Ibu bapa harus selalu memuji dan memberi dorongan kepada anak. Mengikut kajian, terdapat jenis ayat yang kita gunakan ketika memberi pujian yang membuatkan anak kita lebih bermotivasi . Apabila kita puji anak berumur 0-7 tahun, cuba cara ini!
Bagusnya abang!
✅ Ibu tengok abang bersihkan sendiri je kotoran dekat kaki abang! Wah.
Pandainya anak ayah ni!
✅ Anak ayah dapat cari sendiri hurufnya ye. * Tepuk tangan *
Terima kasih, baiknya kakak.
✅ Gembira mama lihat kakak tolong mama kemas barang.
Ads
Pandainya anak Papa melukis!
✅ Tengok , warna warni sungguh lukisan kakak. Cantik.
Fokus pada cara dan perbuatan anak kita.
Elakkan bagi signal pada anak-anak ,kejayaan datang dengan semulajadi.
Ads
Tanamkan mindset, jika mereka usaha dan usaha, mereka akan pandai, akan jadi baik.
Carol Dwerck, professor di Universiti Stanford, menyebut tentang “fixed mindset” , di mana manusia percaya kejayaan mereka adalah hasil kepandaian mereka atau terhad kepada bakat.
Sedangkan, kita boleh didik anak kita percaya kepandaian, bakat dan kemampuan mereka akan terbina apabila mereka belajar dan belajar.
Darjat mereka yang berusaha juga berbeza di sisi Allah. Allah ciptakan manusia sebaik-baik ciptaan, jadi peranan ibu ayah untuk mendorong anak belajar dan gali potensi diri. Semuanya bergantung pada tekad dan sikap.
Bila tahu jantina bayi dalam kandungan, mama papa pun akan menyediakan senarai nama pilihan untuk bayi bakal lahir. Sedap sekali bunyinya tapi adakah ia mempunyai maksud yang baik.
Nama diibaratkan doa yang akan diulang sebut boleh mempengaruhi karakter dan jiwa anak di sepanjang kehidupannya. Pemilihan nama yang mempunyai makna yang baik sangat penting.
Perkongsian ini diharapkan boleh dijadikan panduan untuk mama papa memilih nama terbaik untuk si kecil. Jangan main-main bab menamakan, pengertiannya amat mustahak. Tidak boleh sewenangnya walau pun bunyinya sedap dan gabungan antara ibu bapa. Ada juga yang meletakkan anak dengan nama yang kedengaran seperti Islamik kerana ia daripada bahasa Arab tetapi apabila diperiksa maknanya ialah anak syaitan!
PANDUAN MEMBERI NAMA ANAK DALAM ISLAM
Kebetulan ada seorang pelanggan datang ke pejabat saya nak sokongan tukar nama anak.
Tukar nama anak ni memang la sunat kalaulah nama anak tu nama yang buruk atau erti yg tidak baik. Ibnu Umar pernah cerita dlm soheh Bukhari yg nabi pernah tukar seorang perempuan nama asiah (dgn huruf Ain) kepada Jamilah. Tapi kalau dah nama tu ertinya baik dah tak payah la nak tukar².
JANGAN TERLALU PANJANG
Adalah dinasihatkan sblm letak nama anak tu fikir-fikir lah dulu. Nama ni tak perlu la panjang.. Memadaila satu perkataan atau habis banyak 2 perkataan. Yg hebatnya ada org yg sampai 3,4,5 perkataan tapiiiiii bila panggil nama anak tu tau pulak dia tak panggil kesemuanya.
Contoh Muhammad Aiman Firdaus Jannatul ula. Bila panggil man jee… Naya anak tu nak tulis nama dia.. Nak nak bila isi borang.. Tak cukup kotak pulak nak buh huruf..
SUNAT DILAKUKAN PADA HARI PERTAMA ATAU KE-7 KELAHIRAN
Waktu sunat kasi nama anak ni ada hadis yg nyatakan pada hari ke 7 dan ada pulak hadis yg lain kata pada hari pertama.
Oleh kerana terdapat 2 hadis yg bertentangan maka Imam an-nawawi merumuskan bahawa bagi org yg tak sempat nak lakukan aqiqah pada hari ke tujuh maka sunat dia letak nama dan tahnik pada hari pertama akan tetapii.. Kalau dia nak buat aqiqah pada hari ke7 barula sunat beri nama anak pada hari tersebut.
AKHIRAT NANTI KITA AKAN DISERU DENGAN NAMA
Nama ni sbnrnya penting krn nabi bersabda kamu akn diseru pada hari kiamat dgn nama kamu dan bapak kamu. Maka perelokkanlah nama nama kamu.
NAMA YANG ELOK IALAH NAMA NABI-NABI & ASMAUL HUSNA
Antara nama² elok yg boleh kita beri nama ialah sprt nama nabi², dan nama asma ul Husna. Cuma kalau nama asma ulhusna tu jgn lupa la letak nama abdul kat depan tu. Dlm hadis nabi ada bersabda : Sebaik2 nama adalah Abdullah dan Abdul Rahman.
PANGKAL NAMA MUHAMMAD
Ada org tanya sy, ada ka apa apa fadhilat letak nama Muhammad dihadapan? Org Melayu ni sangat sinonim nak buh nama Muhammad kat depan supaya kononnya dpt syafaat di akhirat kelak.
Sy kata takdak fadhilat apa apa pun nak letak nama gitu. Kalau betul nak syafaat, jagalaa amalan, rajin2 la berselawaT dan buatla sprt mana yg nabi ajar. Itu baru betul.. Nak dpt syafaat ni memang takdak kaitan dgn nama pun.
NAMA MALAIKAT
Soalan kedua boleh ka kita letak nama anak dgn nama malaikat? Kan nak nampak hebat buh ja nama anak Nik Mikhail..
Mengikut Ulamak Syafieyah nak buh nama anak dgn nama para malaikat ni hukumnya harus, tapi sebagaimana kata Qadi Iyadh sebahagian Ulamak memakruhkannya termasukla Imam Malik sendiri.
8 KESILAPAN YANG SELALU DILAKUKAN IBU BAPA DALAM MENAMAKAN ANAK
Antara kesilapan lain nak letak nama anak ni : #1.Letak nama Nur untuk anak perempuan. Sebenarnya Nur ni nama untuk lelaki.
#2.Letak nama dlm isim faeil atau memberi erti nama. Pekerjaan. Contohnya mcm Masyitah. Masyitah ni ertinya tukang sikat rambut atau halwani yg ertinya org jual kuih.
#3. Nama Zaleha, zaleha ni sbnrnya takdak makna pun. Nama asalnya mungkin Zulaikha. Itupun Zulaikha ni nama israeliyyat.
#4. Nama yg dipendekkan boleh bertukar makna. Sebagai contoh, sy ada seorang sahabat nama Azani / Izani. Ada sahabt lain panggil nama dia Abg zani. Zani tu sendiri adalah membawa erti yg tidak elok .
#5. Ada juga nama yg membawa erti lain kalau salah sebut pendek atau panjang, seperti jamaluddin dan jamaaluddin. Kalau Jamaluddin ertinya unta agama /جمل الدين, kalau jamaaaludin جمال الدين pulak , dipanjangkan sikit jamaaal tu barulah maknanya kecantikan agama. Kes ni sama juga kalau salah sebutan seperti kadir dan qadir. Kalau kadir maknanya keruh tapi kalau Abdul Qadir maknanya hamba yg Maha berkuasa. Kena ada beza antara qaf dan kaf.
#6. Tak payah la letak nama sprt Bukhari, Nawawi, Baihaqi, Tirmidzi dan sebagainya. Itu semua nama tempat. Mungkin suatu hari org akn letak nama kelantani.
#7. Ada juga nama yg nama di idafatkan seperti khairul atau syamsul. Nama tak habis tu pakcik. L kat blkg tu nak sandar pada apa? MENGIKUT KAEDAH BAHASA ARAB MEMANG TAK BETUL.
#8. Nak letak nama tu bukan sahaja asalkan bahasa arab. Ada satu kes dulu nama dia muhammad alkhannas. Alkhannas ni bunyi memang la best, tapi maknanya anak syaitan bro. So hati-hati lah ye.
Kalau boleh cari la nama yg baik untuk kita letak nama anak-anak, kerana itu juga adalah،merupakan doa buat mereka. Sekian dulu.
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Bukan sahaja bapanya yang begitu menggemari Dikir Barat, kini minat yang satu itu turut digemari buah hati pertama Issey, Faeeq Fathian yang kini berusia hampir satu tahun.
Menerusi Instagram, Issey memuat naik video pendek anaknya yang begitu teruja malah menggerak-gerakkan badannya setiap kali mendengar alunan Dikir Barat.
“Alkisahnya anok daddy yang minat sungguh Dikir Barat. Faeeq Fathian Bin Fazlisham (Iyyen Issey).
“Anak daddy ni minat sungguh Dikir Barat. Dia minat lagu ni jer, derita seorang ‘Megat Nordin’,” tulis Issey.
Menurut kata Issey lagi, dia pada mulanya tidak perasaan minat anaknya itu sehinggalah dia terniat untuk memasangnya semula dan melihat reaksi anaknya.
“Sebab daddy kan kat rumah selalu bukak lagu ni. Satu hari kita test, masa Iyyen baru bangun tidur.
“Dengar je lagu ni terus menjerit happy. Inilah dia anok daddy, Iyyen Issey,” kongsi Issey lagi.
Paling menarik, Iyyen bukan sahaja berlenggok sebaik mendengar muzik bahkan turut menjerit keriangan biarpun baru bangun dari tidur. Memang teruja macam daddy.
Terdahulu, Issey pernah menjadi ketua kumpulan Dikir Barat Dikir Akademi Arjunasukma, di mana beliau mengambil peranan sebagai tukang karut untuk Konsert Lentera Timur oleh penyanyi no.1 negara, Datuk Siti Nurhaliza yang diadakan di Istana Budaya pada Oktober 2013.
Makin aktif dan tak duduk diam
Menurut kata Issey, anaknya Iyyen yang kini berusia hampir satu tahun itu cukup aktif dan paling sukar untuk diajak bergambar.
“Susah betul nak bergambar dengan dia. Sedar tak sedar, nak dekat setahun dah anak merdeka daddy. Aishh. Sudah betul nak duduk diam. – iyyen issey,” kongsi Issey melalui entri berlainan.
Dalam pada itu, gaya comel Iyyen turut mendapat perhatian wargamaya. Malah ramai menyifatkan bakat seni itu turut bakal diwarisi anak kecilnya.
Terdahulu, Faeeq Fathian Bin Fazlisham atau Iyyen Issey dilahirkan pada 31 Ogos tahun lalu dan kini berusia hampir setahun.
Rata-rata ibu yang ada bayi dan akan belajar makan, biasanya akan ambil tahu mengenai khasiat pemakanan terbaik sebelum memperkenalkan makanan tersebut. Ada yang sanggup berhabis duit semata-mata untuk pastikan anak dapat zat yang tinggi khasiatnya.
Betul semua ibu bapa akan fikir, tak apalah bukan selalu pun. Cuma untuk pengetahuan anda, sebenarnya pemakanan yang berkhasiat dan tinggi nutrisi boleh didapati dari pelbagai sumber pada harga yang jauh lebih murah.
Dalam perkongsian Alina Adenan, ikan kembung sebenarnya lagi tinggi Omega 3 yang bagus untuk otak berbanding salmon. Jadi buat apa nak bazir duit beli ikan harga yang agak mahal kan? Beli sekilo satu keluarga boleh menikmatinya.
Asal nak bagi bayi makan je, kena salmon. “Yela, kalau baca artikel-artikel selalu suruh makan salmon”
Haaa. Memang laa, kajian-kajian tu ditulis oleh ‘omputeh’. Ikan salmon paling senang nak dapat dekat negara dia orang.
Sama macam buah yang kaya dengan vitamin C. Mereka akan kata buah oren. Sebab buah oren mudah didapati di negara mereka. Buah-buahan tempatan tak ada vitamin C ke?
Menurut kajian, buah jambu batu lebih tinggi vitamin C 4x ganda daripada buah oren! Hehe. Kes yang sama ikan kembung dan ikan Salmon ni.
Ikan Salmon Vs Ikan Kembung
👉 Memang isi ikan salmon lebih tinggi fungsi antioksidannya kerana pigment warna pada isinya mengandungi Carotenoid Astaxanthin
👉 Memang isi ikan salmon lebih tinggi Vitamin A-nya tapi jangan lupa :
✅ Ikan kembung lebih murah
✅ Ikan kembung lebih tinggi kandungan Omega 3 untuk otak anak kita
✅ Mampu meningkatkan kecergasan otak
✅ Memperkuat sistem imun tubuh
So, jangan risau. Ikan kembung pun not bad. Uish. Terbayang pulak ikan kembung goreng, makan dengan nasi panas, pekena pulak dengan kicap & ulam timun! Hehe.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.