Melahirkan bayi pada hari kemerdekaan pasti akan menjadi memori paling diingati oleh semua ibu-ibu. Sambutan berganda dua perayaan iaitu ulang tahun kemerdekaan negara dan ulang tahun kelahiran anak menjadi kenangan paling tak dilupakan.
Biasanya setiap ibu yang bersalin pasti akan dikendalikan oleh doktor Pakar Obstetrik & Ginekologi atau juga dikenali Pakar Sakit Puan.
Tetapi bagaimana agaknya situasi dalam bilik bersalin sekiranya Pakar Sakit Puan sendiri yang hendak melahirkan anak dan dikendalikan pula oleh Pegawai Perubatan.
Dr Maiza Tusimin, Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi Prince Court Medical Centre berkongsi kenangan dia melahirkan anak bongsunya tujuh tahun lalu di hari kemerdekaan Malaysia.
Semangat Nak Bersalin Hari Merdeka
Menurut Dr Maiza, dia sanggup menahan diri tiga hari daripada melahirkan anak demi semangat patriotik mahu anak bongsu lahir pada tanggal 31 Ogos.
Disebabkan Dr Maiza seorang doktor sakit puan, sudah tentu dia tahu apa yang dilakukannya dalam hal melibatkan kelahiran seorang bayi.
Bahkan katanya dia berjaya memujuk pegawai perubatan yang mengendalikan kes kelahirannya untuk memberikan ubat pitocin kerana lebih mengetahui apa yang terbaik untuk dirinya.
Ads
Beliau bersyukur kerana dengan izin-Nya, bayi merdeka yang ditunggu dan diberi nama Dian Imanie Aziamira selamat dilahirkan.
Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia.
Pada tarikh ini, 8 tahun yang lalu, tepat jam 9.09 pagi, kelahiran bayi turut memerdekakan mama, merdeka dari kehamilan & kelahiran (sure arr last one).
So ceritanya 7 tahun abah, mama, abang, kakak, tunggu adik baby. 3 hari jugak mama tahan tak nak bersalin lagi (walaupun dah 3cm) sebab semangat patriotik nak baby bongsu kami lahir pada hari merdeka.
Ads
Memang mama plan & took this risk (tawakal sebab dah 7 tahun tak bersalin. Silap percaturan memang kene C-sec).
Since mama pakar ObGyn di Hospital Serdang, maka adik MO yang attend mama susah nak tolak bila mama ‘pujuk rayu’ mintak ARM & start pitocin lepas subuh.
(I actually sounded more like specialist giving instruction to my MO during ward round) “Betul ke nak terus start pitocin boss?” (Kesian MO saya, cuak muka dia).
“Don’t worry, I memang camne. Lepas ARM + pitocin 4 jam sure keluar. Alhamdulillah Allah permudahkan. Adik baby lahir normal pada pagi merdeka, tepat jam 9.09 pagi, 31 Ogos di dewan bersalin Hospital Serdang, bilik no 6, pada 37 minggu kehamilan.
“Mommy when I grew up, I wanna be a doctor just like you so than I can spend more time with you at the hospital.” Aww..deep sungguh ayat baby merdeka mama
Ads
Apa-apa pun, ingat pesanan yang panjang lebar ini. Ya, anda boleh merancang & memilih untuk bersalin secara normal pada tarikh pilihan anda jika anda pernah bersalin normal sebelum ini, kemungkinan besar ia akan berjaya. Tetapi sentiasa ingat bahawa masih terdapat sedikit risiko kegagalan & anda mungkin akan mengalami C-sec. Lagipun, kita merancang, tapi perancangan Allah adalah yang terbaik dari semua perancangan!
Salam Kemerdekaan ke-65 Malaysiaku yang tercinta, & Selamat Ulang Tahun baby D.I.A.
Dengan bayaran RM20, pembukaan akaun Simpan SSPN akan dibuat secara automatik. Lebih menarik, untuk peserta-peserta terawal yang mendaftar akan menerima hadiah istimewa dari Pa&Ma. Jangan tunggu lagi, ayuh daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/
Sudah lumrah anak perempuan sukakan solekan pada wajah. Bukan kita sebagai ibu yang cuba mengajar mereka sebaliknya dengan hanya melihat aktiviti setiap pagi si kecil sudah mampu mengaplikasikan sendiri peralatan solekan ke wajah mereka. Namun jangan pula mama cuba-cuba solekkan anak-anak kecil semata-mata hanya kerana mereka cukup sukakannya.
Aktiviti sebegini memang menyeronokkan malah merapatkan hubungan ibu dan anak. Pun begitu penggunaan bahan-bahan kecantikan ini sebenarnya tidak sesuai untuk kulit wajah kanak-kanak. Ini yang dikongsikan oleh Public Health Malaysia.
Jadi sebaiknya elakkan membeli mainan berbentuk solekan atau cuba memberikan alatan solekan anda sendiri seperti gincu bibir, pembayang mata, pemerah pipi dan sebagainya. Elakkan.
Kanak kanak sememangnya secara semula jadi telah comel dan mempunyai kulit yang halus. Kulit mulus mereka TIDAK perlu dicemarkan dengan bahan kimia seperti alat solek.
Walaupun alat solek tersebut selamat bagi orang dewasa, ianya tidak semestinya boleh digunakan oleh kanak kanak. Ini adalah kerana kanak kanak mempunyai tahap metabolisma yang tinggi dan mampu menyerap bahan kimia dengan pantas.
Gincu – bahan meresap ke dalam membran Eyeliner/solekan mata – BIG NO kerana kulit kelopak mata nipis Pewarna kuku Pewarna rambut Lain lain bahan kosmetik
Sekiranya bahan kosmetik mengandungi Merkuri, ia boleh diserap ke dalam tubuh dan menjejaskan perkembangan otak dan membantutkan pertumbuhan neurological.
Bilakah waktu yang selamat untuk mereka mula menggunakan alat solek?
16 tahun ke atas adalah umur yang selamat untuk mula menggunakan alat solek.
Bukan Untuk Kanak-Kanak Kesemua peralatan ini bukan dibuat khas untuk kulit wajah kanak-kanak. Ini yang bakal dihadipi oleh anak-anak kita jika kerap terdedah dengan solekan.
* Kulit kanak-kanak memiliki metabolisma yang tinggi dan mampu menyerap bahan kimia 100 %. Bahaya!
* Akibatkan jerawat apabila dewasa.
* Kulit masih nipis dan kurang fungsi perlindungan.
* Risiko contact Dermatitis.
* Risiko keracunan merkuri sehingga mengakibatkan perkembangan otak kanak-kanak boleh terjejas.
* Kulit mudah rosak dan mendapat kesan sampingan.
* Akibatkan kesan penuaan lebih pantas.
Jadi elakkan!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu-ibu yang tak sabar nak menyusukan anak yang bakal lahir, persiapkan diri anda dengan ilmu yang cukup kerana breastfeeding is commitment bukannya sekadar ikut trend!
Menyusukan anak bukan semudah yang disangkakan. Bagi yang belum ada pengalaman, proses memberi anak susu ibu bukan sekadar memasukkan puting payudara anda ke dalam mulut dan anak terus menghisapnya tanpa masalah.
Ada pelbagai rintangan, halangan dan cabaran yang ibu perlu hadapi sepanjang masa menyusukan anak. Jadi jika anda memang sudah tekad hendak memberi anak susu ibu sepenuhnya, pastikan anda tidak mudah berputus asa, hati perlu kental dan tabah!
Mungkin sukar hendak membayangkan bagaimana cabarannanya, maka lebih elok bacalah perkongsian pengalaman susah senang ibu menyusu yang ditulis oleh Maisarah Ismail ini. Semoga sedikit sebanyak gambaran yang dikongsi dapat menjadi panduan persediaan ibu semua.
Adakah anda sanggup terima :
1: Bangun setiap 2 jam setiap malam untuk menyusukan baby bermula dari hari pertama kelahiran yang penuh episod suka/duka sehingga infinityyyyy and beyond
2: Tidur mengiring sebelah side 30 minit or lebih atau duduk di kerusi memangku anak menyusu selama 30 minit atau lebih? Lebih tragis perlu lakukan sendirian sebab suami tidur mati!
3: Anak nak mengempeng dengan anda. Anak tak boleh diletak kan dalam baby cot atau atas tilam? Paling best, anda perlu lakukan sendiri sebab baby tak mau dengan suami atau orang lain. Datang pula manusia lain dengan advice negative
4: Menepati jadual pump setiap 3jam berdurasi 15 ke 20 minit sekali di tempat kerja untuk memastikan demand sentiasa ada tanpa skip session? Atau power pumping yang menelan masa sejam satu session sekurangnya seminggu sekali?
5: Breast bengkak sebab oversupply? Sehingga anda demam tahap makan tak lalu, breast panas berdenyut sampai berhari-hari? Suami buat derk (padahal suami tak tahu apa nak kena buat)
6: Badan lesu, muka pucat gara-gara keletihan bekerja, menyusukan anak , dan menguruskan rumah tangga? Sometime datang sakit kepala macam migraine tapi hanya boleh telan paracetemol sahaja sebab kau bf mom!
7: Berkuntau setiap pagi untuk menyiapkan diri ke tempat kerja dan menyiapkan anak-anak ke tempat asuhan? Paling win bila suami jenis outstation or suami keluar lebih awal dari isteri gara-gara nak elak traffic jam! duduk pulak rumah kongsi bertingkat, bag-bag berderet nak kena hangkut..pergi kerja balik kerja semua buat sorang-sorang heh!
8: Anda jenis pekakkan telinga bisukan mulut keraskan hati boleh menerima pandangan sinis dari orang sekeliling termasuk mertua, keluarga, sahabat dan netizen
9: Anda selalu lapar, makan tak henti, badan tak turun-turun sejak anak lahir (ada cara pemakanan yang betul untuk bf mom, tolong cari orang yang arif bukan main hentam je)
10: Support equipment breastfeeding gila mahal..breastpump, storage bag, storage bottle, storage bag, ice pack, nursing cover,nursing bra, nursing wear eh-eh, masuk milkbooster sekali sebab susu kurang!
11: And the list goes on and on mommies!
Ini hanyalah di antara situasi yang anda alami sebagai bf mom yang normal. Belum campur kes anak jaundice dalam pantang, emosi semasa dalam pantang, karenah anak-anak yang lain (jika ada), karenah si suami (kes isteri yang mahu bf sebab trend, kena pula suami jenis ikut suka kaulah bini, kau nak ko lead/tanggunglah). Majikan yang tak support, colleagues yang mulut celupar..belum campur bab parenting lagiiiiii..hahaha
So, welcome to the breastfeeding world mommies!
Sebab tu la saya cakap breastfeeding ni COMMITMENT, bukan trend
#supportbreastfeeding
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Salah satu peralatan memasak yang paling banyak ada di dapur adalah kuali anti lekat. Kebanyakan kita sukakan kuali begini kerana mudah untuk buat kuih ketayap, lempeng dan banyak lagi. Kuali begini menjadi pilihan kerana ia tidak melekat dan hasil masakan menjadi cantik.
Penggunaan kuali anti lekat ini pernah diragui kerana dikatakan ia memberi kesan kepada kesihatan. Tambahan pula, kita tidak tahu apakah lapisan yang digunakan pada kuali-kuali begini. Dr Fatimah Salim menjelaskan lebih lanjut tentang hal ini.
Ikuti penerangan penuh manfaat ini.
PERALATAN MEMASAK KALIS LEKAT
Komponen utama peralatan memasak ialah logam besi aka iron (Fe), aluminium (Al) dan kuprum aka tembaga (Cu). Disebabkan sifat fizikal (lembut, ringan, mudah dilentur…) dan kimia (mudah bertindakbalas), logam-logam ini dicampur dengan sedikit logam kromium, nikel, strontium atau molybdenum mengikut peratusan tertentu membentuk aloi. Ini bertujuan untuk menjadikan struktur logam utama ini lebih stabil secara kimia (tidak reaktif atau berkarat) dan tahan lasak.
Antara aloi yang paling popular ialah keluli tahan karat (stainless steel) yang mana dibentuk daripada campuran logam utama besi dan kromium.
Untuk membolehkan kita menggambarkan struktur kimia peralatan memasak ini, berbilion atom logam berkenaan terikat secara metalik. Ikatan metalik ini sangat kuat, boleh dilentur dan pengalir haba yang bagus. Ciri pengalir haba ini sangat perlu untuk memasak agar kuali cepat panas dan makanan masak dengan sekata.
Apakah yang berlaku kepada peralatan memasak ini semasa dipanaskan?
Semasa dipanaskan, logam yang membentuk peralatan memasak ini akan mengembang (tidak dapat dilihat dengan mata kasar) disebabkan oleh tenaga kinetik (pergerakan) elektronnya meningkat. Pengembangan ini akan menghasilkan ruang yang menyebabkan makanan yang dimasak mencelah masuk dan melekat pada permukaan kuali. Ini terutamanya makanan yang bersentuhan secara terus dengan permukaan seperti menggoreng atau memanggang.
Jadi untuk mengurangkan perlekatan ini, ianya ditambahkan dengan minyak yang mana bertujuan menyaluti lapisan permukaan peralatan memasak. Namun, disebabkan kesedaran dalam mengurangkan penggunaan minyak, teknologi menggantikan fungsi minyak ini dibangunkan. Maka, di sinilah konsep penyelaputan (coating) permukaan peralatan memasak diperkenalkan. Dan dinamakan peralatan memasak kalis lekat (non-stick cookware).
Lapisan Selaput Kalis Lekat Pada Peralatan Memasak:
Terdapat beberapa jenis bahan yang digunakan sebagai selaput kalis lekat termasuklah bahan kimia plastik pelincir polytetrafluoroethylene (PTFE), seramik, enamel dan silikon. Mari kita teliti satu-persatu bahan selaput ini untuk lebih jelas.
PTFE
PTFE merupakan bahan pepejal yang memiliki pekali geseran (coefficient of friction) yang sangat kecil atau dengan bahasa mudah, sangat licin. Bahan kimia ini sangat stabil dan tidak berbahaya, maka ianya dijadikan alternatif (buid-in) untuk menggantikan fungsi minyak tadi.
Apabila peralatan ini dipanaskan melebih 350 degree Celsius ianya berpotensi menghasilkan gas fluorocarbons yang menyebabkan hidung berair (sementara) dan mungkin boleh menyebabkan komplikasi kepada mereka yang mempunyai masalah pernafasan. Pun begitu, suhu ini hanya dicapai apabila kuali dipanaskan sehingga berasap-asap tanpa air atau minyak dan dalam ruang kurang pengudaraan. Fikir logik, asap berlebihan biasa juga boleh memberikan kesan yang sama. Maka, kesan ini tidak signifikan.
Sebenarnya yang merisaukan ramai ialah pengunaan bahan kimia perflurooctanoic acid (PFOA) yang dikaitkan dengan kanser. Bahan kimia ini digunakan untuk meningkatkan keterlarutan (surfactant) PTFE dalam proses pembuatan. Pun, begitu proses rawatan haba tinggi akhir terhadap peralatan ini sebenarnya tidak meninggalkan sedikit pun PFOA. Ianya telah termusnah.
Namun disebabkan desakan, pengunaan PFOA ini telah dihentikan sejak tahun 2015, lalu fungsinya digantikan dengan bahan kimia lebih terjamin iaitu perfluoropolyether seperti GenX. Dan desakan ini sebenarnya lebih kepada isu bahaya pendedahan pekerja industri berkenaan semasa proses pembuatan (bukan pada selaput kalis lekat itu sendiri) dan ianya juga menyumbang kepada pencemaran alam sekitar.
Selain daripada itu, lapisan PTFE ini boleh terkopek dan bercampur dalam masakan jika tidak dijaga dengan betul. Namun, ianya tidak bahaya kerana tidak mampu dihadam, lalu dikumuhkan dalam najis. Cuma fungsi kalis lekat itu sudah tiada, malah akan menyebabkan penambahan sifat perlekatan dengan masakan pula. Ada pula jenis yang berkarat, jadi bolehlah dielakkan dengan sapuan sedikit minyak pada bahagian yang calar setelah dikeringkan.
Disebabkan pelbagai ‘pertimbangan’ mengenai PTFE ini, maka para penguasaha datang dengan konsep ‘green’ non-stick cookwares yang berteraskan seramik, enamel dan silikon.
Seramik & Enamel
Saduran seramik dan enamel keduanya berasal daripada asas yang sama iaitu tanah liat yang mengandungi bahan kimia utama SiO2 aka pasir. Yang membezakannya adalah kekuatan suhu yang digunakan pada tanah liat dalam penghasilan kedua komponen ini di mana enamel bersifat fizikal lebih opaque, manakala seramik pula lebih seperti kaca.
Penambahbaikkan mengikut kesesuian kemudiannya dibuat dengan mencampurkan bahan kimia lain dalam pembuatan selaput ini menjadikannya berstruktur kimia hibrid (kacukan) organik-inorganik. Contoh penambahan bahan kimia organoalkoxysilane yang membentuk ikatan kovalen dan ionik yang kuat. Ikatan ini adalah kunci kepada stabiliti kimia dan fizikal saduran seramik dan enamel ini.
Seperti juga PTFE, cara penjagaan yang salah untuk peralatan jenis ini juga boleh menyebabkan selaput seramik dan enamel tertanggal lalu tidak lagi menjalankan fungsi optimum kalis lekat tadi.
Kelemahan kuali kalis lekat PTFE, seramik dan enamel adalah mereka menghilangkan keupayaan kuali untuk mengalirkan haba sepenuhnya ke permukaan makanan yang mana kesan ‘kehangusan’ yang cantik tidak diperolehi. Maka satu lagi alternatif untuk penyelesaian ini ialah dengan menggunakan lapisan silikon.
Silikon
Lapisan silikon diperbuat daripada bahan kimia polysiloxane atau siliconized polyester sama seperti pembuatan hibrid lapisan seramik namun ianya lebih kepada ciri organik. Pun begitu, silikon tidak teguh secara fizikal, maka ianya lebih sesuai digunakan dalam peralatan pastri dibandingkan peralatan memasak biasa.
Seperti yang telah saya terangkan di atas, masalah dalam peralatan yang diselaputi dengan bahan kimia kalis lekat ialah kadar aliran haba yang rendah. Maka, para pengusaha datang pula dengan konsep ‘graniteware’.
Graniteware
Peralatan memasak granite ini sebenarnya TIDAK ada langsung material daripada granite. Nama ini diberikan kerana struktur rupanya adalah seperti granite.
Ianya diperbuat daripada besi karbon (carbon steel) yang diselaputi dengan lapisan porcelain enamel. Jenis yang ini juga selamat digunakan dan lebih tahan lasak, cuma ialah lebih berat kerana konsep pengaliran haba yang baik menjadi keutamaan disamping kalis lekat dan ‘green’.
KESIMPULANNYA kesemua peralatan kalis lekat ini selamat digunakan. Namun pastikan beli daripada pengeluar yang anda yakini dan punya reputasi yang baik. Selebihnya bergantung kepada tujuan dan kemampuan masing-masing.
• Elakkan mengalirkan air SEJUK (paip) pada peralatan memasak yang mengandungi selaput kalis lekat yang masih lagi PANAS (walaupun bunyi tindakbalas pindaan haba ini ‘sedap’ didengar). Ini kerana ikatan yang membentuk selaput ini akan termusnah (degrades) disebabkan perubahan suhu yang mendadak.
• Elakkan mencuci di dalam dish washer atau mengunakan sabun yang kuat untuk peralatan memasak kalis lekat, kecuali dinyatakan selamat pada produk. Ianya akan merosakkan selaput kalis lekat dan akhirnya rekahan akan berlaku.
• Cuci permukaan kalis lekat ini dengan sabun dan span yang bersesuaian. Sekiranya terdapat makanan melekat, rendamkan dengan air sabun bagi memudahkan proses mencuci. Jangan scrub!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dapur sering dianggap sebagai ‘zona larangan’ untuk anak-anak kecil disebabkan risiko keselamatan seperti api, pisau, dan peralatan panas. Namun, dapur sebenarnya boleh menjadi tempat...