Bila anak batuk non stop ni, selalunya selain makan ubat, urut atau picit di point tertentu pun boleh legakan batuk.
Bagi Puan Yatie Eimra yang juga seorang ibu, teknik urutan ketika anaknya batuk antara alternatif yang dibuat selain makan ubat dan kesannya pun sangat cepat.
Macam yang pernah saya beritahu sebelum ni, saya belajar sikit-sikit dari tukang urut/reflexologist, pembacaan buku & online untuk kegunaan masa terdesak. Selama ni saya hanya urut diri sendiri, anak & suami serta famili terdekat. Tapi 2 hari sebelum raya tahun lepas, saya berkesempatan urut mak mertua yang asyik batuk non stop. Syukur alhamdulillah batuk beliau beransur reda setiap kali diurut.
Sebenarnya kesan urutan acupressure/refleksologi ni lebih cepat nampak pada bayi & anak kecil berbanding pada orang dewasa. Jadi tak salah jika mak-mak yang ada anak kecil ni belajar. Lebih²-lebih lagi anak bawah umur 2 tahun tak boleh diberikan ubat batuk.
Posisi jari masa picit. Tak semestinya guna ibu jari ye. Boleh guna mana² jari ikut keselesaan
Jadi selain gunakan teknik tepuk percussion, daun herba, boleh juga gunakan urutan refleksologi/acupressure sebagai salah satu kaedah alternatif. Dulu reflexologist pernah beritahu, setakat nak urut diri sendiri/anak kita tak perlu jadi betul-betul mahir. Walaupun point yang diurut tu tak berapa tepat (kena sikit-sikit je) tapi simptom tetap boleh reda kalau lakukan dengan konsisten.
Tip Mengurut
?Kalau boleh, mak² cari setiap point yang saya tunjukkan ni pada diri sendiri dahulu supaya lebih mudah faham. Bila dah tahu kedudukan setiap point, lebih mudah nak urut/picit anak nanti.
?Sebelum urut, sebaik²nya sapukan minyak pada kawasan nak diurut untuk memudahkan proses urutan. Biasanya saya sapukan minyak bawang putih atau boleh juga gunakan vicks (boleh gunakan vicks baby balsam jika anak bawah 2 tahun).
?Jika anak baring, kedudukan kepala perlu ditinggikan sikit supaya saluran pernafasan tak terganggu/tersekat.
?Bayi setahun ke bawah, memadailah urut pada tapak kaki & tapak tangan je.
?Jika urut anak kecil/warga emas, JANGAN TEKAN/PICIT DENGAN TERLALU KUAT. Urut point gunakan hujung jari dimulai dengan perlahan & tambahkan sikit tekanan (sederhana kuat).
?Urut membulat selama 2-3 minit, kemudian tekan/picit je (tekan kuat sikit) dalam 3-5 saat lagi untuk rangsang refleks dalam tubuh badan.
?Perlu urut kedua² belah tapak tangan/kaki untuk organ yang mempunyai dua bahagian (contohnya paru² kanan & kiri)
Ads
?Buat urutan dengan kerap sekurang²nya 2-3x sehari untuk dapatkan kesan terbaik.
?Sebaik²nya lepas urut galakkan anak minum air untuk singkirkan toksin yang terhasil dalam badan
Point Untuk Redakan Batuk
Ada banyak point yang saya tunjukkan kat sini, tapi mak² tak perlu urut semua sekali. Urut pada bahagian yang paling senang/bahagian yang dapat dicapai. Macam saya, bila anak baring selalunya saya akan urut bahagian dada & tapak kaki. Tapi kekadang masa kat luar atau dalam kereta, bila susah nak urut bahagian dada, saya urut bahagian belakang & juga tapak tangan.
Sebenarnya banyak lagi refleks point lain, tapi saya cuma tunjukkan point yang senang nak ingat & point yang selalu saya gunakan je.
Point di Bahagian Dada
Mak² cuba cari point pada diri sendiri dahulu. Selalunya point A ni akan terasa sakit sikit (ouch spot) jika dipicit.
? Point A
• Urut point ni untuk hentikan batuk secara beransur²
• Melegakan batuk, sesak nafas, sakit tekak, bronchitis & pedih hulu hati.
Picit point A untuk hentikan batuk secara tiba²/non stop
? Point B
• Kuatkan sistem imun, meredakan batuk serta masalah berkaitan pernafasan yang lain (sakit tekak, kahak, asthma, dll)
Ads
? Point C
• Merupakan refleks point yang penting untuk penyakit berkaitan paru-paru
• Meredakan batuk, bunyi wheezing, asthma serta sakit dada.
Gambaran lebih details untuk point C
Point di Bahagian Belakang
? Point D
• Kedudukannya pada tulang belakang, berdekatan hujung tulang belikat.
• Meredakan batuk, asthma, sakit di bahu dan belakang.
? Point E
• Melegakan batuk & sesak nafas
Point di Tapak Tangan
Ads
? Urut secara membulat pada refleks point untuk “paru-paru” bagi meredakan/menghentikan batuk
Boleh juga picit refleks point “paru-paru” di tapak tangan untuk hentikan batuk secara tiba²/non stop
Optional:
? Picit refleks point “pituitary” pada ibu jari untuk merangsang penghasilan endorfin yang berfungsi sebagai pain killer semulajadi dalam badan.
Point di Tapak Kaki
? Urut secara membulat pada refleks point untuk “paru-paru” bagi meredakan/menghentikan batuk
Boleh juga picit refleks point “paru-paru” di tapak kaki untuk hentikan batuk secara tiba²/non stop
Optional:
? Picit refleks point “pituitary” pada ibu jari kaki untuk merangsang penghasilan endorfin yang berfungsi sebagai pain killer semulajadi dalam badan.
Kedudukan kelenjar pituitari pada ibu jari tangan & ibu jari kaki.
Perlu diingatkan ye, urutan refleksologi/acupressure ni BUKAN MENYEMBUHKAN PENYAKIT tapi sekadar kaedah alternatif untuk MENGURANGKAN SIMPTOM. Pastikan dapatkan rawatan doktor sekiranya perlu.
Selalunya batuk jadi makin teruk pada waktu malam disebabkan keadaan cuaca yang sejuk. Kalau mak² perasan, masa batuk teruk ni dada anak pun akan terasa sejuk je bila disentuh. Sapukan minyak bawang putih/vicks/minyak hangat sebelum anak tidur untuk kurangkan batuk.
Batuk gak jadi teruk tiap kali bila bangun tidur. Ini disebabkan mucus yang terkumpul dalam dada & saluran pernafasan masa tidur tu.
*Dalam video saya tunjukkan cara cari point berdasarkan kedudukan tulang selangka (collar bone). Anak yang berbadan kurus, senang nampak tulang selangka tapi anak yang berbadan agak berisi/chubby, kena cari kedudukan tulang selangka dulu. Step ni saya tunjuk untuk mudahkan mak² cari kedudukan setiap point. Sok² dah tau kedudukan point, tak perlu la cari kedudukan tulang selangka ni tiap kali nak picit.
Urut refleks point untuk paru-paru secara membulat dengan tekanan konsisten selama 2-3 minit ye. Kemudian tekan kuat sikit selama 3-5 saat. Refleks point untuk pituitari pada ibu jari tu optional je. Tapi saya suka picit kawasan ni masa anak nampak lemah/letih sebab batuk supaya anak lebih relaks
*Boleh rujuk makanan kurangkan mukus dalam album menu anak tak sihat
*Untuk info tentang teknik percussion & daun sirih, boleh klik link post lame ye
Anak-anak kecil sememangnya kerap jatuh sakit, demam, selesema dan batuk disebabkan antibodi yang masih lemah.
Ibu mana yang tak risau bila anak mula jatuh sakit lebih-lebih lagi masih kecil dan tiada ubat yang sesuai. Sebenarnya anak-anak boleh mendapat khasiat daripada buah-buahan yang kaya dengan pelbagai jenis vitamin yang boleh menyembuhkan penyakit. Seperti perkongsian ibu ini yang mana dia menggunakan buah delima untuk menyembuhkan batuk si kecil.
Baru teringat nak share, since salsabila tetiba batuk hari tu kalutnya lah mak dia ni ,risau anak batuk lelama oi. Jangan memain, batuk yang berpanjangan boleh menyebabkan jangkitan kuman dekat paru-paru tau ..Nauzubillahiminzalik.
Teringat pernah baca kalau nak hilangkan batuk boleh guna MADU. So far memang ramai kata bagus guna madu. TAPI ,bayi bawah 2 tahun tak digalakkan lagi makan madu .
So try cari alternatif lain. Cari punya cari jumpa satu blog suggest guna DELIMA sebagai pengganti madu, function dia sama macam madu, bersifat panas and tergolong dalam kategori makanan yang boleh menghilangkan mukus .
Memang berkesan! Alhamdulillah batuk dia berkurang,dua tiga hari baru perasan yang batuk tak ada langsung dah . Mak mak yang ‘over kalut’ macam kita ni kalau anak batuk or selsema boleh lah try naaa . .😂
Oh lupa nak bagitau, tindak balas jus delima ni nanti hingus akan cair keluar, sentiasa meleleh. So kena sedut selalu ye and lendir kahak keluar melalui poopoo baby. Ini kesan yang saya nampak dekat Salsabila.
Kalau makin teruk please refer doctor ye ?
Takda mak yang nak anak sakit, semua mak nak yang terbaik untuk anak memasing tapi sakit demam batuk selsema tu tetap tak boleh nak elak, memang kena lalui jugak. Dari situ lah boleh kutip pengalaman sebagai sorang mak, nanti lama-lama jadi Pro dah .
Supermom gituuu !😍
*Anak anugerah ALLAH SWT . Amanah untuk mak ayah, usaha lah beri yang terbaik untuk anak-anak ikut kemampuan kita .
Semoga beri manfaat untuk semua❤❤❤❤
Khasiat Buah Delima
Buah delima bukan sahaja baik kerana ia dianggap makanan sunnah yang diamalkan Nabi Muahmmad saw. Tetapi juga khasiatnya turut dibuktikan oleh kajian sains. Ini kerana buah delima sangat kaya dengan nutrisi yang baik untuk kesihatan, antaranya:
Anti-oksida– Menghalang radikal bebas seterusnya menguatkan imunisasi badan. Vitamin C– Membantu mengawal fungsi organ tubuh dan menguatkan daya tahan badan. Vitamin K– Penting dalam proses pembentukan tulang. Vitamin B– Baik untuk peredaran darah dan kesihatan saraf.
Fosforus, magnesium, kalsium, zink dan zat besi yang tinggi.
Lemak dan kolestrol dalam buah ini sangat sedikit. Bagus untuk individu yang ingin kurus dan dapat menjaga kesihatan jantung. Serat– Elakkan sembelit dan baik untuk kesihatan usus.
Polis menahan seorang wanita berusia 21 tahun selepas anak perempuan berusia setahun 10 bulan didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid, berkata kes itu terbongkar selepas polis menerima laporan daripada Hospital Taiping semalam.
Beliau berkata pegawai perubatan hospital memaklumkan kanak-kanak positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.
“Terdahulu kita difahamkan kanak-kanak itu dihantar ke rumah neneknya sementara ibunya keluar membeli barangan runcit di kedai berhampiran.
“Ketika hendak tidur, kanak-kanak itu menangis dan menunjukkan tingkah laku tak terkawal dan suspek mangsa membawanya mendapatkan rawatan di Hospital Taiping,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Razlam berkata, polis menahan ibu kanak-kanak berkenaan, yang juga seorang suri rumah dan ujian air kencing yang dijalankan ke atasnya mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine.
Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara 20 tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Difahamkan, kanak-kanak itu dilaporkan dalam keadaan stabil dan masih dirawat di hospital.
Adalah suatu perkara biasa bila mana ada wanita hamil berasa takut atau fobia untuk bersalin. Lebih-lebih lagi jika pernah mendengar pengalaman bersalin daripada keluarga, kawan atau melihatnya di media massa dan media sosial.
Tahukah anda perasaan takut itu akan memberi kesan tidak elok kepada proses kelahiran yang bakal berlangsung? Perasaan takut menjadi mesej dan diproses sebagai ketakutan yang amat dahsyat dan memberi kesan buruk kepada emosi ibu dan bayi dalam kandungan
1. Hormon stres terhasil
Apabila perasaan takut tidak dapat dinyahkan daripada fikiran anda, sistem pertahanan badan akan menghasilkan hormon stres catecholamine.
2. Darah dan oksigen sukar melalui plasenta
Apabila hormon catecholamine dirembeskan, saluran darah di sekitar rahim akan menjadi tegang dan sempit lalu menyukarkan pengaliran darah dan oksigen ke plasenta untuk kegunaan bayi.
3.Rahim tidak berkontraksi
Kesan buruk akibat proses ini akan menyebabkan rahim tidak dapat bekerja dalam keadaan normal. Otot di kawasan rahim tidak boleh meregang lalu mengakibatkan bukaan rahim terganggu. Kesannya, anda mungkin perlu melahirkan secara pembedahan caesarean
4. Kekurangan oksigen
Kekurangan bekalan oksigen ke kawasan rahim bermaksud kekurangan bekalan oksigen pada bayi. Lalu boleh menjadi punca risiko bayi lemas sebelum dilahirkan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.