out

Sumber: Astro Gempak

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Untuk Papa Mama

"Momen Anak-Anak Salam Cium Tangan, Hantar Anak Sekolah Cukup Berharga" – Syed Saddiq

“Momen Anak-Anak Salam Cium Tangan, Hantar Anak Sekolah Cukup Berharga” –...

Syed Saddiq kongsi momen berharga apabila anak-anak salam dan cium tangan sebelum ke sekolah serta perubahan rutin selepas berkahwin dengan Bella Astillah.