Dalam proses membentuk sifat genius pada anak, keluarga memainkan peranan yang sangat penting. Andai keluarga dapat membantu menyalakan api optimis ke dalam diri anak, mereka akan mempunyai semangat yang juang yang tinggi untuk mencapai matlamat. Namun malang sekali apabila keluarga menjadi kuburan untuk idea dan cita-cita anak, maka impiannya juga akan menjadi sekadar angan-angan anak kecil.
Memahami tahap perkembangan otak manusia akan membantu ibubapa merangsang anak genius yang lebih berkesan. Menurut kajian dari pakar pendidikan kanak-kanak, tahap intelektual otak mengalami perkembangan berikut
Sehingga 4 tahun – 50%
Sehingga 8 tahun – 30%
Sehingga 18 tahun – 20%
Ads
Apabila diteliti, tahap perkembangan intelektual paling kritikal adalah pada 4 tahun ke bawah. Yang biasa disebut sebagai Masa Keemasan (Golden Age). Ketika usia ini, kebanyakan waktu anak-anak adalah bersama ibubapa. Sebahagian waktu siang mungkin bersama pengasuh bagi ibu bekerjaya.
Sayang sekali apabila usia ini dibiarkan berlalu begitu sahaja tanpa diberikan rangsangan sebaiknya kepada anak kecil itu. Biasanya tumpuan ibubapa pada anak usia ini adalah memenuhi keperluan fizikal. Mandikan, bagi makan kenyang lepas tu tidur. Kalau tak tidur biar ja anak tu terkebil-kebil depan tv. Lagi sedih terus bagi gajet pada anak untuk dia diam lebih lama.
Ads
Sayangnya usia emas anak-anak ni dibiarkan tanpa rangsangan sebaiknya.
Rangsangan bahasa melalui bercakap-cakap
Ads
Rangsangan motor halus dan kasar melalui aktiviti hands on
Rangsangan untuk perkembangan intelek, daya fokus, imaginasi, kreativiti, memori dan banyak lagi.
Andai ibubapa menyedari betapa berharganya usia emas, pasti setiap detik kehidupan anak-anak akan cuba diuruskan sebaiknya supaya mereka mencapai perkembangan yang optimum, in syaa Allah. Jangan berlengah lagi, masa itu akan berlalu pergi. Manfaatkan sebaiknya peluang yang ada, kerana hasilnya bukan untuk dituai hari ini. Tetapi apabila anak meningkat dewasa kelak.
Sumber: sakinahamid.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Aduh sakitnya” pasti ramai ibu bapa yang mengalami situasi digigit si kecil anda sehingga meninggalkan kesan bentuk gigi pada permukaan kulit.
Sebenarnya banyak punca yang menyebabkan si kecil suka mengigit. Ikuti perkongsian daripada doktor Zubaidi.
PUNCA ANAK SUKA MENGGIGIT
Mereka menggigit atas sebab-sebab yang berbeza. Kebanyakan mereka melakukannya tanpa ada niat jahat.
Antara sebab-sebabnya ialah:
1. Mereka akan menggigit jika berada berada dalam kesakitan, terutama apabila gusi mereka membengkak akibat gigi yang baru tumbuh.
2. Kanak-kanak juga gemar meneroka dunia baru mereka dengan menggigit. Sama juga kanak-kanak yang suka memasukkan semua barang yang dijumpai di atas lantai ke mulut mereka. Mereka ingin mengeksplorasi dunia baru mereka. Tindakan ini berbahaya dan ibubapa tidak harus membiarkan barang yang kecil dan tajam di atas lantai.
3. Ada juga kanak-kanak yang seakan menguji dan ingin melihat reaksi tindakbalas apabila mereka menggigit. Jeritan kesakitan dan jeritan marah ibubapa kadang kala menyebabkan mereka rasa terhibur.
4. Kanak-kanak yang tidak diberikan kasih sayang dan perhatian yang sewajarnya, selalunya cuba menarik perhatian ibubapa mereka dengan melakukan perkara yang ibubapa mereka tidak suka.
5. Kanak-kanak yang kecewa dan marah akan meluangkan rasa marah mereka dengan menggigit. Mereka tidak dapat melahirkan perasaan marah mereka dengan perkataan, maka mereka akan melahirkannya dengan menggigit dan memukul. Sebagai contoh, kanak-kanak yang dirampas barang permaianan mereka akan menunjukkan rasa marah dengan menggigit dan memukul rakan sepermainan.
Kenapa Vaksin Tambahan Anak Penting Untuk Diketahui
Perkembangan kesihatan anak memang sentiasa menjadi keutamaan setiap ibu bapa. Sejak mereka lahir, setiap langkah penjagaan kesihatan amat penting termasuk memastikan anak mendapat vaksin yang lengkap dan mencukupi. Namun, tahukah mama papa bahawa selain vaksin wajib dalam Program Imunisasi Kebangsaan (NIP), terdapat juga beberapa vaksin tambahan anak yang boleh membantu melindungi mereka daripada jangkitan serius?
Vaksin tambahan ini bukan sahaja memberikan perlindungan lebih luas, tetapi juga menyokong kesihatan anak dalam jangka masa panjang. Jom Pa&Ma kongsikan apa yang mama papa patut tahu tentang vaksin tambahan anak ini.
Jenis Vaksin Tambahan Yang Disarankan
Selain vaksin wajib yang disediakan oleh kerajaan, berikut antara vaksin tambahan anak yang boleh mama papa pertimbangkan:
1. Rotavirus
Melindungi bayi daripada cirit-birit teruk akibat jangkitan rotavirus yang boleh menyebabkan dehidrasi. Vaksin ini penting untuk bayi yang kerap mengalami masalah perut atau usus.
2. Influenza (Flu)
Membantu mencegah selesema teruk dan disarankan setiap tahun, terutama pada musim hujan atau cuaca sejuk bagi mengurangkan risiko komplikasi seperti pneumonia.
3. Cacar Air (Varicella)
Mencegah jangkitan cacar air serta komplikasinya yang boleh menjadi teruk bagi sesetengah kanak-kanak. Anak yang sudah divaksin lebih cepat pulih dan tidak menyebarkan virus kepada adik-beradik lain.
4. Hepatitis A
Melindungi hati anak daripada jangkitan virus Hepatitis A yang boleh menjejaskan kesihatan jangka panjang, terutama bagi anak yang kerap makan di luar.
5. Meningokokus
Mencegah jangkitan otak dan saraf tunjang akibat bakteria meningokokus yang boleh membawa maut. Vaksin ini sangat penting bagi anak yang akan ke tadika atau tinggal di kawasan berisiko tinggi.
Bila Anak Patut Dapat Vaksin Tambahan
Setiap vaksin mempunyai jadual tersendiri bergantung kepada usia dan keadaan kesihatan anak. Sebagai panduan umum untuk vaksin tambahan anak:
Rotavirus: Untuk bayi berusia 6 minggu hingga 6 bulan. Diberi secara oral dalam 2 hingga 3 dos bergantung kepada jenis vaksin.
Influenza: Untuk anak berusia 6 bulan ke atas, disarankan setiap tahun.
Cacar Air (Varicella): Untuk anak berusia 12 bulan ke atas, dengan 1 hingga 2 dos suntikan.
Hepatitis A: Untuk anak berusia 12 bulan ke atas, 2 dos dengan jarak 6 bulan antara suntikan.
Meningokokus: Untuk anak berusia 2 tahun ke atas, bergantung kepada jenis vaksin dan risiko persekitaran.
Sesetengah vaksin boleh diberikan serentak dengan vaksin wajib lain. Namun, mama papa disarankan berbincang dahulu dengan doktor bagi memastikan susunan dos dan keperluan sebenar sesuai dengan keadaan anak. Klinik swasta dan hospital juga biasanya menawarkan pakej vaksin tambahan anak untuk kemudahan ibu bapa.
Kepentingan Vaksin Tambahan Anak
Walaupun vaksin dalam jadual imunisasi kebangsaan sudah melindungi anak daripada banyak penyakit serius, vaksin tambahan memberi lapisan perlindungan ekstra yang sangat bermanfaat. Antara kepentingannya termasuk:
Melindungi anak daripada penyakit berjangkit seperti cacar air dan influenza yang boleh menyebabkan komplikasi serius terutama kepada kanak-kanak kecil atau mereka yang mempunyai sistem imun lemah.
Mengurangkan risiko kemasukan ke hospital akibat jangkitan teruk seperti rotavirus atau meningitis yang boleh membawa maut.
Memberikan perlindungan awal sebelum anak terdedah kepada risiko tertentu, contohnya vaksin HPV yang disarankan sebelum remaja mula aktif secara seksual.
Melindungi individu lain di sekeliling seperti bayi, warga emas dan mereka yang mempunyai imuniti rendah melalui imuniti kelompok.
Menyokong pertumbuhan sihat dan perkembangan anak tanpa gangguan penyakit yang boleh dicegah. Bila anak kurang sakit, mereka dapat membesar dengan lebih sihat, aktif dan ceria.
Kesimpulan
Setiap mama papa pasti mahu yang terbaik untuk anak. Walaupun vaksin tambahan anak tidak diwajibkan, ia memberikan perlindungan tambahan yang berharga untuk kesihatan jangka panjang. Sebelum membuat keputusan, dapatkan nasihat daripada doktor pakar kanak-kanak bagi menentukan vaksin mana yang paling sesuai untuk si manja.
Ingat, pencegahan sentiasa lebih baik daripada rawatan. Dengan vaksin yang lengkap, anak bukan sahaja dilindungi daripada penyakit, tetapi juga dapat membesar dengan lebih sihat dan bahagia. Lindungi anak hari ini, demi masa depan mereka yang lebih cerah.
Follow kami di semua platform untuk mendapatkan update terkini dan content-content video menarik di:
Anak kepada pelakon Elfira Loy, Muhammad Rayyan Khalaf sentiasa menjadi perhatian ramai kerana keletahnya yang bijak walaupun baru berusia tiga tahun. Sebelum ini ramai yang bertanya bagaimana cara Elfira mendidik Rayyan kerana diusianya yang masih kecil dah pandai bercakap dan mudah memahami arahan.
Kongsi Elfra, setiap ibu bapa kena memainkan peranan penting demi perkembangan anak-anak.
Elfira atau nama lengkapnya Nurul Elfira Loy memberitahu sebagai penjaga, harus mengikuti panduan yang baik selain tidak menjadikan tahap kepandaian anak orang lain sebagai penanda aras.
“Semalam, el dapat banyak sangat soalan .”Macam mana Rayyan boleh pandai, kenapa anak saya tak pandai lagi.”
“First of all, saya minta maaf kalau video video rayyan buat awak stress & insecure.
“Jangan jadikan semua info baby lain sebagai benchmark tapi more kepada guidelines. Kita kena focus pada setiap benda baru anak kita buat. Babies are smart.
“Rayyan cakap nak poo poo pun dengan kata ” ball ” pun i dah rasa pandai sangat. Dia minum susu pun, i dah ” cleveeer boy,” tulisnya.
Dalam pada itu, pelakon berusia 27 tahun ini menyarankan kepada ibu bapa untuk sentiasa berkomunikasi bersama anak dengan cara yang betul.
“El memang tak ajar pun Rayyan Alphabets & Numbers lagi. Cuma banyak ajak dia play & communicate. Setiap kali tunjuk barang tu sebut nama.
“Bukan tuuu, niii. Mesti sebut Milk, dog, cat, lama-lama main toys dia yang banyak animals tu tetiba sekali gus dia boleh sebut.
“Kiteorang pun amaze. Ni pun after sekali tengok youtube Abc tu terus dia boleh sebut. I think words lagi susah dari ABC.
“So bila dia dah kenal animal, dia dah boleh ikut the alphabet tu. Masa tu akan tiba okay mommies. Step by step.
“Selalu kiteorang tanya Dr je, setiap kali checkup, dr dah pesan ” Next appointment Rayyan dah kena pandai gabung two words” okay kita cuba lah cakap two words two words. Have fun mommies, have fun!,” tulisnya.
Elfira mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019 dan telah selamat bergelar ibu selepas melahirkan anak pertamanya, Muhamad Rayyan Khalaf secara normal pada 1 Oktober 2019.
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.