Sekali tengok, orang akan ingat adik Laila Az Zahra Mohd Ramdi Hafiz yang kini berusia 6 tahun seperti kanak-kanak usia 3 atau 4 tahun. Namun bagi kedua ibu bapanya Laila sangat istimewa walaupun dia menjadi kanak-kanak yang kecil dari usia sebenarnya.

Berkongsi cerita mengenai keadaan Laila, ibunya, Rokiah Deraman menyatakan Laila adalah anak tunggal dan kelahirannya ini selepas penantian 6 tahun.

Usia 6 Tahun Tapi Saiz Badan Seperti Kanak-Kanak 4 Tahun. Laila Istimewa Di Mata Ibunya“Masa awal berkahwin saya bunting pelamin tetapi keguguran dan selepas 6 tahun menunggu barulah dapat Laila.

“Bagaimanapun semasa kelahirannya doktor mengesahkan Laila terbantut dalam kandungan dan terpaksa dilahirkan sebulan awal dari tarikh jangkaan bersalin.

“Waktu itu juga doktor mendapati air ketuban saya kering dan berisiko untuk bayi sehingga perlu melakukan pembedahan segera.

Usia 6 Tahun Tapi Saiz Badan Seperti Kanak-Kanak 4 Tahun. Laila Istimewa Di Mata Ibunya

“Ketika dalam bilik bedah saya mengalami tumpah darah yang amat banyak sehingga hampir meragut nyawa saya kerana uri melekat terlalu dalam di dinding rahim dan terpaksa dibuang rahum,” katanya.

IKLAN

Walaupun melalui detik yang getir itu, Rohani bersyukur dia dan Laila mampu bertahan biarpun kedua-duanya diletakkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Syukur juga saya cepat sihat dan keadaan Laila pun stabil. Masa tu berat dia lahir hanya 1.6 kilogram”.

Usia 6 Tahun Tapi Saiz Badan Seperti Kanak-Kanak 4 Tahun. Laila Istimewa Di Mata Ibunya

Laila Kecil Dari Usia

IKLAN

Memandangkan komplikasi ketika melahirkan Laila dan rahim terpaksa dibuang, Laila jadi anak harapan buat kedua ibu bapanya.

Bagi orang yang tak mengenalinya, pasti akan anggap usianya 4 tahun. Dia bukan OKU tetapi perkembangan saiz badannya yang kecil dan beratnya pun hanya 10 kilogram.

Kekurangan Laila tak membataskannya untuk bermain bersama kanak-kanak lain-lain dan bersekolah seperti biasa.

IKLAN

Usia 6 Tahun Tapi Saiz Badan Seperti Kanak-Kanak 4 Tahun. Laila Istimewa Di Mata Ibunya

Menurut ibunya, Laila sangat unik dan berbeza dengan kanak-kanak lain. Mungkin dalam 1,000 belum tentu dapat jumpa kanak-kanak yang sama sepertinya.

“Sebenarnya doktor kategorikannya sebagai Silver Rusell Sindrom dan sebagai ibu saya tak mahu Laila rasa rendah diri dan saya mahu Laila buktikan dia juga boleh berjaya.

“Alhamdulillah setakat ini saya bangga dengan pencapaiannya kerana Allah bagi dia kecerdasan otak dan dia juha dah semakin lancar membaca, mengira, mewarna dan melukis.

Usia 6 Tahun Tapi Saiz Badan Seperti Kanak-Kanak 4 Tahun. Laila Istimewa Di Mata Ibunya

“Cuma saya bimbang penerimaan kawan-kawannya bila dia sekolah rendah nanti. Harapan saya agar Laila terus cekal dan saya juga sentiasa bagi semangat dengan menyatakan dia cantik,” akhirinya.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI