Ads
Home Berita Usahawan Tudung Belanja Hadiah Hampir RM1 Juta Demi Kucing Kesayangan, Siap Beli...

Usahawan Tudung Belanja Hadiah Hampir RM1 Juta Demi Kucing Kesayangan, Siap Beli Kereta BMW & Rantai Emas

Ads

Bagi pencinta haiwan, kasih sayang terhadap haiwan peliharaan bukan sekadar suka-suka. Ada yang sanggup berhabis apa sahaja demi memastikan ‘anak bulus’ mereka hidup penuh bahagia. Begitulah juga dengan kisah menyentuh hati usahawan tudung terkenal, Haliza Maysuri, pengasas jenama Bawal Exclusive.

Sempena ulang tahun kucing kesayangannya yang diberi nama Money, Haliza telah menghadiahkan sebuah kereta BMW i7 bernilai kira-kira RM714,000, serta seutas rantai emas! Boleh dikatakan belanja sempena ulang tahun kucing kesayangan suami isteri ini hampir cecah RM1 Juta. Namun itu semuanya demi tanda kasih buat si bulus berbulu gebu itu.

Usahawan Tudung Belanja Hadiah Hampir RM1 Juta Demi Kucing Kesayangan, Siap Beli  Kereta BMW & Rantai Emas

Usahawan Tudung Belanja Hadiah Hampir RM1 Juta Demi Kucing Kesayangan, Siap Beli  Kereta BMW & Rantai Emas

“Saya tak kisah pun berhabis untuk Money. Saya dah anggap dia macam anak saya sendiri,” ujar Haliza

Menurut Haliza, bukan Money sahaja yang ‘dimanjakan’, malah seekor lagi kucingnya, Aspen, juga menerima layanan yang sama. Setiap bulan, mereka berdua menerima pelbagai hadiah istimewa dan keperluan eksklusif – dari makanan, pakaian sehinggalah aksesori mahal.

Antara hadiah yang paling mencuri perhatian ialah mangkuk makanan khas bernilai RM11,000, yang dibeli khusus buat Money.

Ads

Lebih menarik, si bulus bertuah ini juga difahamkan  mempunyai bilik sendiri, dan akan terbang ke Bangkok setiap enam bulan untuk membeli baju serta mainan baru.

Money bukan saja disayangi, malah disifatkan oleh Haliza sebagai haiwan yang punya personaliti unik  kuat cemburu, pandai tunjuk perasaan, dan tahu bila dirinya diraikan.

Usahawan Tudung Belanja Hadiah Hampir RM1 Juta Demi Kucing Kesayangan, Siap Beli  Kereta BMW & Rantai Emas Usahawan Tudung Belanja Hadiah Hampir RM1 Juta Demi Kucing Kesayangan, Siap Beli  Kereta BMW & Rantai Emas

Ads

Malah, pihak jenama mewah Louis Vuitton (LV) sendiri pernah menjemput Money menghadiri majlis ulang tahun eksklusif di butik mereka.

“Pihak LV cakap, Money ni ada aura tersendiri,” Haliza

 

MONEY PEMBAWA REZEKI, PERNAH DAPAT HADIAH LOKET UKIRAN ‘MONEY’

Usahawan Tudung Belanja Hadiah Hampir RM1 Juta Demi Kucing Kesayangan, Siap Beli  Kereta BMW & Rantai Emas

Ads

Sebelum ini, Haliza juga pernah menghadiahkan rantai emas bernilai RM25,890 yang ditempah khas sempena tarikh lahir Money, lengkap dengan ukiran nama dan tarikh lahir – 9 Mei 2017, sebagai tanda kasih sayang dirinya dan suami.

Bagi Haliza, Money bukan sekadar peneman sunyi, malah dianggap pembawa rezeki dalam perniagaannya. Katanya, sejak kehadiran Money, hidup dan perniagaannya lebih tenang dan berkembang.

Sumber: Oh Bulan

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI


SeeNI ×