Ramadan yang cukup bermakna buat Tya Ariffin apabila ‘naik pangkat’ dan bergelar ibu kepada sepasang cahaya mata setelah dia selamat melahirkan bayi perempuan pada 9 Mei lalu.
Tya turut menitipkan doa untuk Arif dan Azzahra dan bersyukur kerana memberi kegembiraan untuk seluruh keluarganya.
Harapannya sebagai ibu juga untuk melihat anak-anaknya membesar menjadi anak yang soleh dan solehah, baik budi pekerti dan berhati mulia.
Wajah Azzahra Iras Muka Arif & Aafiyah
Ads
Selepas kehadiran Azzahra, nampaknya Tya mengaktifkan akaun instagram khusus buat anak perempuannya itu. Walaupun baru beberapa hari membuka instagramnya kini pengikut Azzahra dah lebih 61,000.
Dalam satu posting video yang dimuat naik Tya, kecomelan Azzahra dengan memberi senyuman dan berlesung pipit itu membuatkan peminat ibunya geram dan teruja.
Ada yang menyamakan wajah Azzahra mirip muka abangnya dan Aafiyah.
Ads
Arif juga seperti faham yang dia dah jadi abang. Menerusi gambar yang dimuat naik oleh ibunya, Tya sentiasa dekatkan Arif dengan adiknya untuk elak rasa cemburu.
Bagus cara Tya kerana setidak-tidaknya Arif mula faham yang dia sudah mempunyai adik.
Sebelum ini Tya dan suami mengumumkan anak perempuannya itu diberi nama Azzahra kerana ringkas, senang disebut dan maksudnya juga baik.
Ads
Tya telah mendirikan rumah tangga dengan Asyraf Khalid pada 1 November 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Arif Jiwa, 2 tahun.
Sumber: ig Tya Ariffin & AzzahraJiwaAsyraf
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sari Yanti berkongsi tip penjagaan bayi dan kawalan emosi masa hamil. Ibu kepada Dariya Inara ini cukup sporting menjawab persoalan para peminatnya termasuk tip legakan hidung bayi tersumbat dan caranya kawal emosi masa hamil.
Aktres Sari Yanti Dato’ Mohamad Nazari yang juga isteri Jep Sepahtu tidak kisah melayani soalan para peminat di ruangan Ask Me Questions di Instagram.
Antara persoalan yang ditanyakan kepadanya ialah seperti berikut;
TIP BAYI TERSUMBAT HIDUNG
Sari berkongsi tip membiarkan bayi terkena cahaya matahari sehingga bayi bersin untuk menangani masalah hidung tersumbat.
KAWAL EMOSI KETIKA HAMIL
Menjawab persoalan tentang kawalan emosi ketika hamil, Sari juga memberikan beberapa tip yang telah dilakukannya semasa mengandungkan Dariya iaitu;
SELEPAS HAMIL LUAR RAHIM, KURANGKAN MAKAN FAST FOOD
Sari yang sebelum ini pernah mengalami masalah hamil luar rahim. Selepas itu dia mengurangkan pengambilan fast food.
HANDLE ANAK MENANGIS SEBELUM TIDUR
Ada juga yang bertanya tentang anak yang menangis sebelum tidur, ini respons Sari Yanti;
PEMAKANAN SEMASA MENYUSUKAN BAYI
Ada juga yang bertanya tentang pengambilan makanan pedas dan memakan aiskrim semasa menyusu, Sari Yanti telah menjawabnya berdasarkan pengalamannya.
BAYI YANG SELALU MAHU DIPEGANG & BAYI MAHU BERDUKUNG WAKTU MALAM
Ada peminat yang bertanya tentang bayi yang suka dipegang dan tidak suka diletakkan dan bayi suka bangun awal pagi dan mahu didukung. Ini jawapan Sari;
TAK AMALKAN KAWALAN MAKANAN KERANA MENYUSU
Sari juga menjawab persoalan mengenai penjagaan badan apabila ditanya peminat. Jawapan yang diberikan ialah dia tidak mengamalkan apa-apa kawalan pengambilan makanan atau berdiet sebaliknya akan menunggu bayinya Dariya mencecah usia 9 bulan untuk berbuat demikian.
PERTANYAAN MENGENAI DARIYA INARA
Sari juga menjawab persoalan peminat tentang buah hatinya, Dariya Inara.
Arif Jiwa Asyraf, si comel ini sering kali dikenali dengan jolokan PipiPao. Selalu ceria dan Siapa tidak kenal instafamous cilik ini. Tapi ada 7 fakta yang anda mungkin tidak tahu mengenainya!
Pemenang trofi Si Cilik MeleTOP pada Anugerah MeleTOP Era 2018 (AME2018) ini memang ceria & happy baby.
Si kecil ceria yang dilahirkan pada 31 Mac 2017 yang sentiasa cergas dan ceria. Semasa kru PA&MA tiba untuk penggambaran kulit depan majalah, Arif menyambut kami dengan senyuman yang paling manis. Si kecil ini ternyata seorang morning person kerana mempunyai mood yang sangat baik seawal pagi. Melihat gelagat dan wajahnya yang manis pun boleh buat hati terhibur!
JAGA QC
Semasa photoshoot diadakan pelbagai lagu dinyanyikan Tya untuk menghiburkan Arif. Ada juga beberapa lagu yang diciptanya sendiri untuk Arif. Lagu daripada jam iaitu Good Morning Arif mampu membuatkan Arif menari riang manakala Baby Shark Do Do pula memberikan mood ceria.
Telatah yang paling lucu terjadi apabila dia memeriksa setiap foto yang dirakam jurufoto. Sehingga kru mengatakan Arif jaga quality control untuk setiap gambar! Proses fotografi juga berlangsung berjalan lancar kerana mendapat kerjasama yang baik daripada Arif dan Tya.
7 FAKTA MENGENAI ARIF JIWA
#1 Kata Tya, kalau mahu lihat Arif ceria, boleh main peekaboo dengannya. Dia suka main cak cak. Dan dia minat baca buku jenis bergambar. Selalunya masa untuk membaca ialah sebelum tiba waktu tidur siang Arif.
#2 Tidak sangka bayi yang ‘semangat’ ini rupanya baby susu ibu. Sehingga kini dia masih menyusu daripada ibunya. Tya berharap agar boleh menyusukan Arif sehingga usianya dua tahun.
#3 Syukur juga Arif tiada masalah makan. Semua makanan yang dimakan oleh Tya dia boleh makan tanpa masalah. Makanan kesukan Arif ialah strawberi. Arif sukakan buah-buahan yang masam. Limau dan mangga pun dia suka. Selain buah masam, dia juga menggemari avokado.
#4 Si cilik ini juga rupa-rupanya suka bermain air. Tidak seperti kanak-kanak yang menangis setiap kali waktu mandi, Arif pula gembira bila tiba waktu mandi. Dia akan seronok kerana tahu akan berpeluang untuk bermain air. Kata Tya, Arif memang suka kolam renang dan bermain di kolam renang.
#5 Saat pertama kali Arif berjumpa Siti Aafiyah atau lebih mesra dipanggil Aunty Princess oleh Arif, dia kelihatan teruja. Arif mahu memegang dan sentuh, maklumlah pertama kali melihat bayi kecil dia mungkin tertanya-tanya. Namun setelah beberapa kali berjumpa, Arif akhirnya faham Aunty Princess ialah bayi. Dia mula main cak cak dengan Aafiyah. Bila disuruh cium Aafiyah, dia cium. Tya juga mengajar Arif cara untuk bermain dengan ibu saudara kecilnya itu.
#6 Arif adalah berdarah kacukan Indonesia daripada ibunya dan Malaysia daripada ayahnya. Maka, sudah tentu Arif akan diajar kedua-dua bahasa Indonesia dan Malaysia. Harapan Tya agar Arif agar dia boleh berbakti kepada orang tua dan keluarga dan menjadi orang yang berguna untuk bangsa dan negara.
#7 Dia juga tidak kisah sekiranya anaknya mengikut jejak langkahnya menceburi bidang seni daripada kecil. Apa pun, Tya dan Asyraf perlu meneliti tawaran yang berikan agar ia bersesuaian dengan usia dan perkembangan diri Arif.
Sindrom Down adalah kecacatan fizikal dan mental yang disebabkan oleh masalah genetik yang berlaku sebelum kelahiran. Kanak-kanak yang mempunyai sindrom Down cenderung untuk mempunyai ciri-ciri tertentu, seperti muka yang rata dan leher yang pendek. Mereka juga mempunyai kecacatan intelektual.
Apa yang menyebabkan sindrom Down?
Sindrom Down berlaku disebabkan oleh kesilapan genetik pada peringkat awal kehamilan dimana terdapat tiga kromosom 21 berbanding dua kromosom 21 untuk bayi yang normal. Ia juga dipanggil trisomi 21. Setakat ini mengapa Sindrom Down terjadi masih menjadi tanda tanya tetapi terdapat beberapa faktor yang meningkat risiko wanita untuk mendapat bayi Sindrom Down.
Risiko menjadi lebih tinggi jika:
Bagaimana sindrom Down dikesan?
Terdapat beberapa ujian saringan yang boleh doktor anda sarankan:
Nuchal Translucency (NT)
Semasa ujian ini, ultrasound yang digunakan untuk mengukur ruang pada bahagian belakang leher bayi anda. Risiko menjadi tinggi jika lebih cecair terkumpul dalam tisu leher ini. Ketepatan sehingga 70% untuk mengesan janin dengan Sindrom Down.
Ujian Darah
Ujian darah mengukur tahap hormon kehamilan yang dirembes oleh placenta. Tahap tidak normal mungkin menandakan adalah masalah dengan bayi. Jika ujian ini digabungkan dengan dengan NT ia boleh memberikan ketepatan sehingga 87%.
NonInvasive Chromosomal Check (NICC)
NICC adalah satu kaedah terbaru untuk menyaring untuk ketidaknormalan pada kromosom pada kromosom janin.
Ia merupakan ujian darah dimana DNA janin dari darah ibu dapat diekstrak untuk dianalisa untuk sebarang ketidaknormalan. Ia boleh dibuat seawal 10 minggu dengan ketepatan yang sangat tinggi melebihi 98%.
Ujian Diagnostik
Ujian diagnostik selalunya disarankan jika ujian saringan anda memberikan keputusan yang positif atau anda berisiko tinggi untuk mendapat Sindrom Down. Ujian diagnostik akan memberikan keputusan sebenar samada betul anak anda mengalami Sindrom Down dengan ketepatan 99.99%.
Amniocentesis
Adalah prosedur dimana air ketuban akan diambil menggunakan jarum yang di tusuk kedalam rahim ibu. Sampel air ketuban tersebut akan dikaji untuk mengesan ketidaknormalan pada kromosom. Ujian selalunya dilakukan pada usia kandungan 15-20 tahun dengan risiko keguguran cuma 1%.
Chorionic villus Sampling
Chorionic villus (CVS) sampling adalah prosedur dengan mengambil sampel uri dalam rahim ibu untuk mengesan ketidaknormalan pada kromosom. Selalunya dilakukan pada usia kandungan 10-13 minggu. Risiko keguguran kurang dari 2%.
Jangan lupa saksikan rancangan Pa&Ma musim kedua yang bermula esok, 11 September jam 12 tengah hari dan ulangannya 9 malam di Astro Prima dan Maya HD untuk episod Masa Depan Anak Sindrom Down