Bilakah penjagaan gigi atau mulut anak boleh bermula? Sebenarnya sebaik sahaja anak mula tumbuh gigi, ibu bapa penjagaan rapi perlu diberikan. Ajar anak gosok gigi seawal mungkin bagi mengelakkan gigi anak rosak. Malah jika belum tumbuh gigi, ibu bapa juga boleh membersihkan mulut anak dan gusi dengan menggunakan kain selepas menyusu.
Bagaimanapun, ada juga ibu bapa yang tak kisah sangat sebab menganggap baru gigi susu. Tapi adakah anda terfikir bila anak mula sakit gigi, kesannya macam mana pada anak? Sedangkan kita yang dewasa pun sengsara bila sakit gigi kan.
Berdasarkan penjelasan dari Doktor Pergigian, Dr Izaza Mohd Zan, ada sebab yang mungkin ibu bapa tak anggap ia menjadi punca tapi sebenarnya berlaku dalam diam. Ini antara puncanya.
Gigi anak baru 2 tahun dah rosak, dah hitam dan tak cantik. Tiap hari berus, kadang-kadang 3 kali berus, tapi masih hitam juga lagi.
Ads
Anak tiap malam nyusu botol, susu formula, kadang-kadang susu coklat. Minum susu terus tidur, dalam susu formula ada gula, jadi gigi rosak sebab susu manis dan cara berus tak betul.
Ada juga anak yang nyusu ibu, gigi pun rosak juga. Sebab dalam susu ibu pun ada gula, mak makan makanan yang manis, so anak pun kena tempias manisan ibu.
Ada cara yang sangat MUDAH untuk elak gigi anak rosak atau bertambah rosak:
Ads
1. Pastikan selepas minum susu, sama ada susu formula atau susu ibu, gigi anak diberus atau dilap dengan kain basah supaya gigi bersih
2. Elakkan anak makan, makanan manis waktu malam terutamanya gula-gula dan coklat
3. Mak ayah kena beruskan gigi anak-anak yang berumur 6 tahun ke bawah, monitor gigi anak setiap hari
Ads
4. Bawa anak ke klinik gigi untuk pemeriksaan gigi setiap 6 bulan, supaya gigi anak sentiasa terjaga dan sentiasa dalam pemerhatian DR
5. Ajar anak yang berumur 2 tahun untuk minum susu menggunakan cawan untuk elak anak dari terus menggunakan botol untuk menyusu
Ingat ya, kebersihan dan kesihatan gigi anak adalah tanggungjawab ibu bapa. Kesian la kalau kecil-kecil semua gigi anak dah rosak.
Apabila plasenta anda berpisah daripada rahim semasa proses kelahiran, tahap hormon progesteron dalam tubuh anda akan ketara menurun, seterusnya menyebabkan pengeluaran kolostrum dan susu badan.
Bayi baru lahir akan menerima kolostrum sebagai susu awal dalam tubuh ibu. 2 hingga 4 hari kemudian, susu badan anda akan ada dan menjadi cecair pertama.
“Akan tetapi, bagaimana jika pengeluaran susu badan saya terlalu sedikit untuk bayi?” – kebanyakan ibu bertanyakan mengenai soalan ini.
Artikel ini menyediakan anda punca paling lazim yang menyebabkan kekurangan penghasilan susu badan selepas bersalin.
Faktor berkemungkinan tiada susu badan selepas bersalin
1. Faktor kelahiran
2. Keadaan perubatan
Keadaan kesihatan ibu juga menjadi penyumbang besar kepada kuantiti dan kualiti pengeluaran susu selepas bersalin:
Ini kerana penyusuan susu ibu amat bergantung kepada paras insulin. Ibu yang mengalami sebarang bentuk diabetes bermakna anda tidak boleh mengawal paras insulin anda, menyebabkan tubuh anda tidak mampu untuk mengawal pengeluaran susu badan.
Bagaimanapun, paras testosteron akan beransur berkurangan selepas 3 hingga 4 minggu dan susu badan akan mula keluar apabila paras testosteron menurun kepada sekitar 300 mg/dL.
[su_button url=”https://www.goshop.com.my/products/health-food/bees-talk-pure-honey-value-set-20159518?utm_source=pama&utm_medium=referral&utm_campaign=POC” style=”flat” background=”#ef402d” size=”6″]Bees Talk Pure Honey Value Set[/su_button]
3. Pengurusan penyusuan
Penting untuk setiap ibu untuk mula memerah susu menggunakan tangan dalam tempoh beberapa jam terawal selepas kelahiran, untuk merangsang pengeluaran susu dan mencegah pembengkakan payudara (akibat susu penuh).
Pembengkakan payudara adalah keadaan yang boleh menjurus kepada kekurangan susu badan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Detik cemas jantung terhenti, bayi berusia empat bulan selamat menjalani pemindahan hati di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) menjadi satu kisah luar biasa yang bukan sahaja menyentuh emosi, malah mencatat sejarah penting dalam dunia perubatan negara. Ujian getir yang dilalui bayi sekecil ini membuktikan bahawa harapan sentiasa ada walau nyawa berada di hujung tanduk.
Pemindahan hati bayi PPUM ini dilakukan selepas bayi lelaki berkenaan disahkan mengalami kegagalan hati serius yang mengancam nyawanya. Dengan berat badan hanya 6.2 kilogram, prosedur tersebut dikategorikan sebagai sangat berisiko tinggi dan memerlukan kepakaran luar biasa daripada pasukan perubatan pelbagai disiplin.
Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, pembedahan bersejarah itu telah dijalankan pada 25 November lalu dengan ibu kandung bayi berkenaan sendiri bertindak sebagai penderma organ. Namun, sebelum prosedur dimulakan, satu insiden mencemaskan berlaku apabila jantung bayi tersebut tiba-tiba terhenti ketika berada di Unit Rawatan Rapi Pediatrik PPUM.
Keadaan itu mencetuskan suasana panik apabila pasukan perubatan segera bertungkus-lumus melakukan resusitasi kecemasan demi menyelamatkan nyawa si kecil. Setiap minit berlalu penuh debaran kerana kegagalan memulihkan degupan jantung boleh membawa kepada kerosakan organ kekal atau kehilangan nyawa.
“Satu jam yang penuh debaran. Nyawa anak kecil ini benar-benar di hujung tanduk,” kata Dr Dzulkefly menerusi satu hantaran di Facebook.
Bagi ibu bapa bayi tersebut, saat itu pastinya menjadi detik paling perit dalam hidup mereka. Dalam keadaan serba tidak pasti, mereka hanya mampu berdoa dan berharap agar keajaiban berlaku demi kelangsungan hidup anak tersayang.
Selepas berjaya menstabilkan semula keadaan bayi berkenaan, pasukan perubatan PPUM berdepan satu keputusan yang amat sukar. Walaupun risiko komplikasi sangat tinggi akibat keadaan bayi yang masih lemah, mereka memutuskan untuk meneruskan pemindahan hati bayi PPUM itu demi memberi peluang terbaik untuk si kecil terus hidup.
Keputusan tersebut bukan mudah memandangkan prosedur pemindahan hati bayi melibatkan pembuluh darah yang amat halus, saiz organ yang kecil serta keperluan ketelitian maksimum daripada pakar bedah, pakar bius dan jururawat terlatih. Setiap langkah perlu dilakukan dengan penuh cermat bagi mengelakkan sebarang kesilapan yang boleh membawa akibat fatal.
Syukur Alhamdulillah, hasil kepakaran, pengalaman serta kerjasama erat seluruh pasukan perubatan PPUM, pembedahan berisiko tinggi itu berjaya dilaksanakan dengan selamat. Bayi berkenaan kini menunjukkan perkembangan positif dan berada dalam pemantauan rapi bagi memastikan proses pemulihan berjalan lancar.
Pemindahan hati bayi PPUM ini bukan sahaja membuktikan kemampuan teknikal hospital tempatan, malah mencerminkan tahap kesiapsiagaan sistem kesihatan negara dalam mengendalikan kes-kes kritikal melibatkan pesakit pediatrik.
Kejayaan tersebut turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merakamkan ucapan tahniah kepada seluruh pasukan perubatan PPUM. Menurut beliau, pencapaian itu mencerminkan profesionalisme, dedikasi dan keupayaan tinggi sistem kesihatan negara dalam mengendalikan prosedur perubatan yang sangat kompleks.
Dalam masa yang sama, Dr Dzulkefly menegaskan bahawa kejayaan pemindahan hati bayi PPUM ini membuktikan Malaysia memiliki bakat dan kepakaran bertaraf antarabangsa. Namun, beliau turut menekankan kepentingan sistem sokongan yang lebih kukuh serta kesedaran masyarakat untuk tampil sebagai penderma organ demi menyelamatkan lebih banyak nyawa pada masa hadapan.
Kisah bayi kecil ini bukan sekadar kisah kejayaan perubatan semata-mata, sebaliknya menjadi simbol harapan buat ramai ibu bapa yang sedang melalui ujian kesihatan anak tersayang. Ia mengingatkan bahawa di sebalik cabaran besar, kasih sayang ibu bapa, kepakaran doktor serta doa yang tidak pernah putus mampu mencipta keajaiban.
Semoga si kecil ini terus pulih sepenuhnya dan membesar dengan sihat, menjadi bukti bahawa nyawa sekecil mana pun tetap berharga dan wajar diperjuangkan.
Pengalaman bersalin setiap ibu adalah berbeza. Begitu juga dengan pengalaman bersalinkan setiap anak, tentu juga berbeza. Ada yang mengalami sakit bersalin dan ada juga yang bernasib baik melahirkan anak tanpa masalah.
Salah satu sebab ibu tidak mengalami kesukaran semasa bersalin adalah kerana terdapat teknik yang boleh diamalkan untuk mengurangkan rasa sakit semasa bersalin. Persediaan awal adalah penting bagi membantu ibu mengatasi rasa sakit hendak bersalin.
Sakit bersalin adalah normal untuk setiap ibu hamil. Ini kerana otot badan ketika proses kelahiran, akan bekerja keras untuk mengeluarkan bayi di dalam rahim. Kontraksi pada otot rahim dan tekanan pada serviks semasa tempoh bersalin akan membuatkan anda mengalami ketegangan pada bahagian abdomen, pangkal paha dan belakang badan.
Selain itu, bakal ibu juga akan rasa sakit hendak bersalin kerana berlakunya tekanan pada kantung dan usus yang menyebabkan kepala bayi semakin meregang ke arah tempat kelahiran.
1 Suntik persekitaran kelahiran yang menenangkan. Semasa hampir tempoh kelahiran, pasangkan alunan zikir dan lagu yang menenangkan anda. Selain itu, peralatan untuk bersalin juga mestilah yang dapat membantu anda memudahkan kelahiran seperti tilam yang lembut. Jika anda bercadang untuk bersalin dengan posisi yang berbeza, sediakan peralatan yang perlu seperti bola kelahiran atau bangku kecil. Walau bagaimanapun, pastikan polisi hospital bersalin anda membenarkan anda untuk mencuba posisi berbeza.
2 Lengkapkan diri dengan ilmu bersalin sebelum tempoh kelahiran anda. Anda boleh dapatkannya melalui buku, majalah, laman sesawang, video, kelas pranatal atau bertanya kepada doktor. Pelbagai informasi dapat membantu anda menghadapi keadaan semasa bersalin.
3 Atasi ketakutan anda dengan cara meluahkannya kepada orang terdekat anda seperti suami ataupun ibu anda. Doktor juga adalah orang yang terbaik untuk menasihati anda tentang cara-cara mengatasi rasa takut semasa bersalin.
4 Latihan teknik pernafasan adalah kunci paling penting untuk membantu memudahkan proses bersalin anda. Bagi mempelajarinya, hadirilah kelas pranatal yang akan membantu anda mempelajari teknik pernafasan yang betul untuk menghadapi kontraksi sebelum bersalin. Caranya adalah dengan melepaskan tekanan pada setiap hembusan dan cuba juga menarik nafas laju pada setiap 2 atau 3 saat iaitu 20 hingga 30 kali seminit. Jika anda kehilangan tempo, minta pertolongan pasangan anda untuk membantu anda mendapatkan semula rentak melalui pergerakan mata, tangan atau kepala.
5 Tumpukan perhatian anda pada sesuatu perkara yang boleh membuatkan anda gembira (seperti wajah pasangan anda, gambar yang dapat memberi inspirasi atau benda kegemaran anda). Keadaan ini dapat merangsang deria anda dan mengurangkan kesakitan. Selain itu, dengan mendengar muzik, suara yang menenangkan atau rakaman alunan ombak dan membayangkan anda berada pada persekitaran yang menenangkan juga dapat membantu mengurangkan kesakitan.
6 Hangatkan tubuh dengan mandi air panas. Ini bagi melegakan kesakitan kontraksi, merehatkan minda anda malah ada kalanya ia juga membantu anda untuk mempercepatkan proses kelahiran. Cara terbaik adalah dengan keadaan anda duduk di atas bangku dan halakan pancuran air panas terus ke abdomen anda atau bahagian belakang tubuh anda.
7 Bagi mempermudahkan proses kelahiran, banyakkan pergerakan terutama semasa menghampiri proses bersalin. Kontraksi akan lebih menyakitkan jika anda hanya berbaring di atas katil tanpa melakukan sebarang pergerakan. Anda boleh berjalan, bersandar, bergoyang atau mencangkung mengikut posisi yang anda selesa. Bagaimanapun, sentiasa berhati-hati pada setiap pergerakan anda!
8 Sentuhan atau urutan daripada suami juga dapat membantu melegakan sakit bersalin anda. Anda boleh minta suami menggenggam tangan anda, membelai pipi atau rambut anda, atau mungkin juga menepuk-nepuk tangan atau bahu anda semasa proses kelahiran.