Kenapa Vaksin Tambahan Anak Penting Untuk Diketahui
Perkembangan kesihatan anak memang sentiasa menjadi keutamaan setiap ibu bapa. Sejak mereka lahir, setiap langkah penjagaan kesihatan amat penting termasuk memastikan anak mendapat vaksin yang lengkap dan mencukupi. Namun, tahukah mama papa bahawa selain vaksin wajib dalam Program Imunisasi Kebangsaan (NIP), terdapat juga beberapa vaksin tambahan anak yang boleh membantu melindungi mereka daripada jangkitan serius?
Vaksin tambahan ini bukan sahaja memberikan perlindungan lebih luas, tetapi juga menyokong kesihatan anak dalam jangka masa panjang. Jom Pa&Ma kongsikan apa yang mama papa patut tahu tentang vaksin tambahan anak ini.
Jenis Vaksin Tambahan Yang Disarankan
Selain vaksin wajib yang disediakan oleh kerajaan, berikut antara vaksin tambahan anak yang boleh mama papa pertimbangkan:
1. Rotavirus
Melindungi bayi daripada cirit-birit teruk akibat jangkitan rotavirus yang boleh menyebabkan dehidrasi. Vaksin ini penting untuk bayi yang kerap mengalami masalah perut atau usus.
2. Influenza (Flu)
Membantu mencegah selesema teruk dan disarankan setiap tahun, terutama pada musim hujan atau cuaca sejuk bagi mengurangkan risiko komplikasi seperti pneumonia.
Ads
3. Cacar Air (Varicella)
Mencegah jangkitan cacar air serta komplikasinya yang boleh menjadi teruk bagi sesetengah kanak-kanak. Anak yang sudah divaksin lebih cepat pulih dan tidak menyebarkan virus kepada adik-beradik lain.
4. Hepatitis A
Melindungi hati anak daripada jangkitan virus Hepatitis A yang boleh menjejaskan kesihatan jangka panjang, terutama bagi anak yang kerap makan di luar.
5. Meningokokus
Mencegah jangkitan otak dan saraf tunjang akibat bakteria meningokokus yang boleh membawa maut. Vaksin ini sangat penting bagi anak yang akan ke tadika atau tinggal di kawasan berisiko tinggi.
Bila Anak Patut Dapat Vaksin Tambahan
Setiap vaksin mempunyai jadual tersendiri bergantung kepada usia dan keadaan kesihatan anak. Sebagai panduan umum untuk vaksin tambahan anak:
Ads
Rotavirus: Untuk bayi berusia 6 minggu hingga 6 bulan. Diberi secara oral dalam 2 hingga 3 dos bergantung kepada jenis vaksin.
Influenza: Untuk anak berusia 6 bulan ke atas, disarankan setiap tahun.
Cacar Air (Varicella): Untuk anak berusia 12 bulan ke atas, dengan 1 hingga 2 dos suntikan.
Hepatitis A: Untuk anak berusia 12 bulan ke atas, 2 dos dengan jarak 6 bulan antara suntikan.
Meningokokus: Untuk anak berusia 2 tahun ke atas, bergantung kepada jenis vaksin dan risiko persekitaran.
Sesetengah vaksin boleh diberikan serentak dengan vaksin wajib lain. Namun, mama papa disarankan berbincang dahulu dengan doktor bagi memastikan susunan dos dan keperluan sebenar sesuai dengan keadaan anak. Klinik swasta dan hospital juga biasanya menawarkan pakej vaksin tambahan anak untuk kemudahan ibu bapa.
Kepentingan Vaksin Tambahan Anak
Walaupun vaksin dalam jadual imunisasi kebangsaan sudah melindungi anak daripada banyak penyakit serius, vaksin tambahan memberi lapisan perlindungan ekstra yang sangat bermanfaat. Antara kepentingannya termasuk:
Melindungi anak daripada penyakit berjangkit seperti cacar air dan influenza yang boleh menyebabkan komplikasi serius terutama kepada kanak-kanak kecil atau mereka yang mempunyai sistem imun lemah.
Mengurangkan risiko kemasukan ke hospital akibat jangkitan teruk seperti rotavirus atau meningitis yang boleh membawa maut.
Memberikan perlindungan awal sebelum anak terdedah kepada risiko tertentu, contohnya vaksin HPV yang disarankan sebelum remaja mula aktif secara seksual.
Melindungi individu lain di sekeliling seperti bayi, warga emas dan mereka yang mempunyai imuniti rendah melalui imuniti kelompok.
Menyokong pertumbuhan sihat dan perkembangan anak tanpa gangguan penyakit yang boleh dicegah. Bila anak kurang sakit, mereka dapat membesar dengan lebih sihat, aktif dan ceria.
Kesimpulan
Setiap mama papa pasti mahu yang terbaik untuk anak. Walaupun vaksin tambahan anak tidak diwajibkan, ia memberikan perlindungan tambahan yang berharga untuk kesihatan jangka panjang. Sebelum membuat keputusan, dapatkan nasihat daripada doktor pakar kanak-kanak bagi menentukan vaksin mana yang paling sesuai untuk si manja.
Ingat, pencegahan sentiasa lebih baik daripada rawatan. Dengan vaksin yang lengkap, anak bukan sahaja dilindungi daripada penyakit, tetapi juga dapat membesar dengan lebih sihat dan bahagia. Lindungi anak hari ini, demi masa depan mereka yang lebih cerah.
Ads
Follow kami di semua platform untuk mendapatkan update terkini dan content-content video menarik di:
Dalam era serba moden ini, perubahan gaya hidup yang drastik telah membawa kepada pelbagai implikasi kesihatan, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Salah satu isu yang semakin membimbangkan ialah obesiti kanak-kanak – satu masalah kesihatan yang tidak lagi asing, malah semakin menular dalam masyarakat kita. Obesiti bukan sekadar soal fizikal, tetapi ia adalah cerminan kepada pola pemakanan, tahap aktiviti fizikal, dan kesejahteraan keseluruhan seseorang anak. Jika tidak ditangani segera, generasi masa depan bakal dibelenggu pelbagai penyakit kronik yang berpunca daripada kegemukan berlebihan sejak usia muda.
Kenapa Obesiti Kanak-Kanak Berlaku?
Obesiti kanak-kanak berlaku apabila jumlah kalori yang diambil melebihi jumlah kalori yang digunakan. Namun, akar masalah ini jauh lebih kompleks. Antara faktor utama termasuk:
Pola pemakanan tidak sihat – makanan segera, snek bergula, dan minuman berkarbonat semakin menjadi pilihan utama kanak-kanak.
Kurang aktiviti fizikal – penggunaan gajet yang berlebihan dan ketagihan kepada permainan video telah mengurangkan masa bermain di luar.
Pengaruh persekitaran keluarga – ibu bapa yang kurang memberi contoh gaya hidup sihat juga menyumbang kepada tabiat pemakanan anak-anak.
Tekanan emosi – sesetengah kanak-kanak makan secara berlebihan sebagai cara melepaskan tekanan, ketakutan atau kesedihan.
Pengaruh media sosial – platform seperti YouTube, TikTok dan Instagram sering mempromosikan gaya hidup tidak sihat secara tidak langsung melalui video makanan berlebihan, cabaran makan ekstrem (mukbang), dan gaya hidup sedentari. Kanak-kanak yang terdedah secara berterusan kepada kandungan seperti ini lebih mudah terpengaruh dan menjadikan pemakanan berlebihan sebagai norma.
Tips Pencegahan: Membina Asas Kesihatan Sejak Awal
Mencegah obesiti memerlukan pendekatan menyeluruh. Berikut beberapa tips yang praktikal:
Amalkan pemakanan seimbang – pastikan anak-anak mendapat makanan yang kaya dengan serat, protein, vitamin dan rendah gula.
Galakkan aktiviti fizikal – sekurang-kurangnya 60 minit aktiviti fizikal sederhana hingga kuat setiap hari.
Kurangkan masa skrin – hadkan masa bermain gajet dan televisyen kepada tidak lebih daripada 2 jam sehari.
Jadikan waktu makan sebagai momen keluarga – ini bukan sahaja menggalakkan komunikasi, tetapi juga membantu kawalan bahagian makanan.
Edukasi sejak kecil – ajarkan anak-anak tentang nilai makanan sihat dan kesan pemakanan tidak terkawal terhadap kesihatan.
Kepentingan Menangani Obesiti Kanak-Kanak
Mengabaikan masalah obesiti boleh membawa kepada akibat jangka panjang yang serius:
Risiko penyakit kronik – seperti diabetes jenis 2, darah tinggi dan masalah jantung.
Isu kesihatan mental – kanak-kanak obes lebih cenderung mengalami masalah harga diri rendah, kemurungan dan buli.
Prestasi akademik terjejas – kekurangan tenaga dan tumpuan akibat masalah kesihatan boleh menjejaskan pembelajaran.
Beban ekonomi masa depan – kos rawatan penyakit kronik dan penjagaan kesihatan meningkat jika tidak dicegah dari awal.
Peranan Ibu Bapa: Kunci Kepada Gaya Hidup Sihat
Ibu bapa adalah model utama kepada anak-anak. Justeru, tanggungjawab mereka amat besar:
Jadilah contoh terbaik – amalkan gaya hidup sihat dalam pemakanan dan aktiviti harian.
Buat pembelian bijak – isi dapur dengan makanan berkhasiat, bukan jajan dan minuman manis.
Libatkan anak dalam aktiviti fizikal bersama – berjalan kaki, berbasikal atau bersukan sebagai keluarga.
Didik dengan kasih sayang, bukan ganjaran makanan – elakkan menggunakan makanan sebagai habuan atau hukuman.
Masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak bukanlah isu remeh yang boleh dipandang enteng. Ia menuntut tindakan kolektif daripada semua pihak – ibu bapa, guru, masyarakat dan pembuat dasar. Dengan pengetahuan, kesedaran dan usaha yang berterusan, kita mampu membentuk generasi muda yang lebih sihat, cerdas dan seimbang dari segi fizikal serta emosi. Ingatlah, mencegah itu lebih baik daripada merawat – dan usaha itu bermula di rumah, hari ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Panggil anak dari jauh kadang-kadang mencabar juga. Anak tak dengar atau ada masa anak saja tak nak respon bila kita panggil tu. Sampai nak terkeluar tekak menjerit panggil nama anak.
Sebenarnya anak yang tidak menyahut panggilan kita tu mahukan perhatian. Mereka seronok apabila nama dipanggil beberapa kali, menandakan kehadiran mereka dihargai oleh mama papa. Lagi banyak kali kena panggil, dia rasa diperlukan.
Macam-macam ragam waktu anak kecil ni kan? Seronok nak dibuat kenangan bila semuanya dah besar nanti. Sebaik-baik cara untuk kita ‘menyeru’ anak, gunalah panggilan yang baik-baik. Contohnya, “Rafid sayangggg..” atau “Mana anak bertuah Mommy yang namanya Dhani tu?”. Dengan cara panggilan begini, anak akan rasa bahagia dan ia dapat membuatkan anak menjadi yakin dan sentiasa positif.
Bercerita tentang memanggil anak ni, lucu pula bila lihat video yang dikongsikan oleh penyanyi cantik, Adira Suhaimi. Semasa dia sedang duduk di dapur, dia mahu memanggil anak lelakinya iaitu Assan. Pada awalnya macam biasa saja, tapi bila Assan masih tidak menyahut atau datang pada Adira, dia mula menggunakan ‘suara petir’.
Sebaik mendengar suara high pitch ibunya, terus dia datang ke dapur. Ibu kepada tiga orang ini lantas memujuk dan memeluk anak lelakinya itu. Menerusi kapsyen, Adira sempat bergurau mengatakan awaslah yang duduk dekat dengan ibu-ibu bila suara lantang dah keluar!
Video tersebut telah mendapat hampir 30,000 tanda suka dan ramai juga yang meninggalkan komen terhibur melihat gelagat Adira dan anak-anaknya;
Bila tengok video Adira ni, memang boleh relate. Biasanya memang terkeluar suara macam ni waktu nak panggil anak. Lagi-lagi bila dah sekali dua dipanggil, masih tak menyahut. Bukan marah pun, cuma nak pastikan anak dengar yang kita tengah panggil dia kan?
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai Mama dan Papa, tidak mudah untuk merendahkan ego dan memohon maaf dari anak-anak. Ya, ia boleh disebut dengan mudah tetapi sejauh mana kita benar-benar maksudkan kata maaf itu? Ingatlah, mereka belajar untuk memohon keampunan dan memafkan daripada kedua orang tuanya.
Bukan saja anda dapat memperbaiki situasi tegang yang telah berlaku antara kalian bahkan mengajar mereka satu nilai positif pada masa yang sama. Anda tahu anda bersalah, tetapi tidak tahu cara yang tepat untuk memohon maaf? Pa&Ma senaraikan empat perkara yang harus anda lakukan jika mahu meminta maaf daripada anak-anak.
Mohon maaf tanpa henti tidak bermaksud anda kalah dengan mereka. Cara ini dapat menunjukkan kepada mereka betapa serius anda mahu minta maaf dan memperbaiki keadaan. Katakan begini, “Mama tahu apa yang Mama buat tu salah. Mama minta maaf ya?”. Cukup begitu. Jangan sesekali memberi alasan dan cuba mencari kesalahan anak anda ketika anda sedang memohon maaf. Jangan pula anda kata begini, “Betul Mama salah. Mama minta maaf, tapi kalau kamu tak buat ………………”. Ini bukan cara memohon maaf yang anak anda akan hargai.
2.DENGAN RENDAH HATI, MINTA ANAK MAAFKAN ANDA
Memandangkan bukan mudah untuk memaafkan, kita harus sentiasa berusaha. Minta maaf dengan ikhlas dan tunjukkan yang anda benar-benar rasa bersalah. Selepas memohon maaf, mintalah anak untuk menerimanya. Jangan paksa, tetapi perlahan-lahan ambil hati mereka semula.
TUNJUKKAN KESUNGGUHAN DENGAN PERBUATAN
Dengan memohon maaf dan meminta dimaafkan, itulah yang menjadikan usaha anda itu berkesan. Perbuatan dan sikap yang kita tunjukkan kepada anak-anak perlu sekuat perkataan yang keluar dari mulut. Jika kita terus membuat salah yang sama berulang kali, kata maaf kita mungkin tidak bermakna lagi kepada anak-anak.
Jika anak-anak menerima permohonan maaf kita, tidak bermaksud semuanya akan pulih segera. Mungkin anak-anak mudah melupakan jika mereka masih kecil, tetapi anak yang sudah besar sedikit, mereka akan mengambil masa untuk kembali rapat dengan kita. Bersabarlah. Kesungguhan anda memohon maaf dan keihklasan anda untuk membuktikannya akan memberi ruang kepada anak anda untuk memaafkan anda tanpa mengingatinya.
Anak-anak belajar dari apa yang mereka lihat dan dengari. Untuk menjadikan mereka anak yang baik dan sentiasa positif, nilai itu harus ditunjukkan kepada mereka. Tidak sukar untuk menyebut perkataan maaf, tapi tanyakan pada diri sendiri jika anda benar-benar maksudkannya, kerana itulah yang penting.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.