Dikurniakan seorang anak autism sememangnya satu anugerah dan ladang pahala yang besar buat ibu bapa. Namun berdepan cabaran dan kesabaran dalam mendidiknya bukan sedikit.
Tampil prihatin dengan ibu bapa, Ustaz Kazim Elias tampil berkongsi doa khas untuk anak autisme yang boleh diamalkan setiap hari oleh ibu bapa.
Menerusi video di laman TikTok, doa untuk anak autisme ini agak pendek, mudah untuk dihafal dan boleh dibaca setiap kali selepas selesai menunaikan solat fardu.
Perkongsian doa untuk anak autisme adalah seperti di bawah:
Maksudnya: “Sesungguhnya aku bertawakal kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu. Tidak ada satu makhluk yang bergerak (bernyawa) melainkan Dialah yang memegang ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.”
Ayat ini menunjukkan kebergantungan Nabi Hud kepada Allah SWT dan penegasan bahawa Allah yang menguasai segala sesuatu. Ia juga menegaskan kepastian Allah sentiasa adil dan berada di jalan yang lurus.
Ads
Menerusi video pendek itu, ibu ayah disarankan mengamalkan doa untuk anak autisme ini sebanyak 16 kali selepas menunaikan solat Subuh dan 10 kali selepas solat Zohor, Asar, Maghrib serta Isyak.
Doa untuk anak autisme ini disarankan agar dibaca dekat air dan berikan kepada anak untuk minum selain membacanya ketika dia tidur sambil memegang ubun-ubun kepala.
Semoga perkongsian doa untuk anak autisme ini dapat memberi manfaat kepada ibu bapa malah membantu kedua ibu bapa untuk membesarkan anak mereka dengan baik.
Dalam hubungan adik-beradik adalah normal jika berlaku perbalahan. Kadang-kadang disebabkan hal remeh pun boleh buat bergaduh teruk. Sebenarnya perselisahan faham antara adik-beradik tidak salah asalkan tidak keterlaluan. Kadang-kadang dengan cara inilah anak-anak dapat akan saling mengenali dan menjadi lebih rapat apabila sudah berbaik.
Namun begitu, jika dibiarkan berlanjutan tanpa solusi ia mungkin boleh menjejaskan hubungan adik-beradik. Inilah yang kita tak mahu kerana hal ini mungkin akan menyebabkan ada rasa tidak puas hati ataupun ledakan perasaan yang melampau.
Penulis keibubapaan, Wawa Shauqi berkongsi tentang toksik yang merosakkan hubungan adik-beradik. Ikuti penulisannya ini;
Tragedi pergaduhan adik beradik hari ni, banyak faktor boleh buat punca. Ledakan darah muda, sibling rivalry, poor intervention from others.
Benda yang pada judgement kita kecik, tanpa sengaja, ia boleh berakhir tragedi. Tapi, BUKAN KERJA KITA NAK SELIDIK FAKTOR tu. Kerja kita untuk doakan yang baik-baik. Dan renung kes ni jadi pengajaran.
Sesungguhnya, anak-anak adalah ujian. Kan? Takut sangat ujian macam ni. Sebab kita tak tau, kot bila sampainya ujian sama kena kat kita.
Cuma satu pesan dari seorang ‘senior’ dalam parenting, “Bergaduh adik-beradik tu pasti. Mak ayah nak lentur pun kena berseni. Tangani dengan hati-hati. Jangan sampai melarat jadi api.”
Tipulah kalau nak kata kita tak pernah berlaga faham dengan adik beradik dulu. Teruk tak teruk je. Saya sendiri, juara gaduh juga. Apa je aksi dan jurus yang saya tak bukak. Bila dah besar, dan ada anak, banyak yang saya dapat belajar dari childhood sendiri.
Atleast saya faham apa yang buat punca. Retilah sikit mana nak elak, macam mana nak tackle. Nak groom seni ajak anak berdamai pun, banyak buku perlu saya buka. Banyak guru perlu saya timba ilmunya.
Ini antara RESEPI KEMESRAAN ADIK-BERADIK yang pernah saya belajar dari pelbagai ahli psikologi.
1️⃣ We time. Cari masa duduk sekali. – Pilih gambar atau video-video zaman anak-anak masih kecil dan mesra. Tonton bersama. – Ambil giliran untuk diskas topik positif seperti ‘Perkara yang saya sukai pada adik beradik saya.’ – Spark kisah lucu/ kenangan dengan adik beradik. – Cipta aktiviti yang boleh dibuat bersama. Main board games, main teka-teki, bina lego bersama, main bola bersama.
2️⃣ ‘Individual Attention’ Time Ambil turn untuk ‘dating’ dengan anak. Contoh, minggu ni mama dating dengan anak 1, ayah dating dengan anak 2. Minggu depan ambik giliran untuk anak seterusnya. Ada masa, suami bawak anak 1 pergi camping, saya bawa sorang lagi pergi skate park. Ada hari ke library. Ada hari, sekadar duduk kat cafe berdua makan aiskrim.
3️⃣ Berkempen dari bayi. Boleh jadi kebencian anak tua kat adik, mula dari saat adik lahir lagi. Yelah. Dulu, yang dapat kasih sayang, attention, puji-pujian, dia sorang je. Bila dan ada adik, kasih sayang, attention tu semua, dapat kat adik. Sejak adik dari perut lagi, kita kempenkan keletah lucu adik. Dan seronoknya dapat ajar adik, main sama adik, dan tolong adik kenal dunia.
4️⃣ Highlight positivity. Mulut kita ni. Kena jaga-jaga sikit bercakap. Elak highlight permusuhan anak-anak. Sebaliknya, highlight yang indah-indah bab hubungan mereka. “Mama suka tengok abang makin pandai kongsi mainan dengan adik.” “I really love to see you guys laugh and play together.” “Abang tau, masa abang pergi sekolah, adik teringat kat abang. Siap belikan abang roti.”
5️⃣ Doa Doa Allah satukan hati anak-anak kita. Saling membantu, mendamaikan dan berkasih sayang. Setiap risau yang bertandang, kita jadikan reminder untuk kita doa yang baik-baik pada Allah untuk anak.
So far, gaduh teruk mana pun anak-anak saya, bila buat 5 benda ni, Allah izinkan improvement pada hubungan mereka. Try buat 5 senarai ni. Dan elak 5 TOKSIK dalam #notaparentingwawa ni.
Semoga kita mampu didik anak-anak kita semua dengan baik. Saya doakan, kita semua mampu senyum bila dah tua nanti. Sebab anak-anak mampu sepakat, muafakat dan hidup berkat sepanjang hayat.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kasih seorang anak tak kenal batas. Ini jelas kelihatan apabila seorang pemuda sanggup berikhtiar mencari tangki air untuk membawa ibunya yang menghidap asma meredah banjir di Kampung Sri Kulim, Melor, Kota Bharu Kelantan.
Memetik laporan Bernama, Mohammad Shaher Rahalim, 33, berkata bersama beberapa rakan dia mengambil inisiatif mencari tangki air bagi mengangkut keluar ibu, Rosliza Ibrahim, 58, yang kesejukan akibat rumah mereka dimasuki air sedalam dua meter.
“Ibu menghidap asma sejak 20 tahun lepas dan dia tidak bole berada dalam keadaan kedinginan.
“Saya berusaha menghubungi pihak berkuasa bagi mendapatkan bot penyelamat namun selepas menunggu lebih dua jam dan melihat keadaan ibu semakin serius, saya serta rakan mencari ikhtiar bagi membawanya keluar.”
Anak sulung itu berkata sebaik diselamatkan dan berjumpa semula dengan adik, Nur Shasabila, 26, mereka menunggu pula bapa, Rahalim Ismail, 61, yang dibawa keluar dengan bot penyelamat Jabatan Pertahanan Awam.
Mohamad Shaher berkata walaupun ibu bapanya sudah dibawa ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melor, mereka mash tidak dapat mendaftar kerana jumlah mangsa banjir sudah terlalu ramai di PPS tersebut.
“Kami kemudian memutuskan untuk membawa ibu bapa ke rumah saya di Kampung Alor Bakat bagi membolehkan mereka berehat dengan lebih selesa dan kesihatan terjaga,” katanya. Dia juga bercadang untuk mendaftarkan ibu bapanya di mana-mana PPS berdekatan esok.
Sumber: Bernama
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu bapa tentunya tidak dapat mengelak daripada memarahi anak-anak. Sudah namanya kanak-kanak tentulah ada masanya boleh menguji kesabaran kedua ibu bapanya. Bagaimanapun bila kita, ibu bapa suka marah anak dengan emosi, tanpa sedar kata-kata dan perbuatan kita juga akan penuh dengan emosi.
Apabila emosi kita tidak terkawal secara tidak langsung akan mendorong kita untuk menghukum juga dengan emosi. Ingat ini bahaya! Sesuatu yang dipenuhi dengan emosi akan menghiris hati anak-anak. Ibarat pisau yang cukup tajam, dengan hirisan nipis sudah meninggalkan luka yang amat pedih.
Bukan untuk anak-anak sahaja, kita sendiri kalau kena marah dengan kata-kata penuh emosi, turut sama akan menjauh hati.
Keadaan yang sepatutnya menjadi hukuman yang ada didikan ke anak-anak, jadi sebaliknya. Paling ditakuti keterlaluan emosi marah boleh membawa kepada anak itu dipukul teruk. Ini yang jadi kes dera anak.
Anak-anak adalah amanah buat kita. Tidak semua yang sudah berkahwin macam kita dapat rezeki ada zuriat. Kadang-kadang berbelas tahun kahwin, tak ada rezeki lagi. Jadi hargai anak-anak dengan mendidik mereka, diberi kelembutan dan kasih sayang.
Satu lagi yang perlu diingat, kita juga manusia. Sangat tidak sempurna. Lagilah anak-anak yang kecil. Mereka cuma belajar dengan cara melihat dan mendengar.
Oleh itu, wahai ibu bapa, elakkan marah dengan emosi. Kalau kita rasa kita sedang dalam keadaan yang tidak tenteram, jauhkan diri daripada anak-anak. Takut kita marah luar daripada batas.
Apabila perasaan kita sudah tenang semula, baru datang semula pada anak tadi. Pegang mereka dan tegurlah dengan kata-kata yang paling lembut dan sesuai. Dari hati. Ini lebih berkesan daripada kata-kata keras dan tinggi suara.
Seperti menyatakan cinta, mesti dengan suara yang lembut dan ayat yang tersusun indah bukan? Begitulah.