Bukan mudah untuk mengharungi kehidupan berumah tangga dalam tempoh yang lama. Persefahaman dan saling bertolak-ansur antara kunci kebahagiaan yang patut ada bagi setiap pasangan suami isteri.
Bagi Aidid Marcello, perkahwinannya yang telah memasuki tahun ke-13 adalah suatu anugerah tak ternilai baginya bersama isteri, Norzie Pak Wan Chik yang telah mendirikan rumah tangga pada 2005. Kini pasangan ini telah pun mempunyai 4 cahaya mata.
Perkongsian Aidid melalui instagram sempena ulang tahun perkahwinannya cukup sweet khas buat isteri tercinta. Walaupun sibuk bekerja tak menghalang Aidid untuk mengingati tarikh anniversary mereka.
Dia faham kerja aku
Dia tahan karenah aku
Ads
Dia tahan lawak bodoh aku
Dia always support aku
Dia tak suka org kencing aku
Dia sayang aku sangat-sangat
Ads
Tq sayang sebab dah macam-macam kita harung selama 13 tahun, daripada tak reti apa pasai nak jaga 1st baby… sampailah anak pun dah tua bangka dah… kita pun makin tua dan makin menyembah bumi… semua yang baca komen ni, doakanlah dalam hati supaya kami sentiasa dirahmati dan dikekalkan jodoh hingga ke akhir hayat. Yang penting sama-samalah kita tegur menegur, bantu membantu bukan hanya untuk menjadi pasangan di dunia, tetapi kita doa untuk terus jumpa di SANA bila sampai waktunya.
I love you b!
Sorry kena kerja jauh dari u, tapi hati kita sentiasa bercantum… HAPPY 13th ANNIVERSARY .
Ads
Empat Anak Hadiah Teristimewa
Bersyukur dengan kurniaan dari Allah, kini Aidid yang dah mempunyai seorang anak perempuan dan tiga lelaki sangat terharu dengan pengorbanan isteri melahirkan zuriat untuknya.
Alhamdulillah, dah 4 dah anak kita… semua 4-4 anak ni keluar dari badan u secara fizikal… betapa besarnya pengorbanan seorang isteri kan? Sedar tak sedar dah 13 tahun kita hidup sekali. Happy birthday yayangku… moga u akan terus dikurniakan kesihatan yang baik, menjadi ibu yang hebat dan isteri yang solehah… amin…. i sayang u sampai ke penghujung nyawa…
Sumber: Instagram aididmarcello
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila dah lama kahwin, sebahagian besar rumahtangga jadi hambar. Bebanan mencari duit, karenah anak-anak dan urusan kerja membuatkan hubungan suami isteri pudar. Sebahagiannya pula bosan kerana dah lama kahwin. Jemu menghadap muka.
Keluar makan pun hilang romantik kerana perangai anak-anak. Pergi bercuti pun hal yang sama. Maka bermula episod gelap dalam rumahtangga. Ini dipanggil simptom ” Bersama dalam sunyi”. Sunyi dari kasih sayang.
Tiada lagi kata-kata manis seperti dulu. Sedangkan bahasa rindu ini penting.
“Smart abang hari ni”
Cantiknya awak hari ni”
“Apa khabar awak hari nie?
“Saya doakan awak dipermudahkan urusan kerja hari ni”
“Awak bz ker? Saja call. Rindu”
Terima kasih awak. Bawak saya keluar makan”
“Tq sebab masakkan untuk abang hari nie”
Ini sebahagian contoh bahasa rindu. Kadang-kadang ia wujud dalam usikan gurauan manja dan nakal suami isteri. Ada banyak lagi. Jangan sarkastik pada kepentingannya. Bila isteri atau suami ucap rasa seperti ‘annoying’ tapi jika ia keluar dari mulut couple terasa romantis pula.
Jangan abaikan bahasa rindu ini pada suami isteri. Ia adalah oksigen yang memugar kembali kasih sayang dalam rumahtangga. Jangan biar awek cendol menunjukkan romantis mereka. Masih banyak “isteri2-isteri cendol’ & “suami-suami cendol” di luar sana. Tak perlu ucap dalam FB. Say it to my face bak kata Tun M.
Bimbanglah kita jika bahasa rindu ini datang dari rakan sepejabat. Dari rakan group whatsapp apatah lagi ex dulu-dulu. Ini amat merbahaya. Ia ibarat api dalam sekam.
Kenapa berlaku curang atau main kayu tiga? Sebahagiannya bermula dari bahasa rindu yang membuat diri ketagih kasih sayang yang tidak didapati di rumah.
Benar curang itu lebih mudah kerana ia tiada komitmen. Tak perlu bayar bil, tak serabut karenah anak, tak perlu tukar pampers, tak perlu lipat baju, tak perlu pergi kedai beli beras dan tak perlu komitmen. Hanya bermain laras bahasa yang akhirnya membawa pelaku terperosok dalam skandal yang tiada jalan pulang.
Maka, putarlah bahasa rindu ini dalam rumahtangga. Ia adalah cerminan kasih sayang. Sibuk kerja, pening dengan anak, jerih cari duit itu benda biasa. Ia bukan halangan. Ia hanya tembok2 kecil yang boleh direntas jika suami isteri mempunyai daya lompatan yang baik iaitu kasih sayang.
Kadang-kadang bahasa rindu boleh datang dari melakukan kerja rumah bersama, saling menghormati minat pasangan dan menjadikan hubungan suami isteri suatu persahabatan di mana banyak perkara boleh dilakukan bersama.
Ada orang tanya saya ” Macam mana nak jadikan rumahtangga saya romantik macam dulu?
Saya katakan ” Buatlah apa yang anda buat ketika dulu-dulu tu. Jangan buat yang anda buat sekarang! Sebab itulah romantiknya dah hilang.
Sebagai ibu, kita perlukan masa rehat untuk diri sendiri. Kenapa? Setiap tubuh badan manusia memerlukan waktu rehat yang cukup terutama untuk fizikal dan mental setelah penat menguruskan hal rumahtangga.
Fizikal yang penat ditambah pula dengan mental yang letih boleh membahayakan kesihatan ibu dan memberikan kesan kepada keadaan sekeliling. Isteri dan ibu perlu bertenang setiap hari, ikuti perkongsian dari Puan Umm Zainab;
Isteri dan ibu perlu bertenang, setiap hari
Ada satu kes rujukan psikiatri bagi menilai kesihatan mental seorang wanita pertengahan 30an yang menggoncang bayinya sehingga mengalami inflicted brain injury (shaken baby syndrome).
Wanita itu mendakwa mendengar suara-suara dari dalam kepalanya yang membenci diri sendiri, membenci anak-anak, membenci suami. Lama kelamaan wanita itu mulai rasa sakit kepala, teramat sangat. Dia mudah berasa marah bila mendengar suara bayi kecilnya menangis.
Hasil multiple medical screening, mengesahkan wanita itu bebas daripada sebarang penyakit atau keadaan yang boleh mengakibatkan poor judgement eg:- ketumbuhan yang menekan cerebral cortex ataupun ketumbuhan di bahagian badan lain, kanser (dan rawatan seperti kemoterapi atau radioterapi), penyakit melibatkan gangguan hormon seperti hyperthyroidism ataupun penyalahgunaan dadah dan alkohol. Perbuatan yang dilakukannya hanya berpunca daripada ketidakstabilan keadaan mental.
Ini bukanlah kejadian pertama ibu mencederakan anak kerana hilang pertimbangan diri. Kejadian ini sudah kerap berlaku bahkan ada yang melibatkan kematian.
1) Bagaimana hal seperti ini boleh berlaku?
Kerana para isteri, para ibu ini ada sindrom kepenatan yang berterusan (constant fatigue) sebab mereka tidak ada masa untuk make sense, come to term, merasional dan mewaraskan diri sendiri. Seperti berkerja terus menerus, dalam tidurpun masih berkerja. Walaupun jasad berehat, emosi berkerja.
Ada kisah sedih tentang ibu yang bila hendak buang air di tandas rumah, terpaksa tidak tutup pintu tandas sampai batas aurat dan kesopanan kepada anak yang sudah besar hampir mumaiyiz pun diabaikan kerana anak yang kecil menangis macam kena dera kalau ibunya masuk tandas tutup pintu. Dalam hatinya ada rasa sesal dan malu, tapi apakan daya dia perlu hidup begitu sekurang-kurangnya sehingga anak kecilnya boleh menghadapi saat getir ditinggalkan di luar tandas. Inilah yang menyumbang kepada keletihan emosi ibu walaupun jasad direhatkan.
Ada juga ibu yang berkongsi kerisauan tentang berat badan makin naik, bentuk badan berubah sebab tiada masa hendak bersenam di rumah. Suaminya pula kata, “Awak buat kerja rumah itu kira macam bersenamlah”. Memanglah berpeluh turun naik tangga ke depan ke belakang menyapu, kutip baju kotor, memasak, uruskan anak tapi hormon dopamine dia gagal mewujudkan rasa teruja, excitement untuk work out sebab minda dia sudah register itu semua sebagai rutin, akibatnya penghasilan serotonin berkurang, dan tidak dapat bertindak balas sebaiknya dengan endothropin untuk beri rasa gembira dan keseronokan berkerja (working / working out as pleasureable activities).
Dia buat kerana dia sudah lali, hafal, ibaratnya kalau pejam matapun sudah tahu di mana bakul baju kotor, bekas garam gula, setting oven. Yalah, kalau ke hulu ke hilir dengan uniform dapur, mana sempat hendak excited letak yoga mat sambil berzumba mengikut rentak irama.
Bila waktu makan pula, dia makan segala macam, tidak ada portion diet, tidak ada control intake. Makan macam kerja buruh binaan sebab banyak guna tenaga untuk kerja fizikal, dalam masa yang sama mental letih juga, badan jadi lesu. Sekali lagi, sebab hormon serotonin dia kurang dan tidak berfungsi dengan baik, selera dia tiada regularity, menyebabkan dia mudah lapar, rasa sentiasa hendak mengunyah, makan banyak pun susah kenyang.
Ada ibu yang tidak sempat minum air selepas makan, langsung terlupa. 2-3 jam kemudian baru teringat. Padahal dalam masa yang sama dia sudah susukan anak dengan susu badan sehingga kenyang. Sebab dia tidak teruja dengan aktiviti yang dijalaninya, dengan hidup. Bila keterujaan tiada, dopamine kurang, serotonin level juga tidak memuaskan. Akibatnya fikiran bercelaru sehingga aktiviti ringkas seperti minum air pun boleh terlupa (more serotonin means more energy and clearer thinking as serotonin is a monoamine neurotransmitter that is thought to be responsible for the sense of well being and happiness). Ada yang pergi kedai makan hendak makan lauk pedas-pedas tapi end up order nasi goreng cina supaya boleh share dengan anak kecilnya. Makanlah apapun dia payah hendak teruja.
2) Apa yang kaum ibu ini perlukan untuk merasa lebih baik (feeling better, feeling good about herself), tidak terseksa sendirian walaupun dia tetap perlu menjalankan tugas seorang isteri dan ibu?
Masa bertenang. Sehari sekali paling kurang.
3) Bagaimana untuk memberi masa bertenang?
Masa bertenang tidak perlukan kos yang tinggi atau mewah, pergi bercuti atau melancong merata, upah pembantu rumah atau nanny dan caretaker. Masa bertenang adalah tempoh bersendiri. Walaupun dalam rumah sahaja.
Benar, ibu-ibu zaman ini memang suka kalau suami bagi voucher spa, sauna ataupun bagi cash suruh shopping atau bagi masa suruh tengok wayang tapi kalau tidak mampu semua itu baik dari segi kewangan ataupun masa (spa paling kurang 2 jam, shopping 4-5 jam, tengok wayang 3 jam – kalau ada anak kecil menyusu badan ataupun yang clingy sebab sudah terbiasa dengan ibunya sahaja, susah untuk keluar sendirian lama-lama) berilah masa isteri, ibu bertenang 15-30 minit sehari pun jadilah.
4) Ada contoh aktiviti yang boleh dibuat untuk masa bertenang?
Ada. Antara caranya, bapa ambil semua anak, bawa naik kereta, sementara ibu bersendirian di rumah, tanam pokok bunga atau brisk walk, work out, jogging pusing taman. Bapa bawa anak pergi playground sementara ibu di rumah minum kopi secawan sambil makan pisang goreng. Ataupun biar isteri sendirian dalam bilik, membaca novel atau main mekap-mekap, cuba-cuba baju (ini personal choice saya)
manakala suami bawa anak ke bahagian lain rumah, buat aktiviti bersama anak-anak tanpa ibu mereka. Boleh juga biar isteri mandi dengan tenang, dia hendak scrub ke dia nak long shower ke tanpa ada anak ketuk pintu sambil jerit-jerit macam kena picit menyeru nama ibunya.
5) Ada pantang larangkah untuk masa bertenang?
Tidaklah sehingga pantang. Tapi kalau boleh janganlah pula beri alasan anak tidak biasa berenggang dengan ibunya untuk tidak beri si ibu masa bertenang. Kalau suami sudah cakap begini, beri masa bertenang 30 saat pun naluri ibu akan merasa serba salah. Golongan ibu-ibu ini memanglah dia nampak macam ada kuasa magik, bila anak nangis dia ambil, didukung, anakpun senyap. Jadi asal anak menangis sahaja, para bapa pun buat kesimpulan anak hendak ibunya. Sebenarnya tidak. Ibu ini dia refleks, dengar anak menangis meraung, dia akan angkat.
Anakpun bila sudah terbiasa bila menangis ibu dukung, pujuk, dia pun refleks – berhenti menangis bila ibu datang. Cuba kalau anak itu menangis jauh daripada ibu, si ibu tidak dengar anak menangis, ibu pun tidak akan refleks angkat anaknya, anak pun tidak akan refleks berhenti menangis bila diangkat ibunya, bapapun tidak akan nampak seolah cuma ibu yang memiliki super power untuk menghentikan tangisan anaknya. Sekali sekala dalam kehidupan anak itu dia akan belajar bahawa ada cara lain dan orang lain yang boleh menghentikan tangisannya selain daripada cara ibu, dukungan ibu, pelukan ibu.
6) Selalu dengar orang perjuangkan me time. Apa beza me time dengan masa bertenang?
Masa bertenang ini berbeza dengan masa untuk diri sendiri, me time. Jangan keliru masa bertenang dengan me time. Nanti orang kata isteri zaman sekarang asyik hendak tuntut me time sahaja seolah tidak ikhlas menjalankan tugas sebagai isteri dan ibu. Bukan. Me time itu kelapangan, bersifat ganjaran. Untuk memberi kerehatan. Masa bertenang pula adalah keperluan, bersifat hak. Untuk menata kewarasan. Untuk mewajarkan pertimbangan. Supaya para ibu tidak dihanyut emosi yang keletihan, yang menyuruh mencederakan anak, meninggikan suara kepada suami, atau mudah mengancam menuntut talak.
7) Pentingkah masa bertenang?
Penting. Macam hak asasi isteri. Berilah isteri hak dia berkadaran dengan usia, berkadaran dengan waktu, berkadaran dengan peredaran zaman. Walaupun sudah beranak pinak beberapa orang sekalipun. Dia perlu masa menata hati dan perasaan, menimbang baik buruk keputusan dan pekerjaan yang dikerjakan sehari-harian.
A contemplation of the day. Waktu muhasabah atau waktu dia boleh pilih sesuatu untuk dilakukan sambil berfikir dalam ketenangan. Waktu yang dia boleh buat revision tentang matlamat hidupnya, misalnya untuk sesetengah ibu suri rumah, tujuan asal dia berhenti kerja atau memilih untuk tidak berkerja untuk menjaga anak di rumah. Bagi ibu berkerja pula, justifikasi menghantar anak ke taska atau di bawah jagaan pengasuh. Waktu untuk dia improvisasi visi hidupnya. Ataupun masa untuk dia menghayati kekesalan sebab dia tertinggi suara pada anak atau termerungut dengan tugasnya sebagai ibu. Masa untuk dia motivate diri, kumpul semangat, cari kekuatan, reasoning kemarahan.
Para suami, sungguh tidak rugi berbuat baik kepada isteri. Isteri yang dilayan dengan baik, rumahtanggapun akan jadi baik – anak-anak terjaga baik, makan pakai keluarga dalam keadaan baik, isteri bercakap lemah lembut dengan perkataan yang baik-baik, sentiasa bermood baik, rajin menjaga bentuk badan dan kesihatan dengan baik. Sebab kehidupannya baik, menjadikan dia isteri yang baik, membentuk anak-anak yang baik, memberi manfaat kepada suami yang baik. Menghasilkan kitaran hidup yang baik-baik. Saling melengkapi dengan kebaikan.
Berbuat baiklah. Tidak kira lelaki perempuan, suami isteri, anak ibu bapa. Jadi orang baik. Layan orang dengan baik. Terutamanya orang yang baik dengan kita. Semoga baik-baik belaka hendaknya.
Resipi hidangan tomyam selalu menjadi penyelamat ibu ketika di dapur. Mana taknya, cara memasaknya cukuplah mudah. Tak sampai 15 hidangan siap tersedia. Memang jimat masa.
Tapi macam mana nak tomyam yang sedap? Resipi air rebusan akar daun ketumbar ini anda wajib cuba. Sedapnya lain macam! Jom cuba resipi perkongsian Mastura Razali ini.
Masak tomyam hari ni. Rasa nak hirup kuah masam-masam pedas. Maka terhasil la tomyam se periuk.
Resepi tomyam ala cikmas
Bahan utama tomyam.
Isi ayam / udang / sotong
Carrot
Bunga kubis
Jagung muda
Saleri
Cendawan -saya guna cendawan enoki je
Bawang holland
Bawang putih
Lengkuas
Serai
Daun limau purut
Akar ketumbar
Tomato
Daun ketumbar
Susu sejat
Pes tomyam -saya guna pes tomyam ni best, rujuk gambar, pes ni dah tak yah masuk cili padi. Pedasnya dah terasa.
Rebus air masukkan akar ketumbar, masukkan isi ayam. Masak sampai agak mendidih.
Kemudian masukkan bawang-bawang, lengkuas, serai, daun limau purut dan pastu masukkan pes tomyam. Saya guna 1 botol pes tu, botol kecil je. Lebih kurang dalam 4 sudu besar.
Lepas tu boleh masukkan sayur-sayuran, cendawan masuk last sekali. Kita kasi masuk yang keras-keras je dulu.
Perasakan dengan garam dan aji. Masukkan sotong dan udang di ikuti dengan susu cair.
Last masukkan cendawan dengan tomato. Jangan lupa juga daun ketumbar. Kalau ada sos ikan boleh masukkan,tak ada abaikan je. Siap!
Hidang panas-panas lawan pula dengan telur dadar. Dah rasa macam makan kat kedai!
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
VBAC atau bersalin normal selepas czer memerlukan penilaian doktor dan bergantung kepada 3 faktor utama iaitu Power, Passage dan Passenger untuk memastikan kelahiran selamat.