Semua ibu hamil yang merupakan warganegara Malaysia boleh menerima suntikan vaksin kombinasi tetanus-difteria-pertussis (Tdap) secara percuma di fasiliti kesihatan primer Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menyediakan perkhidmatan kesihatan ibu.
Pemberian vaksin yang baik untuk kesihatan ibu hamil itu sudah pun diberi bermula 26 Mei yang lalu.
Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, inisiatif “Imunisasi Tdap untuk Ibu Mengandung” ini diperkenalkan khusus untuk memberikan perlindungan awal kepada bayi dalam kandungan daripada tiga penyakit utama iaitu tetanus, difteria dan batuk kokol.
Ads
“Pemberian vaksin ini disarankan kepada ibu hamil yang berada dalam minggu kehamilan ke-28 hingga ke-32, dan ianya terbukti selamat serta berkesan tanpa menjejaskan kesihatan ibu atau bayi,” ujarnya.
Dr Dzulkefly turut menegaskan pentingnya pendekatan “imunisasi sepanjang hayat” sebagai langkah strategik untuk mencegah penyakit dari peringkat awal lagi. Ini termasuk perlindungan dari dalam kandungan hinggalah ke usia warga emas.
Ads
Katanya lagi, imunisasi bukan sekadar pelaburan dalam kesihatan awam, malah ia mencerminkan keadilan sosial dengan memastikan setiap lapisan masyarakat menerima perlindungan sewajarnya.
Langkah memperkenalkan vaksin Tdap secara percuma untuk ibu hamil ini bukan sahaja melindungi nyawa, malah mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan kesihatan generasi akan datang terpelihara sejak awal lagi.
Ads
Imunisasi bukan sekadar suntikan, ia adalah perlindungan, kasih sayang, dan harapan untuk masa depan.
Sumber: Berita Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas mengalami keguguran dua minggu lalu, Rafidah Ibrahim kini sudah pun habis berpantang.
Menurut kata Rafidah menerusi Instagramnya, ia adalah pengalaman baru buatnya dan suami malah keduanya mengakui banyak belajar dari pengalaman pertama kali itu.
Malah kata Rafidah lagi, disaat dia kekurangan ilmu, Allah hadirkan insan-insan yang sentiasa membantunya sepanjang berpantang.
“Alhamdulillah terima kasih En Suami @mithosama 😍 yang menjaga saya sepanjang berpantang walaupun ini pengalaman baru buat kami berdua.
“Banyak perkara yang kami tak tau & sedang belajar. Syukur ke hadrat Ilahi yang mendatangkan orang sekeliling yang banyak membantu dan memberi nasihat serta tips kepada kami,” tulisnya berkongsi.
Masih terus berpantang
Malah kongsi Rafidah lagi, dia kini masih meneruskan pantang dalam beberapa perkara.
Malah wanita genit ini juga berterima kasih kepada keluarga, rakan-rakan terdekat serta pengikutnya yang sentiasa mendoakan kesejahteraannya sepanjang melalui detik itu.
“Semalam genap 2 minggu dan InsyaAllah saya masih meneruskan pantang dalam beberapa perkara.
“Terima kasih tak terhingga atas nasihat daripada keluarga, para sahabat, para media, para pengikut saya dan semua yang tidak henti-henti mendoakan kebaikan buat kami.
“Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian. Semoga kalian dirahmati Allah s.w.t di dunia dan di akhirat ❤️. Gambar kedua tu antara lauk / supplement tambahan sepanjang saya berpantang,” tulisnya lagi.
Nak dapatkan kelengkapan sekolah anak, jom ke Hari-Hari.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Boleh dikatakan setiap ibu yang melahirkan bayi secara normal akan melalui pengalaman jahitan selepas bersalin. Sama ada banyak atau sikit bergantung pada nasib. Bagi yang pernah mengalaminya mesti tahu betapa seksanya nak jaga luka bersalin. Tambah lagi bila yang baru pertama kali bergelar ibu.
Sebenarnya episiotomi dan ceasarean adalah dua jenis luka yang memerlukan penjagaan sepanjang waktu lepas bersalin. Dalam tempoh dua minggu lepas bersalin risiko luka ini terbuka sangat tinggi.
Sebab itu, ibu kena lebih berhati-hati dan jangan terlalu lasak. Berjalan pun mesti kena beringat. Bagi yang menjalani proses ceaser luka di bahagian tersebut pun kena jaga sebaiknya kerana risiko untuk jangkitan kuman boleh berlaku.
Berikut perkongsian dari Dr Hana untuk peringatan semua ibu dan tip yang perlu dilakukan untuk mencegah luka bersalin terbuka.
LUKA SAYA TERBUKA!
Bekerja di klinik ibu dan anak, Dr Hana banyak terima rujukan kes episiotomy dan luka bersalin yang terbuka semula. Yang Dr Hana terpaksa jahit semula pun ada.
Seorang ibu yang baru 7 hari bersalin dirujuk kepada Dr Hana dengan episiotomy wound gapping. Bila diperiksa, semua benangnya dah tertetas sebelum sempat lukanya bercantum.
Tak sempat Dr Hana tanya, beliau sendiri mengaku dah guna D***** untuk cuci luka. Mungkin tak serasi, atau cecair antiseptik tu tak dilarutkan dulu sehingga boleh menghakis benang jahitannya.
Sakit bersalin pun masih terasa, lepas tu sakit pula sebab luka terbuka semula. Semoga Allah membalas pengorbanan dan kesabaran ibu-ibu semua dengan ganjaran berlipat ganda.
Secara umumnya luka episiotomi/jahitan bersalin akan sembuh dalam tempoh 2-4minggu. Benang yang digunakan adalah absorbable sutures yang akan larut sendiri tanpa perlu dibuang setelah luka sembuh.
Jangan lupa share dan tag ibu-ibu yang bakal dan baru bersalin. Penting untuk semua ibu tahu apa yang patut dilakukan bagi memastikan luka bersalin cepat sembuh dan tiada sebarang komplikasi yang boleh memberi kesan trauma selepas melahirkan anak.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai seorang ibu, kita akan mengutamakan semua perkara sehingga terlupa untuk beri perhatian pada diri sendiri. Bila buat sesuatu, ada masanya melebihi kemampuan diri kerana kita mahukan yang terbaik buat keluarga tercinta. Jangan lupa untuk beri penghargaan kepada diri sendiri.
Sebagai seorang ibu, kita menjadi tunggak kekuatan keluarga. Andainya seorang ibu jatuh sakit, habis urusan lain akan tergendala. Untuk menggembirakan diri sendiri, ada beberapa perkara yang boleh dibuat. Bila ibu happy, satu keluarga akan turut rasa bahagia.
Sejak ada anak, rutin tidur anda tidak lagi seperti dulu. Dalam kebanyakan masa, tidur anda tidak lagi benar-benar lena. Betul bukan?
Kesihatan fizikal dan dalaman penting untuk membolehkan anda meningkatkan produktiviti diri sama ada menguruskan hal kerja ataupun rumah tangga. Jadi, cari masa untuk tidur sebentar di siang hari. Dapat 10 – 15 minit tidur berkualiti sudah cukup untuk anda ‘mengecas’ tenaga.
2. Keluarkan Peluh
Luangkan sedikit masa, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu untuk bersenam ringan. Tidak perlu ke gimnasium pun. Cukuplah sekadar membawa anak ke taman permainan di dalam kawasan perumahan. Anda boleh bermain bersama anak sambil mengeluarkan peluh.
Dengan bergerak aktif, anda kurang berisiko jatuh sakit seperti demam, batuk dan selesema. Malah, pakar perubatan mengakui aktiviti bersenam membantu anda merembeskan hormon endorfin yang turut digelar hormon gembira.
Kebanyakan ibu lebih mengutamakan keperluan anak-anak apabila ada duit lebih. Naluri ibu memang begitu. Anda akan akan belikan pakaian mahupun alat permainan untuknya. Walaupun ada masanya teringin membeli baju, tudung, beg tangan atau kasut baru, semuanya dipendamkan kerana mahu menggembirakan si anak.
Jangan begitu. Apa kata ada peruntukkan wang yang ada dengan sebahagian daripada untuk diri sendiri dan separuhnya pula untuk anak-anak. Baru adil. Bukan apa, diri anda sendiri pun perlu diutamakan juga.
4. Buatlah Apa-Apa Untuk ‘Me-Time’
Jangan sesekali menganggap masa ‘me time’ sebagai tanda anda mementingkan diri. Anda perlukannya. Ahli psikologi juga menekankan hal ini. Setiap manusia memerlukan masa bersendirian untuk membantu diri kembali segar selepas meluangkan masa untuk diri berseorangan tanpa memikirkan hal-hal lain yang mengusutkan fikiran.
Untuk merealisasikan hal ini, cuba berbincang dengan suami dan alihkan sementara tanggung jawab yang biasa anda lakukan kepadanya. Sebaik-baiknya pada hujung minggu atau waktu hari minggu yang bersesuaian. Dapat satu jam dalam seminggu pun sudah cukup.
5. Buat Benda Yang Kita Suka
Dahulu mungkin anda ada hobi tersendiri. Namun, sejak ada anak, ia terpaksa dikuburkan lantaran kekangan masa. Mungkin ada yang suka membaca buku, melukis, berkebun, berenang dan sebagainya. Jadi, cari masa yang sesuai untuk terus melakukan aktiviti ini terutamanya ketika anda diberi lampu hijau oleh suami untuk ada ‘me time’ sendiri.
6. Belajar kemahiran baru
Anda sebenarnya perlu meningkatkan kualiti diri dan menambah kemahiran tertentu. Jadikan ini sebagai salah satu manfaat buat diri. Anda boleh belajar membuat kraf, menjahit, membuat kek dan lain-lain.
Nampak remeh, tetapi ia secara tidak langsung dapat memotivasikan diri untuk berasa lebih yakin diri Manalah tahu, boleh juga ia dimajukan sebagai sumber pendapatan melalui perniagaan suatu hari nanti.
Jom belajar rahsia ajar anak simpan sampai jadi jutawan di SINI