Menerusi perkongsian di TikTok, Pelakon Emma atau nama penuhnya Fatimah Rohani Ismail, 31, berkongsi video yang mempamerkan anaknya itu sedang mengigau sambil menyanyikan lagu kartun Coco Train.
“Kesian anak mama mengigau coco train,” katanya.
Melihat kepada telatah Shariq, rata-rata pengikut aktres itu tampil memberikan pelbagai respons termasuklah ada diantara mereka yang boleh ‘relate’ dengan tindakan anaknya itu.
Bayi 8 bulan, Muhammad Ayden Luth dipercayai di dera oleh pengasuhnya di sebuah rumah di Pulau Pinang. Pengasuh sempat menghantar gambar kesan lebam seluruh badan bayi tersebut kepada ibu mangsa.
Tanpa membuang masa, ibu tersebut bergegas pulang untuk membawa anaknya ke hospital. Namun selepas pemeriksaan, doktor percaya bahawa bayi tersebut telah di dera.
Puas hati hang dok dalam lokap buat anak org.. anak kakak aku sendiri hang boleh buat mcm ni.. Hari-hari bapak aku ambik anak kakak aku hang punya manis mulut.. rupanya hang perempuan jahat.
20/8 7.00pg – awai pagi kakak aku hantar p umah pengasuh ni.. Patut la setiap kali hantar Ayden, dia kaleh muka sebab tau la kot hang selalu dok buat kat dia
10.00pg onward – Hang boleh msg kak aku tunjuk gambar anak dia macam ni.. hang cakap hang tak tahu apa jadi.. kak aku balik dari office terus p umh hang.. hang pegang Ayden sama-sama bawa kakak p hospital.. Doc X-ray & ambik darah tak dak masalah apa-apa pon.. lastly memang kes dera laa.. Pihak hospital terus call polis laa (haaa laaaaa dah KES DERAAA WEEHHHHH).. polis soal siasat kakak aku, dia semua tetap tak mengaku.
Polis bawa semua p balai sebab nak cari punca dia.. nasib laa polis dah memang pandai bab-bab soal.
tanya anak dia yang umur 4 tahun.. anak 4 tahun boleh cakap mak dia memang selalu dok buat Ayden.. apa lagi Polis memang soal laa hang .. hang boleh buat tak tau apa berlaku.. last memang hang kena sumbat lokap..
Tak habis lagi hang boleh sembur kakak aku cakap tak suka anak dia.. tak suka pun, budak tau apa.. dok bayar duit hang untuk jaga bukan dera anak orang.
Tiada yang paling menghibakan bagu seorang ibu apabila anak yang dilahirkan normal tidak lagi lincah. Dulu menjadi penghibur hati mama dan baba, kini Aqil terlantar koma.
Bagai terngiang-ngiang lagi suara si manja kesayangan memanggil mama atau baba. Tetapi tu semua tinggal kenangan. Yang tinggal hanyalah sekujur tubuh kecil terlantar kaku atas tilam sejak 17 bulan lalu.
PENDARAHAN DI KEPALA AKIBAT SAWAN
Kini sudah 15 bulan Muhammad Aqil Zikri Kamal Ariffin berusia 42 bulan ‘tidur’ selepas mengalami pendarahan di kepala kerana diserang sawan pada tahun lalu.
Tempurung kepala Muhammad Aqil terpaksa dibuang selepas menjalani pembedahan membuang darah beku kerana sudah tamat tempoh.
Ibunya, Nurul Azlin Abdul, 35, berkata, anak bongsu daripada dua beradik itu kini berada dalam keadaan koma dan hanya bergantung kepada susu yang disalurkan melalui tiub ke hidung.
BANYAK MASA DIHABISKAN DI HOSPITAL
Ibu ini turut berkongsi kesedihan semenjak Aqil sakit, masa mereka sekeluarga banyak dihabiskan di hospital hingga mengambil masa yang lama. Balik ke rumah, Aqil menghabiskan masanya di atas tilam.
“Keadaan Muhammad Aqil tidak berubah dan sesekali diserang sawan menyebabkan badannya kemerahan. Hati ibu mana tidak sedih melihat anak yang suatu ketika dahulu lincah tetapi kini menghabiskan masa ‘tidur’ atas tilam.
“Sejak Mac hingga Disember tahun lalu, episod kehidupan kami banyak dihabiskan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar selepas dipindahkan dari Hospital Langkawi.
“Hinggalah Februari lalu, Muhammad Aqil dibenarkan pulang tetapi dia bukan lagi seperti kanak-kanak lain. Kepulangan dia kali ini dalam keadaan tidak sedarkan diri serta parut kesan pembedahan di kepala,” kata Azlin.
CORETAN HIBA IBU TULAR
Keadaan Muhammad Aqil menjadi tatapan umum selepas ibunya, Nurul Azlin memuat naik status dalam Facebook dengan coretan yang menghibakan.
Nurul Azlin mencoretkan:
DISERANG SAWAN KETIKA DALAM JAGAAN PENGASUH
Menceritakan kejadian menimpa anaknya itu, Nurul Azlin berkata, Muhammad Aqil diserang sawan ketika dalam jagaan pengasuh tidak jauh dari rumahnya di Kuah, Langkawi.
“Waktu itu, dia berusia 26 bulan dan kami segera mengejarkannya ke hospital dan pemeriksaan mendapati terdapat darah beku dalam kepalanya dan memerlukannya menjalani pembedahan segera.
“Sebaik pembedahan selesai, keadaan Muhammad Aqil tidak berubah walaupun pernafasannya normal.
SUSU PERLU DIBERI SETIAP 4 JAM
Ibu ini turut bercerita tentang rutin harian penjagaan Aqil dan dia meletakkan jawatan semata-mata ingin menjaga permata hatinya itu. Katanya susu khas akan diberikan setiap empat jam sekali. Sesekali mata dibuka.
“Setiap empat jam, kami perlu sediakan susu khas yang dimasukkan melalui saluran tiub. Ada ketika dia membuka mata tapi tidak lama dan kembali pejam. Saya kemudiannya berhenti kerja kerana Muhammad Aqil memerlukan penjagaan rapi,” kata Nurrul.
GANTI TEMPURUNG KEPALA KOS RM10,000
“Saya pernah bertanya kepada doktor untuk menggantikan tempurung kepalanya tapi ia memerlukan kos sebanyak RM10,000 dan juga tiada jaminan dapat diberikan sama ada Muhammad Aqil boleh sedar atau kekal ‘tidur’.
“Jadi, kami mengambil keputusan untuk tidak meneruskan niat itu, memandangkan tidak sampai melihat keadaannya jika kerap dibedah.
“Kami tidak mengharapkan apa-apa, cuma meminta rakyat Malaysia mendoakan Muhammad Aqil supaya sembuh seperti sebelum ini,” katanya.
Setiap kali walid atau mama Ainul Mardhiah berkongsi gambar terbaru buah hati rakyat Malaysia semestinya ramai teruja. Bukan apa dari mula penderitaan Ainul diketahui oleh orang ramai, semua mendoakan yang baik-baik saja untuk si comel ini.
Selepas berjaya melalui pembedahan berisiko sekitar Jun tahun lalu, kini boleh dikatakan perkembangan Ainul sangat baik.
Siapa sangka di sebalik ujian besar yang dilalui seawal lahir, Allah aturkan perjalanan yang cukup indah untuk Ainul membesar.
Mula pandai nak suruh bawa berjalan
Melalui apa yang dikongsikan oleh walid Ainul, Ahmad Safiuddin, Ainul sekarang dah mula pandai nak minta di angkat dan di dukung untuk berjalan.
“Mungkin dia dah rasa penat berbaring sebelum ini dan selepas keadaannya makin baik dan Allah kurniakan kesihatan yang baik, pantang nampak orang datang dekat dengannya mesti akan hulurkan tangan minta kita angkat.
“Lagi satu bila dah angkat dan pangku, Ainul masih meronta-ronta seolah tidak selesa. Tapi bila kami semua mula memahami keadaannya, rupa-rupanya dia nak kita berdiri dan bawa dia jalan-jalan,” kongsi walid Ainul dengan penuh kegembiraan.
Bagaimanapun, Ahmad Safiuddin menambah memandangkan Ainul masih lagi bergantung kepada mesin oksigen, jadi amat terhad sikit untuk bawa Ainul jalan-jalan.
“Jika nak bawa dia jalan-jalan pun mesti kena ada mesin oksigen bagi memudahkan pernafasannya,” katanya.
Sebelum ini walid Ainul pernah memberitahu Pa&Ma, mesin oksigen fleksibel yang boleh dibawa ke mana-mana tu baterinya boleh bertahan dalam tempoh dua jam. Selepas itu terpaksa dicas semula.
“Jadi kena sentiasa bersedia kerana Ainul sekarang masih bergantung sepenuhnya pada mesin tersebut. Cuma bila dah dia betul-betul boleh menelan air liur sendiri dan paru-parunya beransur pulih, insya-Allah mesin oksigen itu dah tak perlu untuk Ainul,” jelasnya.