Bakal-bakal ayah mahupun yang nak jadi ayah buat kali kedua, ketiga dan seterusnya WAJIB tahu cara untuk uruskan uri bayi.
Sebenarnya, dalam Islam tiada cara yang khusus untuk uruskan uri bayi. Namun uri merupakan sebahagian daripada tubuh badan manusia iaitu keluar dari rahim seorang ibu. Jadi, uri haruslah diuruskan dengan betul dan sebaik mungkin.
Islam amat menitik beratkan kebersihan dan kesucian. Oleh itu, uri mesti diuruskan secara teratur, bersih dan di tanam di kawasan yang bersesuaian.
Berikut perkongsian dari Khairil Izham mengenai cara menguruskan uri dengan betul tanpa unsur-unsur yang boleh mendatangkan syirik.
Uri perlu diuruskan dengan baik
PERKARA PERLU DIINGAT TENTANG URI :
1. Uri bayi tidak boleh dibakar
2. Orang Islam hendaklah membawa balik uri untuk ditanam
3. Uri bayi juga tidak boleh dijual mahupun dimakan
4. Uri perlu ditanam ditempat yang selamat.
Tapi perlu ke nak cuci uri dengan limau, asam jawa dan garam macam orang dulu-dulu buat?
Ya, perlu supaya uri ditanam dalam keadaan bersih, terhindar daripada binatang seperti anjing untuk menghampiri dan sebagainya.
So di bawah ini Cikgu terangkan cara mudah uruskan uri bayi.
CARA-CARA UNTUK MENGURUSKAN URI BAYI:
Ads
1. Sediakan bahan-bahan
– Limau nipis
– Asam jawa
– Garam
2. Bawa balik uri dan masukkan dalam baldi
3. Basuh uri dengan air, buang darah-darah beku dan lendir yang ada.
Ads
4. Potong limau nipis dan perah dalam air suam. Campurkan sekali asam jawa.
5. Masukkan air limau nipis dan asam jawa ke dalam baldi berisi uri. Biarkan seketika dan basuh sehingga berkurangan bau.
6. Basuh dengan air bersih.
Ads
7. Kemudian korek lubang sedalam 1 hingga 2 kaki.
8. Bungkus uri dengan kain yang mudah reput atau boleh juga gunakan tempurung kelapa.
9. Selesai tanam, letakkan batu besar atau apa-apa benda yang boleh menghalang daripada binatang seperti anjing mengorek lubang tersebut.
Pengurusan uri bayi sebenarnya mudah dan tidak perlu dirumitkan. Jangan amalkan benda pelik-pelik ja macam masukkan paku, lada hitam dan sebagainya. Boleh terpesong akidah tu.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat.
Nota : Saya Khairil Izham atau Cikgu Izz berharap sangat perkongsian dan info ini dapat dibaca bakal suami, bakal ayah serta bakal ayah kedua dan seterusnya kerana kaum lelaki ni mudah lupa sebenarnya walaupun dah baca atau lalui beberapa kali termasuk Cikgu sendiri.
So, kaum ibu bolehlah tag suami masing-masing atau share post ini supaya lebih ramai yang dapat manfaat untuk cara menguruskan uri yang sebenar.
Bila berhadapan dengan anak-anak kecil, pastinya ada pelbagai perangai dan kerenah yang perlu di layan. Mereka hanya mahukan perhatian dari insan yang bergelar ayah dan ibu.
Sama seperti yang dikongsi ayah ini apabila si kecil hanya mahukan perhatian daripada ayahnya. Bukan niat untuk menganggu kerja seharian ibu bapa cuma mahukan sedikit rasa kasih sayang.
Saya pernah berjumpa seorang kawan. Mula-mula sekadar berborak biasa. Entah macam mana, boleh berborak pula mengenai anak-anak kami.
Dia cerita dulu dia seorang yang asyik marah pada anaknya. Dari seawal subuh, ada saja yang tak kena.
Anak makan terlalu cepat, ditegur kata gelojoh. Kalau susu di gelas tertumpah, habis dijeritnya cuai. Sapu mentega banyak-banyak atas roti dikatanya tamak.
Ada sekali tu, anak dia baru selesai mandi. Belum lagi badannya kering, dah terus disarung baju sekolah. Apa lagi, ditempik anaknya tu.
Dah jadi kebiasaan, bila tiba saja di sekolah, anaknya akan salam dan terus masuk ke pintu kecil sekolah.
Dan setiap kali tu lah, dia akan lambai ayahnya sambil tersenyum sebelum masuk ke kelas.
Tapi kawan saya kata mukanya tetap masam. Asyik mencari lagi apa yang tak kena.
Bila kawan saya balik ke rumah, apa saja yang anak dia main, ada saja salahnya. Main guli tak boleh. Main itu dan ini semuanya salah.
Satu malam, isteri dia tanya kenapa marah sangat dengan anak. Sepanjang masa, anak mereka baik saja.
Cuma kadang-kadang, dia merengek dan buat sedikit perangai.
Tapi dia kata dia tak endah. Sampai satu hari, dia tengah tekun baca surat khabar. Anaknya datang dan masuk ke bilik.
Kawan saya pandang sikit dan tanya nak apa. Dia rasa seperti budak tu datang nak mengganggu dia.
Perlahan-lahan si anak ni berjalan dekat dan peluk kawan saya ni dari belakang.
Tangan di sekeliling leher ayahnya, dan dia bisik, “Sayang ayah.”
Serta merta nafasnya rasa berat dan rasa itu pun berkumpul di dada. Anak tadi berlari terus ke bilik tidurnya.
“Apa dah jadi dengan aku ni,” kata kawan saya ni seorang diri.
Sibuk mencari salah anak. Ini rupanya hadiah seorang ayah pada seorang anak lelaki.
Bukannya dia tak sayangkan anaknya. Tapi dia berharap yang bukan-bukan dari anak kecilnya.
Budak kecil dianggapnya seperti anak yang sudah besar dan matang. Dilayannya seperti orang dewasa.
Pada waktu tu, barulah dia faham apa maksud isterinya. Terlalu banyak lihat apa yang silap, sampai dia lupa pada sifat anaknya yang baik, yang jujur dan penuh kasih sayang itu.
Dia lupa yang satu masa dulu, dia pun kanak-kanak juga yang hanya inginkan perhatian ayahnya.
Hari ni rumah kita penuh dengan gelak tawa dan tangisan anak. Satu hari nanti, rumah itu akan menjadi sunyi dan kita akan terasa betapa cepatnya masa berlalu meninggalkan kita.
Sama macam ibu-ibu lain, Zizie Izette mengaku sukar sebenarnya hendak mendapatkan gambar perfect dengan anak-anaknya.
Walaupun kerap berkongsi gambar pasangan kembar Aadam dan Aaleph serta Jena dan Aaric yang kelihatan bijak bergaya namun di sebalik tabir ia tak semudah yang disangkakan.
Ibu berkulit putih gebu ini berkongsi di laman instagram mengenai ragam anak-anaknya ketika hendak diambil gambar. Memang lucu tetapi mereka tetap comel dan innocent.
Sebenarnya memang semua ibu pun rasa macam tu. Bila dah ada anak kecil impian nak dapat gambar sekeluarga yang perfect kadangkala hanya mimpi sahaja. Ia memerlukan kesabaran yang tinggi dan ketabahan.
Ramai netizen yang bersetuju dengan Zizie kerana mereka yang juga seorang ibu turut melalui pengalaman tersebut.
Bagaimanapun ibu ini tetap gigih mengambil gambar anak-anaknya dan tambah mengagumkan ramai peminatnya apabila Zizie suka memakai pakaian yang matching dengan anak-anaknya.
Walaupun meriah dengan situasi kelam kabut menguruskan empat orang anak, namun peminat mengakui kesemuanya comel dan sentiasa ceria.
Walaubagaimanapun mereka semua adalah penghibur hati Zizie dan menjadi kebahagiaannya kini.
Tips Ambil Gambar Dengan Si Kecil
Pastikan semuanya sudah cukup tidur.
Bagi anak-anak makan, minum dan menyusu sebelum sesi ambil gambar.
Pastikan jurugambar ambil gambar dengan pantas sewaktu mood anak sedang ok.
Jangan expect si kecil memberikan pose yang perfect. Sebaliknya orang yang ambil gambar kena jadi kreatif.
Jurugambar kena ambil seberapa banyak angle supaya ada banyak pilihan.
Jangan paksa anak untuk senyum, ia hanya akan rosakkan mood ceria mereka nanti.
Sumber: Instagram Zizie Izette
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sedar atau tidak, sudah menjadi kebiasaan pada masa kini, pasangan suami isteri terpaksa tidur berasingan disebabkan anak-anak.
Pertamanya, kerana ada anak kecil. Untuk satu katil bersaiz queen atau king sekalipun, memang agak sempit dan membahayakan jika 2 orang dewasa dan bayi atau anak kecil tidur bersama. Risiko terhempap dan tertutup ruang untuk bayi bernafas amat menakutkan sekali. Semasa tidur, tidak semua boleh sedar apabila ianya terjadi.
Disebabkan itu, ramai pasangan mengambil keputusan untuk tidur berasingan. Selalunya si suami akan mengalah dan tidur di tilam lain di sebelah katil atau di bilik yang lain. Ini dapat mengelak dari risiko perkara yang tidak diingini berlaku dan memberi ruang kepada isteri untuk tidur dengan lebih selesa.
Keduanya, kerana masalah anak yang sudah besar tidak mahu tidur sendiri. Masalah ini subjektif, ada keluarga dapat tangani masalah ini dengan mudah. Penerimaan dan kefahaman anak pun mudah. Namun, ada juga keluarga yang masih bergelumang dengan masalah ini. Kerjasama dari anak kurang, ketegasan dari kedua ibu-bapa pun kurang. Ada kalanya, masa juga memainkan peranan. Bila tiba masanya, anak itu akan rasa mudah untuk tidur bersendirian.
Melalui perkongsian Encik Akhtar Syamir, situasi yang berlaku ini antara alasan yang selalu suami isteri berikan selepas mempunyai anak. Jika tak diatasi awal, risau ia menyebabkan hubungan kasih sayang semakin pudar.
Untuk menyelesaikan masalah ini, saya cadangkan ibu bapa sediakan tempat tidur yang selesa dan menarik buat anak. Janganlah ala kadar sahaja. Bagi mereka rasa yang itu adalah khas untuk mereka. Bagi mereka rasa yang itu zon selesa buat mereka. Jika anak perempuan, hiaslah dengan cantik. Jika anak lelaki, mungkin adanya mainan boleh membantu.
Selepas itu, boleh juga amalkan menemani mereka beberapa ketika sebelum mereka tidur. Sambil lampu tertutup, usap mereka, bercakap dengan mereka dan biarkan mereka tenang dan rasa selamat. Cara ini sangat membantu.
Ketegasan juga memainkan peranan penting. Sampai bila kita perlu dikawal oleh anak? Tidur berasingan ini mendatangkan kesan dan masalah yang lebih mendalam.
Masalah ini tidak kami jangkakan sebenarnya. Setelah mempunyai 3 orang anak barulah kami sedar. Ada kemungkinan, isteri saya telah merasakannya dahulu tetapi tidak sampai ke tahap ini. Tetapi, ia mungkin juga akan terjadi kepada anda seawal anak pertama lagi.
Dari pengalaman kami sendiri buat masa ini, ada beberapa kesan yang tidak baik akibat dari tidur berasingan ini.
1. Isteri bertambah stres.
Untuk makluman, seorang wanita bergelar isteri dan mempunyai anak, hampir pasti akan mengalami stres di rumah. Tidak kira bekerja atau suri rumah sepenuh masa, mereka akan stres dengan kerja-kerja di rumah, dengan anak, dengan suami dan lain-lain.
Secara semulajadinya, tidur bersama suami akan mengurangkan stres dengan amat berkesan. Sentuhan dan pelukan suami sangat membantu menenangkan jiwa, menjadikannya selesa, melapangkan fikiran dan mengurangkan tekanan yang ada. Apabila tidur berasingan, stres yang terkumpul dari pagi lagi itu tidak dapat dikurangkan dengan berkesan. Akhirnya ia akan sentiasa bertambah dan bertambah dan mengakibatkan masalah lain seperti kemurungan.
2. Aktiviti “Pillow Talk” tidak dapat dilakukan.
Seperti dalam penulisan saya sebelum ini berkenaan kebaikan Pillow Talk, pasangan akan dapat memperbaiki komunikasi, menambah kepercayaan, mendalami hati pasangan dan lain-lain lagi.
3. Naluri isteri itu sendiri ingin dimanja.
Apabila pasangan tidak tidur sekali, perasan dimanja itu hilang. Dari sinilah bakal mendetikkan perasaan tidak disayangi, dicampur dengan pemikiran lain seperti suami telah berubah hati dan lain-lain lagi.
Sangatlah tidak baik kerana apabila adanya tanggapan negatif seperti ini yang sentiasa bermain di fikiran isteri, bakal menyebabkan pergaduhan yang suami sendiri tidak tahu puncanya. Inilah sebabnya suami perlu faham perkara yang nampak ringan sebegini kerana bagi isteri, perkara ini adalah serius.
4. Antara salah satu makna perkahwinan adalah hidup berpasangan, berdua dan saling lengkap-melengkapi.
Jika tidur berasingan ini diamalkan, akan ada rasa kekurangan dalam hidup. Kenikmatan alam perkahwinan dirasakan tidak sempurna dan tidak lengkap.
Isteri bakal bertanya pada diri sendiri, kenapa begini? Kenapa ada yang tidak kena? Dia kan suami aku? Aku kan isteri dia? Kenapa tak tidur bersama? Kenapa rasa macam sunyi ni? Walaupun suami melayan isterinya dengan baik. Itulah kesan yang semakin lama semakin memakan diri. Akhirnya si isteri akan rasa tidak bahagia dan suami akan terpinga-pinga mencari di mana silapnya.
5. Dekat tapi jauh.
Betul, hari-hari jumpa. Betul, masa untuk bersama itu sentiasa ada. Tapi saat dan ketika waktu sebelum tidur dan perasaan adanya insan yang paling disayangi di sebelah itu hilang apabila tidur berasingan.
Pernah tak terjaga di malam hari dan merasakan kehangatan pasangan anda di sebelah? Kemudian, dengan perlahan-lahan anda pun memeluk erat tangannya, merapatkan diri dengan badannya dan bersama di dalam selimut yang sama? Saya jamin, anda rasa sangat bahagia walapun orang di sebelah tak sedar langsung, siap boleh berdengkur lagi. Bayangkan kenikmatan ini ditarik dengan situasi tidur berasingan ini? Sangat mengecewakan.
Tidak dinafikan juga, hubungan bersama akan menjadi kurang. Jika seorang di dalam bilik dan seorang lagi di luar, memang kebarangkalian itu sangat tipis. Hubungan spontan yang sangat memberi kesan baik kepada suami dan isteri juga tidak terjadi.
Itulah serba sedikit kesan buruk apabila suami dan isteri tidur berasingan. Memang kadang-kalanya suami dan isteri terpaksa tidur berasingan kerana situasi anak kecil itu.
Tetapi, percayalah, jika diusahakan, pasti boleh. Kita tak usahakan kerana kita tak tahu kesan buruk situasi tu. Sekarang kita dah sedia maklum. Jadi, saya sarankan anda semua mengambil berat masalah ini dah cuba usahakan sebaik mungkin.
Tak sangka nak tidur sekali pun susah walaupun sudah berkahwin. Itulah dia antara cabaran alam perkahwinan. Banyakkan membaca supaya kita menjadi pasangan yang berilmu dan tahu bagaimana mengatasi masalah apabila ia timbul.
Adakah anda sedang tidur berasingan? Rasa tak stres tu?
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.