Sepanjang mengandung langsung tiada masalah dan berat pun naik sekitar 20 kilogram. Langsung tiada masalah kencing manis dan sepanjang mengandung ketika buat pemeriksaan semua normal termasuklah buat scan 3D dan 4D.

Usia 3 Tahun Hana Di Urus Seperti Bayi. Setiap Hari Temujanji Doktor, Alami 6 Masalah Serius

Namun siapa sangka, di usia kandungan 36 minggu apabila doktor buat details scan, keputusannya tak dijangka apabila pakar sahkan anak saya kecil dari usia kandungan.
Berikut luahan hati seorang ibu, Shahidatul Sakina Tobani ibu kepada adik Nur Hana Humaira yang kini berusia 3 tahun 1 bulan.

Masa lahirkan Hana, saya perlu terpaksa melalui emergency czer kerana bayi dah lemas akibat daripada air ketuban pecah pada malamnya. Esok pagi apabila doktor lakukan pemeriksaan keadaan anak dah tak normal dalam perut.

Usia 3 Tahun Hana Di Urus Seperti Bayi. Setiap Hari Temujanji Doktor, Alami 6 Masalah Serius

Masa itu terus lakukan pembedahan dan lahirkan Hana yang seberat 1.9 kilogram.
Hari pertama Hana lahir, doktor memberitahu Hana tak boleh nak survive lebih 24 jam. Waktu dapat tahu hal ini, Allah yang tahu bagaimana perasaan saya dan suami ketika itu. Rasa down sangat-sangat.

Tapi kuasa Allah siapa yang boleh menidakkan. Hana masih boleh bertahan tetapi doktor suspek Hana anak istimewa kerana mempunyai masalah jantung berlubang, injap jantung bocor, salur darah sempit dan hati bengkak. Selama dua minggu Hana berada di NICU.

IKLAN

Usia 3 Tahun Hana Di Urus Seperti Bayi. Setiap Hari Temujanji Doktor, Alami 6 Masalah Serius

Usia 3 Bulan Masalah Pendengaran

Dengan semangat dalam diri Hana waktu itu, akhirnya dia boleh keluar dari NICU dan doktor pakar ada berpesan yang Hana tak kan sama dengan kanak-kanak normal.
Genap usianya 3 bulan, Hana diagnoskan pekak atau ada masalah pendengaran yang teruk. Doktor syorkan untuk mendaftarkan sebagai OKU. Luluh hati tetapi kami sabar.

Usia 6 Bulan Masalah Perkembangan

Pada usia Hana 6 bulan doktor sarankan saya dan suami rujuk Hana ke fisoterapi untuk rehabnya kerana dia mengalami masalah perkembangan pula.Usia 3 Tahun Hana Di Urus Seperti Bayi. Setiap Hari Temujanji Doktor, Alami 6 Masalah SeriusUsia Setahun Struktur Otak Kecil/ Tak Matang 

IKLAN

Lagi sekali kami diuji oleh Alah apabila doktor menyatakan Hana akan lumpuh. Cukup usia setahun doktor syaki Hana ada jangkitan di otak (meningitis) dan air tulang belakangnya di ambil. Alhamdulillah keputusannya semua normal.

Tiba satu masa doktor nak buat MRI BRAIN pada Hana. Masa tu baru tahu Hana mengalami MICROCEPHALY. Struktur otak kecil/tak matang. Sebab tu keadaan seperti bayi.
Sekarang Hana dah 3 tahun tapi masih meniarap. Kini waktu cuti saya hanya dihabiskan untuk bawa anak buat rawatan di Hospital Rehabilitasi Cheras untuk kuatkan anggota badannya.Usia 3 Tahun Hana Di Urus Seperti Bayi. Setiap Hari Temujanji Doktor, Alami 6 Masalah Serius5 Kali Seminggu Temu Janji Hospital

Paling banyak kami pernah pergi appoinment dia 5x dalam seminggu. Memang sangat penat tapi demi anak syurga kami sebolehnya tak nak skip pun temujanjinya. Tahun lepas (2018) sahaja Hana hadir 75 kali temujanji di hospital.

Walaupun saya bertugas sebagai jururawat danndiuji dengan anak istimewa tipulah jika saya kata saya kuat. Ada waktunya saya akan menangis sendiri mengenangkan keadaannya pada masa depan. Tapi satu saja yang saya pegang, sebagai ibu bapa kami akan terus kuat demi Hana.

IKLAN

Jika disenaraikan sakit Hana dia mempunyai masalah pendengaran yang sangat teruk… masalah otak kecil… masalah jantung berlubang.. dan sekarang baru dapat tahu Hana ada masalah katarak yang memerlukan pembedahan untuk dua mata.Usia 3 Tahun Hana Di Urus Seperti Bayi. Setiap Hari Temujanji Doktor, Alami 6 Masalah SeriusMasalah Reflux Teruk

Hana juga ada masalah penghadaman yang memerlukan tiub diperut untuk makan dan dia mengalami reflux yang sangat teruk.

Perkongsian saya ini bukan untuk meraih simpati tetapi sekadar untuk berkongsi apa pun yang Allah bagi terimahlah dengan reda. Sebab anak itu anugerah terindah.
Jika terasa penat menguruskan, ingatlah kembali bahawa si anak lagi penat menanggung segalanya.

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI