!LeaderboardTop

Categories: Kesihatan Kanak-Kanak

Vaksin Pneumokokal Bakal Diwajibkan Untuk Kanak-kanak Bawah Umur 2 Tahun: Dr Dzulkefly

Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly menjelaskan vaksinasi Pneumokokal dijangka bakal tersenarai dalam Program Imunisasi Kebangsaan (NIP) di bawah kerajaan baharu.

Menurut laporan Free Malaysia Today, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya turut berkata pihaknya akan membawa cadangan itu kepada Bahagian Kesihatan Awam Kementerian Kesihatan. Jika kajian mendapati memang ada keperluan, KKM akan memasukkannya ke dalam NIP.

Hal ini juga adalah seiring dengan manifesto mereka iaitu kerajaan Pakatan Harapan berjanji untuk menyediakan vaksin pneumokokal bagi semua kanak-kanak di bawah umur dua tahun.

Malah, pakar kesihatan juga berpendapat vaksin Pneumokokal ini adalah PENTING. Terutamanya untuk kanak-kanak berumur dua tahun ke bawah untuk mencegah rangkaian jangkitan Pneumokokal dan pelbagai jenis jangkitan kritikal seperti:

  1. Jangkitan atau radang paru-paru.
  2. Meningitis (radang membran yang mengelilingi saraf tunjang atau otak).
  3. Sepsis (jangkitan dalam darah).
  4. Sinusitis (jangkitan pada sinus).
  5. Otitis media (jangkitan telinga tengah).

Selain itu, ia juga mampu menjejaskan upaya seorang kanak-kanak normal dalam jangka masa yang panjang sehingga mengalami terencat mental, pekak, lebam dan paralisis.

Malahan, ia juga mampu membawa maut jika tidak dirawat dengan kadar yang segera.

Setakat bulan Mac 2018, lebih 136 negara sudah memasukkan vaksin Pneumokokal ke dalam senarai Program Imunisasi Kebangsaan (NIP), manakala Malaysia adalah satu daripada 54 negara belum menyenaraikan vaksin PnD dalam jadual NIP.

Ibu bapa boleh mendapatkan vaksin Pneumokokal secara berasingan di mana-mana klinik swasta.

Harga yang akan dikenakan adalah sekitar RM200-300 bergantung kepada bilangan dos mengikut usia.

Bukan setakat itu sahaja, untuk pengetahuan ibu bapa, selain vaksin Pneumokokal ini, antara vaksin tambahan yang boleh didapatkan adalah Rotavirus dan Influenza.

Boleh rujuk jadual Imunisasi Tambahan seperti di bawah:

Sumber: Google

Menurut laporan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya juga menasihati ibu bapa untuk memastikan setiap anak mereka menerima imunisasi lengkap bagi mengelak dan melindungi kanak-kanak daripada jangkitan sebarang penyakit yang boleh dicegah melalui vaksin.

“Orang ramai tidak perlu bimbang untuk memastikan anak-anak mereka menerima imunisasi kerana dapat mencegah kejadian penyakit berjangkit dan mencegah wabak yang serius malah semua vaksin yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan adalah halal,” katanya.

Permintaan Khas Bajet

Dr Dzulkefly  berkata, beliau telah meletakkan vaksin Pneumokokal ini sebagai ‘permintaan khas’ dalam belanjawan seterusnya, dengan peruntukan RM180 juta bagi kohort (kumpulan) kira-kira 500,000 setahun.

Diharapkan bajet ini dapat diluluskan dan lebih ramai kanak-kanak mendapat perlindungan serta manfaat kesihatan yang terbaik.

Sumber: The Star, Free Malaysia Today

This post was last modified on November 1, 2018 5:50 pm

Wan Amalia

Share
Published by
Wan Amalia
Tags: bakal bawah diwajibkan dua kanak-kanak kerajaan kesihatan manifesto menteri pakatan pneumokokal tahun vaksin

Recent Posts

  • Kesihatan
  • Kesihatan Bayi

Kembung Perut, Bayi Tak Selesa Menangis Tak Kira Masa! Ketahui Punca & Cara Redakan

Bayi kembung perut sering kali terjadi. Bayi secara tiba-tiba tidak berhenti menangis walaupun sudah diberikan susu? Ini adalah antara ciri bayi…

20 mins ago
  • Kanak-kanak

Seawal Setahun Rajin Rangsang 7 Deria Ini, Impian Nak Anak Bijak Boleh Tercapai

Nak anak bijak pandai? Jangan lupa untuk rangsang 7 deria anak seawal mungkin. Bagaimanapun ini yang

5 hours ago
  • Diari Pa&Ma
  • Happening

Superhero Jr Gader Cipta Sejarah Raikan 100 Kanak-Kanak Di Fiesta Pa&Ma

Hubungan yang erat antara ibu bapa dan anak adalah antara sikap yang mesti ada dalam membentuk sebuah keluarga yang harmoni.

7 hours ago
  • Kesihatan
  • Kesihatan Kanak-Kanak

Anak Selalu Tidur Lambat, Penyebab Badan Mereka Jadi ‘Tembun’

Tahukah anda bahawa anak yang sukar tidur awal akan jejaskan pertumbuhannya? Usia si kecil semakin

7 hours ago
  • Happening

Pa&Ma Lancar Kempen Buckle Up 2019

Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mewajibkan peraturan pemasangan kerusi keselamatan bayi dalam kenderaan persendirian pada

7 hours ago
  • Happening

Pa&Ma Baby Fiesta 2019 Meriah!

Setelah hampir 20 tahun di pasaran, Pa&Ma media komprehensif KeibuBapaan No.1 Malaysia terus memperkukuhkan jenama dengan penganjuran

8 hours ago