Aksi comel pemilik nama Alisa Aisyah, puteri kepada selebriti, pelakon dan instafamous terkenal Hanis Zalikha & Hairul Azreen sering menjadi perhatian warga net. Mempunyai akaun Instagram yang diuruskan oleh mommy dan daddynya, keletah si kecil ini memang cukup mencuit hati.
Sesi fotografi bagi ruangan penghias kulit bersama mommy tersayang untuk isu Hari Ibu, Mei nanti bakal memaparkan gambar-gambar comel Alisa Bersama Hanis Zalikha.
Sesi fotografi dengan memaparkan Alisa Aisyah adalah julung kali berlaku kerana menurut Hanis, dengan jadualnya yang agak padat tanpa sedar anak perempuannya itu sudah masuk usia 9 bulan.
Ads
Pelawaan dari team Pa&Ma disambut dengan tangan yang terbuka memandangkan ini kali pertama wajah si kecil Alisa bakal disiarkan dimuka depan majalah keibubapaan Nombor satu di Malaysia.
Ads
Jom lihat keletah dan pose comel dari Alisa yang tak kekok pun beraksi di depan kamera walaupun baru pertama kali.
Ads
Kalau nak tengok lagi banyak aksi dan cerita menarik fasal Alisa dan ibunya Hanis Zalikha, jangan lupa dapatkan Pa&Ma edisi Mei 2020 istimewa Hari Ibu!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak-anak enggan Hisyam Hamid cari pengganti- “Mereka tak mahu mama baru.” Pelakon, Hisyam Hamid, 40, ‘ditegah’ anak-anaknya daripada bercinta dan perkara itu juga pernah diluahkan anak-anaknya kepada nenek mereka yang juga ibu Hisyam.
Hisyam berkata, buat masa sekarang dia sangat selesa dengan kehidupan saya. Anak-anak saya pun cakap, mereka tak nak ibu baru.
“Saya tak pernah buka topik ini kepada anak-anak. Tapi, mak saya ada tanya dan cakap kepada mereka, ‘tak baik, ayah masih muda.
“Tapi, mereka masih bertegas dan katakan tidak. Namun, tak tahulah kalau esok lusa mereka berubah fikiran,” katanya.
Menurut pelakon kelahiran Singapura itu lagi, dia bahagia dengan kehidupannya sekarang berbanding setahun lalu.
“SAYA RASA SAYA BAHAGIA DAN BERADA DALAM SATU KEADAAN LEBIH SELESA BERBANDING SETAHUN LALU.
“Kalau jodoh ada, Alhamdulillah. Kalau tak ada pun, saya bersyukur. Saya okay saja. Jauh sekali daripada terdesak,” katanya.
Ditanya mengenai gosip hubungan cinta antara dia dengan seorang penerbit, Hisyam menafikannya dan menganggap itu adalah perkara yang akan muncul memandangkan statusnya kini sebagai duda.
“Kalau cerita mengenai saya bercinta dengan seorang penerbit itu, boleh saya katakan ia tidak benar.
“Saya rasa, itu adalah satu perkara yang datang secara semula jadi dengan status saya sekarang (duda). Kalau dulu, saya sering membawa bersama orang rumah ke mana-mana.
“Jadi, saya selamat dan orang tak boleh bercakap apa-apa. Sekarang ini, saya tak bawa sesiapa.
“MUNGKIN BILA ORANG TENGOK SAYA BAIK ATAU RAPAT DENGAN SESIAPA, MEREKA ANGGAP SAYA SEDANG BERCINTA DENGAN ORANG ITU,” KATANYA.
Pada Mei tahun lalu, Hisyam mengumumkan mengenai perceraiannya dengan bekas isteri, Rosmawati Hanafi selepas mendirikan rumah tangga pada 2006.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak iaitu Nurish Syameliah, 18; dan Haydeen, 16.
Berkongsi cerita kepada mStar, Julizah Jaafar berkata, dia dan suami mendirikan rumah tangga pada 14 Mac 2014, sembilan tahun lalu.
Wanita berusia 34 tahun itu tetap bersyukur dengan kehidupannya meskipun tidak dikurniakan cahaya mata kerana dikurniakan rezeki lain.
“Bertahun-tahun kami cuba pelbagai cara (untuk hamil), memang berharap tapi belum ada rezeki. Sampai la ke tahun keenam perkahwinan, saya move on.
“Walaupun ketika itu belum ada rezeki anak, Allah beri rezeki lain seperti ada rumah sendiri. Ada tempat berteduh, hanya menantikan orang baharu (anak),” katanya kepada mStar.
Bukan berputus asa, Julizah yang berasal dari Telok Mas, Melaka menjelaskan bahawa dia dan suami pada waktu itu tidak mahu terus berharap dan mahu menjalani kehidupan seperti biasa.
Menurutnya, antara yang dilakukannya adalah misi mengurangkan berat badannya yang sebelum ini berisi iaitu 70 kilogram (kg) kepada 60kg.
“Badan saya sebelum ini berisi, jadi saya cut pengambilan gula dan berjaya turunkan kepada 60kg selepas setahun. Nampaklah badan semakin mengecil.
“Tapi bulan lepas, perut saya kembung macam buncit. Pelik juga sebab tak gemuk, tapi perut ke depan sampai kawan-kawan tegur,” katanya.
Susulan itu, pekerja di sebuah kedai serbaneka ini kemudian ‘kembali’ melakukan ujian kehamilan meskipun tidak mengalami sebarang simptom hamil.
“Kakak minta saya buat ujian (kehamilan), dia kata tak ada rezeki tak apa, yang penting cuba. Apabila saya positif (hamil), perasaan saya sebak dan gembira sebab sembilan tahun tanpa zuriat sampai tak mengharap.
“Esoknya datang periksa di klinik, doktor beritahu usia kandungan dah 22 minggu (lima bulan). Saya memang terkejut, tahu-tahu mengandung, Alhamdulillah,” katanya dengan nada teruja.
Julizah yang dijangka bersalin pada pertengahan Jun depan berkata, hadiah ulang tahun perkahwinannya kali ini amat bermakna kerana dianugerahkan zuriat.
Merasai kegembiraan berganda, wanita ini turut berkongsi nasihat kepada pasangan yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat atau ‘trying to conceive’ (TTC).
“Kena banyak bersabar, jangan stres dan jangan terlalu fikir. Orang luar boleh beri pelbagai pendapat, tapi kita sendiri kena mengikut apa yang mampu.
“Selagi ada rahim, selagi itu kita mampu untuk mendapatkan cahaya mata. InsyaAllah, suatu hari nanti kita rasa momen itu… seperti yang saya alami sekarang,” katanya.
“Memang padat. Non stop. Day in day out. Dari pagi sampai malam. Tapi tak pernah penat. Tak pernah merungut. Sebab dah biasa sejak umur 3 tahun.”
Itu antara perkongsian santai tapi sangat memberi inspirasi dari Dr. Sheikh Muszaphar Shukor di Instagram beliau tentang rutin dua anak lelakinya, Noah dan Adam.
Dua beradik kembar ni dah mula dengan pelbagai aktiviti sejak kecil — sekolah, mengaji, taekwondo, berenang, muzik dan macam-macam lagi. Tapi baru-baru ni Dr. Sheikh berkongsi yang dia baru tambah satu lagi dalam jadual mereka iaitu latihan olahraga (track & field) dua kali seminggu.
Katanya, “I just added athletics. Running track & field. Twice a week. I asked myself – what have I done? But it’s upon their request. The boys asked for it. They wanted it. They enjoyed every activity. Daddy yang penat…”
Perkongsian ringkas tapi deep tu tunjukkan betapa anak-anak ni bukan saja aktif, tapi mereka juga ada minat yang kuat untuk belajar dan mencuba benda baru. Tak pernah merungut, tak pernah mengeluh penat walaupun aktiviti harian mereka padat dari pagi sampai malam. Dan apa yang paling kagum, semua ni bukan dipaksa, tapi mereka sendiri yang minta.
WARGAMAYA KAGUM
Meninjau di ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa kagum dan terinspirasi dengan cara Dr. Sheikh dan isteri mendidik anak-anak mereka. Ramai juga ibu bapa luah kagum setelah melihat perkongsia beliay. Mana taknya yanak-anak mereka baru buat satu dua aktiviti dah mengeluh letih, tapi Noah dan Adam boleh jalani hari yang penuh dengan semangat dan disiplin.
“Ni bukan biasa-biasa punya parenting,” “Bila anak-anak dibentuk dari kecil dengan rutin dan disiplin, hasilnya memang luar biasa,”
Tak dinafikan, setiap anak itu berbeza, tapi perkongsian sebegini memang boleh jadi motivasi untuk ibu ayah muda hari ini. Ia bukan tentang memaksa anak buat banyak benda, tapi bagaimana kita sebagai ibu bapa boleh kenal pasti minat anak, pupuk dari awal, dan beri sokongan penuh supaya mereka dapat jadi versi terbaik diri mereka sendiri.
Perkongsian Dr. Sheikh ni bukan sekadar cerita tentang anaknya, tapi secara halus dia ajar kita tentang pentingnya konsistensi, disiplin, dan kasih sayang dalam membesarkan anak. Kadang kita fikir anak kecil belum mampu buat semua tu, tapi dengan tunjuk ajar dan galakan, anak-anak sebenarnya lebih hebat dari apa yang kita sangka.
Dr. Sheikh Muszaphar Shukor berkahwin dengan Dr. Halina Mohd Yunos, seorang doktor perubatan yang juga aktif berkongsi tentang kehidupan keluarga mereka di media sosial. Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan tujuh orang cahaya mata, empat lelaki dan tiga perempuan. Sophea Isabella, 14 tahun, Sophea Natasha 12 tahun, Sheikh Adam (kembar) 8 tahun, Sheikh Noah (kembar kepada Adam), 8 tahun, Sheikh Eusoff, 5 tahun, Sheikh Yusof (kembar) 2 tahun dan Sophea Ysra (kembar kepada Yusof) 2 tahun.
Semoga lebih ramai ibu ayah di luar sana terus terinspirasi untuk jadi pendidik terbaik buat anak-anak mereka. Sebab anak bukan tunggu kita sempurna, tapi mereka perlukan kita yang sentiasa cuba buat yang terbaik.
Perkembangan otak bayi dalam kandungan berlaku dengan sangat pesat. Ketahui 5 cara mudah yang ibu hamil boleh lakukan untuk merangsang pemikiran logik dan perkembangan otak bayi sejak dalam rahim.