Kementerian Kesihatan (KKM) memperluaskan pemberian vaksin pneumokokal kepada kanak-kanak berusia empat dan lima tahun bermula 1 Jun2023 hingga 31 Mei tahun depan.
Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, pemberian vaksin menerusi inisiatif imunisasi catch-up pneumokokal (CHUP) bagi mengoptimumkan perlindungan terhadap penyakit pneumokokal invasif dalam kalangan kanak-kanak yang lahir pada 2018 dan 2019.
“Berdasarkan data KKM, kadar discaj akibat penyakit pneumokokal invasif di hospital KKM adalah tinggi dalam kalangan kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah.
“Bagi pemberian vaksin itu, ibu bapa boleh bawa anak-anak ke mana-mana fasiliti kita secara ‘walk in’.
“Selain itu, ada juga janji temu melalui MySejahtera. Jadi mereka (ibu bapa) boleh pergi ke aplikasi MySejahtera untuk buat tempahan bagi mendapatkan vaskin di semua fasiliti kesihatan,” katanya kepada media selepas merasmikan sambutan Hari Imunisasi Peringkat Kebangsaan 2023 bertemakan ‘Tingkatkan Liputan, Kurangkan Keciciran’.
Mengulas lanjut,Dr Zaliha berkata, KKM menyasarkan seramai 700,000 daripada sejuta kanak-kanak yang berusia empat dan lima tahun untuk menerima suntikan vaksin pneumokokal menerusi inisiatif itu.
Ads
“Walaupun disasarkan 700,000 tetapi kementerian mengharapkan sekurang-kurangnya mencapai 70 peratus daripada sasaran itu,” katanya.
Sementara itu, ketika berucap merasmikan program itu, Dr Zaliha berkata, KKM sudah melaksanakan pemberian vaksin pneumokokal dalam Program Imunisasi Kebangsaan kepada kanak-kanak yang lahir bermula 1 Januari 2020, dan kanak-kanak berkenaan kini sudah mencapai usia tiga tahun.
“Vaksin pneumokokal diberikan untuk mencegah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria Streptococcus pneumoniae yang juga dikenali sebagai pneumokokus.
“Antara penyakit yang disebabkan bakteria ini adalah radang paru-paru (pneumonia), radang sinus, jangkitan telinga tengah, radang selaput mata dan sarah tunjang serta jangkitan dalam bakteria dalam darah,” katanya.
Ads
Katanya, program imunisasi yang dijalankan di peringkat global menunjukkan penurunan kadar kematian bagi kanak-kanak bawah lima tahun di seluruh dunia.
“Penurunan membabitkan 150 kematian setiap 1,000 kelahiran hidup pada 1950-an kepada 38 kematian bagi setiap 1,000 kelahiran hidup pada 2021.
“Bagi negara ini, penurunan kadar kematian bagi kanak-kanak bawah lima tahun daripada 158 kematian setiap 1,000 kelahiran hidup pada tahun 1950 kepada 7.4 kematian setiap 1,000 kelahiran hidup pada 2021,” katanya.
“Pencapaian liputan imunisasi untuk bayi dan kanak-kanak adalah tinggi di peringkat kebangsaan dan mencapai sasaran yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu melebihi 95 peratus bagi kebanyakan vaksin utama dalam program imunisasi,” katanya.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Sama seperti kita, anak kecil kita juga pernah berdepan dengan masalah sakit tekak yang memeritkan. Apa nak buat bila anak mengadu sakit tekak?
Menurut perkongsian Dr Redza Zainol, jangan dibiarkan lama-lama kerana anak boleh diserang masalah lain seperti penyakit tonsilitis. Ikuti perkongsian beliau.
Tiga cara untuk legakan sakit tekak anak yang kecil.
1. Antara tanda yang merisaukan bila anak dijangkiti penyakit tonsilitis ialah meleleh air liur yang berlebihan.
2. Selalunya anak ini tak lalu nak makan atau minum. Badan jadi lemah dan demam pun tinggi.
3. Tonsilitis ialah radang pada tonsil yang terletak pada bahagian belakang tekak.
4. Air liur mereka meleleh sebab tekak mereka sakit sangat. Anak ni tak sanggup nak telan air liur sendiri sebab setiap kali menelan, sakitnya Allah saja yang tahu.
5. Akhirnya anak perlu masuk ke wad dan diberikan air garam melalui darah (intravenous drip)
Sebenarnya ada cara lain untuk legakan sakit tekak anak tu. Saya kongsikan.
1. Makanan makanan yang sejuk.
Makanan yang sejuk ni boleh buatkan tekak anak rasa lega dan kurang sakit. Di hospital ada menu khas untuk kanak-kanak ni dipanggil ‘ice cream diet’.
Contohnya, bubur dan ada aiskrim perisa vanila di dalam bekas. Mungkin dapat 1-2 kali sepanjang tinggal di wad.
2. Minum air teh suam bersama lemon.
Ni pun boleh legakan rasa sakit pada tekak.
3. Guna Aloclair Plus Spray
Boleh dibeli di farmasi dan bila disembur pada tekak anak, kuranglah rasa sakit tu.
Tonsil yang bernanah macam dalam gambar ni selalunya dah dijangkiti bakteria. Laju-laju bawa anak jumpa doktor untuk dapatkan rawatan okay.
Dan tiga cara ni sesuai untuk anak yang kecil. Tips lain seperti air garam, tak sesuai untuk anak yang belum pandai berkumur.
Dalam masa 5-7 hari, selalunya tonsilitas ni akan beransur sembuh dan selera anak pun bertambah elok.
Tolong saya sharekan supaya lagi ramai ibu ayah yang tahu.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sindrom Kematian mendadak bayi atau SIDS biasanya berlaku kepada bayi berusia 1 tahun ke bawah. dan ia biasanya terjadi ketika si kecil mama sedang tidur. Punca sebenar kejadian ini berlaku masih lagi belum diketahui, namun mama dan papa boleh lakukan beberapa perkara untuk mengurangkan risiko SIDS ini daripada berlaku.
seperti yang dikongsikan oleh Dr Luqman Bukhari ada 5 perkara yang wajib dielakkan supaya kes SIDS tidak berlaku keapda bayi anda.
Benda ini buatkan tempat tidur bayi tak selamat
Jangan biar bayi tidur meniarap melainkan kalau dia dah pandai pusingkan badan sendiri.
Jangan tidurkan bayi kat atas kusyen, water bed atau karpet tebal ala-ala sheepskin tu.
Tak usah letakkan bantal, comforter atau patung mainan atas tilam bayi kita supaya risiko bayi lemas tertimpa benda tu semua tak berlaku
Parent sebaiknya tak tidur atas katil yang sama dengan bayi. Ada tau kes bayi meninggal dunia akibat dihempap orang dewasa.
Jauhkan perokok dari duduk atau tidur sekali dengan bayi kita. Makin jauh kesan asap rokok tu dengan bayi kita, makin rendah risiko kematian mengejut ni berlaku kepada si comel tu.
Lepas baca tolong beritahu jugak info mahal ni dekat pasangan atau pengasuh anak kita tu.
bahaya sangat kalau tak hati-hati. di US je dilaporkan ada lebih kurang 3,500 kes kematian bayi terjadi setiap tahun disebabkan tempat tidur dan cara tidur yang tak selamat ni.
Kredit: Dr Luqman Bukhari
Dengar cerita ada yang tak nak balik sebab seronok sangat main air. Faiz Dickie sempat tunjuk bakat terjun sampai perut mengandung pun hilang. Nak tahu siapa juara challenge kali ini, kenalah tengok sampai habis.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.