Wajah Azzahra Ada Iras Arif & Aafiyah. Bila Besar Mesti Cantik Persis Ibunya

Share

Ramadan yang cukup bermakna buat Tya Ariffin apabila ‘naik pangkat’ dan bergelar ibu kepada sepasang cahaya mata setelah dia selamat melahirkan bayi perempuan pada 9 Mei lalu.

Menerusi entri di instagram Tya Ariffin kehadiran Azzahra Jiwa Asyraf itu di bulan Ramadan memberi kegembiraan buat kedua belah keluarga.

Kebetulan pula kehadiran Azzahra di bulan Mei ini juga hadiah paling berharga buat Tya sempena sambutan Hari Ibu tahun ini.

Tya turut menitipkan doa untuk Arif dan Azzahra dan bersyukur kerana memberi kegembiraan untuk seluruh keluarganya.

Harapannya sebagai ibu juga untuk melihat anak-anaknya membesar menjadi anak yang soleh dan solehah, baik budi pekerti dan berhati mulia.

Wajah Azzahra Iras Muka Arif & Aafiyah

Selepas kehadiran Azzahra, nampaknya Tya mengaktifkan akaun instagram khusus buat anak perempuannya itu. Walaupun baru beberapa hari membuka instagramnya kini pengikut Azzahra dah lebih 61,000.

Dalam satu posting video yang dimuat naik Tya, kecomelan Azzahra dengan memberi senyuman dan berlesung pipit itu membuatkan peminat ibunya geram dan teruja.

Ada yang menyamakan wajah Azzahra mirip muka abangnya dan Aafiyah.

Arif juga seperti faham yang dia dah jadi abang. Menerusi gambar yang dimuat naik oleh ibunya, Tya sentiasa dekatkan Arif dengan adiknya untuk elak rasa cemburu.

Bagus cara Tya kerana setidak-tidaknya Arif mula faham yang dia sudah mempunyai adik.

Sebelum ini Tya dan suami mengumumkan anak perempuannya itu diberi nama Azzahra kerana ringkas, senang disebut dan maksudnya juga baik.

Tya telah mendirikan rumah tangga dengan Asyraf Khalid pada 1 November 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Arif Jiwa, 2 tahun.

Sumber: ig Tya Ariffin & AzzahraJiwaAsyraf

 

 

 

 

 

IKLAN