Selepas bersalin, Uqasha Senrose mengakui dia kini semakin aktif dalam bersukan khususnya dalam aktiviti badminton.
Semuanya bagi mengembalikan semula berat badannya sebelum bersalin serta berat badan semakin bertambah selepas bersalin.
Tambah Uqasha lagi, selepas bersalin dia mula sedar badannya semakin bertambah besar dan membuatkan dia mula mengambil Langkah untuk menjaga kesihatan dengan lebih serius.
“Bayangkan masa mengandung sembilan bulan, saya hanya makan sahaja dan tak buat apa-apa.
Ads
“Lepas itu saya bersalin caeser, makin lama saya rasa diri saya makin besar. Selepas empat lima bulan barulah saya mula bersenam dan barulah rasa sihat,” ujarnya berkongsi.
Ads
Akui Uqasha lagi, dia tidak hanya ditemani ahli keluarga bermain badminton tetapi turut ditemani suaminya, Kamal Adli jika ada kelapangan.
Terdahulu, Uqasha mendirikan rumah tangga bersama Kamal Adli pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Hawra Uqaira.
Anak pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam yang baru dilahirkan empat hari lalu ditahan di wad. Para peminat memberikan sokongan dan mendoakan kesembuhan dan memberikan sokongan.
Rebecca yang berkongsi posting berupa gambar dan video anak kelimanya menggenggam tangan beliau dan enggan melepaskan.
Beliau juga berkongsi di IG story susu perahan yang dibekalkan kepada bayinya.
SOKONGAN DAN DOA DARI SAHABAT & PEMINAT
Para sahabat dan peminat mendoakan agar dipermudahkan urusan beliau dan kesembuhan bayinya. Ramai yang turut berkongsi cerita dan semangat kepada beliau.
ADOOOIII, sakitnya cucuk ubat matangkan peparu bayi ni doktor. Kalau tak cucuk takpe ke? – ujar Betty sambil mengosok-gosok punggungnya”
Corticosteroid adalah sejenis ubat yang diberikan kepada ibu, jika seseorang ibu itu dijangka akan melahirkan bayi pramatang/ tak cukup bulan. Ubat ini diberikan secara suntikan pada otot, sama ada pada peha, lengan atau pada punggung. Ianya diberikan melalui 2 dos atau ada yang memberikan sebanyak 4 dos dalam tempoh 24 – 48 jam
75262216_10216090470798085_5177444188970549248_n.
Mengapa corticosteroid membantu mengurangkan risiko berkaitan dengan bayi pramatang?
Ubat ini sudah digunakan bertahun-tahun lamanya, diberikan kepada ibu yang dijangkakan akan melahirkan bayi pramatang, meningkatkan peluang bayi pramatang hidup selepas dilahirkan. Selain itu, ianya mengurangkan risiko bayi pramatang mendapat komplikasi serius seperti masalah pernafasan (disebabkan peparu bayi masih tidak matang), pendarahan di dalam otak, jangkitan kuman yang serius ataupun masalah pada salur pencernaan.
Adakah corticosteroid berbahaya kepada saya dan bayi?
Suntikan sebanyak 2 atau 4 kali dianggap selamat untuk ibu dan bayi. Lebih banyak kajian diperlukan untuk mangatakan suntikan lebih daripada itu adalah selamat.
Bilakah sepatutnya saya mendapat suntikan corticosteroid ?
Suntikan diberikan pada minggu kehamilan ke 24 dan 34 minggu 6 hari. Jika anda akan menjalani pembedahan elektif, suntikan corticosteroid amatlah digalakkan jika pembedahan itu akan berlangsung pada 35 hinggga 38 minggu 6 hari kehamilan.
Suntikan corticosteroid boleh diberikan sebelum 24 minggu kehamilan, tetapi bukti corticosteroid dapat membantu bayi seawal ini masih lagi tidak jelas, pakar perunding akan berbincang dengan anda terlebih dahulu.
Berapa lama suntikan corticosteroid ini menjadi efektif?
Suntikan corticosteroid ini membantu jika dos terakhir diberikan antara tempoh 24 jam sehingga 1 minggu sebelum bayi dilahirkan. Ada juga kebaikan sekiranya bayi dilahirkan dalam tempoh 24 jam dari dos yang pertama.
Siapakah yang sepatutnya menerima suntikan corticosteroid?
Anda akan dinasihatkan untuk menerima suntikan ini jika anda berpotensi untuk melahirkan bayi pramatang, sebelum 35 minggu kehamilan. Ini termasuklah :
-Anda sedang mengalami kontraksi pramatang
-Air mentuban sudah pecah, walaupun tiada kontraksi
-Bayi dikehendaki untuk lahir awal, misalnya bayi tidak membesar dalam rahim
-Anda mempunyai masalah dan bayi perlu dilahirkan awal untuk menyelamatkan ibu, misalnya pre-eclampsia
-Jika anda akan menjalani pembedahan caeserean elektif sebelum 39 minggu, anda akan disarankan untuk menerima suntikan corticosteroid.
Kelahiran pramatang ni tak boleh disekat-sekat walaupun doktor guna pelbagai ubat untuk hentikan proses bersalin. Apa yang boleh dibuat, bantu mempersiapkan bayi pramatang yg bakal lahir untuk matangkan peparunya agar kurang komplikasi berkaitan dengan kelahiran pramatang
Manusia hanya merancang, Allah yang menentukan segala-galanya. Ini ikhtiar kita
Apa nak buat bila anak demam? Pertama sekali ibu bapa jangan terlalu risau. Bertenang dan cuba ambil tindakan yang betul.
Kalau macam masih teragak-agak, cuba panduan yang Dr Erna Nadia kongsikan ini untuk kita praktikkan.
Demam biasanya terjadi apabila
1.anak anak terkena jangkitan kuman ( samada virus atau bakteria),
2.apabila anak anak nak pandai buat sesuatu ( sebab badan menjadi agak stress sedikit).
3.apabila bermain panas terlalu lama
4.apabila terkejut akan sesuatu perkara contoh jatuh katil ( badan jadi stress sikit)
5.selepas kena cucuk ( badan nak berinteraksi dengan ubat)
Setiap rumah wajib ada termometer. Belilah yang elok sikit supaya kita tak tersalah tengok suhu badan anak kita. Takpa berbelanja lebih sikit untuk benda yang perlu dan penting kan.
Check suhu anak
Suhu yang normal adalah 36-37.4 darjah celsius. 37.5-37.9 adalah subfebrile (demam sikit) 38.5 dan ke atas dikira demam tinggi.
Jika suhu anak melebihi 38.5 darjah celsius, seeloknya bagi anak ubat punggung (dapat nasihat doktor). Tapi kalau tak yakin dan tak tahu dose, bagi ubat demam biasa dan lap lap anak-anak atau mandikan dia.
Seeloknya bagilah ubat demam 6-8 jam sekali. Periksa semula suhu anak setengah jam selepas ubat diberikan.
Jika suhu menurun, alhamdulillah. Kemudian wajib pantau.
Jika tidak, tengok keadaan dia. Nampak biasa atau luar biasa. Buka semua baju dia.
Jangan pakaikan anak pakaian yang tebal atau stoking bagai. Pakaikan baju yang nipis dan berlubang lubang kecil tu. Biarkan haba panas keluar.
Bolehkah mandikan anak dengan air sejuk?
Boleh tapi seeloknya mandikan atau lap lah menggunakan air suam suam biasa. Kesian lah anak tu kejung sebab sejuk sangat nanti.
Apa yang kita perlu risau sewaktu anak demam?
1. Anak aktif ke tak?
2. Anak boleh makan ke tak?
3. Kalau tak boleh makan, dia boleh minum atau tidak?
4. Ada nafas laju atau nafas bunyi tak?
5. Ada muntah dan cirit tak?
6. Ada buang air besar tak?
7. Pampers anak basah tak? ( biasanya kita tukar pampers 5-6 jam sekali kan, jadi bila tukar tu kita tengok, basah ke tak)
8. Anak merengek tak?
9. Bunyi dan cara bernafas anak pelik tak sewaktu tidur?
10. Anak anda respon dengan baik atau biasa tak?
11. Anak anda tarik (sawan) tak?
12. Ada ruam-ruam atau tidak?
Jika ada simptom simptom seperti di atas, tolonglah bawa anak anda ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Kalau demam tinggi atau demam melebihi tiga hari, darah akan diambil untuk kita ketahui punca demam.
Ada masanya darah susah nak dapat sebab salur darah anak menjadi sempit akibat dehidrasi ( kurang air) dan sebab itu sekali cucuk tak dapat.
Janganlah terus melulu marah doktor atau misi atau penolong pegawai perubatan cucuk dua tiga kali.
Bolehkah terus bagi antibiotik kepada anak?
Tak boleh. Wajib periksa darah dahulu samada perlu mulakan antibiotik atau tak.
Dan tolonglah buang antibiotik yang dah lepas. Anda wajib makan antibiotik mengikut dose dan cukupkan seminggu. Kalau ada lebihan, sila buang.
Boleh kah bagi ubat punggung saja sebab anak susah nak makan ubat?
Takboleh.
Ubat punggung diberikan bila suhu melangit sahaja dan tidak boleh melebihi dua kali sehari atau melebihi tiga hari.
Ianya menurunkan suhu badan dengan cepat jadi agak berbahaya jika diberi jika suhu tidak tinggi mana.
Bolehkah anak minum air kelapa sewaktu demam?
Boleh. Cuma jangan berlebihan.
Bolehkah anak minum 100plus sewaktu demam?
Tak boleh. Minuman bergas adalah tidak bagus untuk kanak-kanak atau orang dewasa.
Yang tiada gas pun tak boleh sebab 100plus mengandungi kandungan elektrolit yang tinggi dan menyebabkan dehidrasi menjadi lebih teruk.
Bolehkah bagi aiskrim time anak demam?
Boleh. Ianya untuk melegakan tekak sahaja. Membuatkan tekak anak menjadi sedikit kebas supaya dia berasa sedikit selesa untuk makan.
Jangan paksa jika dia tak mau makan nasi. Bagi apa yang dia nak makan.
Seeloknya benda yang lembut dan sejuk macam puding atau agar-agar. Dapat bagi sup pun dah ok.
Jangan paksa jika anak tak mahu menyusu. Cuma perlu pastikan dia mahu minum air masak.
Pantau pampers dia. Jika dah tukar 2 kali pun masih kering, bawalah anak berjumpa doktor.
Dehidrasi adalah merbahaya kerana boleh membawa maut.
Bila dah jadi ibu bapa, memang jarang nak dapat tidur yang empuk dan lena.
Periksa suhu dan keadaan anak malam malam.
Biasanya suhu badan anak akan melangit bila tengah malam sampai ke subuh. Jika suhu melebihi 38.5, bagilah ubat punggung (dapat nasihat doktor dulu). Periksa balik suhu anak selepas setengah jam atau sejam.
Ingat, jika anda rasa anak anda pelik, bawa sahaja untuk diperiksa.
Insha Allah, anak-anda akan sihat jika langkah awal diambil.
Bolehkah kalau nak bagi air jampi sahaja?
Hurm boleh bagi air jampi tapi eloklah kita tahu dahulu apa punca demam anak kita. Janganlah semua pun nak dikaitkan dengan jin.
Bolehkah bagi supplemen pada anak anak?
Sebolehnya tak perlu dan janganlah membazir.
Demam menunjukkan sistem imunisasi anak anda bekerja dengan baik kerana memberikan tindak balas terhadap perubahan badan.
Biarkan imun badan dia menjadi kuat secara natural. Dia kan sedang membesar.
Kita dulu dulu pun mak ayah kita rilek saja. Sekarang ni yang macam macam nak disumbat mulut anak.
Jangan risau sangat ok. Dan tolonglah jangan membazir.
مَا أَنْزَلَ اللهُ دَاءً إِلَّا أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً
“Tidaklah Allah menurunkan penyakit kecuali Dia juga menurunkan penawarnya.”
(HR Bukhari).
Anak yang sihat adalah anak yang mendapat makanan yang sihat, gembira ceria dan aktif.
Buku Pink ibu hamil mengandungi maklumat kesihatan dan data peribadi yang sulit. Ketahui mengapa ia tidak boleh ditunjukkan sesuka hati serta siapa yang benar-benar layak melihatnya.