Viral 18 Batang Gigi Susu Tinggal Tunggul Dicabut, Anak Boleh Hadapi Masalah Bertutur & Nutrisi

Share

Mungkin ramai pandang ringan pada gigi susu. Jangan begitu ibu ayah, gigi susu juga sangat penting untuk si kecil, pada tahun-tahun awal kehidupannya.

Menurut perkongsian Dr Ib Shah di Twitter atas reaksi beliau kepada kes kanak-kanak 4 tahun yang terpaksa dibedah untuk mengeluarkan 18 batang gigi dari kesemua 20 batang gigi. Kes tersebut menjadi tular sehingga mendapat 38k perkongsian di Facebook.

Sumber: FB Sathian Ken Suravisankul

Menurut Dr Ib Shah, kes gigi reput di kalangan masyarakat kita dianggap normal. Kanak-kanak hilang gigi susu tapi dianggap ‘alah gigi susu je’. Pemikiran ini perlu diubah.

Hampir semua gigi terpaksa dibuang kerana hancur & tinggal tunggul.

Bayangkan anak itu, bangun dengan hanya jahitan & 2 gigi sahaja? Trauma yang dihadapi semasa gigi hancur & selepas rawatan.

Impak kepada kanak-kanak di mana tidak dapat makan dengan baik, menyebut perkataan dengan betul & masalah psikologi. Ini sepatutnya masa untuk mereka belajar!

Satu post operative kanak-kanak tersebut boleh memakai gigi palsu.

2-3 tahun ialah masa untuk si kecil belajar asas kehidupan iaitu untuk makan dan bertutur. Gigi kekal hanya akan tumbuh pada usia 7 tahun.

Jangan ambil mudah gigi susu. Bawa anak untuk jalani pemeriksaan dengan doktor gigi walau pun tiada masalah. Jangan momokkan mereka untuk takut dengan doktor gigi.

Sumber: @ib shah

IKLAN