Usia 1-3 Tahun Anak Pegang Pensel Macam Ni Normal. Selepas 3 Tahun, Kena Perbetulkan

Share

Biasa kalau anak 1-3 tahun bila diberi pensel akan pegang sepenuhnya seperti tak mahu lepas. Apabila diberi kertas pasti anak mula menconteng tetapi teknik pegangannya tak macam kanak-kanak yang berusia 4 tahun ke atas.

Jika anda perhatikan anak selesa pegang macam itu jangan risau. Selagi umur 3 tahun ke bawah ia masih dianggap normal. Cuma jika selepas 4 tahun anak masih tak boleh ubah kedudukan jarinya semasa memegang pensel, ibu bapa kena buat sesuatu.

Berikut antara perkongsian dari Terapis Cara Kerja, Mahfuzah Zainol.

Palmar grip

  1. Pegangan pensel yang biasa untuk kanak-kanak berumur 1-3 tahun. Ia normal.
  2. Jika sudah lebih 3 tahun masih pegang begini, tandanya finger strength tidak mantap.
  3. Finger strength tak kuat menyebabkan kanak-kanak menggunakan kekuatan tapak tangan (palm area) untuk memegang pensel.
  4. Banyakkan aktiviti menggunakan jari-jemari seperti theraputty, play dough, main regang getah, tekan-tekan, gumpal-gumpal dan tenyeh-tenyeh untuk mantapkan finger strength.

Sumber: Mahfuzah Zainol

IKLAN