Bagaimana nak ketahui bayi anda sembelit? Biasanya ramai ibu yang selalu mengadu anak sembelit anak sembelit. Tapi macam mana nak kenal betul ke anak sembelit?
Berikut antara yang dikongsikan oleh Klinik Avicenna untuk panduan ibu bapa yang ada anak kecil dan sering mengalami masalah ini.
1. Najis ada berketul-ketul seperti tahi kambing
2. Tidak membuang pada tempoh yang lama. Biasa tidak seperti kebiasaan
3. Bayi nampak sukar membuang najis, terpaksa meneran-neran
Ads
4. Najis kering dan ada sedikit darah akibat najis keras dan melukai dinding salur najis
5. Anak takut untuk membuang. Sesetengah gelisah sampai menangis bila mahu membuang
Macam mana nak atasi masalah sembelit ni?
Ada beberapa cara urutan lembut boleh dilakukan pada tubuh bayi anda. Insyaallah moga sedikit ilmu ini dapat melegakan keadaan anak anda.
Ads
Cara 1
Cara 2
Cara 3
Kaedah Lain
Urut perut bayi, sebaik-baiknya ketika mandi air suam atau selepas mandi. Untuk mengurut dengan berkesan, bermula di pusat dan urut ke luar mengikut arah jam. Urutan perut boleh meningkatkan pergerakan makanan melalui usus bayi anda.
Empulur nenas keras yang kita selalu buang tu sebenarnya banyak betul kandungan bromelain.
Bromelain ni sejenis enzim yang ada pada buah nenas. Dan paling banyak di bahagian tengah nenas yang keras tu.
Kadang bila kita makan nenas, rasa lidas dan gatal di lidah kan. Sebab kandungan bromelain ni lah.
Bromelain boleh jejaskan lapisan protein mukosa pada lidah dan jadikan lidah kita lebih sensitif pada makanan berasid seperti nenas. Ini lah yang sebabkan rasa lidas dan gatal bila kita makan nenas.
Pun begitu, bromelain ni tinggi jugak khasiatnya tau. Takkan lah sebab rasa gatal lidah je kita terus taknak makan nenas kan.
Nenas tinggi dengan kandungan vitamin C. Salah satu superfood yang kita kena ajar anak-anak untuk cuba makan.
Nenas bagus untuk batuk jugak tau. Nenas boleh kurangkan lendir dan kahak. Dan ada kajian tahun 2016, katakan yang nenas mampu kurangkan simptom radang pada sinus. Resdung lah maksudnya.
Kalau anak-anak tak sihat, suami saya sukabeli nenas bagi anak makan setiap hari.
Nenas kaya dengan sifat anti radang yang insyaAllah boleh cepatkan penyembuhan anak.
Nenas jugak tinggi dengan kandungan vitamin B. Kalau nak anak-anak cepat belajar dan ingat sesuatu, jom kita jadikan nenas sebagai buah mingguan yang patut ada di rumah.
Makanan sebenar, terlalu banyak khasiat yang ada walau dari sebiji buah.
Setiap hari 3 4 jenis buah kita bagi anak makan, lebih banyak khasiat yang pelbagai anak akan dapat. Berbanding kita beri 2 3 jenis makanan proses sehari, yang mana pasti akan burukkan kesihatan anak untuk jangka masa panjang.
Sama-sama kita cuba ya, banyakkan makanan sihat dari sumber asli untuk anak-anak.
Ramai ibu bapa mungkin menyangka anak hanya alami masalah tonsil bila kerap sakit tekak atau berdengkur ketika tidur. Namun, hakikatnya ada satu lagi penyakit yang jarang disedari iaitu adenoid.
Jika tidak dirawat, ia boleh mengubah wajah anak, ganggu tidur dan menjejaskan tumbesaran.
Menurut perkongsian Klinik Taqwa, seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun, Aleeya, sering mengalami masalah tonsil bengkak. Pada mulanya, ibunya membawa Aleeya ke hospital kerajaan. Pemeriksaan awal mendapati tonsilnya sudah kronik.
Namun, selepas dirujuk ke Klinik Taqwa MT, pemeriksaan oleh Dr. Hana mendedahkan sesuatu yang lebih membimbangkan. Tonsil Aleeya memang besar, terutama di sebelah kanan, tetapi wajahnya juga menunjukkan tanda-tanda adenoid facies — hidung kecil, gigi atas menonjol, langit mulut tinggi serta mulut sentiasa terbuka kerana lebih banyak bernafas melalui mulut.
Adenoid ialah tisu kecil di belakang rongga hidung yang berfungsi melawan kuman. Walaupun penting untuk sistem imun, adenoid yang membesar boleh menyebabkan pelbagai masalah terutama pada kanak-kanak berusia 2 hingga 6 tahun.
Tanda-tanda adenoid membesar termasuk:
Anak berdengkur kuat semasa tidur
Bernafas melalui mulut hingga mulut sentiasa terbuka
Hidung tersumbat walaupun tiada selesema
Suara sengau seperti bercakap melalui hidung
Kerap selesema atau jangkitan telinga
Perubahan wajah (adenoid facies)
Menurut Dr. Hana, rawatan bergantung pada tahap keseriusan keadaan anak.
1. Pembedahan Jika terlalu teruk, doktor mungkin cadangkan pembedahan membuang adenoid (dan kadang-kadang tonsil sekali). Prosedur ini membantu ramai kanak-kanak kembali sihat, tidur lena dan bernafas dengan lebih baik.
2. Pendekatan tanpa pembedahan Untuk kes yang sederhana, ibu ayah boleh mencuba langkah berikut:
Berikan anak makanan berkhasiat kaya buah-buahan & sayuran
Kurangkan makanan bergula atau diproses
Pastikan anak cukup tidur dan aktif bermain
Dapatkan nasihat doktor untuk rawatan tambahan jika perlu
Dengkuran bukan hanya masalah orang dewasa. Bila anak kecil tidur berdengkur kuat, bernafas melalui mulut atau wajahnya mula berubah, ia mungkin tanda adenoid membesar.
Rawatan awal sangat penting supaya anak dapat bernafas dengan baik, tidur nyenyak dan membesar dengan sihat.
Ibu ayah, jika anak menunjukkan tanda-tanda seperti Aleeya, jangan tunggu lama. Segera berjumpa pakar ENT untuk pemeriksaan lanjut. Ingat, kesihatan anak adalah amanah, dan tindakan pantas boleh menyelamatkan masa depan si kecil.
Selain dikurniakan anak, satu lagi kegembiraan adalah apabila dapat timang cucu. Walaupun sudah masuk cucu yang ketiga, artis versatil, Didie Alias teruja dengan kelahiran cucunya yang baru yang diberi nama Hannah Jasmine.
Berita gembira itu dikongsikan Didie apabila memuat naik beberapa keping foto cucunya itu di akaun Instagram miliknya.
“Assalamualaikum Semua
“My Name is Hannah Jasmine..
“I’m Nanny D 3rd granddaughter
“Welcome to the world cucu nanny ‘Kamsahamnida’,” tulis Didie di kapsyen.
Pada ruangan komen, Didie menyatakan bahawa Hannah Jasmine merupakan zuriat pertama anak perempuan keduanya, Nur Dinie Ridzuan Hashim.
Perkhabaran itu juga mendapat respon daripada warganet, ramai yang mengucapkan tahniah kepada pelakon drama Cukup Derita Itu selain memuji kecomelan cucu Didie.
Untuk rekod, Didie pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon RIdzuan Hashim, perkahwinan mereka dikurniakan lima cahaya mata iaitu Nurdhaniyah, Muhammad Dhanial, Nur Dinie, Nur Dayini Ahza dan Nur Diyana.
Setelah berpisah pada tahun 2000, Didie bertemu jodoh dan mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Norisham Ismail. Mereka berdua dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Dayyan yang kini berusia 6 tahun.
Persoalan tentang komplikasi popular waktu mengandung dan baby baru lahir akan dihuraikan oleh Pakar Perunding O&G, Dr Maiza Tusimin dan Pakar Pediatrik, Dr Hairin Anisa dalam Talk To Doctor Bersama Moms To Be
Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/moms-to-be-vip-member-2022/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.