Berikutan video tular adik Anas yang berusia dua tahun berlagak seperti kucing yang masuk ke dalam sangkar lalu diusik oleh bapanya membuatkan netizen geli hati dengan telatah comelnya.
Malah kanak-kanak tersebut kini mula mempunyai peminatnya seperti mana anak-anak artis.
Mungkin tujuan bapa Anas sekadar suka-suka sahaja untuk merekod aktivitinya bersama anak namun jangka apabila dimuat naik ke facebook dan instagram nampaknya peminat mula suka dan terhibur dengan keletahnya.
Sikap bapa Anas yang suka melayannya bercakap betul-betul membuatkan Anas nampak cerdik dari usianya. Walaupun baru dua tahun tapi keyakinan dan sikapnya yang berani sama seperti budak umur 4 atau 5 tahun.
A post shared by FattahAnas (@fattahanas_official) on
Menurut bapanya, Firdaus, tiada apa-apa rahsia pun dia mendidik Anas.
Ads
“Cuma sejak Anas bayi saya sentiasa bercakap dengannya biarpun dia masih tak faham apa-apa dan hanya beri respon dengan bunyi sahaja.
“Lagi satu yang saya biasa buat dengannya sentiasa luang masa bersama. Apa yang dia tanya saya akan jawab. Tak pun kalau dia tak tanya pun saya yang akan cakap dengannya.
“Dari situ Anas banyak belajar. Kadang-kadang saya juga jadi seperti budak semata-mata nak gembirakan Anas. Mungkin orang tengok macam tak budak-budak tapi cara macam tulah bonding saya dengan Anas,” katanya.
Tabiat suka suap makanan pada mulut anak orang lain mungkin dianggap perkara biasa di kalangan masyarakat. Tapi awas sebab ia ada kesan buruknya.
“Comelnya anak kau ni. Geram aku. Takpe kan aku bagi dia sikit kek ni. Kesian pulak tengok dia telan air liur.”
Bila berkumpul bersama sanak-saudara dan sahabat handai di musim perayaan, ramai yang suka dukung bayi atau kanak-kanak.
Muka comel mereka pasti mengundang geram ramai orang. Dalam masa yang sama, ramai yang suka suap anak orang lain apa sahaja makanan tanpa merujuk kepada ibu bapa si kecil.
Memang niat anda sangat baik kerana hendak memberi si kecil tersebut makanan tetapi tindakan tersebut sebenarnya boleh mengundang kesan buruk. Kenapa?
Seorang pakar pemakanan, Encik Faizal MS ada berkongsi sebabnya dalam laman facebook beliau. Semoga lepas ini, ramai yang lebih peka dan tak mudah ‘sentap’ bila ibu bapa anak kecil yang comel itu tidak membenarkan anda menyuap anak mereka sebarang makanan atau minuman.
ASAL NAMPAK COMEL JER, MESTI NAK SUAP!
Comel kan tengok budak-budak kecik dan baby-baby atas dukung mak ayah, merangkak-rangkak, bertatih-tatih atau jalan terkedek-kedek datang beraya?!
Tapi..tapi..
Yang tak berapa comelnya bila ada satu tabiat segelintir daripada kita yang suka menyuap si kecil ini. Lemang, ketupat, rendang, kek, satey, air manis, minuman berkarbonat, sosej, nugget, coklat, aiskrim, tapai.. pendek kata, habis semua benda mahu dimasukkan ke dalam mulut mereka. Asal nampak comel jer, mesti nak suap!
Tahukah kita bahawa perut anak-anak kecil ini (terutamanya bawah 1 tahun) sangatlah sensitif kerana sistem pencernaan dan penghadaman mereka masih belum ‘matang’ sepenuhnya lagi?
Ditambah lagi dengan sejarah perubatan seperti lahir tidak cukup bulan (premature baby), penyakit jantung, asthma, alergik, eczema, inborn error metabolism (IEM) dan sebagainya, meningkatkan lagi risiko bahaya (seperti kerosakan gigi, rashes, sesak nafas, diarrhea, muntah-muntah, dehydration, leaking gut, nephrotic syndrome dll) dek kerana apa yang disuapkan kita kepada mereka.
Dengan alasan “alah, sikit je kot!”..sikit memang sikit tapi dah yang jumpa budak tu semuanya datang nak suap-menyuap, tak ke jadinya banyak?; “kesian tengok budak tu teliuq!”..kesian memang kesian tapi janganlah kesian tak bertempat; “alah, mak bapak budak tu tak kata pape pun!”..memanglah tak kata apa-apa, sebab mereka nak jaga hati kita; “niat baik kot.. dulu-dulu pun mak-ayah diorang, aku jugak yang suapkan. elok-elok aje jer tu, tak jadi pape!”.. memang tiada siapa pun kata kita jahat tapi niat tidak menghalalkan cara dan tak semua kanak-kanak atau bayi sama sahaja keadaannya.. Facepalm sungguh dengan orang yang ada seribu satu alasan ini.
Hentikan bermacam-macam lagi alasan yang diberikan untuk menghalalkan kelakuan ‘tak senonoh’ itu. Kasihani anak-anak kecil ini dengan membayangkan dirinya menangis-nangis tidak dapat tidur malam atau terlantar sakit di katil hospital.
Dan ingatlah.. jikalau apa-apa yang berlaku kepada anak-anak syurga ini, mahukah kita bertanggungjawab terhadap apa yang ditanggung mereka dan keluarga mereka?
Sekiranya mahu suap juga (bagi kanak-kanak yang melebihi 1 tahun), tanyalah dahulu ibu bapa anak kecil ini. Ambil tahu apa yang boleh dan tak boleh dimakan, diminum mereka agar perkara yang tak diingini tidak terjadi.
Takdir Allah memang yang terbaik untuk semua, kerana dia adalah Maha Perancang. Fikiran positif Noh yang pasrah menerima takdir sekiranya tidak dikurniakan anak ini wajar dicontohi.
Kebanyakan pasangan yang mendirikan rumah tangga mengharapkan kehadiran anak dalam rumah tangga. Usaha dan ikhtiar namun sekiranya belum diberikan, maka percayalah tentu ada hikmah yang tersembunyi.
Noh memuat naik gambar dia bersama isteri tersayang, Mizz Nina. Pasangan dua sejoli ini dalam foto tersebut sedang berada dalam perjalanan ke bahagian Asia negara Turki.
Di ruangan kapsyen, Noh menyatakan ia adalah salah satu trip bulan madu mereka, dua minggu berkepit satu mengelilingi dunia dengan kerja-kerja kebajikan. Satu nikmat Allah yang amat disyukuri.
Noh juga menyentuh tentang anak, katanya anak itu ialah keputusan Allah dan sekiranya nikmat anak itu akan menjadi miliknya dan Mizz Nina, dia percaya suatu hari nanti Allah akan berikannya juga.
Namun jika ia bukan takdir buat mereka, dia tetap bersyukur. Apa yang penting buatnya ialah happy dan give back.
Pelakon popular, Yana Samsudin mendedahkan bagaimana caranya mendidik anak supaya menguasai 3 bahasa sejak bayi dan tambahan dua lagi bahasa yang bakal dipelajari anaknya, Aisy Mateen 5 tahun.
Perkongsian tersebut dibuat menerusi temu bual dalam e-Workshop A-Z Tip Urus Anak ke Sekolah yang dianjurkan oleh Pa&Ma beberapa hari lepas.
Masa mengandung Yana memang jaga pemakanan, makan benda-benda yang berkhasiat dan fast food Yana memang tak sentuh langsung. Memang semuanya fresh food.
Masa Yana nak bersalin, Yana teringat Yana main lego, main dam haji. Bila dia lahir, Yana percaya dengan The Power of Communication. Yana percaya dengan komunikasi bersama anak.
Jadi bila anak bangun tidur, benda pertama saya buat adalah saya akan ada depan mata dia dan bagi salam. Biar saya jadi orang pertama depan mata dia. Kita sentiasa berkomunikasi walaupun dia masih kecil. Dan hasilnya masa anak saya 1 tahun, dia boleh sebut ‘excavator’ dengan betul dan jelas. Mungkin sebab kita selalu bercakap dengan dia dan sebut dengan betul.
Masa Yana sekolah dulu pula, Yana memang fasih berbahasa mandarin. Bila Yana kerja, boss Yana dari pelbagai negara. So saya tak nak anak saya rasa asing bila berada dalam bangsa lain. Jadi Yana berazam untuk dedahkan Mateen dengan 3 bahasa.
Masa Mateen kecil, bila Yana dedahkan dengan 3 bahasa dan Yana pantau dia sama ada boleh terima atau tak. Bila dia dah besar dia akan pilih bahasa dominan untuk digunakan. Dua lagi bahasa dia tetap masih guna. Kalau dengan ayahnya, Mateen akan gunakan bahasa Melayu, Yana Bahasa Inggeris dan dengan Cikgu Mateen akan gunakan bahasa Mandarin ibu Inggeris, teacher mandarin.
Sebab masa baby lagi dah dedahkan 3 language.. bahasa melayu, bahasa inggeris dan bahasa mandarin. Sekarang dia akan guna mana yang dia paling ingat. Alhamdulillah sekarang juga dah minat bahasa arab dan jawi.
Mateen paling suka subjek matematik.. Tapi mateen lebih suka kira dalam inggeris, dia cepat tangkap. Kalau bahasa melayu dia agak lambat sikit.
Yana tak pernah paksa, tak pernah rotan semasa proses pembelajaran. Alhamdulillah mudah segala prosesnya.Saya cuma nak Mateen pandai ikut potensi diri sendiri dan bukanya berlumba dengan orang lain.
Untuk saksikan perkongsian penuh boleh klik video di bawah:
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!