[VIDEO] Good Boy Ali, Kejutkan Baba Solat Subuh!  Hampir 500 Ribu Tontonan, Netizen Puji Anak Saharul Ridzwan

Share

Luth Ali anak bijak. Cahaya mata pelakon Saharul Ridzwan & Deena Emir ini mesti buat anda senyum sendiri.

Sebagai bapa, sudah menjadi tanggungjawab untuk memimpin ahli keluarga ke jalan yang diredai Allah. Penerapan awal sejak dari usia anak masih kecil lebih berkesan dan mudah. Sama seperti yang dilakukan oleh aktor Saharul Ridzwan ini kepada anak sulungnya, Luth Ali atau mesra dengan panggilan Ali.

Ali yang berusia setahun selalu buat aksi comel bersama babanya. Terbaru Saharul memuat naik video Ali menarik sejadah untuk solat dengan kapsyen;

Pagi2 kejut suruh subuh. Sayang anak baba ni.

Para netizen seronok melihat aksi Ali dan memberikan reaksi positif. Ini lah yang sepatutnya ibu ayah terapkan kepada anak-anak sejak kecil lagi.

Sumber: Instagram Saharul Ridzwan

IKLAN