Susu kultur adalah antara contoh makanan yang mengandungi probiotik atau dipanggil bakteria baik. Bakteria baik ini berfungsi meningkatkan persekitaran sihat di dalam sistem penghadaman.
Puan Nurbaidurah Bazid, Pegawai Dietetik berkongsi bilakah susu kultur sesuai diberikan kepada kanak-kanak.
Bilakah susu kultur ini boleh diberikan?
Menjawab pertanyaan ini, terdapat beberapa kajian mengenai susu kultur atau probiotik di kalangan kanak-kanak bermula satu tahun dan ke atas. Kebanyakan kajian menunjukkan kesan yang positif khususnya bagi mengatasi atau mengurangkan penyakit atau gejala yang berkaitan dengan usus atau sistem penghadaman.
Namun, tidak banyak kajian yang dijalankan kepada bayi yang berusia bawah satu tahun. Maka saranan saya, susu kultur ini boleh diberikan pada seawal usia satu tahun tetapi perlu dikawal dan jangan berlebihan. Saranan saya mengikut kajian-kajian yang terdapat kini, hadkan pengambilan susu kultur pada kadar 65ml sehari, atau bersamaan 1 botol kecil sehari.
Ads
Seterusnya, apakah alternatif lain yang juga mengandungi probiotik atau bakteria baik ini?
Antaranya ialah kefir dan makanan yang ditapai seperti tempe. Suka untuk saya kongsi di sini, selain bakteria baik (probiotik), ada satu faktor lain yang menyumbang meningkatkan lagi kesihatan sistem penghadaman iaitu prebiotik. Ia adalah hasil daripada makanan yang tidak terhadam dalam sistem penghadaman, yang memberi manfaat menyokong pertumbuhan bakteria baik. Fungsinya sama seperti makanan kepada bakteria baik.
Antara contoh makanan yang mengandungi prebiotik adalah madu, bawang merah, asparagus, pisang dan oat. Maka, selain kita mengambil bakteria baik, makanan untuk bakteria baik ini juga penting bagi memastikan ketahanan bakteria baik yang berada di dalam sistem penghadaman.
Makanan manis memang menjadi kegemaran anak-anak. Kadang-kadang waktu pagi pun anak-anak dah minta buatkan air coklat kegemaranya.
Namun tahukah anda, gula yang tinggi boleh memberi pelbagai masalah kepada tubuh badan anak? Ikuti perkongsian Dr Mazliana bagaimana gula boleh merosakkan otak anak.
Kecut otak anak-anak kalau kita bagi makan minum tinggi gula selalu.
Tugas kita untuk ajar anak-anak tentang bahayanya gula.
Sejak dari anak-anak kecil, cuba ajak mereka jauhkan diri dari gula seboleh mungkin. Ajak pelan-pelan, explain selalu. Anak-anak akan faham.
Susah nak buat, tapi kita cuba.
Sebab kesannya kita takkan nampak sekarang.
Cuba bayangkan kita hari-hari bagi anak minum air manis waktu pagi sebelum ke sekolah.
Mungkin kita fikir untuk beri tenaga, nak anak sihat dan kuat supaya dapat fokus belajar di sekolah.
Atau mungkin option yang lebih sihat kita bagi susu tepung kaya DHA yang dibancuh dengan gula bagus untuk perkembangan otak. Sebenarnya kita tengah latih anak kita dari kecil, wajib minum air manis waktu pagi sebelum pergi sekolah.
Mereka akan bawa sampai ke tua seperti kebanyakan kita sekarang yang tak boleh tinggal air manis waktu sarapan pagi.
Hakikat sebenar, kita telah rosakkan sel otak anak-anak dengan kenalkan mereka dengan makanan dan minuman bergula seawal bangun pagi.
Biskut. Roti. Aiskrim. Jus buah. Jem. Bar coklat. Cereal. Keropok. Pes pasta. Sos. Kicap. Sos tiram. Pes masakan.
Semuanya ada gula samada kita sedar atau tidak. Susah untuk kita elakkan sepenuhnya gula dalam kehidupan seharian.
Gula tersembunyi terlalu banyak dalam makanan ultra proses. Walau kita rasa tak manis sangat, tapi gula tetap banyak dalam tu. Gula antara kandungan pertama dalam kebanyakan makanan ultraprocessed.
Kalau susah nak elak yang lain, kita cuba elak air manis je dulu dari anak-anak. Terutama waktu pagi k. Minum air kosong kan lebih sihat.
Kita cuba sama-sama ya, insyaAllah.
Kredit: Dr Mazliana
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Tambah garamlah sikit, tawar ni nanti si kecil tu reject pulak bubur ni” Kita mungkin tak rasa tapi bayi akan rasa kerana deria rasa bayi sangat kuat. Penambah rasa dalam makanan bayi sangat dilarang keras kerana boleh menyebabkan pelbagai kemudaratan kepada bayi.
Permulaan pemakanan yang baik bagi bayi enam bulan seeloknya diperkenalkan dengan bubur kosong dahulu kemudian diikuti dengan puri buah-buahan. Tapi ramai yang beranggapan bayi menolak makanan mungkin rasanya yang tawar.
‘Tak sedapla bubur ni patutla baby tak nak makan..cuba tambah garam sikit’. ‘Meh letak sos sikit je bagi sesedap rasa’
Eh eh eh stop stop situ..jangan gerak tangan anda..jangan letak garam dalam masakan untuk bayi bawah 1 tahun..kalau boleh bawah 2 tahun lagiii bagus.
‘Kesian anak puan…makanan tak sedap, dia cuma makan satu dua sudu saja’
Owh tidak, anda mungkin tak rasa tapi bayi dah rasa macam macam. Begini ceritanya;
Selama 6 bulan bayi hanya merasa susu ibu sahaja. Sekarang mommies nak perkenalkan makanan baru. SEMUA yang mommies kenalkan adalah sesuatu yang baru dan pelik kepada anak anak sebab tekstur, bau, dan rasa LAIN dari susu ibu semestinya ada tindak balas dari baby.
Mungkin baby suka. Ada yang menolak, Ada muka pelik tapi makan juga. Ada selepas bagi 2 3 kali baru menerima. Ini ikut kepada personalti anak masing-masing.
TAPI IA BUKAN SEBAB NAK TAMBAH PERASA/GARAM/GULA kepada makanan bayi. Tiga sebab utama;
1. BUAH PINGGANG BAYI TAK CUKUP MATANG
i) Bukan seperti dewasa masih ada organ organ bayi yang tengah matang antaranya buah pinggang.
ii) Jika ambil sodium (garam) atau glucose/sucrose (gula) berlebihan buah pinggan dewasa mampu nak bersihkan yang lebihan dari darah tetapi bayi tak mampu lagi…yang berlebihan walaupun sikit cukup untuk membuat buah pinggan overwork dan cepat rosak
2. DERIA RASA BAYI 1000X LEBIH SENSITIF DARI DEWASA
i) Iya..deria rasa bayi banyak yang baru dan sesitif bukan macam lidah kita.
ii) Deria di lidah dewasa mungkin banyak dah rosak akibat faktor luaran contoh merokok,merasa makanan panas dan lain-lain.
iii) Walaupun kita tidak letak perasa bayi dah dapat rasa perisa semulajadi dari makanan yang mommies dah buat, tak perlu tambaha apa apa lagi dah.
3. MENDORONG BAYI MENJADI PICKY EATER
i) Kalau pada peringkat awal mommies dah perkenalkan makanan yang ‘sedap’ akibat penambahan perisa rasa anak nak ke lagi makanan yang perisa semulajadi? tanpa pertambahan perasa.
ii) Ini yang menjadikan anak anda tolak makanan yang rasa ‘tawar’ dan tiada tambah perisa sebab sudah merasa makanan yang sedap dan ditambah perisa
iii) Biar mereka kenal makanan semulajadi pada peringkat awal. Banyak lagi sebab contoh karies gigi, sembelit, sakit perut akibat dari tambah perasa tapi saya cerita yang 3 utama dulu
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Santan antara bahan utama yang sentiasa digunakan dalam masakan atau membuat kuih. Orang dulu-dulu, jika nak memasak mudah sebab santan boleh ambil terus dari buah kelapa di kawasan rumah.
Sekarang semua itu agak susah dan jika beli santan segar pun ada yang dicampurkan dengan air dan tak pekat seperti santan asli. Selain santan segar, santan kotak dan serbuk kini mula menjadi pilihan ibu-ibu. Stok santan ini dianggap penyelamat jika nak digunakan cepat.
Bagi memudahkan anda mengenali kegunaan yang sesuai beberapa jenis santan ini, perkongsian Ummi Syuhada boleh membantu.
TIPS & PENGGUNAAN SANTAN FRESH, KOTAK & SERBUK.
Antara sebab kenapa rumah saya banyak jenis santan. Saya gunakan semua jenis dengan tujuan yang berbeza.
1. Santan kara pekat. Sesuai masakan berkuah sebab tekstur kental dan susah pecah minyak. Beginner yang belum mahir masakan berkuah santan sesuai guna ni sebab takde masalah santan pecah minyak & berketul. Ayam brand dan M&S cair sikit, kena lebihkan kuantiti santan berbanding kara. Rasa tiga2 sedap.
2. Untuk rendang, kara susah pecah minyak sbb pekat. Jadi, kena lebihkan air atau tumis dulu. Kalau guna daging yg berlemak tak perlu tumis sbb lemak tu akan keluar minyak.
3. Kalau nak guna kara utk pulut bersantan, kena cairkan dulu dgn air panas. Dia susah sebati masa nak gaul dgn pulut & bergumpal. Ayam brand dan M&S ok, boleh terus gaul & senang larut sbb lebih cair.
4. Santan fresh lepas beli terus masuk dlm chiller atau freezer. Kalau kuantiti yg banyak dlm 1 pek, (contoh 1kg) ada juga kemungkinan basi kalau lama dlm chiller sbb bhgn tengah bungkusan lambat sejuk, yg sejuk dulu bhgn keliling plastik. Kena timing waktu penggunaan. Dan ambil kira juga brp lama dia dah berada pada suhu luar. Jadi sebaiknya beli brg lain dulu sebelum santan.
5. Santan fresh yg dah beku, kalau nak guna utk rendang & nasi lemak, terus masuk je takyah tunggu cair semula.
6. Santan fresh yg beku kalau nak buat masakan berkuah, kena rendam dlm bekas berisi air dulu, dah cair baru guna. Kalau tak kuah jadi pecah minyak.
7. Santan serbuk sedap buat puding, agar2 bersantan, nasi lemak. Rasanya agak creamy. Yg ada perasa pandan sgt sedap utk nasi lemak.
8. Santan serbuk adalah penyelamat masakan yg dah tercair. Tabur terus dlm kuah tp api kena kecik, tabur setempat jgn merata nanti susah nak kacau bagi larut. Kalau tak yakin, cedok sikit kuah dlm bekas, masuk serbuk dan kacau sampai larut dulu baru tuang balik. Cucur jagung atau cucur durian yg dah tercair bancuhan, tabur terus serbuk.
9. Santan serbuk lebih murah. Lepas guna tak abis sepeket, baki boleh simpan lama. Gulung elok2 ikat getah @ kepit klip simpan kat chiller.
10. Kalau rajin buat santan sendiri. Beli kelapa parut putih, blend, tapis dan bekukan dlm bekas kecik2. Kalau kelapa parut yg tak putih semua, baki mendapan akan menyebabkan santan keruh sikit. Tapi bukan masalah besar utk semua menu kecuali ketupat. Bila masak pulut dgn santan, jgn tuang sampai abis santan yg keruh bhgn bawah, nanti rupa ketupat jd lebih gelap & berbintik hitam kat pulut.
11. Santan beku, nak cek cair ke tak. Tengok bhgn mendapan kat bwh. Kalau bhgn ais tu banyak, santan tu cair bila larut. Kalau nak santan yg pekat, bhgn ais beku tu lalukan bwh air paip, tinggalkan yg pati je.
12. Santan fresh kalau nak uji bertepung atau tak, cedok sikit letak dlm kuali, kalau cair jd minyak tiada tepung. Kalau jadi lempeng, bakinya tambah garam terus melempeng sampai abis. Cepat2 buat gulai ayam hantar kat saya.
Setakat ni dulu perkongsian saya. Baca juga caption kat gambar ye. Kalau sapa2 nak bagi tips tambahan silakan nanti saya edit.
*Disclaimer : Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian penulis sahaja Ummi Syuhada
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!