Luth Ali anak bijak. Cahaya mata pelakon Saharul Ridzwan & Deena Emir ini mesti buat anda senyum sendiri.
Sebagai bapa, sudah menjadi tanggungjawab untuk memimpin ahli keluarga ke jalan yang diredai Allah. Penerapan awal sejak dari usia anak masih kecil lebih berkesan dan mudah. Sama seperti yang dilakukan oleh aktor Saharul Ridzwan ini kepada anak sulungnya, Luth Ali atau mesra dengan panggilan Ali.
Ali yang berusia setahun selalu buat aksi comel bersama babanya. Terbaru Saharul memuat naik video Ali menarik sejadah untuk solat dengan kapsyen;
Sebenarnya hubungan rapat ayah dan anak boleh dibina sejak hari pertama lahir lagi. Walaubagaimanapun, ramai menganggap anak-anak dikatakan akan lebih rapat dengan ibu berbanding ayah. Ini kerana telah wujud hubungan istimewa antara ibu dan anak sejak dalam kandungan lagi.
Jadi tidak bermakna bapa perlu meletakkan tanggungjawab menjaga anak sepenuhnya pada isteri. Sebenarnya peranan seorang lelaki yang bergelar ayah sangat penting dalam membentuk jati diri anak sejak kecil lagi.
Ini kerana kebanyakan anak-anak akan menjadikan ayah mereka sebagai idola kerana mereka mudah terpengaruh dengan peranan seorang ayah. Malah, terdapat banyak kebaikan jika anak rapat dengan ayah sejak kecil.
Kajian juga menyatakan anak yang rapat dengan ayah akan mempunyai sifat positif terutama dalam proses perkembangan minda dan jati diri.
Selain itu, seperti yang dikongsikan oleh Pengasas Parent Connect Consultancy, Noor Afidah Abu Bakar perhubungan yang rapat antara ayah dan anak boleh dibina dengan hanya menukar lampin anak sejak hari pertama anak lahir?
Ayah juga perlu bijak dalam memilih lampin yang sesuai untuk anak, klik disiniuntuk mengetahuinya
3 tahun pertama kehidupan seorang anak adalah waktu kritikal di mana ‘attachment’ sangat diperlukan. ‘Attachment’ inilah yang akan membina rasa percaya (trust) dan hubungan yang rapat (connection) yang berpanjangan (insya Allah) antara ayah/ibu dan bayi.
Ketika 3 tahun pertama, anak memerlukan lebih kurang 5000 kali pertukaran lampin. Jika seorang ayah menukar lampin hanya 20% kali sekalipun, itu sudah memberi 1000 peluang untuk ayah ‘bond’ dan berinteraksi dengan anak.
Ayah perlu mencuba pelbagai cara untuk mendapatkan perhatian bayi untuk menukar lampinnya dan bayi pula selalunya terhibur dengan gurauan ayah ketika berinteraksi.
Interaksi yang dibina dari peringkat awal inilah juga yang menjadikan tugas mendisiplinkan anak lebih mudah kerana ‘connection’ telah pun terbina.
Jika menukar lampin pun tidak mahu dilakukan, bagaimana ayah hendak memainkan peranan sebagai pembimbing tingkah laku anak?
Easy peasy. Syabas saya ucapkan kepada semua ayah yang menukar lampin anak.
Setiap anak dilahirkan dengan memiliki sifat-sifat yang unik pada diri anak tersebut sahaja. Tidak ada dua anak yang sama dan serupa 100% walaupun seibu dan sebapa. Walau anak kembar seiras sekalipun, mereka memiliki ciri-ciri dan sifat-sifat yang berbeza.
Bagi ibubapa yang mempunyai anak remaja ataupun sudah dewasa, tentu anda perasan ada sifat anak yang dibawa dari bayi sehingga ke remaja ataupun dewasa. Sifat ini bukanlah sifat yang tidak elok tetapi ibubapa perlu memahami sifat tersebut untuk memperelokkan anak dengan sifat semulajadi yang dimilikinya itu.
Ada anak yang ketika kecilnya langsung tidak boleh berenggang dengan ibu. Pantang tidak nampak ibu ataupun tidak bau ibu, maka air mata kasih pun berlinangan kerana mencari-cari si ibu. Apabila tidur, anak ini perlu merasa disentuh dan tersentuh oleh kulit ibu. Emosi anak cepat terganggu jika tiada kelibat ibu ataupun sentuhan ibu. Anak ini bukan mengada, anak ini bukan lembik, anak ini bukannya terlalu bergantung kepada ibu tetapi anak ini lahir sebagai seorang individu yang SANGAT SENSITIF atau ‘highly sensitive child’. Tahun pertama ataupun mungkin hingga tahun kedua usia anak yang ‘highly sensitive’ ini sangat meletihkan bagi si ibu kerana perlu ‘melayan’ anak yang mahu sentiasa didampingi ataupun ‘clingy’.
Sifat sensitif yang tinggi ini tidak semestinya akan menjadi sifat yang negatif dan memudaratkan anak.
Anak-anak yang sangat sensitif ini selalunya adalah anak yang cerdik, ‘articulate’ atau bijak berkata-kata, kreatif, berprinsip, berpendapat, mempunyai kecerdasan emosi dan empati yang tinggi dan suka membantu orang lain yang dalam kesusahan.
Kazimierz Dąbrowski, seorang psikologis pernah mengaitkan kanak-kanak yang pintar cerdas atau ‘gifted’ dengan sifat keterujaan melampau dari segi emosi atau ‘emotional overexcitability.’ Walaupun mereka sangat bijak dari segi intelektual, mereka memerlukan sokongan emosi yang jitu kerana mereka memiliki sifat sangat sensitif.
Semua ini boleh dibentuk sekiranya ibubapa berusaha untuk memahami sifat semulajadi anak, dan tidak membanding-bandingkan anak yang sudah tentunya berbeza-beza.
Ibubapa juga harus tahu bagaimana untuk menyesuaikan gaya keibubapaan dengan sifat yang dimiliki anak, harus tahu butang manakah pada diri anak yang perlu dipetik supaya anak dapat berfungsi dengan baik, harus tahu bagaimanakah caranya untuk berkomunikasi dan berhubung dengan anak yang sensitif ini agar anak rasa selamat, rasa diperlukan dan rasa bernilai.
Walau bagaimana sekalipun sifat anak yang mungkin memberi cabaran kepada kita, lihatlah dari sudut yang positif dan carilah yang positif agar sifat itu dapat disalurkan ke arah yang positif.
Selain menerangkan tentang ciri-ciri anak yang sangat sensitif dan bagaimana ibubapa dapat membantu anak ini, buku ini juga membincangkan tentang anak yang lebih selesa berada dalam dunianya yang tersendiri, anak yang suka melawan, anak yang tidak memberi perhatian dan anak yang aktif agresif. Anak-anak ini boleh dibantu sekiranya ibubapa berusaha untuk memahami dan membimbing dari usia bayi lagi.
Apabila dilanda demam, ada segelintir ibu menyusu mengambil keputusan untuk tidak menyusukan bayi sedangkan tindakan itu salah! Perbetulkan ia dan terus susukan bayi demi kesihatannya juga.
Sebagai manusia, kita kadang kala diserang demam apabila suhu badan meningkat melebihi 37.5 °C. Ramai yang keliru dan risau apabila demam kerana bimbang ia membawa kemudaratan kepada bayi jika dia terus disusukan. Ketahuilah, ramai pakar perubatan menegaskan penyusuan susu ibu harus diteruskan walaupun anda demam!
Apabila demam biasa dan hanya mengalami selesema, sakit tekak dan batuk, anda sangat digalakkan untuk terus menyusukan bayi kerana ia tidak memberi kesan kepada anak yang disusukan itu. Doktor berpendapat bahawa menyekat penyusuan susu ibu sewaktu diri mengalami demam biasa boleh menyebabkan bayi mudah jatuh sakit dan demam kerana dia tidak mendapat perlindungan daripada susu ibu.
Jadi, apa lagi! Terus susukan anak anda kerana susu ibu memberikan perlindungan kepadanya daripada kuman-kuman yang telah mengakibatkan anda demam. Hal ini kerana susu ibu kaya dengan nutrien dan antibodi melawan kuman.
Ketahui juga bahawa apabila anda demam, terdapat reaksi imunologi iaitu pembentukan antibodi yang dipercepatkan dengan suhu tinggi yang dialami. Dengannya, antibodi dapat disalurkan menerusi susu ibu. Antara reaksi imunologi yang berlaku ialah:
Dalam pada itu, anda sangat digalakkan untuk menjaga kebersihan diri bagi mengelakkan bayi dijangkiti. Antara amalan yang boleh dilakukan ialah mencuci tangan sekerap mungkin dan mengelakkan batuk atau bersin secara langsung ke muka bayi.
Sementara itu, semasa mendapatkan rawatan, anda perlu memberitahu doktor bahawa sedang menyusukan anak. Hal ini penting supaya doktor berkenaan dapat membekalkan ubat-ubat yang selamat untuk penyusuan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Czer bukan jalan mudah. Ketahui persediaan lengkap, tip recovery dan panduan penting bersalin secara caesarean supaya mommy lebih yakin, tenang dan cepat pulih.