Saya kini hamil tujuh bulan. Ini bayi sulung saya. Ketika membuat pemeriksaan kandungan, doktor menyatakan keadaan uri saya berada di bawah dan menutupi ruang untuk bayi keluar. Adakah keadaan uri ini akan berubah? Perlukah saya dapatkan rawatan tradisional seperti berurut untuk menaikkan uri kembali?
Jawapan:
Uri atau tembuni adalah tisu atau organ yang terbentuk bersama janin bagi membolehkan bayi mendapat oksigen dan nutrisi daripada ibu melalui salur nadi yang ada di dalam tali pusat. Bahan-bahan kumuhan bayi pula disalurkan melalui pembuluh darah yang mengalir daripada bayi ke uri.
Ads
Kedudukan uri di dalam sesuatu kehamilan merupakan satu fenomena yang spontan dan rawak. Uri pada peringkat awalnya mengelilingi kawasan karung kehamilan. Rupa bentuknya seperti bulatan berwarna putih dalam imej ultrasound. Bentuk sebegini dinamakan sebagai circumferential.
Apabila kandungan semakin membesar, uri tersebut akan tertumpu kepada satu-satu bahagian. Ia adalah anterior (hadapan), posterior (belakang), lateral (sisi, sama ada kanan atau kiri), low lying (uri berada di kawasan bawah rahim dan 90% akan naik ke atas apabila kandungan berusia 28 minggu) dan fundal (uri duduk di kawasan atas rahim). Ketika hamil, setiap 13 minggu bersamaan dengan tiga bulan. Ini bererti 26 minggu (enam bulan). Jika kandungan puan berusia tujuh bulan, ini bererti janin berusia 30 minggu.
Jika uri masih berada di bawah dan menutup ruang untuk bayi keluar, puan dikategorikan sebagai kes placenta praevia. Uri yang menutup ruang untuk bayi keluar, ia dikenali sebagai placenta praevia major. Kalau uri berdekatan dengan ruang untuk bayi keluar (tetapi tidak menutupnya), ia digelar placenta praevia minor.
Ads
Kes-kes placenta praevia dikategorikan sebagai tahap satu, dua, tiga atau empat tetapi bergantung kepada keputusan ultrasound yang doktor lakukan ke atas kehamilan. Puan bolehlah bertanya doktor mengenai tahap placenta praevia yang puan dialami.
Risiko kes placenta praevia adalah pendarahan. Ini boleh berlaku bila-bila masa sahaja selepas 28 minggu. Pendarahan yang diakibatkan olehnya membahayakan ibu dan kandungan. Oleh itu, puan dikehendaki mendaftar masuk hospital sehingga bersalin. Jika berlakunya pendarahan semasa berada di hospital, puan mempunyai peluang untuk selamat daripada masalah ini. Puan akan ditolak ke bilik bedah untuk melahirkan bayi dan seterusnya, doktor akan mengeluarkan uri. Selepas uri dikeluarkan, barulah pendarahan ini berhenti. Apabila pendarahan berhenti, nyawa ibu akan terselamat.
Ads
Jika mengurut cara tradisional atau bukan tradisional, risikonya adalah pendarahan juga. Nyawa bayi dalam kandungan boleh melayang bila pendarahan berlaku. Sekiranya kurang faham atau kurang percaya, pergilah kepada doktor yang kedua atau ketiga, dapatkan pendapat mereka. Jika semuanya menasihatkan perkara yang sama, saya pasti puan dan suami tidak akan berlengah lagi untuk masuk ke hospital.
Ibu hamil dan mempunyai masalah placenta praevia tidak akan merasai kesakitan atau kurang sihat sehinggalah pendarahan berlaku. Darah yang keluar mengalir dari faraj turun ke paha dan kaki, membasahi kain atau baju berlaku secara senyap dan tiba-tiba. Hanya yang sudah sedia ada di wad boleh menerima rawatan yang segera.
Kesimpulannya, kes placenta praevia adalah kes yang boleh meragut nyawa. Untuk keselamatan diri puan terutamanya, daftarlah ke hospital yang berdekatan dan akurlah dengan nasihat doktor. Saya doakan keselamatan puan dan bayi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Untungnya Amyra Rosli bila dilayan bagai menatang minyak yang penuh oleh suami tercinta. kerana risaukan keadaan Amyra yang sedang hamil dan dalam masa yang sama sibuk melakukan penggambaran drama terbaru berjudul Cemburu Seorang Wanita, Amar dikatakan mengambil upah seorang pembantu peribadi untuk isteri tercinta bagi membantu melancarkan urusan
Namun Amyra akui bersyukur tidak mengalami sebarang alahan atau insiden tidak diingini sepanjang penggambaran berlangsung. Amar yang turut membintangi drama tersebut dapat memantau keadaan isteri supaya sentiasa berada dalam keadaan baik.
“Ketika tawaran ini datang saya belum hamil lagi, tapi disebabkan penggambaran ini dilanjutkan tarikhnya saya disahkan hamil namun memilih untuk meneruskannya.
“Bagi saya selagi tak cuba kita tak rasa pengalaman pahit manis apabila menjalani penggambaran ketika hamil. Jika kehamilan pertama dulu saya berehat hampir setahun dan tidak menerima sebarang tawaran.
“Namun memandangkan tawaran ini saya sudah memberi kata putus dan tidak mahu menyusahkan pihak produksi saya teruskan juga,” katanya.
Menurut Amyra, walaupun ada hari penggambaran berakhir sekitar jam 3 pagi, dia tiada masalah untuk meneruskan penggambaran.
Katanya, kehadiran suami tercinta Amar Baharin yang turut bertindak sebagai pelakon utama dalam drama terbabit membuatkan dia sentiasa dipantau supaya berada dalam keadaan baik.
Cari baju hamil yang sesuai
“Cabaran utama yang perlu saya hadapi cuma perlu mencari pakaian bersesuaian dengan keadaan diri. Semakin hari perut makin membesar dan saya perlu mencari baju yang menutup bahagian perut.
“Selebihnya semua berjalan dengan baik. Kehadiran Amar juga menyenangkan kerana kali ini dia mendapatkan saya seorang pembantu peribadi serta dia yang sentiasa berada di sisi.
“Amar akan risau jika saya penat atau tidak sedap badan. Dia akan pastikan saya berada dalam keadaan yang selamat dan tidak tertekan,” ujarnya lagi.
Panduan Beli Pakaian Ketika Hamil:
Sebelum anda mahu membeli pakaian hamil, pastikan anda membuat sedikit kajian tentang butik-butik atau gedung-gedung pakaian yang menawarkan koleksi pakaian tersebut. Ini adalah untuk memudah dan menjimatkan masa anda ketika mahu membeli-belah nanti.
Apabila memilih untuk menggayakan pakaian ketika hamil, pastikan anda tidak memilih rekaan pakaian membosankan. Tidak perlu cuba sembunyikan perut anda yang semakin membesar dengan memakai pakaian seperti khemah atau sweater yang saiznya terlalu besar.
Elakkan daripada membeli pakaian hamil yang tidak selesa untuk dipakai seperti terlalu ketat, menyebabkan kulit gatal dan sebagainya.Pakaian hamil yang tidak sesuai mungkin akan memudaratkan kesihatan dan emosi anda.
Jika anda mempunyai suami yang potongan badannya besar daripada anda, pertimbangkan untuk meminjam kemeja kepunyaan mereka. Sememangnya kemeja lelaki (button-up shirt) cukup bergaya, selesa dan sesuai dipakai oleh ibu-ibu hamil.
Fabrik yang paling sesuai untuk rekaan pakaian ibu hamil ialah jersi kapas dan likra. Fabrik ini boleh meregang, sekali gus boleh dipakai sepanjang peringkat kehamilan anda.
Kadangkala semasa hamil saiz tapak kaki menjadi besar sedikit, oleh itu dapatkan kasut yang lebih selesa dan tidak bertumit tinggi. Paling penting anda tidak perlu untuk membongkok ketika mahu menyarungkannya. Pastikan kasut anda dapat meyokong berat badan yang semakin bertambah.
Elakkan kasut dengan tumit yang terlalu tinggi kerana ia boleh memudaratkan kesihatan. Keselesaan adalah kunci utama dalam pemilihan kasut yang anggun digayakan ketika anda hamil.
Pemilihan pakaian dalam yang betul juga penting dan perlu diambil kira ketika melalui peringkat-peringkat hamil. Sila dapatkan baju dalam dan seluar dalam yang paling selesa untuk dipakai.
Belilah pakaian yang mudah disuai padan. Dapatkan pakaian dalam rona hitam, perang, kelabu, khaki, putih, denim, rona neutral serta rona yang anda selalu pakai. Untuk kelainan, gabungkan pakaian anda bersama helaian bercorak atau berona terang.
Apabila memilih pakaian, cuba berikan tumpuan kepada bahagian tubuh badan yang menjadi kegemaran anda. Contohnya, jika anda mempunyai lengan yang cantik, mungkin anda boleh pilih baju (top) dengan potongan cap-sleeved, jika memiliki leher yang menarik pula, anda boleh pilih baju dengan tebuk leher yang menarik serta mampu memberi fokus pada leher dan wajah.
Konsep lapisan (layering) – baju (blaus, stretchy tank top, baju-T), seluar, skirt, kardigan dan blazer adalah kumpulan pakaian paling mudah untuk disuai padan. Konsep ini juga sesuai dan mudah bagi mereka yang mempunyai suhu badan yang kadangkala berubah-ubah.
Kemeja dan gaun potongan A atau empire cukup bergaya dan sentiasa menjadi pilihan kerana potongannya yang tidak melekat pada bahagian perut.
Dapatkan kemeja atau blaus ceria dengan perincian seperti ropol dan reka corak flora dalam warna-warna feminin. Pilih kemeja yang labuh daripada biasa pada bahagian hadapan supaya anda mendapat ruang yang cukup bagi menutup perut yang semakin membesar.
Anda bebas bereksperimentasi dengan skaf dan aksesori bagi menambah seri pada pakaian hamil anda. Skaf dalam warna dan reka corak yang ceria mampu menaikkan aura hebat pemakainya. Aksesori yang menarik juga boleh menjadikan penampilan yang biasa menjadi luar biasa.
Bagi ibu-ibu yang menyusu badan, belilah pakaian yang sememangnya direka khas untuk tujuan tersebut. Ia sopan, praktikal, selesa dan memudahkan anda apabila tiba masa menyusukan bayi anda.
Bagi wanita hamil profesional pula, tema keseluruhan pakaian yang perlu diaplikasikan ketika di tempat kerja adalah sopan, mempunyai kelas tersendiri, anggun dan sedikit konservatif.
Dalam setiap perkahwinan, dikurniakan cahaya mata pastinya berita yang ditunggu-tunggu oleh pasangan yang berumah tangga. Begitulah juga dengan Dayah Bakar dan pasangannya yang bakal menerima kehadiran cahaya mata sulung mereka tidak lama lagi.
Berita gembira itu dikongsikan Dayah Bakar menerusi Instagram miliknya. Setelah beberapa tahun menyulam rasa cinta hidup berumah tangga dengan Kapten Hanif Hamidi, Dayah membuat pengumuman yang cukup menggembirakan dirinya malah juga para peminatnya.
Pasti berita yang dikongsikan Dayah ini sesuatu yang ditunggu-tunggu bukan sahaja ahli keluarga malah pengikutnya di media sosial juga. Jika dahulu berita perkahwinan pengacara bermulut petah ini pernah menjadi viral kerana warga net menyifatkan kisah cinta antara kedua pasangan yang bermula dengan rakan baik sejak zaman persekolahan lagi sebagai satu kisah yang cukup manis.
Dayah juga sering berkongsi pelbagai video mengenai ‘Encik Suami’ yang betugas sebagai tentera dan sering menyentuh emosi peminat mereka di Instagram.
Dayah dengan penuh rasa syukur berkongsi berita gembira tersebut setelah lama berahsia. Rupanya usia kandungan Dayah sudah memasuki fasa trimester kedua kehamilan. Dalam perkongsian tersebut Dayah turut memuat naik gambar dia dan suaminya ketika masih kecil.
Bismillahirrahmanirrahim,
We’ve been keeping this for awhile , but I think it’s time to share this happy news with all of you… We’re expecting our little miracle soon , in sha Allah . Little DayaHanif is growing inside me
Tiada lebih yang kami pinta dari kalian, selain dari mendoakan untuk kesihatan , kekuatan dan kemudahan saya dan little bb sehingga hari melahirkan nanti ya . Doakan juga saya, little bb dan Hanif akan bertemu semula tak lama lagi . Dari hati yang terdalam , saya juga mendoakan untuk kalian yang berdoa dan berusaha untuk mendapatkan zuriat , diberikan rezeki tidak lama lagi.
Have faith, in sha Allah .
Ramai gembira dan mendoakan kesihatan Dayah dan anak dalam kandungan.
Berita gembira yang dikongsikan Dayah mendapat perhatian ramai. Rata-ratanya mengucapkan tahniah kepada Dayah kerana bakal melahirkan zuriat yang pertama. Tak kurang juga yang mendoakan kesihatan ibu dan anak dalam kandungan.
Selain itu, rupanya ramai juga yang sudah dapat meneka bahawa pengacara ini sedang berbadan dua kerana dilihat kerap memakai baju besar sejak kebelakangan ini.
Tahniah diucapkan kepada Dayah dan suami. Semoga melalui fasa kehamilan yang indah dengan gembira dan dipermudahkan segala urusan sehingga tiba waktu bersalin. Seronoknya dapat bau baby baru lahir.
Sumber: dayahbakar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan anak sebagai penyeri dalam rumah tangga. Namun tak semuanya bernasib baik untuk terus mendapatkan zuriat. Jika lepas kahwin terus disahkan hamil, itu berita gembira.
Tetapi jika terpaksa menunggu beberapa tahun untuk memeluk zuriat sendiri, itu semua adalah perancangan Allah yang lebih mengetahuinya. Ibaratnya rezeki setiap orang berbeza.
Cuma satu sahaja, jangan putus asa untuk berusaha dan berdoa kerana bila sampai waktu yang tepat, pasti akan ada ‘penghuni’ dalam rahim ibu. Seperti perkongsian seorang doktor di laman TikTok sungguh tak sangka 8 tahun menanti, akhirnya tercapai juga impian bergelar seorang ibu.
“Tiap kali check UPT mesti negatif..”
Melalui video dikongsi oleh Dr Nasrah di laman TikTok, seorang ibu datang ke klinik untuk scan rahim kerana sudah lapan tahun berkahwin tetapi belum diberi rezeki untuk memiliki zuriat.
Jelas Dr Nasrah, ibu itu datang kerana setiap kali melakukan ujian UPT pasti keputusan yang ditunjukkan negatif sehingga menyebakan dia berasa kecewa dan tekad untuk scan rahim di klinik.
Sejurus sahaja siap, doktor menjelaskan ibu tersebut disahkan hamil setelah 8 tahun penantian dan itu merupakan berita gembira buat kedua-dua mereka.
“Tahniah, puan pregnant. Ini gambar baby puan. Saat kita merasa kecewa dan letih, ingatlah perancangan Allah itu sangat indah. Tidak pernah terlalu awal atau lewat. Tepat dan sangat indah pada waktunya,” jelas doktor itu.
Kemanisan dalam bersabar
Menerusi komen, kebanyakan ibu di luar sana turut meluahkan rasa yang sama seperti dialami oleh ibu tersebut. Ujian setiap orang berbeza tetapi yakin Allah sebaik-baik perancang.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebagai seorang ibu, naluri untuk melindungi anak sentiasa kuat, namun bagi Syasya, bekas anggota kumpulan Dolla, pengalaman pertama mengandung membawa cabaran besar.Ketika kandungannya baru...