Anda pernah hadapi ujian anak disayangi sakit teruk? Pastinya ramai yang pernah laluinya kan, sedangkan sakit anak tidaklah teruk sangat tapi kita selaku ibu bapa, risaunya lain macam. Kasihan tengok anak kecil menangis cakap ‘sakit, sakit’…

Menerusi perkongsian Ustaz Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz, ada waktu tu sampai kita berdoa, ‘Ya Allah, saya tak sampai hati tengok anak saya yang sakit ni. Engkau pindahlah kesakitan tu padaku…’

Tok guru ada tegur, tak wajar berdoa begitu. Eloknya berdoa kesembuhan. Tapi begitulah kasih sayang kita mak abah kepada anak. Dan waktu tu kita rasa lemah sangat. Ada duit, medical card, hospital terbaik, doktor pakar & pemantauan rapi pun belum tentu kesembuhan terjamin.

Ustaz Pesan, Tak Elok Jika Anak Sakit Kita Cakap “Pindahlah Sakit Tu Padaku..”

Sebabnya, sehebat manapun kemampuan manusia, kita tidak mampu mengawal kuman. Cukuplah virus Covid menunjukkan keterbatasan kita. Ketika ini, kita perlukan sangat bantuan Tuhan.

Tok guru sampaikan pesan, selain berusaha, jangan lupa berdoa sebab kuman, virus dan lain-lain ni hakikatnya makhluk Allah juga. Mereka belum tentu taatkan kita, tetapi mereka pasti taatkan Tuhan. Kita boleh berusaha mengubati, ambil antibiotik, ubat & sebagainya tetapi asasnya tetap sama :

IKLAN

— pergantungan kita terhadap Tuhan As-Syafi (Maha Penyembuh) wajib diperkuatkan. Dia yang mencipta kuman. Pasti Dia juga berkuasa mutlak datangkan penyembuhan. Dalam rangka kita berusaha mengubati penyakit berlandaskan ‘sunnatullah’ (makan ubat, pergi hospital, jumpa doktor dll), jangan lupa untuk gandingkannya dengan ‘qudratullah’ : kuasa mutlak Allah Ta’ala.

Bahasa mudahnya, dalam usaha makan ubat, usaha juga berdoa. Kita kuatkan ikhtiar & dalam masa sama, keyakinan tetap dibulatkan kepada Allah Ta’ala. Keyakinan yang kita pelajari dari Nabi Ibrahim a.s :Dan apabila aku sakit Dialah yang menyembuhkan aku. (Surah AS-Syu’ara, ayat 80)

AMALKAN DOA INI UNTUK SEMBUHKAN ANAK SAKIT TERUK 

Ustaz Pesan, Tak Elok Jika Anak Sakit Kita Cakap “Pindahlah Sakit Tu Padaku..”

IKLAN

Maka dalam perkongsian ini saya kongsikan doa yang saya amalkan. Doa ini saya anggap ‘gred A’ kerana ia datang dari Mahaguru terulung, Rasulullah s.a.w. Hadithnya sahih, riwayat muslim. Caranya ialah :

1. Baca Al-Fatihah
2. Baca 3 Qul
3. Pegang bagian tubuh yang sakit lalu membaca :
بِاسْمِ اللَّهِ (3 kali)
أَعُوذُ بِعِزَّةِ اللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِن شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحاذِرُ (7 kali)

Maksud : Dengan menyebut nama Allah, aku berlindung kepada Allah dan kuasa-Nya dari keburukan yang tertimpa padaku & yang aku khuatirkan.

Cubalah amalkannya. InsyaAllah mujarabnya cepat. Cuma dalam teknik di atas, saya menambah bacaan Fatihah and 3 Qul. Surah Fatihah bagus sebagai pembuka kepada kesembuhan. 3 Qul pula bermanfaat sebagai ihktiar akidah kita untuk meletakkan anak dalam naungan & penjagaan Tuhan.

IKLAN

Ustaz Pesan, Tak Elok Jika Anak Sakit Kita Cakap “Pindahlah Sakit Tu Padaku..”

Dalam masa sama pesan ulama, perbanyakkan bersedekah. Saya ada mendengar kisah, ada seseorang yg anaknya ditimpa penyakit kronik. Lalu dia bersedekah sejumlah xxx setiap hari dan ditakdirkan Allah, anaknya sembuh.

MasyaAllah. Benarlah pesan ulama, dengan bersedekah, banyak urusan hidup jadi mudah. Apabila kita berkongsi kasih-sayang dengan orang lain (via sedekah), Tuhan lebih mudah kongsikan rahmatNya kepada kita.

Kredit: Ustaz Asraff Ayobb

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI