Hormon ibu hamil atau yang menyusukan anak ada masanya tidak stabil. Kesannya bukan sahaja boleh dilihat pada kulit wajah yang kusam tetapi juga masalah jerawat pada badan. Jerawat terjadi apabila kelenjar sebum di kulit tersumbat dengan sebum yang berlebihan, sel kulit yang mati atau bertindak balas kepada inflamasi. Jangkitan bakteria seperti P. Acne, Staphylococcus Aureus, Streptococcus atau fungus juga boleh mengakibatkan jerawat. Biasanya jerawat akan nampak timbul, kemerahan, bernanah dan sakit apabila disentuh.

Sebum ialah bahan berwarna kuning yang dihasilkan oleh kelenjar sebum (di lapisan dermis kulit) yang berfungsi untuk melembapkan kulit dan rambut. Sebum terdiri dari trigliglyceride, cholestrols,esters, free fatty acids. Minyak di permukaan kulit bukan hanya datang dari sebum, tetapi dari kombinasi lipid oleh sel kulit, peluh dan oksidan dari persekitaran.

Artikel Menarik: [Susah ‘Membuang’ Sampai Luka. Wanita Ini Kongsikan Petua Guna Pegaga Atasi Sembelit]

Apakah rawatan untuk merawat masalah ini?

Setelah kita mengetahui faktor terjadinya jerawat, baharulah kita boleh merawatnya. Pertama sekali, elakkan atau kawal kelenjar sebum kita menghasilkan terlalu banyak sebum. Kurangkan inflamasi atau radang bengkak jerawat di kulit, hapuskan kuman bakteria yang terlibat di kawasan jerawat serta kurangkan minyak yang berlebihan pada permukaan kulit.

Hormon ‘Lari’ Waktu Mengandung, Penuh Jerawat Satu Badan. Malu Rasanya!

Rawatan terbaik yang melibatkan semua faktor ini dipanggil holistik (menyeluruh) iaitu dengan kombinasi rawatan perubatan moden dan bahan organik seperti witch hazel, ascorbik asid  atau teh hijau untuk membunuh kuman dan mengawal inflamasi dan penghasilan sebum. Pengawalan keseimbangan hormon estrogen, progesterone atau testosterone selalunya melibatkan rundingann pakar menggunakan kombinasi ubat moden, regim pemakanan yang sihat serta pengawalan berat badan. Pesakit juga perlu merawat stres yang mengakibatkan rembesan hormon adrenalin yang berlebihan yang menyebabkan sebum dan rembesan hormon lain yang tidak harmoni.

Artikel Menarik: [Tengah Mandi & Baring, Belek Payudara. Kalau Ada Ketulan ‘Lain Macam’ Cepat Jumpa Doktor]

IKLAN

Rawatan holistik seperti seperti hydrafacial bertindak untuk memulih kelembapan kulit, rawatan muka cahaya LED biru dan merah, rawatan menggunakan mesotherapy seperti ascorbic acid, dan pengelupasan kimia yang mengandungi beta hydroxy acid seperti salicylic acid. Rawatan holistik untuk jerawat memakan masa dan pemilihan produk penjagaan kulit wajah yang betul perlu dilakukan. Jika kulit terlalu kering atau terlalu lembap ,atau faktor sebenar jerawat terjadi tidak dirawat sepenuhnya, masalah jerawat akan timbul semula.

Hormon ‘Lari’ Waktu Mengandung, Penuh Jerawat Satu Badan. Malu Rasanya!

Hormon ‘Lari’ Waktu Mengandung, Penuh Jerawat Satu Badan. Malu Rasanya!Rawatan holistik mengambil tempoh selama tiga ke sembilan kerana ia bergantung kepada faktor lain seperti pengawalan pemakanan, pemilihan produk penjagaan kulit wajah atau tubuh, keseimbangan hormon dan berat badan. Proses menggunakan ubat moden perlu diikut d engan betul dan ikut jangka masa yang diberikan.

Rawatan menggunakan kombinasi pemulihan epidermis dan dermis kulit seperti hydradermabrasi, LED omega light therapy, pengelupasan kimia pula sebaik-baiknya dilakukan mengikut kala jadual yang ditentukan oleh pakar perunding yang bertauliah.

IKLAN

Hydradermabrasi menggunakan cairan kombinasi berlandaskan air berfungsi untuk membuka pori yang tersumbat dan melembapkan kulit sambil merangsang penghasilan sel kulit yang sihat dan membuang sel kulit mati.

Hormon ‘Lari’ Waktu Mengandung, Penuh Jerawat Satu Badan. Malu Rasanya!

Rawatan LED biru dan kombinasi dengan cahaya merah yang mempunyai gelombang nano yang mampu menyahaktifkan kuman pada kulit. Rawatan menggunakan betahydroxyacid berfungsi untuk mematikan kuman dan mengeksfoliasikan kulit mati.

Hormon ‘Lari’ Waktu Mengandung, Penuh Jerawat Satu Badan. Malu Rasanya!

IKLAN

Rawatan menggunakan ubatan moden seperti antibiotik, antiinflamasi, retinoic acid, benzoic acid, salicylic acid bergantung kepada individu. Jangkaan antara tiga ke tujuh bulan adalah purata tempoh rawatan. Kombinasi facial dan rawatan kulit ini selalunya dibuat setiap dua ke tiga minggu dalam tempoh tiga ke enam bulan, bergantung kepada puncanya.

Artikel Menarik: [Bila ‘Bersama’, Kentut Keluar Ikut ‘Depan’. Ia Mungkin Tanda Rahim Ibu Lemah]

Adakah Ibu Hamil Dan Menyusu Sesuai Dengan Rawatan Jerawat Ini?

Sesetengah rawatan menggunakan perubatan moden seperti ubatan tidak sesuai diberi ketika kehamilan, seperti penggunaan kimia yang terlalu tinggi. Kebanyakkan ubat  yang dibenarkan ketika kehamilan akan diberi ketika trimester kedua dan ketiga. Rawatan facial seperti hydradermabrasion, hydraoxyglow C, LED pulse light tiada masalah dilakukan bermula dari trimester kedua dan keatas. Sesetengah pengelupasan kimia seperti salicylic acid dalam peratusan rendah dibolehkan ketika trimester kedua dan ketiga  Ibu hamil dan menyusukan perlu mendapatkan nasihat dari pakar sebelum memulakan rawatan.

Hormon ‘Lari’ Waktu Mengandung, Penuh Jerawat Satu Badan. Malu Rasanya!

Hormon ‘Lari’ Waktu Mengandung, Penuh Jerawat Satu Badan. Malu Rasanya!

Perlu diingatkan, untuk merawat jerawat bergantung kepada punca sebenar jerawat, pemilihan produk kulit yang baik, rawatan facial yang baik. Anda juga perlu sabar, konsisten dan faham tentang masa diperlukan untuk merawat jerawat sepenuhnya. Pengawalan stres melalui senaman fizikal dan rohani amatlah penting. Tiada jalan pintas untuk masalah kulit jerawat.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI