Apa sahaja yang dikongsi oleh selebriti terkenal, Noor Neelofa Mod Noor pasti tular dan mendapat perhatian ramai terutama tentang cahaya mata sulungnya, Muhammad Bilal yang kini berusia 4 bulan.
Selebriti yang juga usahawan terkenal ini pernah berkongsi tempat tidur bayinya di laman Instagram dan sekali lagi meraih perhatian warga maya kerana tempat tidur Muhammad Bilal dianggarkan hampir RM16 Ribu.
Ads
Pendedahan harga katil bayi tersebut di buat oleh warga maya selepas membuat pencarian harga katil tersebut di salah sebuah aplikasi e-dagang terkenal.
Rata-rata terkejut dengan harga katil tersebut. Ada juga yang berpendapat selebriti tersebut mampu untuk memilikinya memandangkan Neelofa antara usahawan jutawan yang berjaya.
Bila rasa rindukan ibu dan ayah, saya serta adik-adik akan berdoa supaya rasa rindu ini hilang. Itulah perasaan Hussain Izzuddin Che Mamad yang baru berumur 9 tahun.
Dia meluahkan rasa sebak apabila melihat adik-adiknya sedih tidak dapat berjumpa dengan ibu dan ayah. Walaupun mereka sudah biasa berjauhan tapi kali ini sedikit berbeza kerana mereka terpaksa dikuarantinkan akibat Covid-19.
Mempunyai Kontak Dengan PUI
Dia bersama dua adiknya, Hassan Nasruddin, 7, dan Ali Akimuddin, 6, dihantar ke Pusat Kuarantin Covid-19 Marang (PKCM), sejak 7 April lalu selepas mempunyai kontak dengan individu dalam siasatan (PUI) di Pusat Pengajian Sheikh Daud al Fatoni (PPSDAF), Pasir Putih, Marang. Tiga beradik itu antara 15 individu dalam pemantauan (PUS) yang dibenarkan pulang hari ini selepas disahkan negatif Covid-19.
Hussain Yang Menjaga Dua Adik Sepanjang Berada Di PKCM
Hussain juga bertanggungjawab menjaga dan menguruskan dua adiknya itu sepanjang berada di PKCM. “Jika adik menangis kerana rindukan ibu, Norhidayah Abdul Ghani, 35, dan ayah, Che Mamad Che Mud, 50, saya akan memujuk mereka dengan bermain karom dan dam. Sebelum ini saya dan adik-adik sudah biasa berjauhan dengan ibu dan ayah kerana belajar serta tinggal di PPSDAF.’
Kali Ini Berbeza, Biasa Ibu Ayah Datang Jenguk Seminggu Sekali
“Cuma kali ini berbeza kerana kami tidak boleh berjumpa langsung dengan keluarga sedangkan jika di PPSDAF, ibu dan ayah datang menjenguk seminggu sekali,” katanya.
Isi Masa Terluang Dengan Mengaji Untuk Hilangkan Rasa Rindu Pada Keluarga
Menurutnya, dia dan dua adiknya memenuhi masa terluang dengan mengaji al-Quran dan bermain untuk menghilangkan rasa rindu kepada keluarga.
Sedih, Walaupun Negatif Covid-19 Tapi Tak Dapat Jumpa Ibu Ayah
“Saya dan adik-adik sangat gembira kerana disahkan negatif Covid-19 dan dibenarkan pulang. Bagaimanapun kami difahamkan tidak boleh menemui ibu dan ayah sehingga tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan perlu terus kekal di PPSDAF.”
“Sedih juga tidak dapat jumpa ibu dan ayah biarpun sudah disahkan negatif Covid-19 kerana hampir sebulan tidak jumpa mereka,” katanya.
Kita semua doakan agar urusan adik ini dipermudahkan dan semoga adik beradik ini dapat kembali ke pangkuan keluarga.
Pelakon, Ozlynn berkongsi sebuah video dimana anaknya, Chantiq sedang petah bercerita menggunakan bahasa Inggeris di instagram yang dikongsi bersama suaminya, Johan Raja Lawak.
Video tersebut mendapat tontonan sebanyak 54k hanya dalam tempoh masa 1 hari sahaja. Rata-rata terkejut dan kagum dengan sebutan Chantiq yang sangat fasih kerana sebelum ini mereka banyak bertutur dalam bahasa Melayu.
Nak tgk full kalu g youtube laaa… panjang la cite dia.. aku dh la x pandai edit.. nak cut cane tah.. haaaaaa tgk la puas2…. kali nih dia cite anak babi lak kat aku.. layan kan je la yek…
kira ok lagi… dr abg ariq dulu kecik2… masa skolah cina.. beria dia balik nyanyi lagu kat aku.. siap bunyik2 skali.. abes aku canang kat org tu lagu skolah dia.. rupanya lagu pasal kisah babi jugak.. nasib nenek dorg cina paham bahasa.. kalau x mampuihhh smp kesudah aku ingat tu lagu rasmi sekolahhhh hareyyyy…
anak oh anak… kalian penghibur mama n papa dan semua followers kita.. dorg slalu doakan yg baik2 utk anak2 mama.. jadi mama ambil peluang lepas solat subuh.. guna senjata anak2 mama utk doakan semua yg selalu doa yg terbaik utk keluarga kita…
Ke mana tumpahnya kuah kalai tidak ke nasi. Wajah seiras ibu dan anak sering kali menjadi perhatian, terutamanya Neelofa dan ibunya ini. Ramai yang keliru!
Semalam, adik pengacara & pelakon Neelofa, Ameera Khan memuat naik gambarnya semasa baru dilahirkan. Foto yang menunjukkan ibunya, Datin Noor Kartini Noor Mohamed baru sahaja melahirkannya di bilik bersalin.
Gambar yang bertarikh sekitah tahun 2000 tersebut mendapat perhatian warganet kerana wajah ibu mereka ketika itu saling tak tumpah dengan Neelofa.
Rata-rata berpendapat betapa seirasnya Neelofa dengan ibunya pada usia tersebut.
Rata-rata berpendapat betapa seirasnya Neelofa dengan ibunya pada usia tersebut.
Keputusan untuk memiliki anak bukanlah sesuatu yang mudah bagi kebanyakan pasangan hari ini. Selain perlu bersedia dari segi emosi dan fizikal, ibu bapa turut memikirkan kos sara hidup, penjagaan anak, kestabilan pekerjaan serta kemampuan untuk membesarkan keluarga dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar.