Beraya dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) suasananya memang agak berbeza. Ramai yang tidak dapat pulang ke kampung halaman tercinta atau menziarah kaum keluarga sehingga berakhirnya bulan Syawal.
Norma baharu dalam kehidupan perlu dipraktikkan agar dapat memutuskan rantaian wabak Covid-19 daripada terus menular. Justeru penjarakan sosial, tidak bersalaman dan sering membasuh tangan antara perkara yang sering diwar-warkan kepada rakyat bagi menjayakan usaha ini.
Walaupun agak sukar untuk menerima hakikat itu, namun demi memutuskan rangkaian COVID-19, semuanya perlu dilalui dengan hati terbuka.
Itulah yang cuba dihadam pelakon, Fattah Amin yang meraikan Lebaran tahun ini dalam keadaan isteri tersayang, Nur Fazura Sharifuddin atau Fazura, berbadan dua.
Lapor Bharian online, Fattah mengaku kesihatan dan keselamatan isteri tercinta adalah perkara yang paling diutamakan sekarang.
Beraya dengan keluarga terdekat sahaja
“Hari Raya tahun ini, saya dan isteri sudah sepakat meraikannya dengan keluarga terdekat sahaja. Selalunya, kami akan balik kampung di Perak atau Pahang.
“Namun, berikutan PKPB dan tidak mahu mengambil risiko dengan keadaan Faz yang sedang hamil, kami beraya di Kuala Lumpur (KL) sahaja.
“Kebetulan, kedua orang tua saya, adik-beradik dan ibu mentua tinggal berdekatan. Bilangan mereka jika dikumpulkan semua tidak sampai 20 orang.
Ads
“Jadi, tahun ini, kami beraya dengan keluarga kedua-dua belah pihak sahaja,” kata pemenang Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0 ini.
Tidak pergi ziarah raya
Keputusan itu turut dipersetujui Fazura sambil memaklumkan fokusnya lebih kepada menjaga kandungan yang sudah memasuki usia lima bulan.
“Sebelum ini, kami sudah berbincang untuk tidak melakukan aktiviti ziarah raya atau pulang ke kampung. Sebaliknya, hanya mahu meraikannya bersama keluarga yang ada di KL.
“Saudara-mara kita boleh jumpa saban tahun, tapi saya tak mungkin hamil setiap tahun.
“Justeru untuk tahun ini, kami mahu ikut saranan kerajaan meraikan Aidilfitri hanya pada Hari Raya pertama bersama keluarga yang tidak sampai 20 orang,” kata pelakon filem Dendam Pontianak ini.
Walaupun reda dengan apa yang berlaku, namun, jauh di sudut hati, terselit rasa terkilan apabila tidak dapat bertemu nenek kesayangan di kampung.
Ads
“Bukan sahaja tidak dapat berjumpa nenek, tapi rasa sedih sebab tidak dapat ziarah kubur arwah Papa,” luah pelakon kelahiran Pekan, Pahang ini.
Buat persiapan hari raya secara bersederhana
Tidak mengukur kemeriahan Hari Raya dengan persiapan serba mewah, kata Fazura, untuk tahun ini, mereka lebih selesa mengamalkan konsep sederhana.
“Kalau ikutkan hati, tahun ini saya hendak pakai jubah sahaja. Bukan hendak pergi ke mana-manapun. Tapi Alhamdulillah, ada sahaja teman-teman yang sudi menghadiahkan saya baju.
“Daripada segi biskut raya pula, ada yang saya beli dan buat sendiri.
“Sesuai dengan situasi ketika ini, kami raikan Hari Raya dengan kesederhanaan kerana ia lebih indah sebenarnya,” ujar pemenang trofi Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-27 ini.
Ads
Fazura syukur dapat jalani puasa walau dalam keadaan hamil
Berkongsi keadaan dirinya yang hamil, Fazura bersyukur, dia dapat menunaikan ibadat puasa tanpa berdepan masalah.
“Ramadan lalu, saya juga dapat berpuasa. Alhamdulillah, saya tiada masalah dan kandungan yang memasuki usia lima bulan berada dalam keadaan sihat. Saya juga bersyukur hamil ketika PKP dilaksanakan.
‘Sekurang-kurangnya, saya dapat berehat di rumah. Kalau tidak, tentu saya akan sibuk dengan kerja dan menjalani penggambaran di luar.
“Ketika ini, saya hanya bekerja dari rumah dan menguruskan perniagaan produk kesihatan dan pakaian secara atas talian.
“Sesekali saya akan ke pejabat untuk memeriksa stok barangan atau keluar membeli barangan keperluan dapur.
“Tetapi selebihnya, saya lebih selesa berada di rumah. Fattah sentiasa menemani dan menjaga saya,” ujar bintang berusia 36 tahun ini.
Pada 17 April lalu, Fazura berkongsi berita gembira dirinya hamil empat bulan di Instagram (IG).
Akuinya, dia sengaja merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan umum termasuk keluarga. Ini kerana dia mahu memastikan kandungan sihat sepenuhnya dan mengikut petua orang tua.
Sumber: Bharian Online & Instagram Fazura
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Alahan di trimester pertama sememangnya cukup ditakuti bagi ibu hamil. Mana tidaknya, terpaksa melalui tempoh waktu yang pening, loya dan muntah-muntah serta alah pada bau-bau pada tempoh tiga bulan pertama bukanlah waktu yang indah.
Tambah buruk lagi bila semua makanan mula terasa tidak sama pada tekak. Sukar. Namun bagi seorang pengguna Tik Tok, Habibah Che Hassan, dia paling beruntung kerana kepayahan itu dirasaikan oleh suaminya.
Bukan sahaja pada kandungan anak pertama, bahkan turut sama dilalui suaminya pada kandungan anak keduanya kali ini.
“Inilah dinamakan seronok bersama sensara juga bersama. Ingat yang pertama aja begitu, yang kedua juga beginii. Ok adil,” kongsinya.
Mumuat naik video suaminya yang terkena alahan dan dilihat tidak sihat serta beberapa kali ke tandas menarik perhatian malah mengundang rasa simpati ramai.
Bahkan kata Habibah lagi, suaminya juga seperti ibu hamil lain yang terpaksa bergantung kepada asam untuk mengurangkan rasa loyanya.
Bukan itu sahaja, menurut katanya mabuk kali ini bertambah teruk sehingga mengganggu waktu tidur suami.
“Sungguh, 3-4 pagi pun dok kunyah asam lagi. Teruk kali ni, nak tidoq pun mabuk.
“Asam ni kira tak lekang dengan dia.
“Dah macam kedai jeruk madu Pak Ali Penang dah,” tulisnya menerusi satu video berlainan.
Tak mudah namun inilah yang dilalui oleh suaminya.
Meninjau diruangan komen, rata-rata ramai yang turut bersimpati serta turut mengesyorkan beberapa petua. Tidak kurang juga yang turut berdepan hal yang sama ketika hamil.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Ketika kehamilan terutama pada awal kehamilan, penjagaan pemakanan perlu dititikberatkan oleh ibu hamil serta suami. Ini kerana pemakanan akan mempengaruhi kandungan tersebut.
Seorang pengguna Facebook telah berkongsi 5 makanan tambahan yang wajib isterinya makan semasa tempoh kehamilan. Makanan yang disyorkan oleh beliau juga merupakan makanan sunnah. Ikuti perkongsian beliau.
MAKANAN WAJIB SEPANJANG ISTERI SAYA MENGANDUNG
Sepanjang isteri saya mengandung, saya dah tetapkan makanan tambahan yang wajib dia habiskan dalam masa 1 minggu.
Biasanya saya akan beli makanan ni pada setiap hari Jumaat. Tak susah sebenarnya nak cari makanan ni. Boleh cari di masjid atau di supermarket.
Setiap minggu saya akan habiskan sekitar Rm30-40 untuk beli kesemua makanan ni. Saya selalu cakap pada wife, ” Sayang kena habiskan semua ni dalam masa 1 minggu,kesian baby kalau tak habis kan “
Tips dan teknik ni saya dapat dari abg dan kakak ipar saya. Kesannya adalah saya tengok pada anak – anak dan kakak ipar. Anak anak nampak cerdik dan mudah belajar. Kakak ipar plak nampak macam bukan orang mengandung. Steady je.haha
Jadi apa salahnya saya kongsikan antara 5 makanan yang saya beli dan khasiatnya sekali.
1. Kurma Kurma mengandung glukosa yang sangat banyak dan baik untuk tubuh. Kandungan glukosa inilah yang memberikan tenaga pada tubuh. Kurma dapat meningkatkan dan menambah tenaga dalam tubuh terutama untuk ibu hamil untuk melakukan aktiviti harian.
2. Kismis Buah kismis dapat meningkatkan kesihatan mata kepada baby. Kismis juga kaya dengan kalsium yang boleh mendukung perkembangan tulang baby.
3. Buah Tin Untuk menghilangkan “Morning Sickness” pada si ibu, buah tin ini sangat membantu. Buah tin ini mengandungi vitamin B6 yang sangat tinggi.
4. Kacang Cerdik Apa yang saya tahu, kacang cerdik ni sangat penting untuk awal kehamilan . Kacang cerdik ini dapat membantu pembesaran janin yang sihat dan otak anak akan menjadi cergas dan cerdas. Sapa tak mau anak yang bijak kan! hehe
5. Buat Aprikot Aprikot adalah buah yang sedap dan mengandungi vitamin A, C, E, Kalsium ,Zat Besi dan Kalium.Aprikot adalah sumber makanan yang kaya dengan zat besi, yaitu zat yang sangat penting untuk mencegah anemia. Tapi jangan terlalu banyak Cukup 2- 4 biji sehari dan seminggu 3 kali sahaja.
Tapi, boleh juga kalau nak tambah makanan lain seperti susu kambing, buah delima,madu lebah dan safron. Tapi, susu kambing tak sesuai sangat kalau minum awal kehamilan. Sebab susu kambing ni panas. Orang tua cakap boleh penyebab kepada keguguran
Pastikan wife anda elak dari minum air tebu, air kelapa dan air berkarbonat. Masa first wife saya pregnant, saya ada beli KFC sekali air mirinda strawberi. Malam ni minum esok jalan terus (gugur)
Tapi, kalau air kelapa ni untuk awal kehamilan setengah orang ok je minum. Ada yang yang boleh minum ada yang tak boleh minum. Saya ada tiga orang kakak ipar. Yang sulong minum air kelapa hari – hari ok je. Kakak ipar no 3 minum hari ni, esok tu clear jugak. Jalan terus(gugur)
Jadi, setakat ni jelah pengalaman yang saya dapat kongsi. Saja kongsi sebab ada kawan – kawan saya, wife diorang ada yang baru mengandung tanya makanan apa yang sesuai dan apa yang perlu dielakan. So saya cadangkan 5 makanan ini . Ini adalah perkongsian pengalaman wife saya dan kakak – kakak ipar saya.
Kan lagi best dan bagus. Kita gantikan snack dengan 5 makanan ni.
Tiap kali nak minum air gula ketika melakukan pemeriksaan ketika hamil, ibu-ibu sering mengeluh. Minum air gula bukanlah hal yang disengajakan. Hakikatnya ada beberapa sebab yang memerlukan ibu hamil untuk minum kandungan air gula ini sebaiknya
Dengan melakukan ujian tersebut, ianya dapat mengenal pasti sama ada ibu yang hamil mempunyai kencing manis atau tidak ketika hamil. Risiko dan komplikasi kencing manis kepada ibu hamil ini banyak, lebih awal dikenalpasti, rawatan segera dimulakan, paras gula terkawal dan sekaligus komplikasi tu dapat dikurangkan
Minum air gula yang pekat waktu hamil boleh buat ibu rasa nak termuntah. Rupanya ada tips yang ibu-ibu boleh buat untuk kurangkan rasa loya dan termuntah setiap kali kena minum air gula.
Dr.Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Obstetrik & Ginekologi berkongsikan tip berguna tersebut untuk ibu-ibu hamil cuba, mana tahu ia menjadi!
Ada yang kena minum air gula esok? Tips-Tips Minum Air Gula Supaya tak Termuntah
Seperti penulisan saya sebelum nih, panjang lebar dah saya bercerita kenapa kena minum air gula masa hamil. Bukan suka-suka untuk “mendera” ibu hamil, tapi ianya adalah ujian saringan untuk ‘check’ sama ada ibu ni ada tak kencing manis masa hamil. Risiko dan komplikasi kencing manis kepada ibu hamil ini banyak, lebih awal dikenalpasti, rawatan segera dimulakan, paras gula terkawal dan sekaligus komplikasi tu dapat dikurangkan. InsyaAllah.
Banyak orang bertanya pada saya, mengenai tips yang boleh diamalkan untuk minum air gula. maka saya kongsikan dengan harapan dapat membantu ibu-ibu sekalian
Close-up of a pregnant woman during medical visit
Ikut temujanji yang telah ditetapkan oleh doktor. Kalau tak boleh pada hari tersebut, buat temujanji pada hari lain, ikut kesenangan puan.
Kena puasa bermula jam 10.00 malam. Dalam tempoh berpuasa ini, hanya air kosong sahaja yang dibenarkan minum. Ingat ya, AIR KOSONG sahaja.
Sampai kat klinik kesihatan, tekan nombor giliran. Pergi awal sikit. Bukan apa, cepat sedikit boleh berbuka puasa nanti jika proses minum air gula dah selesai. Hehe. takdeler menggeletar badan sebab berpuasa lama.
Tunggu giliran untuk ambil darah. Darah biasanya akan diambil dalam 5ml. Tak banyak pun. Masa nurse atau doktor tengah cucuk ambil darah tu, berbual-bual la pasal tupperwear ke, Lazada ke apa-apalah yang boleh distract. Tahu-tahu je da selesai amek darah.
Selepas itu, nurse akan memberikan segelas air gula suam. Rasanya manis yang amat. Ada yang cakap biasa je rasanya. takdalah ngeri sangat pun.
( saya pernah rasa larutan air gula ni masa jadi pelajar perubatan di Universiti Malaya dulu – kami ‘diwajibkan’ minum untuk experience apa yang pesakit rasa )
Setelah habiskan segelas air gula tu, nurse minta kita rehat sahaja di klinik selama 2 jam. duduk Rehat sahaja. jangan makan lagi time ni, sabarr.
Selepas 2 jam, darah akan diambil lagi sekali.
sampel darah akan dihantar ke makmal. Urusan selesai dan dah boleh makan macam biasa. Yay !
Tips minum air gula supaya tidak termuntah:
Kosongkan perut sebelum minum air gula. Waktu yang sesuai untuk kosongkan perut ialah jam 10 malam. Sebelum jam 10 malam, makan je apa yang nak di makan.
Kita akan lebih mudah minum air gula dalam keadaan dahaga dan lapar. Sebab itulah disarankan start puasa jam 10 malam.
Tarik nafas dan minum sekali teguk je. Jangan minum slow slow kerana ini akan buat kita rasa loya.
Minum sambil tahan nafas tau supaya tidak berbau.
Minum semasa air gula masih suam sebabnya air gula pada ketika ini masih tidak terlalu likat.
Lain orang lain caranya untuk mengelakkan muntah masa minum air gula. Kongsikan di sini agar ramai boleh memanfaatkannya.
Selamat minum air gula ! Enjoy !
Jangan mintak segelas lagi dah la
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak mampu lagi berdiam, seorang wanita dipercayai ibu kepada pelajar yang terkorban selepas terjatuh dari bangunan sekolah di Papar, akhirnya bersuara di media sosial.Untuk...