Semakin hari semakin ramai ibu bapa yang mendapat pendedahan tentang betapa pentingnya penggunaan kerusi keselamatan bayi/kanak-kanak dalam kereta. Malah ada yang sanggup menabung untuk membeli ataupun menukar kerusi keselamatan anak-anak.

Kerajaan juga memandang serious tentang kepentingan kerusi keselamatan kanak-kanak dengan mewajibkan setiap kenderaan WAJIB memasang kerusi keselamatan kanak-kanak menjelang tahun TAHUN 2020.

Penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak ini sebenarnya telah lama diwajibkan di negara maju. Mereka mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap keselamatan anak-anak.

Menurut perkongsian daripada Rotaract Galati yang telah menganjurkan program kesedaran kepentingan kerusi keselamatan kanak-kanak menerusi Condu prudent, alege viața! Mereka telah melakukan 5 demo/situasi kedudukan kanak-kanak di dalam kereta semasa kenderaan sedang bergerak.

Mari kita lihat apa yang berlaku terhadap kanak-kanak sekiranya berlaku kemalangan dengan kelajuan yang rendah dalam situasi berikut:

IKLAN
  1. Situasi bayi/kanak-kanak yang berada di kerusi hadapan TANPA MEMAKAI Tali pinggang keledar (Kelihatan kanak-kanak tersebut tercampak dari kerusi ke hadapan)
    .
  2. Situasi bayi/kanak-kanak yang berada di kerusi hadapan DENGAN MEMAKAI Tali pinggang keledar (Kelihatan kanak-kanak tersebut terhentak ke hadapan, mungkin boleh mengalami kecedaraan di bahagian leher). Diingatkan, kanak-kanak yang belum mencapai ketinggian/berat dewasa tidak sesuai duduk di atas kerusi orang dewasa kerana tali pinggang keledar direka khas untuk orang dewasa, sebab itulah kerusi keselamatan kanak-kanak penting dan mempunyai tali keselamatan yang sesuai dengan umurnya dan beratnya, apabila berlaku kemalangan mereka tetap terikat kemas.
    .
  3. Situasi ibu memeluk anak. Kelihatan anak tercampak/terlepas dari pelukan si ibu.
    .
  4. Situasi duduk di dalam kerusi keselamatan kanak-kanak dan menghadap ke hadapan. Kedudukan ini salah untuk bayi dibawah umur 1 tahun.
    .
  5. Situasi duduk di dalam kerusi keselamatan kanak-kanak dan menghadap ke belakang. Kedudukan ini selamat untuk bayi dibawah umur 1 tahun, impak hentakan akan berkurang dalam kedudukan ini.

“Video Bayi Tercampak Ke Depan” Inilah Yang Berlaku Jika Bayi Tidak Diletakkan Dalam Car Seat

“Video Bayi Tercampak Ke Depan” Inilah Yang Berlaku Jika Bayi Tidak Diletakkan Dalam Car Seat

IKLAN

Menerusi video yang dikongsi, jelas dan terang betapa bahayanya anak-anak tanpa kerusi keselamatan. Anda nilailah video ini dengan baik.

KERUSI KANAK-KANAK WAJIB DIGUNAKAN MULAI TAHUN 2020.

IKLAN

“Video Bayi Tercampak Ke Depan” Inilah Yang Berlaku Jika Bayi Tidak Diletakkan Dalam Car Seat

Peraturan mewajibkan penggunaan kerusi khas kanak-kanak di dalam kenderaan persendirian, sebelum ini sepatutnya dilaksanakan pada tahun ini, namun telah ditangguhkan setahun lagi iaitu akan mula dikuatkuasakan pada tahun 2020.

Kita, ibu bapa lah golongan yang bertanggungjawab keatas statistik kematian bayi yang tercampak keluar dari kereta. Ayuh kita jadikan statistik ini kepada 0%.

Sumber: Rotaract Galati

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI