Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi popular pada era 90-an, Nora Ariffin? Orangnya lembut dan tutur bicara tersusun kemas. Baru-baru ini di laman Instagam peribadinya, Nora ada berkongsi satu tip menjadi isteri terbaik buat suami seperti yang pernah dinasihatkan oleh ibunya dahulu.
Sebuah foto Nora bersama ibunya itu dihiasi dengan kapsyen berunsur nasihat yang sangat berguna buat para isteri. Kata Nora, ibunya selalu berpesan untuk menjadi isteri yang baik harus jaga makan pakai suami.
Jangan sesekali membenarkan pembantu rumah untuk mengambil alih tugasan itu serta perlu taat dan patuh pada hak si suami. Elakkan juga untuk terlalu mengawal atau mengongkong pergerakan suami. Mudah-mudahan dengan cara begitu, si suami tidak akan terfikir untuk pasang kayu tiga.
Bersama satu-satunya ibu tercinta. Diantara nasihat yg sentiasa dipegang utk menjadi isteri yg baik. Ma selalu pesan….nak jadi isteri yg baik…. Kena…. Jaga makan pakai suami, jgn bagi org gaji yg buat, taat pada suami, patuhi hak dia & jangan terlalu control suami. In Shaa Allah suami tak akan cari lain.
Ads
Nasihat ini ringkas tetapi jika diselami maksudnya, ia sangat bermakna. Sesetengah isteri mungkin terlalu mengawal suami sehingga mereka merasa rimas dan tertekan. Juga mengabaikan tanggung jawab sebagai seorang isteri dan ibu.
Mudah mempunyai pembantu rumah kerana mereka membantu untuk meringankan beban kita, tetapi bukan untuk menggalas sepenuhnya peranan penggerak rumah tangga.
Terdahulu, arwah suami Nora, Allahyarham Jihan Nawawi telah kembali ke rahmatullah pada dua tahun lepas kerana serangan jantung.
Jenama pakaian dalam terkenal Triumph yang berasal dari Jerman tampil dengan koleksi terbaru untuk Musim Sejuk Luruh 2020. Tetap mementingkan keselesaan buat si pemakai dan juga dalam masa yang sama menjaga penampilan wanita untuk melangkah penuh yakin dengan pemakaian pakaian dalam terbaik.
Dikenali dengan dedikasinya pada kehalusan kerja tangan, inovasi dan tumpuannya kepada setiap perincian, Triumph memahami bahawa penyedangan pakaian dalam adalah segalanya – ia adalah cara paling berkesan untuk memperbaiki penampilan anda dan yang paling penting, meningkatkan keselesaan.
Setia kepada komitmen jenama ini, Koleksi Musim Luruh Sejuk 2020 yang menawan dari Triumph Malaysia diperkenalkan . Menampilkan gaya untuk musim ini yang memenuhi keperluan wanita untuk pakaian dalam yang selesa, mempunyai kepadanan baik dan bergaya.
Fit Smart Baru
Fit Smart 2.0 yang baru telah dicipta dengan sentuhan kewanitaan seperti renda yang ditempa khas dan bahagian kait yang menyokong dan mengikut bentuk tubuh anda. Teknologi 4D inovatif yang terkenal telah dikekalkan, menjamin pemakaian selesa yang sempurna. Mangkuk coli busa regangan 4D turut digunakan untuk keselesaan tambahan dan fleksibiliti.Coli tanpa dawai ini menggunakan teknologi pakar untuk menyokong dan memusatkan payudara bagi bentuk dan sokongan yang sempurna. Tali coli telah direka dengan kancing khas, membolehkannya digayakan dengan bentuk silang belakang untuk tampil bergaya.
Sistem ukuran yang ringkas bermakna anda mudah memilih daripada saiz S, M, L dan XL. Gaya ini boleh didapati dalam warna merah jambu (Dusty Pink), kelabu (Twilight Grey) dan hitam (Black) dengan harga RM249 dan bersama celana dalam mini sepadan RM79.90.
Koleksi Aqua
Koleksi terlaris Aqua ini yang sedang meraikan ulang tahun ke-20, telah menyokong wanita pelbagai generasi dengan teknologi ‘push up’ yang inovatif – dan kini mempekenalkan dua produk ikonik baru Aqua, Aqua Finesse dan Aqua Rosie.
Aqua Finesse mempunyai garisan leher berbentuk V yang mendalam untuk penampilan yang menawan. Sayap jaring regangan tinggi menghasilkan kemasan yang halus dengan sokongan tambahan. Boleh didapati dalam pilihan warna kelabu gelap (Shadow Grey), hitam (Black) dan kelabu (Grey), dalam jenis ‘push up’ berdawai atau ‘push up’ tanpa dawai bersama celana dalam mini atau hipster yang sepadan.
Diinspirasikan daripada bunga mawar berusia seribu tahun yang tumbuh di Jerman dan dianggap paling tua di dunia, Aqua Rosie menampilkan sulaman feminin dan perincian bunga mawar yang halus. Dengan lapik Aqua ringan yang bersepadu dan lapisan modal yang sangat lembut, coli ‘push up’ ini sangat selesa. Sayap hem olok-olok membuatkannya ringan dan selesa. Boleh didapati dalam warna kelabu (Feather Grey) dan ungu (Mauve) bersama celana dalam mini yang sepadan.
Aqua Finesse dan Aqua Rosie masing-masing dijual pada harga RM249 dan bersama celana dalam mini sepadan RM79.90 – RM89.90.
Sculpt Rosanne & Astra Embroidery
Dicipta untuk membentuk tubuh dan mencantikkan penampilan, Sculpt Rosanne dan Astra Embroidery menampilkan ciri rekaan yang merata dan menyokong.
Sculpt Rosanne menampilkan renda berhias pada mangkuk coli, menghasilkan gaya berdekorasi dan menambat pandangan mata. Tali coli diperbuat daripada elastik jacquard yang halus dan rekaan indah ini dikemaskan lagi dengan loket diamante halus. Dengan tali silang dalam dan luar serta sayap sisi jaring yang kuat, Sculpt Rosanne memberikan sokongan yang sangat baik dan kemasan yang rata. Coli didapati dalam rekaan berlapik mangkuk separuh berdawai atau coli ‘push up’ berdawai rekaan ‘butterfly’ dalam warna kelabu (Grey) dan merah (Wild Raspberry) bersama celana dalam hipster sepadan.
Astra Embroidery yang bergaya anggun diinspirasikan oleh bunga mawar berkembang penuh. Ia didapati dalam dua warna yang tak pudar dek zaman, hitam (Black) yang klasik, dan merah gelap (Bordeaux) yang menawan. Coli berlapik dan berdawai dengan jualan terlaris ini mencipta bentuk feminin yang cantik. Didapati bersama celana dalam hipster sepadan.
Gaya keraian ini akan mula dijual pada bulan November 2020 pada harga bermula daripada RM279 – RM299 dan bersama celana dalam mini sepadan RM 89.90 – RM99.90.
Belilah Koleksi AW20 atas talian di www.triumph.com dan di butik Triumph serta di pusat beli-belah utama seluruh negara.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pastinya kala ini naluri rakyat Malaysia sebak melihat begitu ramai pelajar menjadi mangsa nahas ngeri bas yang membawa pelajar UPSI.
Sementara itu, perkongsian tular di media sosial satu perkongsian daripada doktor, Dr. Muhammad Adam B. Muskhan dari Gerik Medical Centre yang bertungkus lumus menguruskan mangsa tragedi bas melibatkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Kala, ramai yang dibuat mimpi indah, petugas barisan hadapan bersedia menggalas amanah besar seawal tiga pagi.
Namun, kala mengalas tanggungjawab yang diamanahkan, hati mana yang tidak pilu melihat mangsa yang mendapat rawatan kecemasan dan jenazah dalam jumlah yang banyak.
Katanya, walaupun kejadian itu pahit dan tragis, namun ia turut menyaksikan keikhlasan dan kerjasama penuh semangat daripada semua pihak.
“Seawal jam 3 pagi, sudah terpacak bersedia menerima arahan dan kes. Berjuang melawan nikmatnya tidur walau bukan dalam waktu kerja. “
“Inilah wira-wira yang tak didendang. Sering disalah erti, namun apabila tiba saatnya kitalah yang berdiri di barisan hadapan, menyumbang bakti tanpa banyak bicara.”
Dalam masa yang sama, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua agensi termasuk Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam, Polis Diraja Malaysia dan pihak lain yang turut serta berganding bahu menghadapi tragedi ini.
“Tanpa kalian, perjalanan pagi tadi pastinya terasa jauh lebih panjang dan sukar. Hari ini kita buktikan bila kita bersama, kita boleh atasi cabaran.”
Dalam pada itu turut menzahirkan takziah kepada keluarga mangsa tragedi itu.
Sumber: Adam Ibnu Khan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Adat anak-anak mahu membesar, mereka suka mencuba pelbagai perkara. Rasa ingin tahu dan keinginan untuk bermain memang perkara biasa. Sama juga seperti kes anak perempuan salah seorang pengguna Facebook, Husnulkhotimah Fahmi yang berkongsi tentang anaknya yang mengalami kekejangan mulut dan pedih lidah kerana menggigit daun sejenis pokok hiasan. Memeranjatkan, pokok hiasan ini banyak menjadi pilihan kebanyakan daripada kita.
Menurut Husnulkhotimah, ketika kejadian dia pergi ke tandas kerana anak kecilnya membuang air besar. Jadi dia tinggalkan sebentar anak perempuannya untuk menguruskan si kecil. Ikuti perkongsian Husnulkhotimah tentang insiden ini.
TOLONG BUANG POKOK BERACUN INI! JANGAN TANAM!
Guys, just want to share with you all. Mungkin ada yg dah tahu mungkin yg belum.
Kalau ada kt rumah kita tanam pokok keladi seperti gambar ni dan ada ank kecik, eloklah dibuang saja pokok tu sebab BERACUN!
Kejadian petang kelmarin. Nashwa main kt luar rumah dia ambil pokok tu dan gigit sikit. Just a tiny bit. Masuk rumah menangis mcm luka teruk but tak nampak luka atau apa2 kesan sakit. Panik ibu pun tak tahu punca apa. This 4 years old girl taknak bagitau takut ibu marah dia. Lepas diasak tanya Nashwa dia ckp dia gigit daun tu. Terus suruh adik google n jumpa dekat website mynewshub bout this plant.
Dieffebachia. Pokok hiasan yg sering di perkarangan rumah. Getah dan daun mengandungi calcium oxalate yg mnyebabkan gatal2, kekejangan bibir dan lidah. Yes betul pokok tu! Nashwa nangis sambil mulut ternganga xleh tutup mgkin sbb kejang bibir. Air liur pun menitik xhenti.
Terus start kereta bawak ke klinik. Doktor tanya ada telan tak. Ibu dah la xtahu, nashwa pulak takleh cakap. Doc cek bibir bengkak skit pernafasan semua ok. Doktor kata kalau dia telan, bengkak kt kerongkong, boleh mnyebabkan saluran pernafasan tersekat. Doktor bg ubat sapu bengkak, alergik dan charcoal untuk serap racun klau ada yg masuk perut. Alhamdulillah hari ni dah okey.
Tanya Nashwa kakak makan ka daun tu. Then dia cerita dia amik satu tangkai dan koyakkan daun tu. Ada dia gigit sikit je. Lepas tu dia ludah balik dan lari masuk rumah minum air. Katanya pedih. Luckily sikit je. Kalau tertalan banyak? Nauzubillah moga dijauhkan.
Hus nak pesan kt semua yang ada tanam pokok ni, eloklah dibuang je. Risau budak2 yang xreti apa lagi ni amik masuk mulut. Kids being kids kan.. Dorang curious. Semua menda nak explore. Kita yang kena sediakan safe environment untuk diorang.. Sentiasa pantau apa budak2 kecik ni buat. Lagi2 musim raya ni merata2 kita ziarah saudara dan kawan2. If anything happen always go straight to doctors ok.
Silakan share supaya semua orang alert. Semoga posting ni bermanfaat.
-Husnulkhotimah- 14.06.2019
Jika ada antara pembaca Pa&Ma yang menanam tumbuhan ini di rumah, berhati-hatilah terutamanya jika ada anak yang masih kecil. Kadang-kadang kita sukakan sesuatu tumbuhan itu kerana keunikan dan kecantikannya tanpa mengetahui, rupanya ia berbahaya. Semoga kejadian yang menimpa adik Nashwa ini menjadi pengajaran kepada kita semua.