
Pelakon jelita dan usahawan terkenal, Nur Fazura, sekali lagi mencuri perhatian warganet apabila video pendek anak tunggalnya, Nur Fatima Aisya, menjadi tular. Fazura yang dikenali bukan sahaja kerana bakat lakonan dan pengaruhnya dalam dunia perniagaan, tetapi juga sering berkongsi momen manis bersama Fatima di media sosial.
Kali ini, kecomelan dan kepetahan Fatima berjaya mencuit hati ramai apabila video tersebut meraih pelbagai reaksi lucu daripada netizen.
Dalam video berdurasi satu minit itu, seorang individu bertanya kepada Fatima:
“Kalau mommy hilang, macam mana nak identify mommy? Boleh describe dan bayangkan identiti mommy?”
Tanpa berfikir panjang, Fatima memberikan jawapan spontan yang mengundang senyuman ramai.
Menurut Fatima, ibunya boleh dikenal pasti melalui penampilan:
“Nama dia Fazura, last time dia pakai baju cantik, kasut tinggi, high heel, rambut cantik dan pakai tudung lagi nampak cantik.”
Namun bahagian paling mencuit hati ramai adalah apabila Fatima ditanya tentang umur mommy.
Dengan mimik muka polos dan seolah-olah sedang berfikir, Fatima menjawab:
“25 tahun!”
Jawapan itu membuatkan ramai terhibur termasuk Fazura sendiri.
Fazura menulis kapsyen pada video berkenaan:
“Kalau mommy hilang, rasanya boleh identify lah dari description Fatima? 25? Oh my dear child.. 🤣”
Selain itu, Fatima turut menjawab beberapa soalan lain dengan penuh spontan:
Kejujuran dan kepetahan Fatima nyata mencuri perhatian warganet.
Ruangan komen dibanjiri pelbagai reaksi lucu dan positif daripada netizen yang terhibur menonton video comel Fatima describe mommy Fazura.
Antara komen yang mencuit hati:
Nur Fazura Che Wan, atau lebih dikenali sebagai Fazura, merupakan seorang pelakon, pengacara dan usahawan terkenal di Malaysia. Beliau mula mencipta nama menerusi drama dan filem popular seperti Gol & Gincu dan Manisnya Cinta Di Cappadocia.
Fazura pernah berkahwin dengan pelakon terkenal, Fattah Amin, pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan,Nur Fatima Aisya.
Namun begitu, pasangan ini mengumumkan perpisahan mereka secara rasmi pada tahun 2024 selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga.
Sumber: missfazura